Monday, March 18, 2013

Warna-Warni Cameron

Awas entry ini penuh dengan gambar2 sahaja, tu yg letak tajuk dia warna-warni cameron dan sajer aku pilih gambar stroberi sebagai gambar pertama. Suka plak aku tengok stroberi yg merah ranum nie..

rasa nak telan jer lagi best jika dicelup dengan cokelat

Kami ke Cameron masa Inara 2 bulan lebih. Tak agak2 kan, baru abis pantang dengan baby2 sekali diangkut ke tempat sejuk pulak tuh. Nasib baiklah Inara ni jenis kuat dan tak demam balik dari Cameron.

Amik gambar dulu sebelum berangkat

konvoi 2 kereta jer

Sbb waktu tu hari persekolahan maka anak2 buah aku yg lain tak dapat lah ikut. Kesian dorang. So, selain dari aku, asben dan anak2, yg ikut sekali ialah mak aku, akak aku ngan anak dia dan adik aku.
Ginilah keadaannya kalau travel ngan budak2 kecik. Kereta dah macam rmh jadinya.

Unit chalet yg kami

Sampai pun dah agak lewat petang. Kami menetap di Strawberry Park. Memang sejuk dan gigil2 lah masa mula2 sampai, tapi tengok budak2 kecik ni relax jer. Sbb dah sejuk plus hari pun renyai2 malam tu memang malas nak keluar. Kami stay kat chalet jer, makan malam pun tapau jer.

Keesokan paginya sebelum keluar berjalan-jalan

memilih key-chain utk cucu2 yg tak dapat ikut

 
pilih2 kaktus yg comelz

i love this one..pink karer
can u spot the baby?

 
pompuan dan bunga memang tak dapat dipisahkan

lawa kan kaktus nie?

walaupun ku bukan peminat kaktus, tapi tak dapat nak elak dari terbeli..pastu dari nak beli satu ketul terus terbeli 24..hehehe

 
kaktus lagi

tak abis nak letak anak kat atas pokok bunga

 
barisan kaktus tajam2

bunga rose atau dalam bahasa melayunya bunga mawar. Sajer jer nak gitau jgk walaupun sumer org pun dah tau..
bunga kebangsaan=bunga raya

hah ni adalah gadis bunga

 
amboi nak cium2 bunga pulak

 
dah lah tu.. budak ni kalau time mood ok, kemain nak pose bergambar, kalau tengah sentap.. takdelah...

 
mkn lolipop strawberi

 
tak habis2 nak muncung.. memang hover sekarang ni kalau dia pose

 

Marissa & tihani

shopping dan bayar

saya dan strawberi.. buat2 teruja cam tak pernah nampak pokok strawberi

 
silakan masuk hasil belian ke dalam but kereta

 
Kami singgah di situ

 
keluarga kami sekarang sudah berempat

semua sekali - mintak tourist dari japan ke cina tolong amik gambar

 

sama tapi bukan kembar. Sajer jer pakaikan dorang baju sama

 
saya dan anak2

mama+marissa+ayah . Inara tiada dalam ini gambar sbb dia tido.

 
again kami lagi

pantang nampak bunga harus nak amik gambar

 
di dpn banglo bnm

 

terik tapi tak panas sgt
sempat lagi tuh, sambil bergambar sambil mengupdate

 
suka gambar ni.. saya sayang keluarga saya..

