Bertempat di Satay Station pada 20 Nov hari tu. Kami telah dijemput oleh pasangan Neena & Nuar tuk majlis makan2 sate sempena ulangtahun perkahwinan mereka yg ke-4. Mungkin dah ada yg dah baca pasal majlis tu kat blog Neena kan. Ni kat blog aku pulak. Memang aku saje nak update lambat2 kasi chance dia update dulu. Hehe alasan je ni sebenarnya.
Selain aku & hubby, antara jemputan yg datang pada malam itu ialah Rudy & Awien, Za & Baby Darwish (Lee tak dapat datang sbb ada job), Cik yayang pun tak dapat datang, Zamani & Cida pun tak dapat datang (memang paham sgt keadaan mereka ketika itu yg tidak mengizinkan tuk mereka datang).
Tak yah citer panjang2, kita tgk gambar sudah.
Pehal lak aku yg mengangkat sate tu yer? Bukan apa kiterang nak pindah tempat. Mula2 dapat tempat kat hall, pastu ada bilik yg kosong, maka kami pun berpindah tempatlah. Oh ya, those yg tak tau konsep kat sate station tu, kat sana leh pilih nak makan kat dalam rmh or kat luar. Kalau makan kat dalam cam makan kan dalam rmh lah. Ada hall, ada bilik2. So, kalau nak selesa baik duk kat bilik jer.. lebih selesa dan boleh bising lebih sikit.
Bayangkan kami semua termasuk Darwish adalah 8 org. Tu pun Darwish mana leh makan sate kan, tapi member aku order sate macam nak makan sampai 20 org. Tapi takpe memang kiterang telan sampai tak terlarat lah.
Sampai main oo zom lagi tuk sape yg nak kena kasi ucapan. Mereka telah dipaksa oleh kami tuk memberi ucapan kata2 aluan.
Lepas makan ada acara yg tak disangka2 oleh pasangan Neena & Nuar, iaitu acara pemberian hadiah.
Hadiah daripada cik Yayang adalah sepasang tuala yg berwarna cokelat. Neena & Nuar happy dapat towel sbb Neena suka kumpul towel & Nuar suka kotorkan towel. Tu standard sumer lelaki memang suka kotorkan towel. Towel lelaki akan lebih cpt bertukar kaler daripada towel pompuan. Termasuk laki aku pun. Gambar towel takde sbb kameraman aku lupa nak amik kot.
Hadiah dari Za & Lee pula merupakan sepasang cadar yg sgt menarik coraknya. Pasangan Neena & Nuar juga happy mendapat cadar tersebut. Dengan itu mereka akan kerap menukar cadar mereka setiap minggu. Hehehe. Jangan marah ye fren. Pun gambar cadar takde, sbb kameran lupa nak jalankan tugas agaknya.
Hadiah ni ada gambarnya. Nak tau apa? Sila tgk gambar di bawah. Cute sgt pemberian mereka ini. Terbahak2 kiterang sumer gelak.
Utk Nuar pulak sepasang boxer Alain Delon.
Dan apakah yg kami bagi? Sebenarnya memang jenuhlah jugak aku nak cari sesuatu tuk mereka tuh. Sbb nak balas dendam ngan apa yg derang kasi aku dulu. Nak tau derang kasi kami apa dulu. Sila klik sini. Tapi apakan daya aku tak dapat cari sesuatu yg lebih kurang dengan yg dia kasi aku tuh.
Siap demand lak tuh.. "magazine takde ker?'.... wah wah wah.. en. teman kita nie kan...
Akhir kata kepada sahabatku Neena, semoga berbahagia selalu dan kekal bahagia selamanya. Terima kasih jugak sebab belanja kami sumer makan. Semoga murah rezeki korang. Bukan setakat makan kat situ jer.. siap masing2 dibungkuskan sate lagi tuk dibawa pulang.
5 comments:
hahaha... pelapik kotak spender! tak tahannn...
btw.. awat tak copy jer mana2 gambar yg ko tak der tu dari blog aku? sbb aku pun ade copy mengopy gambar dari camera shah gak hari tu kan.. hehee..
apa pun frenn... TQ so much for that nite.. memang happening giler.. tak larat2 nak gelak...
aku tau, ko memang cuba nak balas dendam kan.... akhirnyer terbalas jua yerr.. walaupun tak 'berbijik' tapi ianyer 'berbutang'.. wakakakaka...
meriah u olls...
dapnyer na, dpt makan sate!!! free plak tuh..huhuhu
Hepi Anniversary to Neena n En Teman..
Mga bkekalan n cpt2 dpt baby nnti..Amin
bestnya makan sate...
Mama Qaseh:- Thanks for your wishes! Insyallah... Amin... :D
Post a Comment