Showing posts with label Pantang. Show all posts
Showing posts with label Pantang. Show all posts

Thursday, March 7, 2013

Tips Untuk Suami Ketika isteri Sedang Berpantang

Terbaca artikel ni kat laman FB. Rasa bagus sgt dikongsikan di dalam blog ini. Kepada kawan2 yg sedang preggy atau pun yg sedang berpantang tu elok lah printkan artikel ni dan kasi suami2 baca yer.

Bila baca artikel ni aku rasa rindu sgt wei saat2 manis melahirkan dan saat2 berpantang hari tuh. Nanti kalau aku rajin aku nak update lah citer pasal pantang aku beranak yg kedua kali ini. Actually, aku start merajin update blog ni sbb ada a few request yg suh aku update blog, my old fren (u know who u are) yg sekarang ni tengah preggy, dia kata dia dapat semangat bila baca blog nie (walaupun takde mende pun tulisan aku nie) dan ada gak my frens yg sekarang ni sedang berpantang. Well, sharing is caring right.

Tips2 yg perlu dibaca oleh para suami:

1.  Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda.  Rebuskan daun-daun  kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini  untuk kembalikan kesegaran tubuh badan. Kalau susah sgt nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yg tak mempunyai water heater).

2.  Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda. Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula. Kalau tak dapat sediakan sarapan yg agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar.  Pasti isteri anda rasa amat dihargai.

3.  Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda masih lembut badannya. Kalaulah anda tiada kemahiran memandikan baby ataupun tak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia.  Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.

4.  Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak2 itu diuruskan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak2 yg lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yg dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.

5.  Sedikan keperluan2 yg sering dianggap remeh, berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (utk mengelakkan boring)

6.  Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa2 yg perlu.  Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tidur di depan televisyen selepas menonton Astro.

7.  Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas.  Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakain2 itu.  Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh.  Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian.  Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda.  Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.

8.  Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah.  Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang.  Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya.

Dibawakan oleh Mom's Fav Shop

Gambar sekadar hiasan

 "Good morning mama".  Hati adalah cair bila bangun pagi jer lihat si kecik yg ceria ini.

 Helo semua. My mama sekarang memang malas nak update blog lah..

  Bambam tak saya?

Wednesday, July 28, 2010

Orang Tanya Aku Jawab

Ini entry selingan & quick update.

Daripada entry2 sebelum ni ada beberapa pertanyaan yg ditanya oleh kengkawan kat ruangan komen tuh. Tapi biasalah aku ni kan kengkadang pemalas lipas nak reply komen, tapi tak bermakna aku tak appreciate komen korang tu tau. Jadinya, mana yg aku teringat tu aku jawab kat sini yer.

Ada yg tanya berapa berat Marissa sekarang nie. Yelah tgk dia kemain lah babamnya sekarang ni kan. Berat Marissa masa aku timbang masa pergi klinik masa dia tak berak2 hari tu ialah 4.8 kg.

Ada juga yg tanya Marissa dah ok ke belum? Pasal dia tak berak2 tuh. Lepas bawak dia gi jumpa doktor hari Sabtu, Marissa dah berak pada hari Ahad, petang lepas kenduri. Giler melimpah ruah dia poo-poo. Nasib baiklah dia berak hari Ahad tu, doktor kata kalau dia tak berak jugak by Ahad tu, doktor suh datak klinik lagi utk dipam.

Selain tu ada gak kengkawan yg tanya camne leh kurus atau turun berat badan lepas bersalin. Kira nak tips lah. Kalau nak ikutkan takdelah tips apa2 pun, cumanya masa pantang tu memang kena disiplin lah sikit. Yang penting aku ikut kata makcik tukang urut tu, dia kata "kalau nak nak kurus, kalau makan nasi tu jgn tambah2". Maknanya sekali amik ajer. Memang I follow. Walaupun kengkadang tu rasa selera nak tambah. Selain tu, perkara yg aku buat, dari bersalin hinggalah ke hari ini without fail ialah sapu badan dengan minyak panas atau lotion halia. Satunya memang angin tak masuk dan yg penting leh bakar lemak. Gunalah losyen serai wangi limau nipis & pati halia YUSMIRA. Memang tidak mengecewakan. Dari tak muat nak pakai suar jeans, dah boleh muat dah. Lagi satu, masa pantang tu takmo malas2 bertungku yer... aku ni bertungku sampai lubang2 kain lapik batu tungku tuh.. nasib aku tak melecur. Hehe. Pastu jgn lupa pakai girdle. Pastu rajin2lah senaman ibu bersalin. Tu jelah kot yg leh aku kongsikan. Alah lagipun aku pun takde lah kurus mana pun, masih dalam proses lagi nie.

