Tup tup taun ni, bila ada anak kecik cam hegeh2 pulak kami ni nak pergi kan. Yelah tempat panas2 kan, cam tak sesuwei je pun nak bawak baby kan. Tapi tulah, bila pagi2 hari Sabtu tu, rasa cam nak kuar, tapi tak tau nak kemana, sudahnya ke Jom Heboh kita. Sebenarnya nak cover balik, sbb masa hari tu dapat gi MAHA sbb Marissa kena chicken pox. Tak dapat ke MAHA, ke Jom Heboh pun jadilah. Lagi satu sbb nak ke sana sbb hari tu tgk tv kata Pet Pet pun ada kat sana. Ala pampers budak lah. Mana tau kot dapat murah ker, boleh lah borong selori. Tapi alahai harga nya lebih kurang jer pun aku beli kat Pasaraya Econsave. So, takdelah borong pampers.
Mujurlah cuaca hari tu pun dah lah berapa panas. Cam mendung2 jer. Tapi tak hujang. Cuaca pun berangin2. Takdelah aku pun atau pun Marissa yg naik angin. Hehe.
Nak dukung gitu jer mungkin tak larat lah kot. Ater Marissa pun berat dah nak dekat sekampit beras. Amboi kemain kerut muka tu nape sayang oi? Oo kacau awak tido yer. Hah nak jalan tak? Kalau tidak kang kena tinggal kat rmh. Nak?
Marissa ni memang suka berjalan. Dia kalau kat luar memang behaved jelah. Elok duk diam kat pangkuan kita, cer kat rmh. Kejap je lah. Pastu dah boring dah. Nak wat aktiviti lain pulak.
Sebab bawak stroller, yelah nak bekap, mana tau nanti tak larat pulak nak berdukung kan. Padahal dah niat dah stroller tu nanti tempat letak barang2 hasil shoppingan.
Start dari gambar bawah ni hingga 2 gambar selepas itu, tetiba gambar aku tinggal sekerat. Sampai hati asben tau, ye yer oo jer aku senyum ke apa ker.. rupa nya amik gambar anak ajer...
Mula2 haruslah isi perut dulu. Berhentilah kat gerai2 makan yg ada kat sana. Just order nasi ayam jer.
Aku tau lah sekang ni objek utama yelah Marissa. Aku ni dah jadi objek nombor dua dah. Huhu. Takpelah. Tgk aku takde pun nak amik gambar sekerat2. Elok jer sama rata aku amik, takde pun nak sabotaj.
kalau dah duk ngan ayah dia, nak senyum ngan kita pun payah
Makan pun gilir2lah. Mula2 aku makan pastu asben pulak makan.
amboi tak toleh kiri kanan dah
lagi gambar sekerat. tapi takpe objek utama wat muka comel
Since masa makan Marissa dah dikeluarkan daripada carrier dia, maka start tu terus jelah berdukung. Payah pulak nak masukkan balik ke dalam carrier tuh.
Kami takdelah menjelajah kat sumer booth. Pergi mana2 yg rasa nak jer. Cam booth ribena, dutch lady, munchys, pet pet, silky girl. Tapi kan memang ada yg murah2 pun. Cam eyeliner silky girl. Biasanya beli harga RM17++ tapi hari tu RM10 jer. Funky eyelight pulak RM5 jer.
Syok sbb Marissa tak byk ragam. Takdelah dia kat tgh2 ekspo tu melalak nak susu ke apa. Dia dok observe jer keadaan persekitaran dia. Tapi aku stenbai gak lah air kosong tuk dia. Yelah nak kasi susu camne kat tgh2 org ramai tuh. Tak selesa. Tu pasal kami pun takdelah lama sgt kat sana.
Pastu kami pun balik lah. Kat dalam kete baru aku cpt2 kasi susu kat Marissa. Lepas susu terus tertido. Kalau gini gayanya mama tak serik nak bwk Marissa keluar.
Ada lagi few more gambar masa kat jom heboh. Nantilah next entry. Kami jadi model kereta. Model lah sgt kan.
6 comments:
mmg comel bila marissa buat muka mcm tu.. =)
sian mama marissa, penat je posing2, last2 ayah marissa just amik sekerat je..
wah behave jerk marissa duduk dalam carrier tue..ceee amani..dia langsung xnak..dok la kot...30minit pastue mula la dia menjerit2..dia sangat xsuka...rimas..panas skit pun xleh budak kecik tue taw..huhuhuhu...
ADOIII COMEILAAA marissa.....baikk jaa dia....good gurlss
Mrs Eeza Herman - dia memang suka buat2 muka.. nak gigit jer dia nie... ayah marissa pun satu memang lah nak sabotaj mama marissa..hehe
purplelicious love - yer ker.. tgk amani rilez jer duk kat carrier tu masa jenjalan kat cameron hari tuh...
anida othman - dia memang suka jer didukung....
Deqna; masa anak akak baby dulu dia x sker diletakkan dlm carrier tu....klu kita msukkan juga dah sah2 dia meloncat2 x nak....heh3....
azzey - Marissa sekang ni ok lah lagi.. tapi tak tau lah dah besar sikit esok.. tah2 cam anak akak jugak ker..
Post a Comment