Bila baca artikel ni aku rasa rindu sgt wei saat2 manis melahirkan dan saat2 berpantang hari tuh. Nanti kalau aku rajin aku nak update lah citer pasal pantang aku beranak yg kedua kali ini. Actually, aku start merajin update blog ni sbb ada a few request yg suh aku update blog, my old fren (u know who u are) yg sekarang ni tengah preggy, dia kata dia dapat semangat bila baca blog nie (walaupun takde mende pun tulisan aku nie) dan ada gak my frens yg sekarang ni sedang berpantang. Well, sharing is caring right.
Tips2 yg perlu dibaca oleh para suami:
1. Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran tubuh badan. Kalau susah sgt nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yg tak mempunyai water heater).
2. Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda. Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula. Kalau tak dapat sediakan sarapan yg agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar. Pasti isteri anda rasa amat dihargai.
3. Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda masih lembut badannya. Kalaulah anda tiada kemahiran memandikan baby ataupun tak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.
4. Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak2 itu diuruskan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak2 yg lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yg dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.
5. Sedikan keperluan2 yg sering dianggap remeh, berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (utk mengelakkan boring)
6. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa2 yg perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tidur di depan televisyen selepas menonton Astro.
7. Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakain2 itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.
8. Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya.
Dibawakan oleh Mom's Fav Shop
Gambar sekadar hiasan
"Good morning mama". Hati adalah cair bila bangun pagi jer lihat si kecik yg ceria ini.
Helo semua. My mama sekarang memang malas nak update blog lah..
Bambam tak saya?



1 comment:
kalau bagi incik suami benda ni..sure dia buat tak tahu je..ha ha ha
Post a Comment