Showing posts with label Kecoh. Show all posts
Showing posts with label Kecoh. Show all posts

Wednesday, December 2, 2009

Pencuri Masuk Rumah

Tak sampai sehari akak aku takde kat rmh, terus rmh dia dimasuki pencuri. Sebenarnya sebelum ni, dah beberapa kali dah pencuri cuba nak masuk rmh akak aku ni, tapi tak pernah berjaya. Percubaan kali ke-3 ni berjaya jugak buat pencuri2 tak guna itu.

Tak taulah bila masa yg sebenar pencuri2 tu pecah rmh akak aku. Tau2 petang masa abang ipar aku yg no.2 (merangkap jiran - akak aku yg pertama ngan kedua rmh dorang dekat2) nak gi jenguk2 rmh akak tu sambil nak kasi kucing akak aku makan dia perasan cam ada benda tak kena kat rmh tuh. Dia pelik kenapa ada beg laptop (yg kosong) dekat open wet kitchen kat belakang rmh. Pastu tgk gril kat tingkap dapur cam bengkok2 pastu tgk tingkap kat tepi rmh pulak terbukak. Sekali tengok.......



Gril tingkap telah tercabut

Confirm rmh akak aku kena pecah masuk. Memang tegar betul pencuri tu sampai dicabutnya gril tingkap tuh.



Pecah masuk rmh melalui tingkap ini

Mula2 pencuri tu umpil tingkap kaca ni, sampai tingkap ni terbukak. Gril kat belah dalam. Bila Tingkap dah bukak derang start pecahkan simen sekitar gril itu sampai tercabutlah gril itu. Dan selepas itu mereka pun meloloskan diri ke dalam rmh dan buat rmh org cam rmh mak bapak derang. Memang sakit hati bila tgk apa yg derang buat kat dalam rmh tuh. Abis rmh jadi cam tongkang pecah.


Hall tingkat atas. Segala laci abis diselongkar


Ruang iron baju

Citer pasal ruang iron baju nie. Masa hantar akak aku ke Airport hari tu akak aku ada pesan. Dia kata kalau ada apa2 kunci bilik aku, aku letak dekat ngan iron board kat ruang menggosok tuh. Masa tu aku endah2 tak endah lah apa yg akak aku cakap tuh. Set kunci rmh akak aku memang kiterang adalah, tapi bilik dia takde sbb bilik dia memang extra safety sikitlah. Akak aku kan selalu tinggal sorang2 bila husband dia outstation, pastu rmh dia pun pernah ada org pernah cuba masuk, so, sebagai langkah keselamatan tuk dia, akak aku pasang gril tuk pintu bilik dia. Mujur ada pintu keselamatan nie, sbb byk2 bilik, bilik ni sajelah yg penyamun2 tu tak berjaya masuk. Kalau dapat masuk tak tau lah nak cakap....

pintu bilik utama

Nampak gaya memang pencuri tu berhempas pulas cuba nak pecah masuk bilik tu, tapi mereka tak berjaya. Mujurlah jugak masa pencuri2 duk punggah bilik iron tu derang tak jumpa kunci yg betul2 diletakkan kat bawah pelapik iron board tuh. Kalau tak, memang senang lenang lah dia masuk. Mujur aku tingat apa yg akak aku pesan tuh, terus aku cek kat iron board tu memang ada 1 set kunci kat situ. Elok jer terletak. Syukur Alhamdulillah.


Bilik tamu



Bilik bacaan/sembahyang

Kat bilik ni tempat akak letak derang punya PC, laptop segala lah. Laptop memang dah takde confirm dah kena balun. Tapi mula2 kiterang tak kesah sgt sbb laptop tu memang dah rosak dah. Tapi tingat yg akak aku baru jer beli laptop baru, baru2 nie. Cari2 tak jumpa. Ingatkan hilang jugak. Tapi mujur akak aku pandai, laptop baru dia, dia simpan kat dapur. Byk2 tempat, dapur jer yg tidak diselongkar oleh mangkuk2 tuh.

Segala almari, laci, abis digeledah



Mungkin boleh dijadikan bahan bukti

Torch light yg telah kehabisan bateri ada kat atas sofa. Aku rasa ni pencuri tu punya.

Abis sumer kena selongkar
Citer pasal polis pun satu hal. Petang tu report polis, adalah polis biasa datang. Tapi just tgk jer lah, kata tak leh nak wat apa kena tunggu Pegawai Penyiasat sampai. Nak tunggu pegawai penyiasat sampai punyalah berjangguit. Pastu kiterang tak leh masuk pulak tu kat rmh tu selagi Pegawai Penyiasat tak sampai. Tu yg aku berembun kat luar tu sampai kena selesema sbb menunggukan polis tuh.