Pasra jer lah Inara, kakak dan mama dia sibuk bergambar.. tapi dia apa kisah.. dia tido jer

 
kat ladang strawbery pulak. first time kot marissa jumpa pokok stroberi

 
tihani and her ummi

mamat ni pun nak jgk memoyo dengan buah stroberi. Patutlah pun, first time ucu sampai ke cameron.. kesian..
mak kalau berjumpa dengan tumbuh2 han memang teruja

aku tak perasan pun notis nie.. bila kuar baru perasan, tapi time tu dah selamat sebijik stroberi aku telan

Korang klu nak ke ladang strawberi nak petik2 buah strawberi pergilah yg dekat kampung melayu apa tah tuh... takdelah mahal sgt nak kena cas. Dorang just charged strawberi yg dipetik jer... nak masuk berapa ramai pun boleh. Ladang melayu yg punya.




shopping kat pasar pulak

kat ladang teh pulak.. marissa with her trade mark pose

 

amboi kemain nak jalan sorang2

mehlah ayah dukung kan

 
mintak tolong tourist dari singapore plak tolong amikkan

 

ini pose kangkang namanya

 
bakal menjadi ratu papan tanda..hehe

minum petang di Bharat Tea

3 hari 2 malam jer pun kami kat sana. Gambar semua sekali aku satukan kat satu entri. Koser pulak nak pecah2 entri, pastu kang terbengkalai. Ini pun kira ok lah, rajin tu takdelah sgt, tapi just letak gambar buh caption sikit, maka jadi lah ia sebuah entri. hohoho.

Walaupun Inara tak sampai 2 bulan lagi time tuh, tapi tengok gayanya macam takde masalah kot kalau next time nak jenjalan bawak dia. Mandi air sejuk pun takde hal... kesian anak aku tau, water heater kejap ok kejap tak, yg mak dia ni pulak tak rajin nak masak air, Inara mandi air sejuk jer..dia tak jerit tapi bibir terketar2.

Eh ada sikit lagi gambar yg diupdate kemudian. Gamber dari hpku.
 loving couple lah sangat

 minum petang teh o dan cheesecake


 aku pun tak paham, ni masing2 sibuk pegang hp pehal?

 tido sajer si kecik tu

Nampak noti jer Marissa dalam gambar nie..siap nak lipat2 seluar jeans dia tuh

Nanti kita gi cuti2 lagi yer.

Friday, March 15, 2013

Kantoi. Kena Skodeng

Lama kan tak jaja muka sendiri semenjak deliver the second one. Tapi tu tak bermakna aktiviti selca (self capture) terhenti begitu sahaja. Aktiviti sebegitu masih berjalan seperti biasa. Ini buktinya. Patutlah Marissa pun ikut perangai nie.

Ni gambar aku kantoi tengah syok sendiri.


mula2 ok lagi camni

 
pastu tak puas hati lagi




Terus jadi seperti di bawah





hok oloh hodohnya

eh eh ada org skodeng kitew lew

Ala takmo amik gambar curi2. Nak amik gambar meh lah amik betul2.... ok nah..

ngan kak long marissa, adik time ni tido dalam kereta

 
saya terkini

Takdelah terkini sangat pun, time tu selepas lebih kurang 2 bulan melahirkan Inara. Giler tak menyabar, baby kecik2 dah diangkut bawak berjalan. Rasa2nya kami ke mana tu? Eleh nak main teka teki pulok.

Thursday, March 14, 2013

Sempena Sudah Setahun

Assalamualaikum

Aku tau sekarang ni memasing pun dah tak berapa rancak pun nak update blog sbb aku tengok kat dashboard pun kawan blogging dulu2 pun cam kureng jer update. Diri sendiri apatahlagi kan. Aku rasa blogging dah tak cam dulu2 kot, dulu kemain semangat nak update, makan karipap nak update, beli kasut update, tapak kasut tercabut update, tukar tayar kereta update, main nyorok2 update, segala benda lah nak cerita. Tapi sekarang nie... huaa sedih...amik gambar sana sini kemain tapi satu pun nan ado nak diupdatekan.