Ada jugak yg tanya aku pasal kos nak wat kenduri Aqiqah nie. Yang bertanya tu, nanti kita roger2 awak yer.. sbb tak sesuai pulak rasa nak citer kat sini. Yelah awak pun nak wat kenduri tuk anak awak nanti kan.. boleh lah saya kongsi sedikit sebanyak ngan awak nanti yer.. saya boleh suggestkan kat mana tempat nak beli kambing. Hehe.

Ada tak soalan yg korang tanya2 yg aku tak terjawab lagi? Sorry yer kalau ter overlooked. Apa pun keep on commenting yer... walaupun aku tak reply, tapi aku hargai yer..

Ok dah tu jelah quick update pagi ni, sbb jap lagi aku nak bawak Marissa ke klinik utk injection imunisasi 2 bulan. Yer... Marissa dah 2 BULAN Hari nie... Cepatnya masa.

Wednesday, July 14, 2010

Nak Kongsi Resipi

Hari ni aku nak berkongsi resipi pulak. Tapi bukan resipi masak2 tuh. Ini resipi utk minum2 sajer.

Tadi aku baru berlepas berurut dengan makcik urut tu. Hari ni complete lah sudah pakej 5 hari mengurut aku dgn dia. Bermula dari hari kedua, ketiga, keempat, ke 30 dan ke 47 selepas bersalin. Patutnya dia datang kelmarin (hari ke 45) tapi dia ada hal lah pulak.

Fuh boleh tahan mahal gak pakej mengurut sekarang ni eh. Utk pakej ini aku kena bayar 500 hengget ok. Apa servis yg dia buat? Wah servis gituh. Biasalah mengurut, bertungku, siapkan baby dll. Tapi hari ni last day ada special sikit, lepas urut dia mandikan aku pulak. Nak kata mandi bunga, takde lah pulak nampak bunga2nya. Tapi wangilah. Utk pulih semangat dan tenaga katanya. Tapi oklah kira sehari seratus lah. Cuba kalau pergi spa sekali urut jer dah 100++ tu pun tak sampai 2 jam. Yang ni dari pagi sampai ke tengahari ko. Tapi untung lah sesapa yg ada mak or makcik2 yg memang tukang urut kan?

Ok back to the tajuk seperti di atas. Mak cik ini telah pun memberikan aku resipi minuman utk diamalkan. Sesuai tuk ibu2 yg lepas bersalin. Aku pun nak kongsikan lah pulak dengan korang. Kalau lah korang nak cuba. Aku belum try lagi lah.. sbb aku pun baru jer dapat resipi nie.

Bahan2nya:
Manjakani (3 biji)
Asam Keping (3 keping)
Gula batu (Ikut suka)
Kismis kuning (Ikut suka)
Lada Hitam (9 biji)
Halia (1 setengah inci)
Kunyi (1 setengah inci)

Cara2nya:
Rebuskan bahan2 di atas di dalam periuk. Bajetlah air lebih kurang suku ke setengah periuk tuh. Pastu masak sampai menggelegak. Pastu kasi sejuk. Pastu minumlah.

Khasiatnya:
Bagus utk memberi tenaga dan memulihkan dalaman wanita. Lagi satu, sape yg nak menjarakkan anak or nak wat family planning tanpa makan pil atau cara2 lain boleh lah minum air ni setiap kali selepas habis period.

Selamat mencuba....

