Tuesday, October 2, 2012

Marissa dan Kawan

Alahai geram aku tengok budak dua org nie.

Marissa & Amani

 

mama nak nyelit sama gak

Walaupun, Marissa tidak pernah dihantar ke Taska atau nursery, tapi nampaknya dia dah pandai nak bersosial dengan budak2 yg sama baya dengan dia. Sekarang ni dia cam tak sabar jer nak gi school. Asal lalu jer kat depan sekolah rendah atau kat dpn taska dia akan cakap "mama nak beg baru, nak gi school".

Ni yg aku tengah consider sama ada nak hantar Marissa ke school next year atau tak... by next year dia dah 3 tahun, rasanya ok dah kot. Lagi bertambah-tambah bertih jagung lah mulut dia nanti bila dah start schooling.

Cepatnya anak mama dah besar. Janji ngan mama jadi anak yg baik, yang rajin, yang tak kuat nangis, yg sopan-santun, yg taat pada agama. Ingat jangan nakal2 yer. Faham?   kalau kita tanya dia faham ke tak, Marissa biasanya akan jawab "faham mama"... alololo sweet sgt... antara kata2 dia yg lain boleh bikin hati aku cair adalah "sayang mama, acih mama (terima kasih), sori mama & aaf (maaf) mama".

2 comments:

Irfa said...

marissa dah lancar bercakap w,pun anak sulung.anak akak baru nak pandai buat ayat ;)

kawan baik anak dara akak tu adalah budak pompuan umur setahun lebih tua dr dia,sama umah pengasuh..namanya Yaya

SURIA AMANDA said...

amboi2...leh jadi geng dah ni...