Thursday, June 21, 2012

Kenangan Yang Tidak Dapat Dilupakan

Next month, ada sorang member aku yg akan pergi mengerjakan Umrah. Seronoknya... kalau boleh, rasa cam nak ikut je dia kat dalam beg. Aku tau betapa terujanya dia menanti tarikh keberangkatan, aku dulu pun camtu gak.. hari2 membilang hari.

Pejam celik, pejam celik rupanya dah dekat 4 bulan kot since kami pulang dari umrah. Actually kisah perjalanan Umrah kami masih panjang lagi, masih lagi duduk kat dalam draft nie. Bila tengok balik gambar2 sepanjang di sana terus terkenang peristiwa2 sepanjang di sana.

Org kata bila kita berada di dalam Masjidilharam, apa saje yg terdetik di hati kita InsyaAllah akan terlaksana. Tu pasal kat sana kita kena jaga kelakuan dan tingkah laku kita.

Aku ingat sgt peristiwa kat Mekah ni, satu hari tu lepas Solat Zohor, kami bercadang untuk melakukan tawaf bersama ahli keluarga yg lain, so berjanjilah kami tuk berkumpul kat salah satu pintu utama di Masjidilharam. Aku ngan asben pun tunggulah mereka di tempat yg dijanjikan itu. Masa tengah tunggu, aku nampak ramai jemaah yg mengambil karung plastik (utk meletak kasut) yg disediakan di depan pintu masuk. Kiterang pulak, sepanjang kat sana tak pernah lagi lah menggunakan plastik tu, sbb pihak Utas telah pun menyediakan karung kasut tuk para jemaah. Bila tengok org ramai yg amik plastik tu, terus aku cakap kap asben..

"yang, jap lagi deqna nak amiklah plastik kasut tuh, org lain sumer amik, leh simpan wat kenang-kenangan"

Elok jer aku abis cakap perkataan yg terakhir tu tanpa semena-mena......

sehelai plastik yg terbang dari mana, tiba terjatuh betul2 kat atas dada aku... MasyaAllah... rasa nak menitik airmata ni... ok perasaan ni memang sukar utk dikongsikan... sesungguhnya Allah maha mendengar. Allahuakbar...


Ada lagi satu cerita, satu pagi tu lepas solat Subuh, dalam perjalanan tuk pulang ke hotel utk sarapan pagi, salah seorang ahli keluarga saje2 lah tanya... "apa agaknya menu breakfast kita pagi nie?" Aku pulak dengan spontan cakaplah.. "nasik lemak kot".... sambil membayangkan keenakan nasi lemask (after 10 hari kat sana, time tu memang dah rindu makanan Malaysia). Tak bajet pun pihak hotel nak siapkan nasi lemak pun..sbb sebelum ni baik hotel kat Madinah pun biasa bfast dorang serve nasi goreng, mee, roti jer....

Tup tup elok sampai kat tempat makan kat tempat kami menginap, memang sudah terhidang pun menu nasi lemak tu pagi tuh.... Syukur Alhamdulillah...

Tapi serius tau, kat sana apa pun juadah yg dorang sediakan memang terasa lazat sgt, walaupun kengkadang tu nampak nasi goreng dia cam takde perasaan jer, tapi bila dah makan.. eh sedapnya.. terus bertambah2. Tapi bila dah sampai hari2 terakhir kat sana, selera makan cam tak seperti mula2 sampai, mungkin kerana badan agak keletihan kot plus masing2 pun dah start batuk2 dan selsema. So, kadang2 tu memang balik dari masjidilharam memang terus balik bilik tuk tido dan berehat jer..

Alhamdulillah tiadalah peristiwa yg pelik2 yg berlaku kepada kami, tapi satu perkara yg berlaku yg membuatkan aku terfikir dan berfikir. Memang aku tak boleh lupakan semua ini dan kalau boleh aku nak peristiwa ini terus segar di dalam ingatanku.