Tuesday, July 13, 2010

Post Natal Check-Up

Biasalah ibu2 lepas bersalin bila dah abis pantang akan adalah rawatan susulan dengan gynae nya. Yelah nak check lah sama ada si ibu sudah sihat sepenuhnya atau tidak, juga utk melihat perkembangan baby. So, pada hari Ahad lepas bertemu lah kami dengan doktor yg menyambut kelahiran Marissa.

Dimulakan dengan wajah si ibu

Biasalah mata bengkak, sembab, lebam dll. Kerana waktu tido dah agak terhad sedikit dan tak menentu.

Diikuti wajah Dr. Zarul Azham

Yang sentiasa melayan pesakitnya dengan baik sekali. Masuk2 jer bilik dia, dia akan sambut dengan senyuman yg manis sekali.


Bermula lah sesi konsultansi

Antara yg ditanya oleh doktor:
  • Kesihatan aku
  • Nifas dah berhenti ke belum?
  • Bagaimana dengan tempat jahitan?
  • Ada masalah buang air kecil atau besar?
  • Bagaimana pengendalian bayi? Breastfeed ker?
Alhamdulillah semua jawapannya ok2 sahaja. Lepas tu doktor periksa perut sama ada rahim telah kembali ke saiz asal dan tiada sebarang jangkitan pada rahim. Doktor jugak memeriksa luka jahitam episiotomi. Doktor kata keadaan baik seperti sediakala. Dia kata semuanya dah balik macam keadaan sebelum mengandung.

Tidak ketinggalan pemeriksaan Pap Smear jugak dilakukan. Mula2 tu takutlah jugak siap tanya doktor sakit ke tak? Tapi doktor kata bersalin lagi sakit. Aku jawab balik, dah lupa dah sakit bersalin. Haha. Pap smear perlu dilakukan oleh semua wanita tau yg pernah melakukan hubungan sama ada wanita tersebut bersalin atau tidak. Pemeriksaan ni penting utk mengesan kehadiran sebarang sel yg mungkin boleh menyebabkan kanser pada pangkal rahim. So, korang jangan tak cek yer..

Tak lama pun buat tu. Tak sampai 5 minit pun. Nak kata sakit tu, takdelah sakit sgt. Cuma kita perlu bertenang jelah, jgn takut2.

Lepas tu, doktor sambung lagi sesi consultation. Cam biasa, semasa post natal check-up ni jugak doktor akan membincangkan mengenai perancangan keluarga.

Kenapa Perlu Merancang?
  1. Memberi masa secukupnya pada ibu utk mengembalikan kecergasan. Melahirkan bukan perkara mudah. Byk darah, zat dan vitamin yg perlu diganti dan ditambah dan ia memerlukan masa.
  2. Memberi peluang bayi mendapat perhatian yg sepenuhnya.
  3. Meneruskan susu ibu sepenuhnya
  4. Menstabilkan kedudukan ekonomi dan lain2.
Bagaimanakah caranya? Doktor kata ada beberapa cara iaitu dengan cara pil perancang, suntikan berkala, alat dalam rahim, Implan dll.

wah very detail entry aku ni... takpelah cukuplah takat tu jer yer..korang pun pandai kan.. tak yah lah aku eloborate lebih2.

Memandangkan hari tu kiranya last lah aku ber appointment ngan dia (kalau takde pape hal lah), maka haruslah bergambaran dengan doktor dulu. Yelah, nanti kalau jumpa pun lama lagi.. maybe time Marissa nak dpt adik pulak kot..hehe. Ntah2 doktor tu pun dah bersara nanti kan.

he's so sporting

Tapi doktor kata, papehal leh jer jumpa dia anytime. Baiklah doktor.

Sebagai penghargaan buat doktor Zarul, asben telah membuat satu art work utk diberikan pada doktor. Yelah kan sepanjang aku check-up kat sana, setiap kali tulah kami bergambar. So, sebagai kenang2 ngan asben printkan gambar tersebut dan letakkan ke dalam frame. Tapi gambar art work nya lupa lah pulak nak diambil.

Dan ayat pertama yg keluar dari mulut doktor tu. "Fantastic!, u buat sendiri ke nie?" Hope u like it lah Doktor.

