Showing posts with label Aqiqah. Show all posts
Showing posts with label Aqiqah. Show all posts

Friday, August 21, 2015

Majlis Akikah Marissa Zahira

Ok ni pun entry tertunggak. Dah lama kat draft tapi tak sempat nak siapkan.

Alhamdulillah, Zahira kami akikahkan pada 23 May 2015 hari tu. Masa tu Zahira baru 77 hari. Just about 2 weeks sebelum aku naik kerja. Aku lebih prefer aku setelkan hal akikah semua sebelum aku kembali bekerja. Yelah tgh cuti panjang kan, senang lah nak buat preparation sumer. Kali ni buat kat rmh mak. Senang sikit lagi pun nanti group kawan2 mak gak yg akan datang buat Marhaban.


Pengantin tecik


konon2 berseni lah amik gambar camni

Sebabkan girl so warna tema kena lah ada pink kan...  padahal warna lain pun boleh jer, tapi mama dia ni memang takkan lari dari warna pink or purple.

Cam biasa,sewa khemah, catering dan kambing dari org2 yg sama time Marissa dan Inara dulu.

 pasang 1 khemah jer cukup

yg ni pulak khemah utk kambing golek


Wah abg kambing sempat memberikan pose

cenderahati utk para tetamu



org yg diraikan

Majlis start lepas Zohor. Cadangannya nak buat belah pagi, tapi team Marhaban dah fully booked so tukar ke petang.



Kumpulan Marhaban pun kena pakai pink jugak

Kali ni utk buaian baby aku pilih simple jer, tanak ada pelamin2 bagai.. nak letak buaian seketul jer. Tanak pakai back drop2 bagai. .

tgk si kakak2 dah tertido kat situ dialuni bacaan yassin dan zikir selawat dari kump marhaban

patut gambar ni kat atas, sbb taim ni dorang belum tido lagi, tgh layan susu memasing

geng2 mak

alahai makcik ni duk kat tgh tu, dah tu aku nak duk mana?

Takpelah saya duk kat tepi belakang tu jelah.. lagipun baby tak mo pulak duk dalam buai tuh.


marhaban ...oo.. marhaban...




kambing akikah Zahira

Actually gambar tak byk sgt yg sempat aku amik, ni pun aku amik dari sesapa yg kongsi kat wasap or fb. Gambar makanan2 pun tak sempat nak amik kat phone aku nie. Tapi rasanya kat kamera asben ada kot, tapi aku malas nak transfer gambar dari camera.

Seingat aku, menu pada hari tu ialah nasi putih dan lauk2 kampung seperti, ayam goreng rempah, gulai nanas ikan masin, sambal bilis kentang, sambal belacan dan ulam2man dan ikan masin bulus ayam. Pastu ada mihun, bubur kacang hijau dan beranika jenis kuih.

majlis dah bermula

kambing dah luak sikit

Actually aku ada jemput semua kawan ofis, tapi sbb time tu cuti sekolah ramai yg tak available lah. Tapi ada gaklah yg hadir.  Selain tu aku jemput kawan2 sekolah dan kawan2 masa belajar dulu. Alhamdulillah dapat gak jumpa kawan2 lama.

Ni kawan serumah, sebilik, sekelas, sepontengan, seteksi dan se se se yg lain

Member aku ni org Sarawak, tapi sekarang dah menetap kat Putrajaya, tapi sepanjang dia pindah sini, jarang2 sgt kami berjumpa. Mujur lah dia sudi meluangkan masa waktu kenduri akikah hari tu.

with Lily and her two kids

Time tu Zahira dah tido kat dalam buaian

kenal tak sape nie?

Walalupun kami jarang bersua sekarang nie, tapi ketiga-tiga anak aku punya kenduri, kawan aku ni tak pernah missed pun hadir. Semuanya kecik2 dah digomol oleh aunty Neen. Walaupun camne high pitch nya pun suara aunty Neen ni, Zahira rilex jer tido. Takde hal lah bising2 nie. Zahira memang jenis suka tido time bising2. Kalau senyap sunyi jer mula lah dia terjaga.

Macam Lily gak, Neena pun merupakan kawan sekelas, serumah, sebilik, sepontengan, seteksi dan lain2 lah... cumanya dulu aku ngan Lily jer selalu duk kat rmh. Maklumlah takde boipren... hehe leh cayer ker?? Si Neena pulak mana nya nak duk rmh, harus gi deting ngan En. Teman. Alhamdulillah kekal jodoh mereka.


Group marhaban tak habis lagi..

sampai serak2 lah suara makcik2 nie

Ingatkan dah habis, pastu sambung lagi.. pastu eh sambung nasyid pulak..



ok sambung tido balik

hah yg ni my bf dari kecik sampai lah sekarang nie... sebelah tu pulak bonda dan anak2

Bonda ni mula asalnya kawan seblogger.. tapi la ni,  rasanya dia dah bersara dah dari blogging, dah tu awatnya tak update blog cik purple ooi?? Keciknya dunia ni yg rupa2nya cik purple ni dulu sekolej ngan bf aku si Watie nie...Gitulah kisahnya... 

hah yg ni tak yah nak diperkenalkan lagi

Dah tahap retis dah kawan aku ni.. hehe ampun Neena.. lawak jer...miss u.. eh tetiba..





kak inara tumpang sekaki

Actually masa kenduri Akikah tu, adalah jemput member group wasap sekolah.. kengkonon nak reunion lah sekali.. tapi adalah beberapa org yg hadir... yg lain2 tak dapat datang lah pulak... 


watie & Hanim


Ni lah member satu kelas masa kami form 3. Dah 20 tahun berlalu tetapi kami tetap macam ni. Kan.

