Tuesday, December 6, 2011

Program Jalan-Jalan Cari Makan Bermula

Hola... ni mood ceria nie. Hari ni nak citer pasal percutian yg kami namakan Cuti2 Jalan2 Cari Makan dan Cari Penat (CJCMCP). Actually percutian ini adalah tidak dirancang sgt2. Ingat tak masa gathering member kat rmh aku hari tuh? Si Am lah yg mengusulkan perkara ini. Dia kata hari tu dia ke Utara, byk sgt tempat makan yg best2 tapi sbb pergi dengan bos maka dia tak berapa enjoy nak makan. Katanya kalau gi ngan member2 tentu lebih enjoy. Maka kami pun sebulat suara memilih tarikh yg sesuai. Memandang member yg sorang lagi pun laki bini adalah cikgu maka, kami memilih time cuti sekolah utk program CJCMCP ini.

Mula2 cadangannya cuma mau ke Taiping, Perak (bermalam di rmh Cikgu Wan & Cikgu Nul), dan kemudian ke Alor Star (bermalam di kg Cikgu Wan & Cikgu Nul). Tak plan langsung pun nak duk resort ke hotel ke apa, sbb memang motif nak gi jalan2 cari makan.

Tah camne a few days sebelum program bermula, si Watie gatal2 mulut eh gatal2 tangan email kat aku kata "alang2 kita ke Kedah, kan syok kalau kita ke Langkawi sekali". Aku pun apalagas check lah resort tempat kerja aku ni hah; namanya Sri Kijang kat Pantai Chenang sana.  Tup2 ada pulak 3 unit bilik yg available. Ermm.. rejeki.
kat RNR Tapah

Kami berkumpul di RNR Tapah. Sepatutnya kiterang gerak sama2. Tapi sbb aku adalah agak lembap maka dorang tinggalkan kami. Eh tak lah, sbb kiterang sebelum tu pergi kenduri kawen, pastu Cikgu Nul pulak nak menjemput Cikgu Wan yg ada kelas di UPSI. So, nak jimat masa dorang gerak dulu.  Aku gerak dari rmh dalam pukul 6 lebih camtu lah. Cuaca pulak hampir sepanjang perjalanan adalah hujan. So, memang takdelah nak speed ke apa.

3 keluarga semuanya

Daripada Tapah barulah kami konvoi bersama-sama. Tiga kereta kesemuanya.

Me and Marissa in purple

Gasaklah kan kalau dah mak dia suka purple ngan anak2 pun kena gak ikut mak dia punya feberet.

Cikgu Nul menjalan tugas yg baik, dia memang dah janji mana tempat2 yg dia akan bawak. Maka destinasi pertama kami adalah di sini.  Apa2 hal kita makan dulu. Katanya program jalan2 cari makan kan.

Nampak tak?

Yea.. kami di Restoran Doli

Aku pernah lah jugak dengar Doli2 nie, yg special kat sana adalah Kuetiau Doli. Selain tu adalah jugak mee kari, nasi ayam dan lain2.  Maka haruslah kami semua pilih utk makan Kuetiau. Padahal sebenarnya pun, makanan2 lain sumernya pun sudah kehabisan. Dah pukul sepuluh lebih kan. Pastu org bukan mainlah punya meramai. Full house gituh. Nak duduk pun kena tunggu org habis makan dulu. Seb baik tunggu tak lama. Kalau tidak tak merasalah kuetiau doli ni. Aku ni kan penggemar kuetiau.

Ok mari aku perkenalkan lagi sekali mereka2 yg terlibat di dalam program CJCMCP ini.

me and family

hubby n wifey - Am n Watie

Cikgu Wan & Cikgu Nul and the kids

Sape pulak budak ini?

Iqlil and Marissa

Iqlil (hope the spelling is right) ni merupakan anak buah Am. Baru 6 tahun, tapi tinggi betul budak ini. Kalau org tengok mesti org ingat dah darjah tiga. Padahal tahun depan baru nak masuk darjah 1.  Memang syoklah trip kali ni sbb ramai budak2. Marissa pun suka lah sbb ada kawan. So, kurang sikitlah kerja mak bapak dia nak melayan.