Masih aku ingat lagi rupa paras seorang pakcik yg menegur aku sewaktu aku duduk berseorangan sambil bersandar di sebatang tiang di dalam masjidilharam di mana ketika itu aku ingin meneguk air zam-zam utk menghilang dahaga dan utk mendapatkan khasiat zam-zam itu sendiri.

InsyaAllah nanti aku kongsikan antara bait2 percakapan antara aku dan pakcik itu.

Jikalau benar apa yg dikatakan oleh pakcik itu, aku panjatkan kesyukuran kepadamu Ya Allah. Sungguh besar kuasaMu Ya Allah....Setiap butir bicara yg keluar dari mulutnya InsyaAllah tidak akan aku lupakan sampai bila2. Apa yg boleh aku kongsikan di sini, seperti apa yg diberitahu oleh pakcik itu supaya sentiasa tidak lupa utk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W dan amalkan membaca AsmaulHusna. InsyaAllah aku akan cuba hafal 99 nama Allah itu.  Semuanya dengan izin Allah S.A.W.


Kepada rakanku yg akan berangkat ke sana tidak lama lagi, didoakan semoga perjalanan berjalan lancar dan mendapat Umrah yg Mabrur. Doakan kami sahabat2 yg lain ini, akan dipanggil juga utk menjadi tetamuNya kelak.

Tak Boleh Tahan

Help..help...




I is mengantuk (Oh my english). Sambil menaip pun boleh nak terpejam mata....
Bestnya kalau dapat lelapkan mata sekejap. Apa ni pagi2 dah nak mengantuk.. not gud not gud...

Ok lah nak menyegarkan biji mata ni japs.

Tuesday, June 19, 2012

Macam Tak Percaya Jer Tau...

Dinner kami yg special malam tadi.

 udang goreng, telur dadar, sambal sardin, sambal tempoyak beserta timun jepun

Kalau tgk dari menu ni biasa jer.. takde mende pun spesial nya kan??

Tapi pada aku adalah sgt2 special kerana ia disediakan oleh asben tercinta...wah seronoknya.. beginilah agaknya bila org lain yg masakkan utk kita...

Camni citernya, semalam asben punya off day. Maka dia dengan rela hati menjadi househubby yg serba boleh. Anak pun dia tak hantar kat rmh mak, memang dari pagi sampai petang Marissa dijaga oleh ayahnya. Aku tak expect lah dia nak wat keje2 lain tau, except mintak tolong sidaikan kain yg aku basuh malam sebelumnya.

Balik kerja semalm dia jemput aku, masa dalam kete dia tanya aku nak masak apa malam nie...aku pulak memang cam takde idea nak masak apa... yg ada dalam freezer udang dan ayam. Nak wat sambal tumis udang, cili yg dah siap blend takde pulak, nak masak baru nak blend memang tak lah.. letih lah...nak kupas bawang nak rendam cili segala... so fikir nak wat ayam masak lemak jer... senang pun senang..

Tapi elok jer melangkah masuk ke dalam rmh, cam ada bau masakan jer, takkan lah bau dari rmh sebelah begitu kuat kan.. tengok kat meja makan cam dah sesuatu yg terhidang ditutupi dengan tudung saji. Yang paling terkejut tu bila ada sambal tempoyak tuh... pandai gak en suami tumbuk cili pakai lesung batu.

Asben kata mula dia plan nak wat sambal tumis udang, tapi tengok2 dalam peti ais takde stok cili blended, terus tukar menu kepada udang goreng berbawang sajork. Pastu tengok ada sardin, dia pun masaklah sardin tuh.

Dan suami jugak telah lulus ujian memasak nasi. Kita ni pun yg selalu masak nasi pun kengkadang tak konfiden air nak letak byk mana kan... ni dia yg sekali sekali masak ni, bila sumernya pun ok.. memang terbaiklah....

