Tuesday, October 2, 2012

Ke Ladang Unta

Ada lagi entry yg terperap kat dalam draft. Sbbkan sekarang ni ada sedikit kerajinan nak update blog, maka kita post jelah walaupun dah basi pun ceritanya. Bersesuaian pula sekarang ni, ramai sedara-mara kita dan kenalan kita  yg telah pun berangkat dan bakal berangkat ke Tahah Suci utk menunaikan Fardhu Haji. Kalau tengok kat tv, pasal tanah suci, pasal jemaah yg naik haji, fuh.. memang terus teringat2, rindu sgt dengan rumah Allah. Marissa pun sama kalau tgk azan kat tv yg ada paparan Masjidilharam dia akan jerit.. mama Kaabah... Alhamdulillah dia masih ingat lagi. Semoga dia tidak lupa kenangan itu.

Ini masa hari keberapa tah kami di sana. Kami telah dibawa melawat ke beberapa tempat antaranya ialah ladang unta.
macam nilah rupa jalan raya / hiway di sana

Sayup mata memandang kan? kiri kanan padang pasir. Jalan pulak elok jer lurus. Kenderaan pun leh tahan laju2 kat sini.
comel jer anak unta ni

 
apa sajer binatang mampu dijinakkan oleh ayah. Ye.. ayah mertuaku memang suka manjakan haiwan terutamanya kucing

 
Marissa pegang susu unta

Rasa susu unta ni lebih kurang cam susu kambing jer.. tapi sbb kita tak biasa mula lah cam takboleh nak telan.. tapi kalau dah haus sgt rasanya abis gak sebotol ni kena telan. Maklumlah kat sana kan panas.
inilah dia ladang unta kami - haha pasan

Marissa takut naik unta

 
unta senyum sama cam asben ke asben senyum sama cam unta..hehe

duduk jap kat atas daun2 makanan unta

 
perah jangan tak perah

lepas perah terus masukkan ke dalam botol - memang fresh

 
satu botol = 5 riyal

 
kiri asben adalah pengembala unta dan di kanan asben adalah si pemandu bas
moh lah kita amik gambar ramai2

Sebelum bergerak pulang ke hotel kami singgah di Masjid Hudaibiyah. Di sinilah terjadinya perjanjian Hudaibiyah.





Imam kat sini sgt muda orgnya. Dialah Imam dan dialah jugak yg memastikan masjid ini terjaga. Beliau juga ada memohon sumbangan kepada sesiapa yg  ingin menderma utk memelihara dan memulihara masjid ini.

Selepas itu, kami pun pulang ke hotel. Bila sampai hotel, kiterang cam ada bau2 unta jer kat dalam bilik tuh. Memang patutpun bau unta, mana taknya masa kat sana kemain lagi si asben dan ayah berpeluk sakat ngan unta2 tuh..  Sudahnya melekat lah bau unta kat baju mereka. Hehe.

3 comments:

SURIA AMANDA said...

seronok tgokkawan2 dah jejakkan kaki ke sini,along x tau la bila berkesempatan...mudahan allah beri laluan..

ღnFashyaღ said...

susu tu memang fresh2 masuk dalam botol ye.. Walla

AdanyaKauUntukku said...

akak suka caption awak yang ada gambar boy senyum ngan unta tuuuu.....

akak rasa
boy yang ajor unta tu senyum cam tuuuu


huhuhu...ampunnn boy