Tuesday, October 5, 2010

Diari Seorang Ibu

Camne yer nak mulakan entry nie. Tapi sebenarnya dari dulu lagi aku nak create satu entry pasal rutin harian aku sejak kembali bekerja selepas dah ada baby nie. Ok kita taip ikut sedap jari-jemari jelah yer.

Sejak bulan Ramadhan hari tu, rutin harian aku bermula seawal jam 5 pagi. Perkara pertama yg aku lakukan bila terjaga, aku akan beri salam kat Marissa. Walaupun Marissa tak nangis nak susu, aku susukan dia sebab biasanya malam memang dia tak berjaga mintak susu. Walaupun mata dia still terpejam dan kadang2 mamai dia tetap hisap dengan seleranya. Sambil sebelah aku susukan dia secara direct, sebelah lagi aku pam. Ni sumer tuk memastikan bekalan tuk dia mencukupi pada belah siangnya.

Lepas tu, siapkan barang2 Marissa yg nak dibawa ke rmh kakak. Yup, akak aku yg tolong jagakan Marissa semasa aku keluar bekerja. Siapkan bekalan susu dia. Pastu siapkan keperluan yg mesti aku bawak ke ofis. Sekarang ni benda yg paling wajib aku bawak ialah beg susu (beg pump & cooler bag). Ni memang tak leh tinggal. Kalau tertinggal harus aku patah balik rmh amik. Beg susu adalah paling penting daripada henbeg sekarang ni.

Biasanya seawal jam 6.30 pagi, kami dah keluar rmh nak hantar Marissa ke rmh kakak. Dalam kereta, kalau Marissa tak tido aku susukan dia lagi sekali. Sambil tu borak2 ngan dia, pesan ngan dia supaya tidak nakal/meragam dan jadi budak yg baik. Dia dengar aku pok pek pok pek sampai tertido balik.

Pastu teruskan perjalanan ke ofis dengan menaiki komuter sambil menggalas beg yg leh tahan jugak keberatannya. Aku & asben walaupun keje satu company, tapi tempat lain2, so tak leh gi sama2. Haluan berbeza.

Kat ofis pulak, aku ada dua sesi utk express breast milk. Sekali pagi dan sekali petang. Nak buat byk kali boleh, tapi tak sampai hati nak tinggalkan workstation. Kalau nak wat lebih aku gi time lunch time. Kang org kata kita gi mengular pulak. Mujur kat tempat kerja aku ni ada menyediakan kemudahan lactation room. Lengkap dengan sinki dan peti ais. Ramai gak ibu2 kat sini yg menyusukan anak secara ekslusif. Merekalah pembakar semangat aku.

Petang kalau komuter tak wat hal dapat lah aku sampai ke rmh awal. Kalau komuter wat hal merasalah aku kuar ofis 6ptg, tapi kul 8 masih berada kat stesyen Komuter Bank Negara. Fuh penat jangan nak katalah. Mujur asben ada. Biasanya kalau dia kerja pagi, dia yg akan amik Marissa dan mandikan Marissa. Aku balik biasa Marissa dah siap wangi2. Aku cuma kasi susu jer sebaik sajer sampai rmh. Tapi kalau asben kerja petang, alamatnya kelam kelibut lah aku sorang2 nak wat sumer. Tu yg kadang2 pukul 9 malam pun aku tak sempat nak mandi. Yelah, susukan Marissa, pastu ngan2 aku sekali tertido keletihan.

Malam, kalau Marissa tak wat hal, dapatlah main2 ngan dia. Layan2 borak ngan dia. Kadang2 dia tido awal gak. Kadang2 dia tido sama time ngan kita. Sebelum tido, cuci & sterilkan botol susu, puting dan pam. Biasanya petang balik kerja dah siap2 rendamkan ngan air sabun. Tinggal nak bilas dan steril ajer.

Pastu, bukak almari, cari nak pakai baju apa pulak keesokannya. Cari baju yg senang digosok ajer. Aku sekang ni gosok baju pun ala2 ajer. Sambil gosok baju pun leh terlelap gak tau. Baju asben memang since peknen aku tak iron dah. Sumer hantar dobi saje. Ater dah letih kan. Tu belum lagi kalau sebelum tu kena cuci baju lah, lipat bajulah. Tapi biasanya asben banyak membantulah. Dia rajin tlg kemaskan bilik, kosongkan bakul sampah dalam bilik yg penuh dengan pampers terpakai, buang sampah dll.

Sebelum tido, susukan Marissa sekali lagi. Kalau tak letih aku akan pam lagi sebelah. Gigih kan. Abih tu nak wat camno stok nan ado. Korang lain lah stok satu peti ais.

Walaupun Marissa jenis tak berapa berjaga malam, tapi aku ni takdelah layan tido tak bangun2. Aku tido pun sekejap2 jer. Bila terjaga, kalau belum solat, aku solat dulu. Kalau ada kerja yg terbengkalai, aku siapkan dulu. Kadang2 wat keje sikit pastu terlelap. Pastu terjaga sambung balik wat kerja.

Tu belum lagi, nak bagi masa nak duk dpn lappy lagi. Nak update blog lah. Nak bukak fb lah. Opps fb memang kadang2 aku tak bukak langsung pun. Sowi yer.

Pastu kul 5 pagi bangkit. So, ulang balik rutin yg sama.

Penat kan? Tapi penat2 pun berbaloi bila tgk anak membesar di dpn mata. Tambah lagi bila tgk dia semakin bam bam. Membesar dengan susu ibu. Priceless.

7 comments:

Mimy Hamid said...

so sweettt...pengalaman berharga beb

ღnFashyaღ said...

lebih kurang aje diari kite deqna, cume yang beza, bab pegi balik kerja lah, sebab rumah fashya dekat dgn ofis, tapi dalam macamtu pun sangat penat bila dah smpi rumah.

seronok tgk anak membesar dengan susu kita kan..:)

Mrs. Eeza Herman said...

macam tu sekali ye rutin deqna..
hm, mcm xdpt nak bayangkan bila baby eeza nanti da lahir..
time gi balik keje da sama je ngn eeza..
nasib la kan dapat hubby yg memahami..skg nie pun keje umah hubby yg bt sampaikan masak pun dier bt sebab tak larat bila da balik keje..
tapi bila da baca rutin deqna nie, kena ubah segala2nya...kena jadi superwomen mcm dulu balik la..hehehe

Nur Irfan Juezrie said...

akak.. ju kagum giler dgn akak.. ju pun tak smpai cmtu tau.. tahniah ye! tp mmg best la.. tmpat keje akak siap ada lactation room.. tu lg pembakar smgt..

CidaZam said...

bestnya cida baca... deqna mambakar semangat ibu dan bakal ibu2. Termasuk daku yang menunggu turn... heheheh doakan yer

Softtouch [Hanim] said...

bagusnya ada semangat bf yg sgt kuat..teruskan deqna..demi anak kan..kelam kabut pun xpe..penat pun berbaloi...

mama-syira said...

Gitulah lumrah ibu bekerja. penat yg amat. penat2 pun buat jugak kan?
kadang2 rasa tangan banyak macam sotong.teruskan menjadi ibu yg baik. itu baru sorang.. hehe