Dah habis marharban sebelum baby dibotakkan kepala, kita kasi makcik2 ni potong rambut Zahira sorang sikit

tabur bunga rampai sikit kasi wangi


ni lah kawan2 rapat saya yg saya ada. Sori ti mata ko pejam


with my school mate Eda..eh eh Inara kat tepi tu cute

Eda ni sgtlah kelakar tau.. Eda ngan Neena lebih kurang jer dorang punya karakter.. yg kelakar dorang ni borak2 cam kenal satu sama lain jer.. pastu si Eda ni pun tanya kat aku sape si Neena ni.. pastu aku kata lah artis.. takkan ko tak kenal.. yg si Eda ni pun masuk air, boleh pulak percaya dan cakap patutlah cam familiar jer... lol.

Apapun terima kasih kepada semua yg meluangkan masa utk hadir ke majlis akikah Zahira dan syukur lepas tanggungjawab kami utk mengakikahkan anak2.

Masa kenduri akikah tu jugak, kami ada buat birthday party tuk Marissa dan cousinnya Amni, dorang berdua lahir bulan 5, so boleh lah sekali jalan.. Tapi citer birthday nanti lah kalau aku rajin..

Oklah jumpa di lain entry.. babai..

Friday, April 5, 2013

Lagi Gambar Sekitar Majlis Kenduri Akikah Inara

Kalau dah nama kenduri akikah, haruslah ada kambing kan. Untuk bayi pompuan biasalah cuma seekor kambing sajer. Kambing aku tempah kat kawasan rmh mak aku. Kami plan nak wat bbq jer, so kambing biri2 lah yg sesuai. Nampak jelah besar dengan bulu gebu2 dia, tapi bila dah bakar jadi camnie..

kambing golek

 
dihidangkan sekali bersama dengan 3 jenis sos, salad, mushroom soup dan garlic bread

Yang bagusnya tempat aku beli kambing ni, memang menyediakan perkhidmatan catering dan bbq. Tapi kiterang just amik bbq pakej jer. Utk makan2 yg lain aku order kat akak caterer yg biasa aku order.


Makanan2 yg lain disusun kat kawasan porch jer

Meh kita tengok apakah makanan yg disajikan. Sbb jemputan utk makan tengahari, so kami serve nasi putih dan lauk pauk jelah. Actually plan nak serve nasi tomato, tapi org yg aku nak tempah tu tak available pulak on that day. Takpelah, maybe nasi tomato tuk kenduri next time lah.

barisan makanan

gulai nangka + ikan masin

 
ayam masak merah

sayur campur

 
ikan goreng

Ikan bilis petai masak tempoyak

 
ulam-ulaman

sambal belacan

buah oren

air anggur + limau mandarin (sbb time tu raya cina kan)

Yang bawah ni pulak, makanan yg ditaja oleh jiran2 tetangga ku. Hehe bukan aku mintak tajaanlah, a few days before kenduri, akak yg rmh dia hujung belah kiri dari rmh aku beritahu dia berniat nak sedekahkan kuih-muih. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Memang plan pun nak order kuih-muih sekali, tapi bila akak tu gitau awal2, so tak perlulah aku order kuih lagi.


karipap

kuih koci

Memang sedap kuih karipap dan kuih koci ni. Rupa paras dia pun elok jer lawa. Tengoklah saiz2 kuih dia sama besar jer.

tapai

Tapai ni pulak jiran aku belah kanan pulak yg sponsor. Baik hati sungguh jiran2 ku ini. Yang ni aku tak tau mula2 sape yg kasi tapai nie. Elok jer terletak kat setiap meja sebekas tapai. Sedap tapai dia, dan mendapat sambutan yg menggalakkan. Kejap jer dah licin. Terima kasih wahai jiran2 ku sekalian.
kids corner

Konon2 nak wat candy buffet lah... cuma takde cupcake segala lah, tapi kira oklah jgk percubaan aku yg pertama kali nie. Letak cokelat, gula2, biskut, lolipop. Lolipop aku borong kat cameron. Aku beli lolipop strawberi dan anggur. Yelah pink purple lah katakan kan. Lolipop tu pun aku ada letak kat dalam goodies bag. Selain tu aku bubuh, towel pink/puple, air kotak dan chocolate bytes cadbury. Blur giler nak letak apalah dalam goodies bag tuh. Sbb nak gak cari benda2 yg pink or purple. Hover kan mak budak nie.

Eh takkan tengok jer makanan2 tu kan.. sila2 jemput makan sumer..jgn segan2 yer..

dengan makanan masing2

 
Marissa pun tak ketinggalan. dia kalau makan secara ramai2 memang selera lah

 
layan2 tetamu



Aku appreciate pada sumer tetamu yg hadir. Yang bestnya member2 sekolej kenanga 3, uitm dulu pun datang gak. Kawan2 seopis pun ada datang gak. Kawan2 baik pun datang gak. Kawan2 blogger pun ada datang gak. Tq to all:)


with Maya

with puan purple & puan watie

 
antara kengkawan yg hadir

tuan rmh pun nak makan jugak

 
Inara with untie nin

member2 kolej

ayah selaku dj bertugas

tukang bakar kambing


husband's cousin


emak and the besans


with mereka dan anak2

with my ex-roommate

Marissa keletihan

Marissa sebelum tido keletihan. Main2 ngan kawan2

 
sedara-mara

Oklah cukuplah takat ini sahaja entri sempena majlis akikah puteri kedua kami. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan terlaksana tanggungjawab mama & ayah terhadap Inara. Moga Inara menjadi anak yg solehah dan insan yg bertakwa.