So, dengan ini saya ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada en suami... iaitu bapa kepada Marissa Qaisara... he is the great husband and father ever... love him so much.....

p/s: lelaki kalau masak memang sedap kan :)

Friday, June 15, 2012

Mengingati ibu bapa sepanjang masa

Assalamualaikum

Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim hingga kita dilahirkan begitu besar. Mereka bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik kita hingga dewasa.

Mereka juga sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran demi masa depan anak. Kepayahan dan pengorbanan ibu bapa mendidik dan membesar anak sekurang-kurangnya dalam tiga keadaan, ketika mengandung, saat melahirkan dan dari kecil sehingga dewasa.

Marilah kita merenung kembali wajah terindah ibu bapa kita, mungkin ada antara kita ibu bapanya telah pergi buat selama-lamanya dan mungkin ada yang masih lagi bersama. Cuba kita hayati wajah yang telah kedut ditelan usia, namun tetap tersimpul senyuman menggambarkan kasih sayang.

Menyayangi ibu bapa bukan sekadar ketika kedua-duanya masih hidup, tetapi berpanjangan ketika mereka berada di alam arwah atau alam kubur. Ingatlah wahai muslimin sekalian bahawa kasih ibu bapa kepada anak berpanjangan sepanjang hayat, pengorbanan dan kudrat dicurah siang malam, hanya tahu memberi dan tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada anak.

Apa yang kita miliki hari ini, harta, pekerjaan, pangkat, kesenangan dan keluarga kita adalah hasil daripada pengorbanan mereka. Tanpa mereka kita tidak dapat melihat dunia ini dan tanpa nasihat dan pengorbanan mereka kita tidak akan memiliki semua ini.

Sehubungan itu, kita sebagai anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap mereka. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka.

Tidak dapat dinafikan kasih sayang seorang ibu mengatasi segala-galanya. Tidak hilang di hati seorang ibu perasaan rindu terhadap anaknya walaupun sesaat, kadang kala ibu tidak dapat menyuap makanan, melelapkan mata dan ada kala tergenang air mata kerana teringatkan anaknya.

Rebutlah kesempatan yang ada ketika hidup sebelum mereka pergi buat selama-lamanya. Hari ini, ada dalam kalangan anak yang sibuk dengan jawatan, mengejar kuasa dan pangkat tiada masa menziarahi ibu bapa walaupun kepulangannya sentiasa dinantikan penuh kerinduan. Ingatlah menziarahi ibu bapa satu tuntutan kepada seorang anak.

Anak akan lebih mengingati dan menyebut nama ibu. Jika kita ada masalah, kita luahkan kepada ibu, kita lebih suka berkongsi perasaan dengan ibu, jika sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Oleh itu, wajarlah Allah SWT memuliakan ibu sesuai dengan pengorbanannya.

Betapa besarnya pengorbanan ibu bapa, namun persoalannya kini, bagaimana pula pengorbanan anak untuk menghargai dan membalas balik jasa serta pengorbanan ibu yang tidak terhitung ini. Inilah persoalan perlu direnung kita semua sebagai anak, sudahkah menunaikan kewajipan terhadap ibu.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud, beliau pernah bertanya Rasulullah SAW amalan paling utama. Baginda bersabda: Solat pada waktunya. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah.”

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga jenis manusia yang terkena laknat Allah SWT iaitu: seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian selepas isteri itu dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha supaya orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutannya.” (Hadis riwayat Ad Dailami)

Imam Bukhari meriwayatkan, Abdullah bin Amru bin al-‘As bertanya Rasulullah SAW mengenai dosa besar. Sabda Baginda: “Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya. Tanyanya lagi: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya? Jawab Nabi SAW: Ya. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya.”

Ambillah iktibar dalam cerita si tanggang, seorang anak yang melupai ibunya dan durhaka selepas mendapat kedudukan yang tinggi akibatnya si anak itu diberi balasan oleh Allah SWT di dunia ini.