Atuk angkat Marissa.. wah suka2 aku je kan

Tak tau lah berapa lama lah pulak kiterang kat dalam bilik doktor tuh. Kan aku cakap walaupun berderet patient dia kat luar tu, takdelah dia layan patient kelam-kabut cpt2. Tapi kiterang pun paham takdelah nak amik masa dia panjang2 pun.

Dah tu jelah nak citer. Entry diakhiri dengan gambar Marissa pulak.

Marissa yg sgt behaved

Nasib baiklah hari tuh Marissa elok jer tido dalam dakapan walaupun adalah kena tunggu lebih kurang 2 jam sebelum berjumpa doktor.

"cayang dia, nanti upah susu"

Monday, July 12, 2010

Cepatnya...

Tak sangka, pejam celik-pejam celik aku sudah menjejaki 45 hari tempoh berpantang. Maknanya aku sudah abis pantang lah yer? Pantang 44 hari ke 45 hari ye? Tak kisah lah 44 ke 45 ke yg penting aku dah masuk hari yg ke-45. Yea..yea.. Merdeka...

Tapi walaupun begitu, aku tak nak lah merdeka sangat.. tetap nak berpantang sampai 60 hari..ecececeh... Maksud aku, takdelah aku nak tinggalkan terus rutin bertungku, berbengkung (pakai girdle je) dan tak nak lah belasah jer makan itu ini. Ais pun aku cuba elakkan jugak.

Tadi gi jumpa doktor utk Post-Natal Check-up. Doktor kata luka bersalin sudah sembuh sepenuhnya. Tapi aku rasa lepas 2 minggu bersalin luka dah baik dah. Doktor kata lagi semuanya sudah back to normal. Dia kata dah jadi macam sebelum pregnant. Pastu wat pap smear sekali. Nanti aku wat entry pasal appointment ni ye. Ni nak citer panjang pun tak syok sbb takde gambar. Harus lah ada entry bergambar dengan doktor kesayangan aku nie.

Bila waktu berpantang dah habis, ini bermakna cuti aku jugak sudah semakin sikit.. tinggal berapa hari je lagi utk aku mengadap Marissa 24 jam. Pastu dah kena kerja dah. Macam mana lak tinggalkan dia nanti. Plan nak extend cuti lah. Annual leave pun byk lagi rasanya. Tgklah camne.

Oklah nak layan bola kejap. Sian asben tgk sorang2. Antara Spain ngan Belanda, rasa2nya sape menang? Aku pilih Belanda. Walaupun Paul si sotong meramalkan Spain yg menang. Pandai2 jer dia menelek yer. Tapi kalau betul pun ia hanya kebetulan semata-mata. Mana leh percaya kan.

Friday, June 25, 2010

Rutin Harian

Bangun pagi siapkan Marissa dulu. Mandikan dia. Kadang2 dia bangkit awal, kadang2 lewat sikit. Kadang2 sebelum mandi dia dah lapar dulu, so susukan dia dulu. Pastu baru mandikan.

Lepas mandikan dia, susukan dia lagi. Pastu dia tido balik.

Time dia tido tu lah aku menguruskan diri aku sendiri pulak. Nak menyiapkan diri sendiri adalah mengambik masa sikit.

Apa taknya, mandi jer paling kurang aku amik 20 minit. Tu belum lagi termasuk nak menjerang air ngan daun-daunan lagi. Kengkadang mak buatkan, kengkadang aku wat sendiri. Dari lepas bersalin sampai lar ni aku mandi air rebusan tuh. Lepas mandi aku dok lumur minyak, param, pilis segala kat badan. Bagus pakai minyak ni, kasi badan panas. Badan pun tak mudah masuk angin. Nak lumur ni benda2 ni pulak amik masa dekat 15 min.

Oh ya setiap pagi jugak, aku mengamalkan senaman untuk ibu2 selepas bersalin. Itu pun aku refer kat buku jer. Mula2 memang malas nak buat tapi sekarang dah jadi biasa pulak. Kalau rajin petang2 pun aku wat gak. Untuk senaman pulak biasanya amik masa lebih kurang 15 min jugak.