Iqlil yg rajin melayan Marissa

Marissa dibabysit oleh kakak Iqlil. Senang hati aku nak makan. Boleh lah makan dengan penuh konsentrasi.

Kuetiau dah siap

Pada pandangan aku yg penggemar kuetiau, aku rasa boleh tahan lah jugak kuetiau doli nie. Sedap. Rasanya lebih kurang dengan kuetiau yg dijual di food court sogo. Apa ke nama gerai dia.. Penang Cuisine kot.. lupa pulak. So korang2 yg tak dapat makan kuetiau doli gi makan kuetiau kat sogo sana yer. 

Eh lupa pulak nak cakap restoran doli ni terletak di bandar Taiping. Exact location, aku tak berapa tau. Sori yer.


Bergambaran di dpn kedai

 Lepas makan kami di bawa ke sini.

dapat baca tak?

Tempat ini adalah salah satu tarikan yg terdapat di Taiping. 

Taman Tasik Taiping

Tasik yg amat cantik. Kalau datang siang tentu lagi menikmati keindahan di sana. Kat sana pokok2 adalah unik sekali, tgk macam nak tumbang tapi bukan tumbang sebenarnya. Pokok2 yg berusia ratusan tahun masih dikekalkan.

Walaupun dah nak tgh malam, org masih ramai di sana. Yang berkeluarga pun ramai, yg bercintan-cintun pun ramai. Oppssie..


just lepak2 kat sini sahaja


Kat tempat kiterang lepak tu kan, sebenarnya gelap tau, tu nampak terang sbb flash dari kamera, tu pun pakai flash biasa ajer, speed light memang tak bawak sbb masalah bateri. Ok aku bukan nak citer pasal kamera, aku nak citer pasal gelap. Sbbkan gelap tak berapa nampak lah org2 yg ada kat sana.

Dalam samar2 tu nampaklah ada org kat hujung sana. Mula2 kiterang ingatkan ada sorang jer, rupanya berdua u ols.  Tgh melakukan adegan yg tidak sepatutnya. Yang mengejutkan kami kedua2 org itu adalah lelaki u ols... oh ohhh... not gud not gud.

tgh curi2 pandang

Berhampiran dengan mereka adalah satu papan tanda, tak taulah apa isi kandungan papan tanda tu, sbb gelap kan. Yang bagusnya si Am ni telah mengsepoilkan mood kedua2 org itu dengan berdiri di hadapan papan tanda itu sambil membaca isi kandungan papan tanda itu. Aku tak tau lah camne dia baca dalam gelap gituh. Wahahaha...

Kiterang lepak tak lama pun kat situ, sbb bawak budak2 kan, pastu hari pun dah malam tak elok nak kuar lama2. Maka kami pun bergerak pulang ke rmh cikgu wan & cikgu nul yg tidak jauh dari situ.

jom balik

dia ingat aku tak berani nak letak gambar dia yg ini... suka wat muka sengal


Maka tamatlah kisah hari pertama. Akan sambung lagi...

Akikah Baby Amani Iman Zulaikha

Baru nak update pasal kenduri akikah baby Amani nie. Ni citer beberapa minggu lepas. Dapat undangan dari Cida. Cida ni merupakan member blogger aku yg terawal lah. Dulu2 aku blog tuk bacaan sendiri jer, takde org baca pun, tup2 dapat komen dari dia, terkejut makcik rupanya ada org baca blog ini. Terus rasa cam malu2 bila tau ada org baca. Sekarang ni pun rasa malu jugak. Gedik.  Gitulah kisahnya.

Cida ada invite thru' fb tapi taulah aku ni kan fb kengkadang tak terbukak langsung, kengkadang tak perasan pun nak bukak kat events tuh. Not gud. Dapat jugak SMS. Masa tu tak confirm lagi whether boleh datang ke tak, sbb bergantung pada asben, kalau dia keje tak dapek lah nak datang. Dah lah tak perlu lah nak intro panjang lebar, ada korang kesah pun ker? Ok lah kita mulain dengan gambar budak yg nampaknya semakin hari semakin cheeky. Ntah nape bila hala jer kamera kat dia, terus jadi camnie.








