Actually kiterang bercadang utk keluar awal hari tuh, kononnya nak bfast kat luar, pastu jalan2, shopping2, pastu lunch, pastu sambung shopping, pastu minum petang, pastu shopping, pastu dinner, pastu shopping, pastu baru balik. Itu konon2nya lah tapi.
Disebabkan pada hari itu kami laki-bini bukan main rajin, maka aktiviti yg diplan itu pun terdelay. Tetiba pulak semangat nak mengemas rmh. Si suami men-vakum, si isteri mengemop. Si anak tido. Atas bawah ok.. Tak cukup dengan itu, husband jugak telah men-drill semula kayu langsir sliding door yg ditanggalkan oleh tukang pasang air-cond. Dorang ni dah pandai tanggal, tak pandai pasang pulak.
Sambil buat kerja sambil dengar2 gossip kat Melodi. Pastu tgk jam eh dah pukul 2 lah, pukul berapanya nak keluar jenjalan nie??? Perut pun dah lapar. Nak masak, memang tidaklah sbb kepala otak dah set mau makan di luar. Maka siap2 cepat dan cau cin cau.
Ok, aktiviti di atas adalah tiada gambar. Tapi aktiviti luar adalah sedikit gambar.
Maka ke The Curve lah kami. Sambil2 tu konon nak singgah Ikea, lama benar tak jengah ke sana. Tapi ya ampun byk sgt manusia di sana. Apa ke best sgt Ikea tuh aku pun tak taulah. Pape hal kita makan dulu.
Melilau-lilau lah mata nak makan apa. Hujung2 kami ke Waroeng Penyet. Janji tempat selesa sudah. First time makan kat situ.
No 60 adalah no. table kami
Mula2 aku tak perasan lah yg tag itu adalah no meja kami. Masa aku nak tambah order kat cashier, dorang tanya berapa no table, dengan konfiden aku jawab takde nombor pun. Maka cashier tersebut bagi aku satu lagi tag berupa di atas. Cuma nombornya berlainan. Baru aku perasan lah nombor meja rupanya. Ingatkan sajer2 nak letak.
Sementara menuggu food ready, kita amik2 gambar lah dulu.
buat muka nakal. Tau jer kita nak amik gambar.
godek2 hp
Citer pasal hp nie, semalam asben nyaris2 kehilangan bb dia ni sbb tertinggal kat toilet ofis. Pastu bila pergi balik tgk dah takde. Cek kat playback from cctv berhampiran toilet. Masa tgk playback, ada seseorang datang memulangkan bb tersebut. Syukur. Kalau tidak kang tak pasal2 aku kena presentkan dia pulak sempena birthday dia nanti. Memang betul pun apa yg aku fikirkan ni tau, sbb asben citer memang itu yg dia fikirkan masa hp dia hilang tuh. Kurang asam kan?
menu di Waroeng Penyet
Sementara menunggu makanan siap, aku order keropok nie. Dalam menu tu dia tulis keropok indonesia, aku ingatkan cam keropok ikan ker keropok udang ker sbb Marissa suka makan, tapi alih2 ini yg sampai.....
eh bukan ke ini keropok mony?
Keropok mony... sila nyanyi cam dalam iklan tu yer... bukan keropok ni tak sedap ke apa, tapi kat rmh aku ada satu balang keropok ni yg aku goreng tuk Marissa. Takpelah belasah jelah.
cendol tuk aku
Marissa dengan keropok mony nya
hamboi seriusnya makan
Tak lama tu makanan kami pun sampai...
ayam penyet tuk aku
bawal penyet tuk asben
ditambah pulak dengan kangkung goreng belacan
Mula sampai aku cam pelik, aku ni order batang kangkung ke apa?? sbb penuh ngan batang jer, daunnya ciput ajer. Tapi tak kisah lah... perut dah melapar jangan byk bunyi boleh? Dahlah sambal cam pedas gituh, kang byk cakap kang kena tempeleng pulak ngan asben.
asben yg kepedasan
Diam jer cik abang ni makan. "asal senyap je yang?". "Shah pedas2 ni rasa nak meradang jer". Haha cute kan? Tapi pedas2 pun...
abis jugak
So far, aku dah pernah try ayam penyet wong solo, ayam penyet AP dan waroeng penyet. Antara ketiga-tiga ini aku rasa Wong Solo punya ayam penyet lagi terbaiklah kot. Sambal dia kicap dia sumer power.
Lepas makan, sambung jalan2. Tapi memandangkan hari pun dah lewat petang, tak sempat pun nak tawaf satu the curve dan ikea. Takpelah dapat jalan2 kejap pun oklah.
fesyen terbaru Marissa bila diminta bergambar
Yang paling kelakar time naik eskalator tau.
eskalator ke namanya nie? tapi takde tangga, takpe kita namakan ia eskalator rata
Masa naik eskalator rata ni kiterang biarkan Marissa berdiri sendiri kat atas tuh. Tak pegang pun tangan pun dia. Keras jer macam patung badan dia korang tau. Tangan tu camtu jer. Pastu kepala pun taknak goyang. Yang kelakar dia nak tengok org kat sebelah eskalator tuh, tapi dia tak gerakkan kepala dia, dia gerakkan mata jer... mcm main jeling 2 pulak.. lawak jer aku tgk.
"apalah mama nie, Marissa gayatlah"
takpelah kalau tak nak pegang Marissa, Marissa pegang tiang jelah
Masa jalan2 kat The Curve, adalah promosi jual mop megik tau, kebetulan pulak yg pagi tu kiterang baru lepas mop rmh, so bila tgk mop tu rasa cam best jer, rasa nak beli jer. Tapi rege dia RM149. Tu harga offer, kalau normal price RM199. Gila kan mop pun sampai ratus2. Nyaris2 nak terbeli, tapi tak beli pun sbb mop kat rmh tu pun elok jer lagi.
Tak beli mop, tapi beli benda2 perkakas rmh yg lain. Tak ketinggalah jugak, beberapa helai baju Marissa. Balik2 baju anak, balik2 baju anak. Tapi yelah sekang nie, brg sendiri cam tak berapa nak heran sgt, tapi bila tgk baju budak rasa menggila sangat. Alih2 baju dia yg penuh satu almari.
5 comments:
bestnya spent time family....aku lak kalau dah kul 2 tu kalau keluar..rasa mcm lewat benor..heheh sbb parking payah
Comel kamu Marissa. Seronok kan weekend2 keluar jalan2 dengan anak n suami. Kite pun suke je kalau jalan2 begitu, best sgt.
Molly2 nampak matang sgt masa ni...
Kite paling suka ayam penyet AP kat wangsa walk jer. kat oulet lain, x menjadi!
nak terkujat beruk igt kamu beli mop rm149 tu! arg, sangguh belanjakan tenaga perah sendiri batang mop dari nak melabur smp beratus! hehehee
hihihi..kelakar la marissa ni... as usual..marissa is comel sgt...geram...
cantek nyaa baju marissa... budak kalau dah pandai jalan..memang best pakaikan ape2...comel je.. =)
Post a Comment