Faktor usia mungkin. Tapi kan ni aku rasa lah kan, korang tak rasa tak per, memang pun masing2 malas dah update blog, buat apa nak susah2 nak karang2 ayat kan... sekarang ni macam2 ada nak live update. Ngan Instagram, twitter, fb, whatsapp dan mcm lagi lah yg ada sumernya hanya dihujung jari. Henpon masing2 pun canggih2 belaka kan... dan lagi satu sebabnya aku tengok dengan pertambahan anak pun iye jugak kot... member dulu yg seangkatan ngan aku dulu yg memang aktif bloging pun sekarang ni bila anak dah masuk 2, 3, 4 pun leh kira jelah berapa kali dorang update blog. Yelah kekangan masa mungkin.

Oklah walaupun sebab2 di atas, aku cuba gaklah nak update kisah yg tak habis2 lagi nie. Asik nak update citer basi je lah pulak. Tapi kenangan ini takkan basi dari ingatanku ini.

Actually hari ni merupakan genap setahun peristiwa manis kami sekeluarga bertolak ke tanah suci. Ooo terasa naaaaak sgt ke sana lagi. Tambahan pulak sekarang ni ramai sgt kawan yg bakal dan baru pulang dari sana. Gembira sgt bila dengar sorang demi sorang yg pergi dan balik dari menjadi tetamuNya.

Ok aku pun dah janji dulu, yg aku akan habiskan jugak citer perjalanan umrah kami kat blog ini. Bukan utk apa semata2 utk rujukan diri sendiri di kemudian hari dan utk tidak terus melupakan kenangan2 itu. Kenangan tu beb dengan Marissa yg baru setahun 10 bulan, dengan membawa Inarah dalam perut... sgt2 membahagiakan.


dimulai dengan wajah somi isteri ni dulu


Aku pun dah ingat2 lupa dah, kejadian mengikut urutan hari sewaktu kat sana. Just refer kat gambar2 yg ada jelah.  Kalau tak update kat blog makin lama jawabnya langsung makin lupa lah kenangan2 nie sumer.

Yang ni tak ingat dah hari keberapa. Tapi siangnya tak salah aku yg kami gi melawat ladang unta tu kot. Malam tu kami plan untuk berdua jer utk menunaikan solat di Masjidilharam dan selepas itu jalan2 kat Abraj Al Bait Shopping Complex ala yg dekat menara jam yg tinggi tuh. Bukan lah niat tuk shopping ke apa, just sekadar berjalan2 sbb since dari kiterang sampai ke Mekah kami tak berpeluang pun lagi nak berjalan2 kat sekitar situ. Marissa time tu aku tinggalkan kat bilik hotel ngan family member yg lain.

Lepas selesai solat Isyak, kami tak terus balik ke hotel, kami plan nak makan kat D'saji yg terletak kat dalam Abraj Al Bait Mall tuh. Saje jelah nak mencuba dan nak tukar selera. Bila dah hujung2 kat sana memang dah tak berasa selera sgt nak makan dah tak seperti masa mula2 sampai.

Kat sinilah kalau nak dapatkan Malaysia cuisine. Rasa teruja bila terlihat mihun goreng. Terus order mihun goreng 2. Tak salah aku harga satu pax mihun ni 25 riyal. Boleh tahan mahal kan... mihun jer kot.

teruja berjumpa dengan mihun dan teh tarik

mihun goreng dan telur mata

ayam goreng kegemaran upindanipin

 
wow habis licin

Walaupun portion dia agak besar, tapi kami berjaya jugak menghabiskannya. Yelah rasa rugi kot kalau tak hbs dah lah mahal. Rasa dia oklah boleh diterima tekak.
Makanan Malaysia - aku pandai2 translate jer ayat atas tuh

 
Waktu perniagaan


Baskin robin pun ada

Semua pun ada kat dalam shopping complex ni..

Tapi yg paling best adalah kedai2 perfume. Dahlah perfume kat sana murah dari kat Malaysia dan wangi2.