Agaknya suka sgt dapat jumpa dengan baby Amani kot. Tu yg gedik semacam tuh. Tapi bila digandingkan dengan baby Amani nampak Marissa cam dah besar dah. Dah tak layak dah dia jadi baby, walaupun aku suka panggil2 dia baby. Marissa ni kan kuat berlakon bila panggil dia baby, dia pun akan act like a baby.

Baby Amani dengan baju Liverpool dia

Sbb kiterang pun datang dah agak lewat, Amani pun dah siap tukar baju. Tak dapat tgk Amani pakai baju gaun yg mencomel itu. 

Amani dalam buaian bulu2 yg cantik

Marissa with Untie Cida

Mommies and babies

Tgk muka Marissa kat atas nie, macamkan terhimpit sgt dengan baby Amani tuh. Tapi tangan kemain pegang Amani. Dia ni pun menggeram jugak orgnya, risau kalau dia cakar or cubit Amani jer.

kissing2

"Ini bukan ibu ku" bisik Amani

me with the proud mummy and baby

the hubbies


Buaian Bulu2 Amani

Alhamdulillah, dalam pada tak reti jalan ke rmh Cida tuh, sampai jugak kami. Ada GPS tapi tak digunakan. Yang kelakarnya aku konfiden jer ckp ngan asben cari jer rmh yg warna ungu confirm rmh Cida, sbb pernah terbaca dulu kat blog dia yg dia cat rmh kaler ungu. Dalam pada mencari rmh yg kaler ungu ternampak pulak adik ipar Cida kat luar rmh.  Eh pelik pulak, awat rmh ni tak kaler purple? Rupa2nya kaler purple hanya di cat kat belakang rmh. Hahahahahahaha.

Apapun thanks to Cida and family atas jemputan. Semoga Amani Iman Zulaikha menjadi anak yg baik dan sentiasa membahagiakan hati ibu dan bapanya. 

gift dari Amani Iman Zulaikha

Monday, December 5, 2011

Misi Diteruskan

Bukan lah misi sgt pun kan. Ingat tak yg entry yg kami keluar petang2 hari tuh? Hari tu rasa cam tak sempat pun nak menyoping sgt, sbb kuar pun dah lewat, maka aktiviti tersebut terpaksa direpeat semula.

mula2 letakkan anak di dalam troli

Sekejapan jer Marissa nak duk kat atas tuh, pastu bising nak turun. Yelah org dah ada kaki kan. Nak lah berdikari kan.

nak interprem sat

Sebenarnya takde apalah sgt nak beli pun,  tapi apa yg berkenan terus amik jelah.. memang takde list2 ke apa. Sambil2 tu nak kutip idea cara nak deko2 rmh. Walaupun... aku ni bukan lah kaki2 deko pun...tapi asben rajinlah. Dia kan house Manager.

Bila si Marissa ni dah turun dari troli maka dia pun bergerak bebaslah, ikut suka kaki dia lah jalan. Kami ikut jer. Sampai kat bahagian bedroom tuk budak2, kemain tiba2 dia gi landing kat atas katil tuh. Spontan jer. Nampaknya Marissa dah berkehendakkan bilik sendiri. Takpe nak.. pilih je lah bilik yg mana satu, nanti mama deko2 kan.

amboi amboi sempat berangan lagi tuh

sbb kaler agak terang tu yg menarik perhatian Marissa 

turun naik katil sesuka hati.. mcm bilik itu dia yg punya

Kita org dah blah pun dia still landing kat situ. Taknya dia heran pun yg mak pak dia tinggalkan dia. Kiterang pulak yg kena intai2 dia. Sbb dia tak kesah sgt maka terpaksalah kami angkat dia.