Menyayangi ibu bapa bukan sekadar ketika keduanya masih hidup, tetapi berpanjangan ketika mereka berada di alam arwah atau alam kubur. Roh orang mati tetap hidup di sisi Allah. Setiap hari amalan kita diangkat ke langit dan segala amalan itu dipertontonkan kepada roh ibu bapa kita.

Marilah bersama menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap ibu setiap masa. Memberi kasih sayang kepada mereka bukan sekadar memberi hadiah dan wang ringgit bahkan seluruh jiwa dan raga. Jangan biarkan mereka kesepian dengan linangan air mata yang sayu lagi pilu.

Budayakanlah amalan memuliakan dan menghormati ibu bapa di sepanjang kehidupan kita dan janganlah hanya dibuat pada masa tertentu saja. Ambillah kesempatan yang ada ini untuk menyayangi mereka.



Wassalam


Source: Forwarded e-mail


Thursday, June 14, 2012

Ikan Nyok-Nyok Masak Kari

Tak tau lah nak update citer apa sekarang ni... belek2 hp ada gambar makanan2 ni, oklah kita up entry ni dulu lah yer..

Actually peti ais aku dah lama kosong, rasa malas jer nak beli barang basah, sbb ada jer barang2 yg akan terbuang sbb rosak disimpan terlalu lama dalam peti ais, tapi semenjak dua menjak ni pulak terjebak pulak membeli freezermate dari tupperware ni, tetiba terajin pulak pergi pasar tani beli ikan, ayam segala. Padahal nak masaknya ntah kan bila.  Semata-mata nak isikan freezermate ittew.

So, hari tu temankan mak gi pasar tani, sambil teman aku pun beli gak lah sikit barang2 tuk rmh sendiri. Takde lah beli byk pun, takat beli ikan nyok-nyok seekor, ikan selar sikit, ayam separuh, udang sikit pastu beli sayur2 sikit.

Setelah dua minggu duduk menetap kat freezer, akhirnya ikan nyok-nyok tu telah selamat aku masak weekend lepas. Masak kari jer.
Dah lama giler tak masak kari nie, nasib tak lupa. Alah nak lupa2 pulak kan, padahal bukan susah nya pun janji ada serbuk kari babas, konpom jadi lah kari.

kari ikan letak tomato jer

Sebenarnya nak letak ada sayur tu, tapi boleh kami laki bini terlupa apa ke nama sayur tuh... ala yg kalau org India wat kari mesti letak sayur tu.. tolong gi tau aku apa ke nama sayur tu, supaya senang aku nak cari kat supermarket nanti.

Tetiba tgk kari ni rasa lapar pulak... sedapnya kalau dpt makan ngan roti ker...  ok nanti nak repeat lagi masak kari, pastu nak letak sekali sayur yg apa ke nama dia tuh...

Selain masa kari pada hari tersebut, aku masak lah jugak sekali kangkung ikan masin ngan belacan. Pun terangkat jugak... masuk bakul sila angkat sendiri..sendiri masak, sendiri nak puji...
kangkung ni kalau tak terlebih masak lagi best.. tapi yg ni agak ter over cooked sikit

Ditambah pulak dengan sotong goreng tepung ini
sotong goreng tepung yg bukan dimasak sendiri, tapi dibeli di supermarket Jusco...sedap


Ikan nyok-nyok tu agak besar dan dipotong 4. Kepala, ekor dan 1bahagian tengah tu, aku masukkan kat kari yg satu bahagian tu lagi aku bakar jer non-stick pan. Untuk Marissa lah kononnya.
seketul ikan utk anak