Bersama tokey kedai perfume. Pandai2 jer aku cakap tokey ntah pekerja jer..hehe

 
mcm2 jenama ada



Botol pun macam2 bentuk unik

test bau

sakan gak dia ni bergambar..

 
dpn pintu masuk kedai

Hasilnya adalah beberapa botol perfume yg kami beli dan masih ada lagi hingga ke hari ini.


Menjadi Al-Quran kesayanganku


di kota Mekah


kami berdua

Actually ni aktiviti sampingan kami jer, takdelah datang sana nak bershopping2 sakan, itu memang dah lari pada tujuan asal lah kan. Tapi sekadar utk mencari sesuatu yg boleh dijadikan cenderamata dan kenangan. Lagipun waktu tu kami tinggal beberapa hari je lagi sebelum pulang ke Malaysia.

Tapi bila kenang balik memang seronok sgt2 ketika berada di sana. Berjalan 300mx2 ulang aling ke masjidilharam dari hotel tidaklah melelahkan. Bunyi hon2 kereta sentiasa menemani perjalanan dan tidur malam kami. Tengah malam pun hon kereta tak berhenti ok.

Nanti sambung lagi.. kalau terajin.. sambil tu nak gak update pasal cerita terkini. Citer Inara pun byk yg pending.

Friday, March 8, 2013

Ayah dan Anak-Anaknya

Opps sori lah, start2 entry terkeluar gambar besar nie. Ntah nape tak leh set normal size pulak, set normal size gambar tak kuar, tukar extra large elok pulak dia kuar. Nasib baik satu gambar ni jer yg buat perangai.

diapit dengan dua gugurl

Kali ni nak citer pasal ayah kepada kedua2 anak perempuan ini. Sebagai penghargaan kerana menjadi bapa dan suami mithali. Suami mithali yer bukan suami menyesali hehehe.

Kalau korang baca entry sebelum ni pasal tips suami semasa isteri dalam pantang tuh, Alhamdulillah dari list2 tu memang adalah yg asben lakukan tuk bini dia nie. Sediakan air mandian, sediakan breakfast, mandikan baby kecik, mandikan baby besar, tolong buat kerja rmh, dan macam2 lagilah.

ayah yg penyayang dan boleh jadi jugak ayah yg penggarang...hehe

Korang pun tau kan, aku lepas bersalin stay lebih kurang 2 minggu jer kat rmh mak, pastu dah gedik nak balik rmh sendiri. Nak berdikari lah konon. Asben pun dah janji bila balik rmh nanti dia akan tolong aku sebaik yg mungkin. Memang dia tepatilah janji dia tuh.



ngan adik

 
ngan kakak

Memang kena layan sama adil budak2 dua org nie. Kalau tidak kang si kakak ni asik nak sentap jer. Pastu nanti mulalah nak protes2 nak ngamuk2. Budak dua tahun lebih cam Marissa ni memang taim dorang nak lepaskan tantrum jer lah. Kang kalau dia tak puas hati ada jelah yg dia buat tuk sakitkan hati mak ayah dia. Pastu bila kita pujuk2 dia, tak jalan. Sekali kena sergah baru terdiam. Haha mama dia memang suka sgt anak. Pastu si kakak pun merayu2lah mintak maaf, sori bagai.

Ok, tak ramai suami yg berani nak mandikan baby kecik kan. Alah, jangan kata suami, kadang2 mak2 baby pun tak berani nak mandikan baby sendiri. Yelah tak kondifen  konfiden baby kan lembik dan lembut jer. Tapi nasib baik asben boleh lah diharap utk mandikan anak2 dia. Memang aku dah train dah sejak time Marissa dulu. Ngan anak sendiri biasalah otomatik dari tangan keras tak reti pegang baby terus leh jadi reti.


Masa ni Inarah berapa hari ntah, aku tak sure

 
relax jer ayah dia mandikan. inarah memang budak senang nak mandi dan tahan sejuk. gud girl

Dari memandikan sampai siapkan anak pun asben tak pernah gagal melakukannya. Siapkan anak pun boleh. Jaga anak pun boleh.

