Tuesday, November 2, 2010

Jumpa Doktor Lagi

Kalau hari tu jumpa doktor sbb ayahnya yg nak kena enjet. Kali ni jumpa doktor sbb anak pulak yg nak kene enjet. Ok kali ni nak citer baik2 jer. Sbb takut doktor baca blog nie. Eh bukan entry aku pun memang baik2 jer kan. Pasan.

Suka2 jer laki aku dok promote blog aku kat doktor hari tuh. ai malu u. Dia memang gituh. Aku yg penat memblog dia dia sibuk promote blog aku as dia punya blog. Aku ni nama nak promote blog, memang tidaklah. Aku kan low profile. Aku tak pernah paksa or invite pun sape nak baca blog ni kan? Korang sumer datang tanpa dipaksa kan. Kira macam kalau ko suka, ko bacalah, tapi kalau tak suka, nak baca, baca lah, tapi jangan pulak aku dengar besok "dia ni balik2 nak citer anak dia, bosan aku". Takpe2 kalau bosan sila berkunjung blog2 kawan saya yg lain. Confirm anda tidak bosan.

Apakah melalut pulak nie. Anyway, Dr. Rozaidah if you read this saya ucapkan welcome to my blog :)

Ok kita mulakan dengan penceritaan kita hari nie. Penceritaan katanya yer. Yelah tulis blog ni kan macam bercerita. Sambil bercerita sambil bergambar jadilah cerita bergambar. Selain menjadi cerita bergambar, ia juga boleh dijadikan sebagai diari bergambar. Menjadi sumber utk diri sendiri tuk masa depan.

ayah dan anak

anak dan ayah

Tah apa2 caption aku kan. Dah tentu lah korang pun tau tu gambar ayah dan anak. Lagi mau bagitau. Kes tak tau nak letak caption apa.

Appointment Marissa utk suntikan 5 bulan ni patutnya 29hb hari tuh, tapi hari tu kerja so, pergi hari Sabtu 30hb. Kali ni injection tuk injection tiga serangkai (last) sekali dengan 3rd injection utk hipatitis B. Bukan Marissa jer yg kena jab hari tuh. Aku pun kena gak sekali.


bukti aku kena jab

Bukan jab tuk family planning ke apa yer. Ni jab utk hipatitis B. Sbb apa aku pun kena enjet gak? Sbbnya dulu masa bersalinkan Marissa Dr. Zarul ada amik darah aku dan wat test. Dorang dapati yg aku ni tak de amik suntikan itu lagi. Maka dorang pun suntiklah aku. Suntikan ni kena amik 3 kali yer. Barulah berkesan. Ni yg kali ke-3 lah kiranya. Suntikan ni jugak boleh tahan gaklah rasanya.

explanation by doctor

Doktor kata enjet ni memang rasa sakit sikit. Tu pasal lah ramai yg wat suntikan ni doktor enjet kat bontot. Kat bontot kurang sikit rasanya. So korang yg takut nak kene enjet tu baik enjet kat bontot jer yer.

Marissa pun sama khusyuk gak dengar

Lepas aku kena enjet. Marissa punya turn pulak. Biasalah budak tu kecik lagi, mana tau dia nak kena enjet kan, besok besar sikit mau allergik nak gi klinik.

gud girl never cry one


lepas kena jab

Berat Marissa 5 bulan naik lah 200 gram dari bulan sebelumnya. Sekarang berat dia dah 7.2kg. Sebagai reference aku yg asik lupa jer berat anak ni, aku letak kat sini, senang aku nak ingat besok2.

Lahir: 2.95kg
1 bulan: 4kg
2 bulan: 5kg
3 bulan: 6kg
4 bulan: 7kg
5 bulan: 7.2kg

Aik bulan ni naik sikit jer. Sbb mama dan ayah dia suh diet. Hehe. Takdelah. Mungkin Marissa dah start nak melasak. Nak meniarap dah kot. Yelah berat2 kang payah nak meniarap.

2 comments:

Rizziela said...

bagusnya Marissa...tak nagis pun kan kena inject..

nasaoji said...

huhu..sama2 berat anak kita.. ;)