Lepas siap masak, terus senduk nasi panas2, terus makan secara berjamaah bersama keluarga. Kicap manis cap kipas udang jangan dilupakan. Aku memang kalau takde kicap memang macam tak sah. Ditambah pulak dengan bancuhan air sirap ais. wah.. memang mabeles... sirap oh sirap kenapa ko sedap... sekarang ni, bukan aku jer penggemar sirap, asben ngan marissa pun dah sama2 suka minum air sirap. hahahaa


aku punya air sirap

Maka apa tunggu lagi... sila lah menjamu selera....
yo yo jer si kenit macam makan lah sgt

Aku kan sebenarnya ada masalah problem ni... Marissa ni sekarang payah sangat nak makan nasi... kadang2 tu sampai nangis2 dibuatnya sbb tak nak makan nasi.. aku tengok anak org makan senang jer... jeles aku tgk.... Marissa ni, nasi kadang2 dia tak nak telan langsung, paling tak pun dia akan makan lauk jer..pastu makan 3 4 suap pastu takmo dah.. kenyang ke gitu??? hish susah hati aku.... ker kena kasi ubat selera makan kat budak ni? Tapi dia bukan takmo makan langsung, benda2 lain cam buah, roti, biskut dia makan pulak. Kadang tu biskut kering cicah air teh lah yg dia selera sgt nak makan. Tak paham aku.








Monday, June 11, 2012

Mata Duitan Sangat

Aku pelik gak Marissa ni, kecik2 dah sibuk ngan duit... sape lah ajar tah...

Kalau kita tanya dia...

ayah gi mana?
dia jawab ayah gi kerja

ayah gi kerja utk apa?
dia jawab cari uwet (read=duit)
dapat duit nak beli apa?
dia jawab nak beli pepesh (read=pampers)
kengkadang dia jawab nak beli susu

Tu belum lagi kalau dia nampak beg duit kita sepah2... konpom dia akan bukak dan ambik beberapa helai duit...kalau jumpa duit syiling dia akan masuk dalam tabung dia..

Kadang2 jugak dia yg akan mintak kat kita... "mama uwet..."

Pastu kita pun kasi lah sekeping... taknaknya dia... dia nak berkeping-keping...kalau ada duit singgit2 oklah kan.. leh lah kasi 3,4 keping... ni kengkadang takde duit kecik, takkan nak kasi duit 10 atau 50 pulak kan... kalau dia hilangkan? pitam...

Ni lah budak yg suka duit tuh... dia akan pegang lah duit tu, dan dibawa ke hulu ke hilir... org mintak jangan harap dia kasi..







Beza sgt ngan adik bongsu aku dulu. Adik aku dulu2 kecik2 sgtlah takut dengan duit.... nampak duit cam nampak hantu.... sampailah dia nak masuk sekolah tadika.. dia taknak bawak duit.. yg mak aku letak gaklah duit kat beg dia, menangis2 member sbb taknak bawak duit tuh.. tapi tu dulu lah, sekarang ni pun leh gak tahan mata duitan dia cam Marissa....ahahaha

Friday, June 8, 2012

Nak Jugak Ber Trudy & Teddy

Ok sambung kisah hari kejadian aku repair kasut tuh...

Naik2 jer kat ground floor tu ada sale tuk pakaian budak2, macam2 jenama ada, yg paling best ada Trudy & Teddy lah... Baru aku tau kat Sogo pun ada Trudy & Teddy nie, yelah kat nuffnang sibuk citer pasal collection trudy & teddy ni, tapi aku tak berkesempatan lah lagi belikan Marissa baju dari Trudy & Teddy ni, sbb setau aku outlet dia ada kat KLCC, kat lain2 aku tak tau... nak ke KLCC tahkan bila.. memang tak lah kot..

Dah alang2 ada kat situ aku apa lagi kan....

Pilih2 lah terus... memang rambang mata lah dibuatnya..... of coz lah aku ni giler gaun.... so, setelah ditimbang tara, diambil diletak, maka ini lah hasil pada hari kejadian...