Cuti pantang kan lama 3 bulan, duk lah terperap kat rmh, tapi nak kata terperap sgt pun takdelah jugak sbb aku rasa keluar je pun, gi check up baby pastu sempat gak lah gi shopping barang baby sikit2, takpun makan kat luar. Tapi takat2 tu jelah. Tak sempat nak shopping barang sendirian berhad lah kan.  Sampailah satu hari tu asben kasi aku 1 day off utk keluar berjimba dengan kawan2. Kawan2 bunyi macam ramai padahal keluar berdua jer pun ngan si Watie. Dari tenghari santak sampai kul 8 malam kiterang kuar bershopping. Syok giler.

Asben jgk volunteer untuk menjaga anak2. Ginilah keadaan mereka tiga beranak di rmh.  Gambar ni aku amik sebelum kuar rmh. Buat ubat rindu. Yang si Marissa pulak ntah camne leh lak percaya yg aku ni nak gi kerja. Hahaha kalau dia tau mama dia gi berjimba mesti dia melalak nak ikut. Haha..

kiri kanan ko...

anak2 tido bapaknya pun tido lah sekali jugak kan

Kadang2 rasa byk dah asben tolong meringankan kerja2 kat rmh, tapi biasalah kita ni pompuan tak henti2 lah nak bebel2 kan... heh sgtlah not gud kan.. ni pun kira syukur Alhadulillah sgt..biasalah bebelan itu hanya sekadar hiburan semata.

dua2 pun anak ayah

Apapun saya nak berterima kasih sgt buat asben dengan kasih syg yg dicurahkan dan tanggungjawab yg tidak berbelah bagi. Saya dan anak2 amat menyayangi kamu.
kami

Thursday, March 7, 2013

Tips Untuk Suami Ketika isteri Sedang Berpantang

Terbaca artikel ni kat laman FB. Rasa bagus sgt dikongsikan di dalam blog ini. Kepada kawan2 yg sedang preggy atau pun yg sedang berpantang tu elok lah printkan artikel ni dan kasi suami2 baca yer.

Bila baca artikel ni aku rasa rindu sgt wei saat2 manis melahirkan dan saat2 berpantang hari tuh. Nanti kalau aku rajin aku nak update lah citer pasal pantang aku beranak yg kedua kali ini. Actually, aku start merajin update blog ni sbb ada a few request yg suh aku update blog, my old fren (u know who u are) yg sekarang ni tengah preggy, dia kata dia dapat semangat bila baca blog nie (walaupun takde mende pun tulisan aku nie) dan ada gak my frens yg sekarang ni sedang berpantang. Well, sharing is caring right.

Tips2 yg perlu dibaca oleh para suami:

1.  Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda.  Rebuskan daun-daun  kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini  untuk kembalikan kesegaran tubuh badan. Kalau susah sgt nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yg tak mempunyai water heater).

2.  Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda. Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula. Kalau tak dapat sediakan sarapan yg agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar.  Pasti isteri anda rasa amat dihargai.

3.  Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda masih lembut badannya. Kalaulah anda tiada kemahiran memandikan baby ataupun tak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia.  Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.

4.  Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak2 itu diuruskan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak2 yg lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yg dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.

5.  Sedikan keperluan2 yg sering dianggap remeh, berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (utk mengelakkan boring)

6.  Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa2 yg perlu.  Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tidur di depan televisyen selepas menonton Astro.

7.  Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas.  Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakain2 itu.  Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh.  Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian.  Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda.  Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.

8.  Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah.  Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang.  Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya.

Dibawakan oleh Mom's Fav Shop

Gambar sekadar hiasan

 "Good morning mama".  Hati adalah cair bila bangun pagi jer lihat si kecik yg ceria ini.

 Helo semua. My mama sekarang memang malas nak update blog lah..

  Bambam tak saya?