Dah puas berjalan di segenap pelosok Ikea, maka perut pun melapar. Maka berehat sebentar dengan kit kat lah gamaknya.

minum petang kami

pasta yg ala kadar rasanya 

meat ball

Daim

Ni sebenarnya first time pun kiterang singgah makan kat sini, sebelum ni pun rasa cam tak pernah lah kepingin nak makan kat sana, tapi sbb ramai sgt yg memperkatakan tentang meatball dan daim ni, maka nak jugak cuba try kan.  Tapi rasanya cukuplah kot sekali.. takde lah sedap mana pun.. seb baik meat ball tu amik yg 5 ketul punya.. kalau tak sure tak abis.. tahlah maybe aku ni bkn penggemar daging kot. Pasta tu pulak adoi very the simple.. cam ko rebus pasta pastu tabur jelah sos prego dalam tin tuh, pastu letak ayam seketol. Daim cake tu pulak, separuh terbiar begitu sahaja. Marissa pulak taknak tolong abiskan.  Tapi takpe kiterang suka je pun jalan2 cari makan.

Pastu sambung shopping2 lagi. Pastu tetiba bau busuk jer. Rupanya Marissa yakyak. Maka kami pun bergegas pulang.

Sementara menunggu yayahnya amik kereta, aku amiklah gambar budak ini.

budak bucuk

"cptlah tukar pampers nie... tak selesa lah"


hasil penyopingan

Takdelah byk sgt pun. Adalah terbekenan dengan satu kabinet tuh, tapi kaler yg kami nak tuh, takde stok lah pulak, maka selamat lah duit. Hehe.

Masa kat sana terjumpa lah my ofismet, sakan dia menyopping, dia memang teror bab mendeko2 nie... harap beliau updatelah hasil deko2nya di blog beliau. Eh tak tau lah blog dia masih wujud ke tak?

Kerja2 Panggang-Memanggang, Bakar-Membakar Adalah Lebih Mudah Sekarang Ini

Tidak perlu tunggu hujung minggu atau hari cuti utk memasak menu ikan bakar. Sbbkan tak sabar sgt nak guna benda baru yg dibeli daripada Langkawi hari tuh, eh citer pasal langkawi, citer pasal cuti2 nanti2 lah yer... Balik dari kerja hari tuh terus keluarkan ikan segar yg dibeli terus dari nelayan di Jeti Pulau Sayak. Cerita pasal jeti2 ni pun nanti lah yer. Syok sgt kat sana, ikan segar2, udang besar2.. memang berbaloi2. Tu sumer aku strory kan nanti menerusi kisah 4 hari 3 malam jalan2 cari penat dan cari makan. Sekarang ni nak citer pasal masak memasak.

So sambung balik.. balik kerja hari tu teruskan kuar ikan dari freezer. Ikan adalah belum disiang lagi pada waktu itu. Biasanya aku akan siap2 simpan ikan yg dah disiang kat dalam freezer, tapi sbb hari tu letih dan tak sempat nak menyiang hasil2 laut yg dibeli aku humbankan saje kat dalam freezer.

Aku ni belum pernah lah lagi wat ikan2 bakar ni, ni kira baru first time lah. Dan first time jugaklah menggunakan grill pan ini.

ikan yg telah tersedia utk dibakar

kalau pandai cer teka ini ikan apa?

Tanpa refer resipi, ikut suka hati aku jer, aku cuma blendkan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan lada hitam.

kemudian tutupkan ia dan tunggulah utk seketika sebelum dibalikkan

Masa nak balikkan ikan tuh, iye2 jer aku dok cungkil2 ngan senduk, bongok sgt kan... maklumlah first time guna grill pan. Datang si suami.. "syg buat apa tuh?" "Nak balikkan ikan ni lah...."

"Ek.. eleh... mcm ni jelah".. kata si suami sambil menterbalikkan grill pan tersebut. "oooo itu macam kah? patutlah tadi terfikir gak belah mana nak letak kat atas dapur, sbb sama jer bentuknya.." Hehe maafkan kekampungan saya yer....

setelah beberapa minit ini lah hasilnya

Actually dia memang tak melekat pun walaupun tak bubuh minyak, tapi sbb aku ni dok cungkil2 dia tu yg dia terkopek sikit tuh..

ikan dah siap

Adalah tidak sah kalau ikan bakar tiada air asam.

tak taulah ni air asam ker, cili kicap ker.. tapi aku perah jugak limau beberapa biji

budu pun ada

Sedap jugak makan budu ni kan? Belajar2 makan.. tapi memang sedap lah... actually budu ni dah lama asben beli, tapi tak termakan2 sbb tak tau nak matching dengan lauk macam mana. Tapi memang kena lah dengan ikan bakar. Sekali cuba pasti nak lagi.

