The best way to secure future happiness is to be as happy as is rightfully possible today
Tuesday, February 15, 2011
Monday, February 14, 2011
Cuti. Bukan Sbb Nak Sambut2 Hari Kekasih Yer!
Ada jugak yg kata aku cuti nak sambut valentine. Apa kejadahnya pun? Tak sesuai. Baik kita sambut MaulidurRasul esok. Kan?
Oh ya, hari ini birthday adik aku. Happy birthday ucu!! Jangan gatal2 nak celebrate apa2 yer, celebrate birthday takpe.
Apa aku nak buat hari ni yer? Nak jenjalan, ayah Marissa kerja lah pulak. Takpelah buat kerja2 rmh jelah jawabnya. Kain ada sebakul nak dicuci dan sebakul nak dilipat.
Semalam & kelmarin sibuk mengemas rmh. Marissa pun sibuk lah jugak nak menyibuk. Org suh tido takmo tido. Pastu tinggal kejap dah terpekik ma... ma... e.. maa.. wah sudah pandai panggil mama dia sambil meluru ke arah kita.
p/s: good luck to my husband. i know u can do it. Mana tau rezeki anak kan.
Friday, February 11, 2011
Kamar Beradu Pulak
Hari tu aku ada citer pasal misi mencari katil. Adakah kami beli katil tersebut? Jawapannya dah tentulah ia. Nampak sekali terus jatuh hati. Kautim punya kautim dengan tokey perabot tu, dapat lah harga spesial.
Ni aku nak kasi tips kat korang ni, kalau nak shopping benda2 camni beli lah time nak CNY. Konpom tokey2 cina tu kasi harga spesial. Yang penting ko mesti kena pandai cakap. Silap2 ko leh dpt 50% off daripada harga sebenar. Betul tak tipu.
Kabinet bilik jugak sudah siap. Lalalalala. Tak yah beli lemari ngan meja solek lagi. Jimat ruang. Memang lapang selapangnya lah bilik kami. Boleh main kejar2 gituh. Haha.
Eh tetiba lak datangnya kitchen kabinet ni. Hari tu, masa nak beli katil tu, ternampak pulak kabinet dapur nie. Kalau ada kaler merah lagi cun. Tapi putih hitam pun boleh lah. Alang2 org lori nak hantar barang kan, so up jelah ngan kabinet ni seketul.
Harga utk 2 barang di atas? Tak yahlah citer kang aku pitam kali kedua pulak. Tapi pitam kalau tgk harga sebelum diskaun, tapi lepas diskaun tak pitam dah. Tapi apapun memang berbaloi2.
Tokey kedai tu pun sampai geleng kepala tau. Apa nak buat laki aku memang pandai bargain. Lepas beli perabot kiterang beli satu barang lagi. Tapi malas nak sambung2 entri. Aku citer jelah sekali harung kat sini.
Kami gi singgah kedai alat elektrik pulak. Mencari penghawa dingin. Tak taulah apa aircond yg terbaik. Nak beli panasonic inverter tu tapi mahal sgt, so amik jenis yg lain tapi fungsi lebih kurang tu jugak, maka jenama mitsubishi dan sanyo menjadi pilihan. Harga pun reasonable lah jugak.
Thursday, February 10, 2011
Contest Candid Terbaik
Ok kali ni punya tag, aku tak yah tunggu lama2. Tak yah nak pilih2 gambar sgt. Lagipun bukan nak harapkan kemenangan pun kan, katanya suka2 jer, maka tanpa membuang masa marilah kita siapkan contest ini.
Kali ni ditag oleh Neena si gorjes gonjeng nie. Manakala tuan sebenar yg menganjurkan contest ini pulak ialah Mrs. Vip
So jom tengok syarat2 CONTEST CANDID TERBAIK nie!
* sila masukkan gambar candid u ol.. ingat gambar mesti candid dan bukan dibuat2 candid.
* xkisah nak taruk gambar ape..yang penting ade muka u ol. ingat, SEKEPING sahaja yang dibenarkan.
*xpayah nak explain panjang lebar pasal gambar tu cuma terangkan bagi paham jer maksud tersirat hokey!! jangan nak mengarut2..
* korang wajib tag at least 3 orang blogger, inform pada diorang yang korang tag diorang, xdelah diorang terkangkang2.. apekebenda apekebenda. faham!!
* kalau korang nak follow ker xnak follow aku xpe. yang ni xwajib.. cuma kalau aku minta details pemenang, senyap jer .. aku bagi hadiah kat orang lain. FAHAM LAGIKK????
* tarikh tutup: 20/02/2011
Senang jer kan syarat2 di atas tuh. Maka apa tunggu lagi. Letak jelah gambar barang sekeping.
Tajuk Gambar: Mencari Kutu?????
