Aku tak pasti lah ni raya keberapa. Tapi ni kiranya tetamu kedua atau ketiga lah yg sudi berkunjung ke teratak kami. Kecik tapak tangan, porch kereta kami tadahkan, bila diberitahu yg si dia ni nak datang. Knowing them, laki bini tersangatlah penuh dengan aktiviti kalahkan YB.
Sape lagi kalau bukan
mummy & daddy to be ni. Tapi masa dorang datang hari tu, rasanya dorang pun masih belum tau kot pasal good news tu. Anyway, tahniah buat mereka berdua & we are so happy to hear the good news. Sesungguhnya perancangan Allah itu sgt hebat dan adalah yg terbaik. Kalau Dia berkehendakan sesuatu itu, maka jadilah ia. Kita doakan yg baik2 sesama kita yer. InsyaAllah.
Mula2 dorang plan nak datang petang, tapi dipospon ke malam sbb petang tu dorang ada family meeting. Sib baiklah jugak tak jadi datang petang kalau tidak kelam kelibut aku nak masak sengsorang kat dapur, sbb asben adalah kerja time tuh. Dahlah Marissa asik wat hal jer hari tuh. Tak boleh berenggang langsung, aku ke dapur, dia ke dapur, aku ke dpn, dia ke depan, aku ke jamban pun nak ikut.. hey payah tul... pastu sikit2 "cpt mama.. cpt mama".. stress mak ko.
Tapi taklah sestress bila mana dia telah membanjirkan dapur. Punyalah aku naik hantu hari tuh. Yelah dah lah malam sebelum tu dia dah banjirkan dapur bila dia main bekas air tupperware yg besar yg ada pili tuh... ko bayangkan air dalam bekas tu penuh boleh jadi kosong ok.... aku tak dengar bunyi air sbb air tu terus masuk kat dalam laci kat kabinet tempat letak air tuh. Tau2 laci dah penuh air, lantai pun dah basah. Itu kes malam. Ingatkan dia dah seriklah nak buat lagi.
Tapi no no no... siang tu dia buat lagi... tapi bukan dengan bekas air yg tu (yelah bekas tu pun dah kosong kan), kali ni dia main jug air (saiz besar lah jugak) yg diletakkan kat atas meja makan. Aku kemain bz kat dapur, dia pun sama bz gak, patutlah elok senyap jer dia, tapi rupa2nya dia pun wat kerja gak.. Tau2 jug tu elok jer tertonggeng dan kosong. Meja lantai sumer dah penuh air.... naik hantu lagi sekali mak dia... Tau takut bila kena marah... ulang2 kali dia mintak maaf... tapi bila kita dah maafkan dia, dia boleh react cam biasa jer, cam tak bersalah... adoihai. Terus hilang mood aku nak memasak. Tapi petang tu aku masaklah jugak mee goreng. Kot lah ada tetamu lain yg nak datang. Memang ada pun, kawan adik aku (girlfren kot) nak datang, katanya nak jumpa Marissa. Oklah tu, dia datang ngan adik dia. At least ada something lah utk aku hidangkan. Bagus sgt budaknya, walaupun adik aku sekarang ni kerja di lautan sana, tapi si dia ni tetap datang menziarah. Elok wat menantu ni. Hehehe.
Eh kelaut dah citer aku nie. Ok back to the story.... sbb neena kata dia nak datang malam, maka kita tukar menu kita utk makan malam pulak. Kita jamu nasi berlauk lah yer. Aku pun dah lupa apa yg aku masak hari tuh, errmm gulai ikan tenggiri dengan belimbing buluh, pastu sambal sotong, pastu sayur togey, pastu ada ikan goreng sikit. Rasanya tu jer kot yg sempat aku masak
me and mummy to be
Gambar adalah tak byk sbb asben tah apa yg dia settingnya kat kamera, habis gambar sumer menjadi golap gulita, pastu kalau tak gelap gegar pulak. Yelah asben ai bukan photographer cam en. teman kan. hehe. so kita maafkan jelah dia.
Sampai2 jer.. tak yah borak panjang2 kita terus jer makan dulu yer... yelah hari pun makin lewat, kang makan lewat tak elok...lepas makan kang kita boraklah yo sampai pagi.
sila lah yer
Aku memang risau jer kalau dorang laki bini takmo makan, sbb siangnya tu dorang ada open house kat rmh sedara dorang, so takut lah kot masih terkenyang lagi.. knowing my fren ni pun kengkadang tu giler mendiet jugak. Tapi seb baik hari tuh, mereka makan bertambah. Alhamdulillah. Tak sia2 aku berkuntau kat dapur.
Lepas makan aku hidangkan pulak triffle puding sebagai pencuci mulut. Alah bukan aku buat pun, aku tempah kat member aku kat
cupcakechapter. Makan sejuk2 memang sedap lah.
Marissa tengah makan triffle aku punya
Lepas makan, sambil layan movie kat tv, kiterang berbual2 dan berkongsi cerita. Byk yg dikongsikan tapi sorry tak leh kongsi ngan korang...hahahaha
Apapun i like her new appearance. Alhamdulillah. Sedar tak sedar, borak punya borak tengok jam di dinding dah pun menunjukkan dekat pukul 3 pagi. Kiterang memang ajak jer dorang overnite jer kat rmh, tapi dorang nak balik jugak sbb katanya tak nak ganggu program kami next morning tu tuk ke family day. Kalau takde family day maybe dorang stay lah kot.
tengok anak aku pun dah terbungkang kat situ
the husbands
Ni jelah gambar yg ado, gambar2 lain sumer reject.. yer yer nampak cam byk sgt laki aku snap on that night....
To my dear fren... tq for coming. Ok pasni korang kena kurang2kan sikit aktiviti tau... take care and selamat menempuhi the beautiful pregnancy moment.
Oh ya, kiterang memang tak buat open house ke apa raya hari tuh, tapi rmh kami memang sentiasa terbuka tuk menerima kunjungan.