3 helai gaun, sehelai kemeja, sehelai jeans dan dua pasang kasut..


from trudy & teddy and kiko collection

Baju gaun yg kiri sekali tu, gaun trudy & teddy (kaler light purple, tapi dalam gambar ni nampak cam putih jer), sebelah tu yg warna merah dan purple tu pulak gaun dari Kiko, pastu kemeja tu plak adalah trudy & teddy gak yg mana material dia memang sama sebijik sebijan dengan gaun tuh.. nak kaler pink dah sold out pulak... pastu jeans tu pulak adalah dari Kiko... kasut dua pasang tu pun dari trudy & teddy...

Mau tak menggila sumernya pun less sampai 50%. Mujur lah masa agak limited, so main rembat jer lah apa yg ada depan mata.
comel tak? lepas less tinggal dalam RM30 lebih camtuh..

ni pun sama... 50% off


Konon2 nak wat kasut raya lah nie... tengoklah, kalau bertahan tak pakai leh lah buat kasut raya, kalau terpakai terpaksalah cari kasut baru...wahahahaha...

Marissa pulak sekang ni memang lah hepi kalau kita shoppingkan barang2 dia.... sumernya nak diterai...
mula2 sombong tak nak bergambar

 
aku panggil2 dia wat muka camni

pastu wat2 moncong malas nak layan...

 
aku panggil lagi suh senyum... terus nampak gigi jarang dia....(gigi bawah adalah agak menjarang)

Dan inilah dia budak ini... asal nampak jer kasut dia ni mesti suh kita pakai kan.. maka adalah beberapa hari tu dia pakai kasut ni kat dalam rmh...
 


Takpelah selagi tak dibawa keluar boleh lah pakai kat dalam rmh.. kang dah pakai nanti jangan harap yer....

Dan antara sebab aku tak gi repair lagi kasut aku yg lagi sebelah tuh adalah kerana takut terjebak macam hari tuh..... alasan sgt...


Paling Tak Suka Kalau Tumit Kasut Tercabut

Aku kan paling lah tak suka bila tumit kasut aku tercabut. Tension jer bila berjalan tetiba rasa bunyi tapak kasut lain macam jer, bila tengok tumit kasut jadi cam nie..

tumit yg tertanggal


Nampakkan tinggal paku ker skru jer kat situ.. mana tak bila berjalan bunyi dia lain macam jer, kedepek kedepek bunyi dia, tambah lagi kalau berjalan kat atas lantai, kalau atas karpet ok lagi kot.. rasa cam nak bukak jer kasut kat situ jugak.

Aku pulak jenis bukan ada koleksi kasut kerja byk2.. kalau satu tu, satu tu jer aku pakai sampai rosak, ada lah 2, 3 pasang kasut lain tu sumer stok yg tersimpan kat bawah meja sbb bila dah beli baru rasa tak sedap nak pakai. Tapi bila dah kecemasan pakai lah jugak gamaknya.

Aku pulak jenis, kalau kat ofis tak reti nak bersandal, mesti nak pakai full shoes, padahal boleh jer kalau nak pakai sandal, tapi tah aku rasa cam tak cukup siap pulak rasanya.

Maka gigih lah pada satu hari tu aku menapak ke Sogo tuk membaiki kasut ini. Aku memang kalau repair kasut kat tukang kasut kat Sogo tu jer, ala yg dekat basement tuh, tempat buat kunci tuh. Sbb kat sana tumit dia tahan sikit, tapi mahal sikitlah sebelah kasut jer kalau tukar tumit tu adalah dalam RM8. Pastu kalau pakai pun nanti bunyi tumit kasut pun ok lah taklah melampau kuat sangat dan tak jugak lah rasa macam pakai getah kat bawah kasut. Kan ada jugak kasut bila kita pakai cam rasa lembik jer... yg ni ok tumit dia keras.