Pastu bertungku pulak. Bertungku pun paling kurang amik masa setengah jam. Tu kalau malas lah. Kalau rajin wat sampai batu tu sejuk. Tapi nak tak nak kena wat gak lah, kalau tidak mak aku bising nanti. Tapi biasa aku wat tak lama lah sbb belum apa2 Marissa dah melalak. Tapi takpe petang2 or malam2 aku sambung lagi bertungku.

Lepas settle segala baru lah aku sarapan pagi. Memang lewat lah selalu. Sarapan pulak biasanya air milo ngan biskut tak pun aku makan nestum jer. Tapi kalau lapar aku sarapan dulu baru mandi dan diikuti dengan perkara2 rutin yg lain.

Fuh gigih aku nak kurus ni. Tak tau lah berat aku dah berapa sekarang nie. Tapi semalam nanny ngan atuk Marissa datang rmh, dia kata badan aku dah susut. Yea... suka.

Dengan rutin2 pagi aku seperti di atas, pukul 12 biasanya baru settle tu sumer. Tapi sekarang ni, bila dah ada wifi streamyx ni, rutin aku ni dah lari sikit lah. Apa taknya, pantang Marissa lena sikit aku sibuk bertenet. Hinggakan aku tak sempat bertungku pagi tadi.

Esok aku cuba perbaiki jadual rutin harian aku nie.

Friday, June 4, 2010

Genap Seminggu

Waktu ini, pada hari yg sama, pada minggu lepas, satu perubahan yg besar telah berlaku buat diriku. Sesungguhnya saat bergelar ibu itu tidak mungkin aku lupakan sampai bila2. Hingga ke hari ini, bila aku kenang balik saat2 itu, air mata aku pasti akan bergenang. Ni sambil taip ni pun mata cam berair jer.

Kadang2 rasa macam tak percaya. Dulu berdua.


Kini bertiga.

Kadang2 rasa rindu saat2 mengandungkan Marissa.

Rindu dengan perkara2 yg sering aku lakukan ketika mengandungkan dia.

Rindu dengan perut yg membesar.

Rindu gerakan2 di dalam perut ini. Terasa2 dia masih lagi berada di dalam perut ini.

Rindu nak bacakan ayat2 Al-Quran kat dia. Rindu nak berbual2 dengan dia sebelum tido. Rindu nak bacakan doa tuk dia sepanjang dalam kandungan. Rindu dengan tindak balas nya. Dan bermacam2 lagi.

Hingga ke hari ini apa yg aku biasa buat sebelum bersalin, spt membaca buku2, tetap aku buat sampai sekarang. Walaupun sudah bersalin, aku tetap dok baca buku panduan mengandung, buku panduan asas kehamilan dan kelahiran. Setiap kali baca, tiap kali tu jugak aku rasa sesuatu. Jangan tak caya, masa sakit contraction hari tu pun, aku still gak lah dok pegang buku2 tu. Rasa seolah tak percaya, yg aku sudah melepasi proses2 itu semua. Serius. Rasa mcm pantas sungguh ia berlaku.



Tetapi, sesungguhnya rasa rindu itu adalah lebih bermakan kerana kini Marissa telah berada di dalam dakapanku. Insan yg selama ini berada di dalam perut, kini telah pun lahir melihat dunia yg fana ini.

Sekarang ni aku tengah menjalani proses berpantang. Entahlah tak tau lah aku pantang betul2 ke tidak. Tapi apa yg org tua kata jangan makan, aku tak makan lah. Menu utama setiap hari, ikan bilis ngan lada hitam.

Mengurut pun aku dah buat since hari kedua bersalin hari tu. Tiga hari berturut2 makcik tukang urut datang rmh. Mandi dengan daun2nan, bertungku, berurut. Sumer aku buat. Rasa segar bila lepas diurut. Nanti hari ke-17 nanti makcik urut tu datang lagi. Sekarang ni, urut2, tungku2 tu aku wat sendiri lah.. atas bantuan ayah Marissa lah.

Apapun semoga Marissa membesar dengan sihat dan menjadi anak yg solehah. Mummy dan ayah cuba corakkan yg terbaik buat Marissa. Marissa, Permaisuri mummy & ayah yg bersopan santun. InsyaAllah.