Showing posts with label Entry Asal Ada. Show all posts
Showing posts with label Entry Asal Ada. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

Ole2 Dari India

Akak aku yg sulung suka makan angin. Tiap2 kali makan angin tiap2 kali tu jugak dia tak lupa kasi kami adik badik dia ni ole2. Bulan lepas dia ke India ke Taj Mahal sana. Tak lupa dia membelikan kami kain sari sorang satu.


Kainnya belum dihantar ke taylor lagi. Ingat nak hantar tapi baju yg dihantar dari bulan 9 lepas pun ada yg tak siap lagi.

Saje jer post entry ni. Satu nak cukupkan target 50 entry for this month. Satu lagi sbb nanti nak tunjukkan pulak ole2 dari Korea /Beijing pulak.

Friday, April 10, 2009

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Org tua2 ada berkata sediakan payung sebelum hujan. Tu maksudnya korang basah lencun lah kalau hujan tetiba turun dengan lebatnya kalau korang tak bawak payung. Dan mungkin juga korang kena beli payung baru walaupun korang tak bajet pun nak beli payung.

Nasib baik aku tak kuar lunch time nie. Sebenarnya hati ni melonjak jer nak kontiniu shopping semalam. Tapi rasa cam berat hati jer nak kuar. Rupa-rupanya hujan nak turun dengan lebatnya di kala ini. Bayangkan kalau aku kuar harus basah lencun balik ofis kang.

Memanglah boleh jer beli payung, tapi baper byk payung pulak yg aku nak simpan asal balik ofis hujan beli payung manjang. Yelah baru2 ni aku kuar makan kat sogo, cuaca suam2 kuku je. Elok abis makan nak melangkah ke ofis tgk hujan lebat mencurah-curah. Aku ngan member aku pun gi lah beli payung seorang sebatang eh silap penjodoh bilangan nie.. sekaki payunglah. Kenapa kaki? Sila tanya cikgu Latifah cikgu Bahasa Melayu aku masa sekolah rendah dulu.

Giler berebut masing2 membeli payung dah macam warehouse sale payung gamaknya. Walaupun sebelum ni payung2 tersebut di pandang sepi oleh pengunjung sogo (kalau cuaca oklah). Siap berebut nak pilih payung. Aku pilih yg murah2 ajer memandangkan kat dalam kete aku pun dah berkaki2 payung terletak. Dahlah harga paling murah pun 17 hengget. Payung kurnia aku dapat free jer. lagi payung tomei pun aku dapat free gak.. payung giordano pun aku dapat free gak. Tetiba yg ni ko jual mahal pulak yer.


Nilah dia payung merah yg aku beli tu. Ko agak2lah perlu ker payung pun ko nak sedondon ngan baju ngan henbeg bagai? Soalan tuk diri sendiri.


Dah tu jer aku nak citer. Kisah aku sebatang payung. eh Bukan.. aku sekaki payung. Tapi tak besh ar aku nak guna gak aku sebatang payung.

Friday, April 3, 2009

Berasap Juga Dapurku Kelak

Aku kan asyik duk bising2 kata rmh takde dapurlah tak leh masaklah. Semalam asben aku off day dia telah berappointment dengan org yg mahir dalam pembuatan kitchen kabinet. Ya memang rmh kami belum ada kitchen kabinet lagi. Yang ada hanyalah sekadar sinki dari pemaju. Dulu masa dapat kunci we all cuma renovate sikit bahagian wet kitchen jer tak delah wat kabinet sekali.

Itulah sbbnya rmh kami takde dapur lagi, sbb tak tau nak beli dapur yg mcm mana & nak letak kat mana. Sbbnya nak tunggu kabinet or table top lah kononnya.

Tapi tak taulah lagilah org tu pun tak tunjuk quotation lagi semalam just datang ukur2 & design2, kalau ada bajet bolehlah kami meneruskan projek ini, kalau takde bajet maka tak berasap lah dapur kami.

Eleh alasan jer padahal boleh jer beli dulu dapur gas pastu letak jer lah kat atas apa pun. Tapi janganlah tuduh aku ni malas masak sgt, sbb aku masak gak apa.. tak caya tgk kat entry2 sebelum ni ada jer aku masak kan...

Monday, March 30, 2009

Syok Sendiri













Gedik aku kan? jaja muka sendiri... boringlah.. tak tau nak wat ape semalam. Semlam lepak kat rmh kami je. Dah lama tak jengah sini. Sekali-sekala harus gak tgk2 rmh nie. Asben aku nie takmo kuar asyik duk melekat dpn tv jer. Tu pun kuar makan jer kejap pastu terus balik. Kalau ada dapur kan senang, tak yah nak kuar2 blh jer aku masak kat sini. Tapi takde pun takpe gak, tak yah aku bersusah-payah. Hahaha. Dasar pemalas lipass..