Sementara tunggu kasut tu siap, aku pun jenjalan lah kat atas, sikitpun tak berniat tuk beli pape, sbb memang niat di hati nak repair kasut, pastu tapau lunch, pastu balik. Tapi apakan daya bila naik jer kat ground floor aku dapati ada sale tuk pakaian baby dan kanak2.. apalagi hilang terus niat yg sebelum ini. Tanpa disengajakan aku tershopping utk anak dara aku. Tak hagak2 pulak... pastu bila dah bayar nak sedapkan hati cakap, takpelah ni shopping tuk raya, esok tak yah susah2 lagi dah... yelah sgt tu kan...harap2 aku leh tahan tuk perap baju2 tu sampai raya... tapi payah kot.. sbb asal nak kuar jer harus nak cari baju baru...acaner tuh?  apa yg dishopping hari tu? nanti aku share kat entry lain.

Ok, aku pun gumbira lah kat kasut sudah pun ok.....

Nak dijadikan cerita, kelmarin kasut yg belah satu lagi pulak yg tercabut tumit dia.....waarrghhhh fedap aku tau... nak berjalan ke Sogo aku rasa malas sgt dah.. sbb cuaca sekarang ni tengahari ni sgt panas, dan aku rasa malas sgt nak menapak kat Sogo... Aku pulak bila kasut wat hal terus rasa cam tak de mood nak bekerja keesokan harinya (semalam).... terus apply cuti.. saje jelah.. kalau rasa soknya ada mood kerja aku kerja lah, nanti aku kredit lah balik cuti tu,  tapi sbb kasut pun aku tak repair lagi, maka aku proceed jelah cuti aku tuh..

So, semalam memandangkan aku bercuti, maka aku mengambil peluang tuk membaiki kasut ittew, tapi aku tak ke Sogo, just ke Jusco kat area rmh, tapi malang sekali tidak pulak berjumpa dengan tukang repair kasut, tapi yg aku jumpa adalah kedai kasut.

Maka apa lagi................ kasut baru lah kita yo....

hehehehe

tetaplah berwarna hitam

Apakah entry aku sebenarnya ini, adakah semata-mata ingin mengatakan aku beli kasut baru? hahahahahaha
tapi walau apapun kasut lama itu pasti akan direpair jugak nanti. Asben dah janji nanti dia tolong hantar repair... i lap u lah husband :)


This is me.... first time gi keje pakai tudung hitam


Akiqah baby Arissa Hani

Ini pun citer tertunggak gak, kisah bulan 4 hari tu kot. Rasanya time tu baru a few weeks balik dari Umrah, tu yg muka aku pun nampak berkilat jer (sunburn).

Dapat undangan ke majlis akikah my old fren, Farah. Farah is one of my fren masa study dolu2. Ni adalah akikah utk anaknya yg ketiga. Aku pun ingat2 lupa nama baby dia yg ni... tapi aku rasa betulah kot Arissa Hani. Lagi dua anaknya bernama Adelia Hani dan Adlina Hani. Sumernya pun ada Hani2.

 Marissa & her mama dan Arissa & her mummy



Majlis hari tu bermula dari 12 tengahari hingga 3 petang camtu lah. Tapi we ols ni sudah agak kelewatan sedikit, tetamu pun ramai yg dah balik pun... tapi takpelah janji dapat jugak menghadirkan diri, lagipun dah lama sgt tak bertemu dengan Farah ni. Rasanya last jumpa pun masa visit baby dia yg kedua tahun 2009. Time tu pun aku aku tengah pregnantkan Marissa kot.


 Marissa dan kengkawan

So, sampai2 jer, kami dijamu makan. Memang sedap masakannya, kambing masak apantah hari tu memang sedap sgt.  Tapi gambar2 makanan takde pulak diambil.