Wednesday, March 6, 2013

Amalan Terbaik Semasa Mengandung

Ini pun entry lama yg tersimpan kat draft. Masa tengah preggy gak. Aku copy dari blog sape ntah, mula2 cam ingat tuk bacaan diri sendiri jer, tapi why not kalau aku share kan kat sini. Amalan2 yg memang bagus dilakukan ketika kita sedang mengandung.  Serius, tetiba rasa rindu sgt saat2 manis mengandungkan Inarah.

Aku rasa cpt sgt masa mengandungkan Inarah, tau2 eh dah bersalin, pastu tau2 eh anak aku nak masuk 4 bulan dah. How time flies.

Aku ni nak kongsi tips tapi aku rasa aku ni jauh pada layak tuk berkongsi, tapi aku rasa cam nak kongsi jugaklah apa yg aku buat semasa mengandungkan kedua2 anakku; Marissa & Inarah. Rasa cam benda baik apa salahnya kita kongsi sama2 kan.
Amalan Terbaik Semasa Mengandung

Sikap dan tingkah laku si ibu boleh diwarisi oleh si anak di dalam kandungan? Sejauh mana kebenarannya? Dan apa yang harus saya lakukan agar dikurniakan cahaya mata yang cerdik, cantik dan berakhlak mulia?

1. Didikan Di Alam Rahim

Para pakar perubatan sependapat bahawa anak-anak boleh dididik menjadi cerdik dan berakhlak mulia sejak ia berada di alam rahim lagi. Apabila janin meningkat usia empat bulan, si ibu mestilah mengawasi setiap tindak tanduknya kerana pada tempoh tersebut Allah SWT telah meniupkan roh ke atas janin yang dikandunginya. Pada waktu inilah janin sudah boleh mendengar dan mengamati suasana persekitaran yang berlaku.

Dalam usaha melahirkan anak yang patuh mendengar kata ibu dan ayah, si ibu perlulah menunjukkan contoh yang baik ini sejak dari awal lagi. Patuh mentaati perintah Allah swt dan taat pada suami dan Insya-Allah, anak yang lahir nanti akan turut mewarisi sifat tersebut.


2. Jaga Tingkah Laku
Ketika hamil emosi si ibu memang tidak stabil dan mudah marah. Namun si ibu perlu bijak mengawal emosi dengan menjaga tutur kata dan tingkah laku agar tidak menunjukkan akhlak yang buruk. Anak di dalam kandungan sentiasa mendengar suara persekitarannya. Jadi, tuturkan dan dengarkanlah perkara-perkara kebaikan sepanjang kehamilan anda. Tujuannya, agar si anak dapat mendengarinya sekali gus mewarisi sifat-sifat kebaikan itu.

3. Beribadah
Apabila si ibu dan ayah rajin beribadah, insya-Allah si anak juga akan mewarisi sifat itu. Si anak yang dilahirkan dalam suasana tetap beribadah akan menunjukkan kesungguhannya untuk bersembahyang dan sensitif dengan kalimah Tuhan apabila usianya menginjak dua tahun. Malah ada yang sudah pandai mengucapkan kalimah memuji Allah swt dalam usia semuda itu.


4. Komunikasi
Selain solat, ibu hamil juga disarankan untuk mengucapkan kalimah-kalimah yang baik. Berbisiklah pada bayi di dalam kandungan dengan kalimah-kalimah suci memuji Tuhan. Yakinlah si anak mendengar dan mendoakan yang terbaik buat ibunya.


5. Membaca Al-Quran
Banyakkan membaca Al-Quran, bertahlil, berzanji, marhaban, berzikir, berselawat, berdoa dan amalan sunat yang lain agar zuriat yang lahir menjadi anak yang soleh dan solehah.