Cerita: Gambar ini tidak pernah aku publishkan di mana media sebelum ini, kerana muka adalah tidak ready. Katanya kandid kan. Jadi inilah gambar kandid yg aku tak perasan tah bila mana adik aku amik. Gambar diambil semasa makan2 di PD. Jangan salah sangka yer, aku takde kutu, reaction si Ain (anak buah aku) tu yg wat aku tak larat nak tgk. Beria2. Confirm org ingat aku ada kutu babi. Padahal dia cuba nak cari uban kat atas kepala aku. Tapi niat dia nak mengkantoikan aku walau sehelai uban adalah tidak berjaya. Ternyata aku masih muda remaja. Hahahaha.
Ok mangsa seterusnya yg kena wat tag ini ialah saper yer... jap2 aku cari jap.. bagaimana caranya. Ok 3 org pertama yg mengkomen entry aku sebelum ini yg bakal menjadi mangsa...
check it out.......
- http://sinarkebahagian.blogspot.com/
- http://belogdila.blogspot.com/
- http://purplelicious-love.blogspot.com/
Selamat mencuba u ols......
Bila Si Kecik Ini Berposing
Oh ya pasal kitchen kabinet rmh kami tu, ramai yg kata kaler pink. Actually kaler merah cili. Nampak cam pink ker kat dalam gambar? Tapi kalau pink pun ok gak kan. Hehe.
Takut gak nak amik gambar dia kat atas sofa ni. Dia bukan jenis dok diam. Kang elok aku amik2 gambar dia melompat turun plak. Dah dah.. tak leh jadi nie.. lepak kat atas lantai jelah yer.
Mari kita sambung photoshoot kita yer sayang.
Ada yg tanya Marissa dah start hisap ibu jari kaki ker? Dah lama dah dia wat kerja tuh. Even masa dalam perut dia hisap jari kaki dia dah. Elok jer masa scan nampak dia hisap jari kaki dia. Kalau dulu pun dia dah buat, apatah lagi sekarang kan. Sedap jer dia hisap kaki dia. Lagi satu dia suka lah dok kangkang sampai lurus kaki dia 180 darjah. Ni besar nak jadi ahli gimnastik ke apa?
Marissa ni kalau time menyusu, macam2 pergerakan dia buat. Tangan sebelah dok bergayut kat rantai aku, sebelah lagi dok kuis2 aku, kaki pulak terangkat2. Sedap sgt lah tuh kan. Aku memang menggeram lah kat kaki dia ni. Memang kena gigit selalu lah jawabnya.
Wednesday, February 9, 2011
Kemas2 Rumah
Bila nak pindah?
Itulah pertanyaan yg sering ditanyakan. Lebih2 lagi neighbour2 kami yg tak sabar2 nak kami duduk di sana. Rasanya dah 2 tahun kot kami dapat kunci rmh. Mula2 dulu kemain excited. Walaupun kelengkapan time tu tak cukup lagi, tapi sanggup tu stay kat sana. Bayangkan masa tu langsir pun takde. Tampal surat khabar pun jadi.
Menerai dapur gas
Dapurnya dah ada lama. Gasnya jer yg baru ada. Tu yg baru nak try tuh. Ternyata sekali yg dapur kami memang tak pernah berasap selama ini.
Hari tu aku ada tunjukkan gambar dapur yg belum siap kan. Now sudah siap. Cuma belum kemas2 je lagi.
Sesungguhnya banyak lagi nak dikemas ni. Dengan nak cuci rmh lagi. Walaupun dulu dah bercuci dah, tapi dah lama kan, haruslah berhabuk balik.
Bilik ni dah jadi macam stor dah aku tgk. Sumer benda dilambak jer kat situ. Tu baru sikit aku angkut tuh. Byk lagi barang kat rmh mak aku. Tapi aku tak rasa nak bawak sumer pun. Cam bedroom set tu aku ingat tinggal jer kat sana. Walaupun sayang lah jgk kan, yelah set bilik pengantin dulu kan. Tapi kalau aku angkut pun mana nak letak lagi kan. Sumer bilik pun sudah penuh.
Hujung minggu ni nak kemas2 lagi.
Poligami?
Pernah dengar jus poligami? Sape yg biasa makan ayam penyet kat wong solo mesti biasalah dengan jus poligami nie. Kombinasi daripada beberapa jenis buah2han; mangga, betik, pisang, lagi apa tah.. tak ingat pulak.
itulah rupa paras jus poligami
Aku tak tergamak pulak nak order jus itu. Hehe. Tu ayah Marissa punya order. Tapi sedap gak rasa dia tau.
Sape suka makan ayam penyet? Saya suka. Sendiri tanya, sendiri jawab. Belasah. Selain ayam penyet yg aku makan masa kat kuching dulu, ayam penyet wong solo adalah kesukaanku. Sedap sehingga menjilat jari dan pedas sehingga meleleh air hidung.
Ingat lagi hari tu aku adalah nak bawak parent in law makan ayam penyet kat ampang sana. Elok2 sampai boleh kedai tu tutup pulak. Hampa tau harapan. Tapi ni baru aku tau, kat Shah Alam pun ada satu cawangan.
meggiurkan tak?