 Marissa ngan kak adlina jer hover nak berpeace-peace

Bila dah abis makan, lepak jap kat dalam rmh, beramas mesra dengan ahli kelorga yg lain, budak2 pun meramai kat dalam tuh, tapi sumernya pun baru bangun tido masa tuh.


 marissa ngan kak adlina

Adlina ni sgt kelakar tau, dah lah cakap pun agak pelat, hanya mummy dia jer yg paham apa dia cakap, so setiap kali dia bercakap mummy dia lah tukang jadi tranlator. Pastu dia gelarkan diri dia sendiri awan nano, sbb rambut dia kerinting kembang2 gitu.

Lama gak lah lepak daripada tak hujan, sampai hujan, sampai hujan berhenti baru kami pulang. Biasalah nak jumpanya pun jarang2, so bila dah jumpa tu lama lah sikit kan.

 yg si suami berbual kat khemah jer

 Zali & Shah

Kepada Farah & family, terima kasih mengundang kami sekeluarga dan kepada baby Arissa, semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yg solehah.

Sebelum pulang, marilah kita bergambar bersama2 dulu.


Rasa rindu pulak ngan kawan2 lama ni sumer.  "Farah, neena, lily.. bila kita nak bergather2 sekali sumer nie? Rasanya kita gather ramai2 dulu masa Lily turun KL masa dia preggykan anak pertama kan.. now anak dah dua dah pun. Cepatnya masa berlalu...

Thursday, June 7, 2012

Ni Lah dia Tetamu Aku Hari Tu

Ok sambungan daripada entry masak-memasak hari tuh, ni lah dia tetamu yg datang ke rmh aku hari tu....

kenal tak? kenal tak? Cik Puan Neena ataupun untie Nin aka gonjeng

Neena ni kawan lama aku lebih dari 13 tahun yg lepas. Ni lah kawan serumah, sebilik dan sebantal. Tapi semenjak dua menjak jadi bloger glamer  ni, memang agak jarang2 sikit bertemu muka, sbb masing2 pun membizi, dengan asben dia pun most every week ada jer job menembak... tak laki dia bukan askar tapi jurugambar. Pastu dua2 laki bini ni pun kaki berjalan.. kejenya melancong jer sana sini. Tak caya gi lah tengok blog dia.

Tapi hari tu, kedua-dua suami isteri ini adalah kelapangan utk menziarahi kami yg ketika itu baru pulang dari mengerjakan umrah. Thanks fren sbb dapat gak korang curi masa korang datang rmh aku. Rumah kiterang pulak bukanlah dekat2, kalau dekat konpom leh jumpa selalu.

Tu yg bila dapat jer msg dari dia kata nak datang rmh, terus berlegar kat dalam kepala nak ajak dorang lunch sekali.
Pesal lah Marissa tegak kat situ tu?

dah duk pulak dia kat tengah2 tu sambil mendengar org2 tua bercerita

 
kemain pulak tangan letak kat belakang sambil melihat gambar yg diambil oleh Nuar

bukan kata si laki jer tukang amik gambar, bini pun leh tahan gak hebat

 
wah serius lah ini photographer

 
pose ke tu Marissa?

Lepas makan tengahari kami berbual-bual sampai ke petang. Apetaknya jumpa pun jarang2 so, bila dah berjumpa tu memang sampai tak cukup mulut lah nak bercerita.
alololo Marissa tuh... suka sumernya happy

Marissa dan bantal tu adalah objek utama utk kami mengkaver perut yg boncit selepas makan..hahaha


jom ramai2 pulak

Nuar yg cuba merendahkan diri...hahaha

Best sgt berbual sampai tak sedar hari pun dah petang. Kalau ikutkan mau sampai ke malam jer, tapi sbb dorang ada temujanji lain maka sampai di situ sahajalah pertemuan kami pada hari itu. Sonok sgt rasanya, so my fren sok ada masa lagi jemputlah datang lagi yer:).... ingat lagi dulu2 masa belum ada anak, kemain kiterang lepak sampai ke Subuh.... ada jer bahan dibualkan.... sape yg kenal dengan gonjeng ni tau lah cemana ramahnya dia kan..:P