Tunggu punyalah bapak punya lama tapi boleh derang datang kat situ tak sampai pun 20 minit aku rasa. Pastu takde rupa nak menyiasat pun. Takde pun tanya soalan2 berunsurkan penyiasatan, balik2 yg ditanya apakah, berapakah anggaran barang2 yg telah hilang? Manalah kiterang nak tau kan.. kiterang ni bukan tuan rmh pun.

Pastu paling tak boleh blah.. konon2 nak amik cam jari penyamun tu lah.. tapi boleh punyalah byk2 bhn bukti yg ada kat dalam rmh tu hanya benda2 ni jer yg derang siasat.

Cermin tingkap, bekas tin cokelat ngan bekak barang kemas tah dari mana tah derang dapat (rasanya bukak akak punya)

Pastu ia2 jer dok sapu2 benda tu ngan tah lah aku pun tak tau lah apa org panggil tuh... tapi tak sampai berapa minit tgk derang dah balik. Ntah ia ntah tak jer derang dapat cap cari penyamun tuh.

Buat kat tempat cahaya gelap pulak tuh... nampak ke tak ker?

Walaupun mungkin mustahil nak dapat balik apa barang yg hilang tuh, tapi sekurang2nya kami report supaya polis lebih membuat siasatan dan rondaan kat kawasan situ kerana dah byk sgt kes2 kecurian. Ni ada rmh org dah kena pecah masuk tapi dok diam jer tak report polis. Mungkin takde apa yg hilang ke kan.. tapi eloklah kalau kita report, supaya byk sikit kerja polis2 tuh.

Modus operandi penyamun2 tu tiadalah kami ketahui. Tapi rasanya derang lebih tumpukan nak curi duit dan barang kemas. Sbb barang2 berharga lain kat rmh tu takdelah pulak diambilnya.

Aku yg sudah kepenatan menunggu

Apapun aku harap penjenayah2 tu sumer dapat ditangkap dan dikenakan hukuman yg setimpal maupun di dunia dan akhirat. Sakit hati tau.. org lain susah2 cari duit ko suka2 jer nak merompak. Setan punya pencuri!.

Saturday, March 15, 2008

Mujurlah ada Penyelamat

Aduh sakit telinga aku pagi tadi tau.. memang tak dapat ditahan lagi. Sakit yg takde ubatnya. Sib baik ada nokia classic aku tu, boleh aku layan mp3 dengar lagu kuat2...

eh ape kene ngene sakit tinger ngan dengar lagu nie?

Gini citernya, aku naik train hari ni (lar tak abis2 citer psl train aku ni), Naik2 tren, baru aku terperasan yang aku ni dah tersilap tempat duduk (eh bleh silap2 lak yer?). Bukan silap apa pun tersilap amik port untuk duduk, sebab aku dah terduduk dekat dengan segerombolan rombangan cik Ki Ah (bkn cik kiah sebab, ahlinye sume merupakan ca ya nun alif).

Korang tau lah kan bila si ca ya nun alif2 ni bercakap-cakap memang tak hengat donialah, tambah2 lagi dah segerombolan gitu, memang gegak gempita abis lah. Mereka bukannya 3, 4 orang jer tetapi mereka semua berjumlah 15 org keseluruhannya (aku sampai siap kira ni). Cakap sikit punya kuat macam tren tu tren sewa khas bapak derang jer.. Kira satu coach tu penuh ngan org dia jelah, pastu kalau setakat berbual ngan org kat sebelah tu boleh lah diampun lagi kan, ni boleh lak dia pakat borak ngan member yang duk sepelaung(sepelaung ni dekat ke jauh ha? maksud aku kat sini jauh yer) dari dia. Terjerit-jerit.

Hanya org yang berada di tempat kejadian jelah yang tau betapa bingitnya suasana di dalam tren itu. Mat bangla duk sebelah salah sorang ca ya nun alif tu aku tengok cam dah nak meletup jer tapi dia tahan jer. Aku lak nak tukar tempat malas, sebab seat sumer dah penuh. Nak tak nak aku duk ajerk, wat bodo je kat situ sambil dengar lagu kuat2. Tapi still tak leh nak menandingi kehebatan suara2 mereka sumer. Tapi at least tak lah aku rasa angin sangat kan sebab aku layan jiwang sambil tutup mata. Tapi dalam hati takut gak kalau terlepas station sebab dah tak dengar announcement dari tn pilot tren tu.

-tamat-