Yang meggiurkan dia tu adalah sambal dia lah. Memang terbaiklah. Tapi jaga2 yer lepas makan kena tgk dulu gigi kat cermin, kang berbunga2 pulak gigi tu nanti. Dah lah elok jer cantik kaler merah.
Over air nak up sampai dua. Satu air mangga dan satu lagi sirap bandung. Tamak. Air mangga kat Wong Solo memang rasa cam makan buah mangga. Sama cam kat Insaf. Pekat. Dua tempat nie jelah aku rasa jus mangga dia meletop. Air bandung tu pulak wat bekap sbb takut tak cukup air. Alasan, padahal ada jer air mineral free yg disediakan. Hehe. Aku memang takleh dipisahkan dengan sirap atau bandung. Kalau nampak jer menu tu mesti nak order gak.
Kan aku cakap. Aku kalau tak jumpa ngan member aku ni memang tak jumpalah lama2, tapi kalau dah jumpa sekali mesti berlarutan. Ingat lagi ngan entri ini. Actually kami pergi ke sana bersama-sama.
Korang tau napa kat sana dorang letak cermin kat keliling kedai?. Supaya mudah tuk korang tgk kat cermin lepas makan. Yelah cili kat situ kan besau2.
Akiqah Baby Luqman Hans Harris
Berikut adalah rakaman perbualan telefon antara kami. Eh tipu, mana ada rakam2 pun. hehe.
Aku: Ti, karang gi rmh Ijat tak? Kita gi sama2 yer.
Watie: Eh, kenduri dia esok lah.
Aku: Eh ye ker? Hari tu Ijat call laki aku, dia kata kenduri dia raya cina pertama. Hari ni raya cina pertama lah kan? (haha raya cina pun main raya pertama, kedua bagai)
Watie: Jap aku tanya am jap ("bang kenduri rmh ijat tu hari ni ke esok") laki aku ni bukan betul sikit. Yer yer kata esok ntah2 hari nie. (sambil tu dengar lah am dok calling2 si ijat)
Watie: Haah lah na.. hari ni... kan laki aku tu.... ok kita gi sama2 yer... jumpa kat Shell bla bla bla...
Actually memang adalah undangan kat fb. Tapi fb pun tak bukak2.. cena?
apa ni.. belum apa2 dah dimulakan dengan makan terlebih dahulu
Kalau dah kenduri akiqah tu, menu wajib mestilah kambing. Kalau dah baby boy tu haruslah dua ekor kambingnya. Oh yer, caterer nya adalah sama dengan caterer yg masak masa kenduri akiqah Marissa dulu.
licinnn
Aku ni bukanlah pemakan daging kambing sgt. Tapi takdelah sampai tak makan. Makan tetap makanlah. Kira bolehlah telan. Tak macam separuh org, langsung tak leh telan. Tapi kalau abang caterer ni yg masak, ko dari tak makan kambing terus makan. Kambing masak kuzi dia dan bbq kambing dia memang terbaik. Yelah chef katanya kan.
Keji pulak rasanya, subjek akiqah baby Luqman, tapi terus citer pasal makan pulak. Ok kita letak gambar baby dulu yer.
Baby luqman & mummy
Ingat lagi masa kenduri kawen aku belah asben masa kat Dewan Tan Sri Mahfuz dulu, Ijat ngan wife dialah yg jadi bidan terjun tukang pegang payung masa kiterang berarak.
Sekarang ni dah pandai main cabut2 puting sendiri. Elok jer puting tu dia pegang. Rasa2 nak nyonyot dia masukkan lah puting tu kat mulut dia.
Sementelah anak dibabysit oleh uncle Am, mama Marissa apa lagi berchit chat cum gossip lah kan... lagipun dah lama tak jumpa ngan Watie.
Puas kat luar, marilah masuk ke dalam rmh pulak. Actually kiterang sampai time tu pun, majlis cukur cambul dah pun berjalan. Tu yg datang2 terus makan saje.
Terpancar nur keimanan di wajah Am. Hahahaa. Sorilah aku tak reti amik gambar sgt. Main snap jer. Takde nak setting2. Tu yg golap jer gambarnya.
Perjumpaan kami tidak terhenti di sana. Dari rmh Ijat kami ke rmh Watie pulak. Lama tak lepa2 ngan dorang. Kiterang memang kalau tak jumpa tu payah sgt nak jumpa. Tapi bila dah jumpa, memang berlarutan lah gamaknya. Tapi nan ado gambar2 sewaktu di rmh mereka. Tapi Ti.. mihun ko memang meletops lah. Shah makan sampai licin.
Anyway, kepada Ijat & family thanks for inviting us. For baby Luqman semoga menjadi anak yg baik dan soleh yg menggembirakan hati keluarga hendaknya.
