amacam gempak tak kereta baru saya?
Ada sapa2 nak tumpang naik? Boleh ajer... tapi kena mintak ijin dari Marissa dulu yer... aik pesal pulak Marissa kan? Yelah kete baru tu adalah kepunyaan Marissa.
Marisssa n her new car
Sila jangan terpedaya yer, gambar pertama tu gambar angan2 jer yer, bukan kenyataan pun, yg kenyataannya adalah kereta kuning ini yo.
papaku pulang dari kota.. papaku belikan kereta.. kecil warna kuning....
Excited giler budak kecik ni mlm tadi bila dapat kereta nie. Tengah malam pun nak memandu gak kat dalam rmh.
nampak sgt keterujaannya
Actually hari tu jalan2 kat uptown, nampaklah ada org jual kereta, scooter comel2 nie... Marissa cam berminat jer..Marissa ni jenis takdelah jenis suka memintak sgt2, tapi hari tu dia cam minat sgt sampai peluk2 kereta ngan scooter sambil cakap "mama nak nie.. mama nak nie...". Tapi time tu kami tak beli terus lah..kami survey2 lah jugak kat mana leh dapat harga lebih murah. Alhamdulillah dengan bantuan neighbour kami dapat harga istimewa. Sbb dia memang penjual barangan mainan budak2.
main dalam rmh pun jadiklah
Kereta ni disertakan sekali dengan remote control. Cam Marissa ni dia manalah tau nak tekan pedal nak kasi gerak kan.. so ayah dia leh control dengan remote jer.. siap ada lampu, radio segala.... kalau aku jadi budak pun aku excited dapat mainan serupa ini.
jom sape nak ikut saya?
Bila tanya kat dia nanti adik nak pinjam kereta ni boleh tak? dia jawab "tak loleh"... aku suka dia sebut tak boleh... mesti bunyinya jadi "tak loleh".





