Next month, ada sorang member aku yg akan pergi mengerjakan Umrah. Seronoknya... kalau boleh, rasa cam nak ikut je dia kat dalam beg. Aku tau betapa terujanya dia menanti tarikh keberangkatan, aku dulu pun camtu gak.. hari2 membilang hari.
Pejam celik, pejam celik rupanya dah dekat 4 bulan kot since kami pulang dari umrah. Actually kisah perjalanan Umrah kami masih panjang lagi, masih lagi duduk kat dalam draft nie. Bila tengok balik gambar2 sepanjang di sana terus terkenang peristiwa2 sepanjang di sana.
Org kata bila kita berada di dalam Masjidilharam, apa saje yg terdetik di hati kita InsyaAllah akan terlaksana. Tu pasal kat sana kita kena jaga kelakuan dan tingkah laku kita.
Aku ingat sgt peristiwa kat Mekah ni, satu hari tu lepas Solat Zohor, kami bercadang untuk melakukan tawaf bersama ahli keluarga yg lain, so berjanjilah kami tuk berkumpul kat salah satu pintu utama di Masjidilharam. Aku ngan asben pun tunggulah mereka di tempat yg dijanjikan itu. Masa tengah tunggu, aku nampak ramai jemaah yg mengambil karung plastik (utk meletak kasut) yg disediakan di depan pintu masuk. Kiterang pulak, sepanjang kat sana tak pernah lagi lah menggunakan plastik tu, sbb pihak Utas telah pun menyediakan karung kasut tuk para jemaah. Bila tengok org ramai yg amik plastik tu, terus aku cakap kap asben..
"yang, jap lagi deqna nak amiklah plastik kasut tuh, org lain sumer amik, leh simpan wat kenang-kenangan"
Elok jer aku abis cakap perkataan yg terakhir tu tanpa semena-mena......
sehelai plastik yg terbang dari mana, tiba terjatuh betul2 kat atas dada aku... MasyaAllah... rasa nak menitik airmata ni... ok perasaan ni memang sukar utk dikongsikan... sesungguhnya Allah maha mendengar. Allahuakbar...
Ada lagi satu cerita, satu pagi tu lepas solat Subuh, dalam perjalanan tuk pulang ke hotel utk sarapan pagi, salah seorang ahli keluarga saje2 lah tanya... "apa agaknya menu breakfast kita pagi nie?" Aku pulak dengan spontan cakaplah.. "nasik lemak kot".... sambil membayangkan keenakan nasi lemask (after 10 hari kat sana, time tu memang dah rindu makanan Malaysia). Tak bajet pun pihak hotel nak siapkan nasi lemak pun..sbb sebelum ni baik hotel kat Madinah pun biasa bfast dorang serve nasi goreng, mee, roti jer....
Tup tup elok sampai kat tempat makan kat tempat kami menginap, memang sudah terhidang pun menu nasi lemak tu pagi tuh.... Syukur Alhamdulillah...
Tapi serius tau, kat sana apa pun juadah yg dorang sediakan memang terasa lazat sgt, walaupun kengkadang tu nampak nasi goreng dia cam takde perasaan jer, tapi bila dah makan.. eh sedapnya.. terus bertambah2. Tapi bila dah sampai hari2 terakhir kat sana, selera makan cam tak seperti mula2 sampai, mungkin kerana badan agak keletihan kot plus masing2 pun dah start batuk2 dan selsema. So, kadang2 tu memang balik dari masjidilharam memang terus balik bilik tuk tido dan berehat jer..
Alhamdulillah tiadalah peristiwa yg pelik2 yg berlaku kepada kami, tapi satu perkara yg berlaku yg membuatkan aku terfikir dan berfikir. Memang aku tak boleh lupakan semua ini dan kalau boleh aku nak peristiwa ini terus segar di dalam ingatanku.
Masih aku ingat lagi rupa paras seorang pakcik yg menegur aku sewaktu aku duduk berseorangan sambil bersandar di sebatang tiang di dalam masjidilharam di mana ketika itu aku ingin meneguk air zam-zam utk menghilang dahaga dan utk mendapatkan khasiat zam-zam itu sendiri.
InsyaAllah nanti aku kongsikan antara bait2 percakapan antara aku dan pakcik itu.
Jikalau benar apa yg dikatakan oleh pakcik itu, aku panjatkan kesyukuran kepadamu Ya Allah. Sungguh besar kuasaMu Ya Allah....Setiap butir bicara yg keluar dari mulutnya InsyaAllah tidak akan aku lupakan sampai bila2. Apa yg boleh aku kongsikan di sini, seperti apa yg diberitahu oleh pakcik itu supaya sentiasa tidak lupa utk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W dan amalkan membaca AsmaulHusna. InsyaAllah aku akan cuba hafal 99 nama Allah itu. Semuanya dengan izin Allah S.A.W.
Kepada rakanku yg akan berangkat ke sana tidak lama lagi, didoakan semoga perjalanan berjalan lancar dan mendapat Umrah yg Mabrur. Doakan kami sahabat2 yg lain ini, akan dipanggil juga utk menjadi tetamuNya kelak.
4 comments:
betul tu...byk keajaiban yang berlaku semasa di sana kan...kdg2 kita rasa nak cerita dgn org pun...takut org yg mendgr tak percaya...so simpan sorg2 lah dulu...hanya Allah yang tahu...
itu bahagian deqna
setiap org yg ke sana pasti ada cerita yg sukar dilupa
subhanallah..2-3 menjak ni terbaca banyak pengalaman orang pergi umrah..bila agaknya sampai giliran kami pulak..
teringat citer ko nie! subhanallah.. moga2 lepas nie rezeki kami pulak! ;)
Post a Comment