Surah Amalan Terbaik Ketika Mengandung
Ketika hamil, para ibu digalakkan membaca surah-surah dalam Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan harian. Antara surah-surah yang digalakkan untuk diamalkan sepanjang tempoh kehamilan ialah :
1. Surah Al-Fatihah

2. Surah Ayatul Kursi

3. Surah Yaasin

4. Surah Yusuf

5. Surah Maryam

6. Surah Luqman


Ibu Sihat, Anak Cerdas

Selain menjaga tingkah laku dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat, ibu hamil juga digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang tempoh kehamilan. Antaranya :
Telur – Kaya protein.

Ikan Salmon – Kaya sumber Omega-3

Kekacang – Tinggi serat dan protein.

Keledek – Sumber vitamin A, C, folat dan serat.

Bertih jagung atau sebarang biji-bijian – Tinggi nutrien dan serat, vitamin E, selenium serta phytonutrient.

Kacang walnuts – Kaya sumber Omega-3 (sebagai pengganti bagi yang tidak menggemari ikan atau telur.

Yogurt – Sumber kalsium.

Sayuran Berdaun Hijau – Kaya dengan sumber vitamin serta nutrien termasuklah vitamin A, C, K dan folat.

sumber: pa & ma

_____________________________________________________________

Apa yg ingin aku kongsikan ibu2 haruslah memperbanyakkan membaca Al-Quran. Bukan masa kita preggy jer kita baca, malah lebih baik kalau ia berterusan sehingga kita melahirkan. InsyaAllah anak akan sentiasa tenang. Memang ada gak surah2 pilihan semasa mengandung. Tapi pada aku, baik dibaca jer semua surah yg ada dalam Al-Quran. Kalau boleh kita khatamkan Al-Quran sebelum baby lahir.

Kita Publish kan Jelah Dari Terperap kat Draft nie Bertahun-Tahun

Assalamualaikum.

Sebenarnya entry ni lama sgt terdampar kat draft ni hah. So, sementelah aku ni cam tak berapa reti pulak berblogging semenjak dua menjak ni, kita post kan jelah entry basi tahun lepas nie. Memang basi sgt, sbb time tu aku tengah sarat mengandung, just a few weeks pun before deliver. Entry ni sebenarnya sambungan dari entry ni, konon2 nak sambung pastu terus terstop.

Sambil aku post entry ni terus teringat kenangan2 sebelum bersalin dulu. Kenangan semasa Marissa masih belum berkogsi kasih sayang dengan adik dia. Time tu memang dia manja giler lah dengan mama dan ayah dia, tapi sekarang dah ada adik ni kena berkongsi kasih lah kan. Tapi apapun kedua-duanya pun tetap menjadi kesayang kami.

Perangai Marissa sebelum dan selepas menjadi kakak memang berbeza. Mungkin dengan cara ni lah dia nak menyesuaikan diri dia untuk menjadi kakak. Tapi dia memang sayang sgt dengan adik dia. Cerita pasal dua beradik ni, nantilah aku updatekan kat blog. Dah lama pulak tak citer kisah anak2 kat blog.

Ok now kita publish kan ajer gambar2 yg dah basi ini.




Marissa sakan berendam ngan ayah dia
 Yang mama dia kan tengah sarat, so kerjanya tukang amik gambar jelah kat tepi kolam, sambil menjaga barang2.



belajar mengapungkan diri

tak yah susah2 pakai float jer.. terapung lah nanti

 

seronok Marissa time nie dilayan bak puteri

 
wajah suciku sempena 9 months preggy

Marissa 2 tahun 5 bulan ketika itu

asben main slides sorang2

 
Marissa pun nak join sama


Ok nanti nak update percutian kami bersama baby Inara pulak lah nanti. Jangan memain budak kecik tuh kecik2 lagi aku dah bawak berjalan ke sana ke sini. Alhamdulillah Inarah such a good girl and just like her sister, dua2 pun senang nak handle semasa baby. I love both of them. Sayang sangat2. Ayah dia pun. Eh.