Selain juadah ikan bakar, aku panaskan jugak gulai telur itik yg aku bekukan. First time jugak wat gulai telur itik. Guna cili api kampung yg super pedas yg diberikan oleh akak aku.

panaskan dalam kuali saje

Aku ni kan kalau bab2 panaskan makanan memang aku guna dapur jer. Very the kampung kan.. Walaupun ada microwave tapi aku tak pernah guna pun tuk panaskan makanan. Microwave cuma digunakan utk steril botol susu Marissa jer. Awat pelik ker steril botol pakai microwave? Tak.. bukanlah aku letak sebijik2 botol kat dalam microwave tuh, tapi aku letak dalam bekas khas tuk pensterilan, pastu letak air sikit dalam bekas tuh.  Actually, Avent sterilizer ini adalah pemberian oleh my besfrens masa Marissa lahir dulu. Aku pun tak ingat lah sama ada aku ada blog about it or not dulu...tukang belinya adalah cik puan gonjeng Neena. Terima kasih byk2 pada korang2 yg bagi sbb ia memang byk membantu lah. Eh out of topic pulak.

telur itik masak lemak seketul

Actually ada 5 biji. Tapi lagi 4 biji aku eksport kat rmh mak aku, sbb masa aku masak tuh, aku nak pergi kenduri kawen, pastu petang tu pulak nak berangkat pergi jalan cuti2 jalan2 cari makan dan cari penat. Maka tang bila pulak nak makan kan? Ni lah dia kalau dah terover rajin, dah tau tak makan kat rmh pun tatap nak masak jugak kan. Bini sape lah tu? Tapi aku tinggal sebijik letak siap2 kat freezer, nak lah jugak rasa dia camne kan.....

By the way, grill pan yg bertutup itu aku beli hanya berharga RM49.90 sahaja. Bukan jenama Tefal lah tapi, Tefal kalu dalam seratus lebih kot. Tapi ada satu kedai tu, ada buat Tefal fest sampai 50% ko... Menggila shopping kat Langkawi... ah citer lain entry lah yer. Bye.

Thursday, December 1, 2011

Sudah 31 Tahun

1 Dec 2011 - Selamat Harijadi buat suami tersayang; Shahrizal Ikhmar bin Jamil.  Semoga dikurniakan rezeki yg melimpah ruah, kesihatan yg baik, kebahagiaan rmh teres tangga, kasih sayang yg tidak berpenghujung dan segala-galanya yg baik. InsyaAllah.

Dari semalam aku fikir apa aku nak buat sempena birthday kali ini. Seperais camne pulak nak buat kali nie? Gedik kan asal birthday jer nak seperais2. Eh itulah yg syok. Kan?...  Hadiah tak yah fikir dah, hadiah dah ada dah kot. tapi takleh dapat sekarang, InsyaAllah mungkin ini adalah hadiah yg paling bermakna buat kami. Wah ayat yg boleh membawa spekulasi. Hehehe. Apa pun doakan yg terbaik buat kami yer. Terima kasih u ols.

Ada byk benda nak update nie... dari minggu sudah sampai minggu lepas aktiviti adalah super penuh. Yang paling best program jalan2 cari makan dan cari penat bersama rakan2 selama 4 hari tiga malam di 3 buah Negeri berjalan lancar. Percutian yg padat dan meletihkan tetapi adalah sgt2 seronot.  Sambung len kali eh... aku nak fikir apa aku nak seperais dia nie?

Ok everbody let's stand and sing together yea..."Happy birthday to u... happy birthday to u... happy birthday to Shahrizal/Shah/Boy/Boboi/yayah dll...happy birthday to u......."   clap clap sambil blow the candle..


Lagi sekali, selamat harijadi sayang, i love u forever n ever... mmmuaaahhhh