Mula2 cadangannya cuma mau ke Taiping, Perak (bermalam di rmh Cikgu Wan & Cikgu Nul), dan kemudian ke Alor Star (bermalam di kg Cikgu Wan & Cikgu Nul). Tak plan langsung pun nak duk resort ke hotel ke apa, sbb memang motif nak gi jalan2 cari makan.
Tah camne a few days sebelum program bermula, si Watie gatal2 mulut eh gatal2 tangan email kat aku kata "alang2 kita ke Kedah, kan syok kalau kita ke Langkawi sekali". Aku pun apalagas check lah resort tempat kerja aku ni hah; namanya Sri Kijang kat Pantai Chenang sana. Tup2 ada pulak 3 unit bilik yg available. Ermm.. rejeki.
kat RNR Tapah
Kami berkumpul di RNR Tapah. Sepatutnya kiterang gerak sama2. Tapi sbb aku adalah agak lembap maka dorang tinggalkan kami. Eh tak lah, sbb kiterang sebelum tu pergi kenduri kawen, pastu Cikgu Nul pulak nak menjemput Cikgu Wan yg ada kelas di UPSI. So, nak jimat masa dorang gerak dulu. Aku gerak dari rmh dalam pukul 6 lebih camtu lah. Cuaca pulak hampir sepanjang perjalanan adalah hujan. So, memang takdelah nak speed ke apa.
3 keluarga semuanya
Daripada Tapah barulah kami konvoi bersama-sama. Tiga kereta kesemuanya.
Me and Marissa in purple
Gasaklah kan kalau dah mak dia suka purple ngan anak2 pun kena gak ikut mak dia punya feberet.
Cikgu Nul menjalan tugas yg baik, dia memang dah janji mana tempat2 yg dia akan bawak. Maka destinasi pertama kami adalah di sini. Apa2 hal kita makan dulu. Katanya program jalan2 cari makan kan.
Nampak tak?
Yea.. kami di Restoran Doli
Aku pernah lah jugak dengar Doli2 nie, yg special kat sana adalah Kuetiau Doli. Selain tu adalah jugak mee kari, nasi ayam dan lain2. Maka haruslah kami semua pilih utk makan Kuetiau. Padahal sebenarnya pun, makanan2 lain sumernya pun sudah kehabisan. Dah pukul sepuluh lebih kan. Pastu org bukan mainlah punya meramai. Full house gituh. Nak duduk pun kena tunggu org habis makan dulu. Seb baik tunggu tak lama. Kalau tidak tak merasalah kuetiau doli ni. Aku ni kan penggemar kuetiau.
Ok mari aku perkenalkan lagi sekali mereka2 yg terlibat di dalam program CJCMCP ini.
me and family
hubby n wifey - Am n Watie
Cikgu Wan & Cikgu Nul and the kids
Sape pulak budak ini?
Iqlil and Marissa
Iqlil (hope the spelling is right) ni merupakan anak buah Am. Baru 6 tahun, tapi tinggi betul budak ini. Kalau org tengok mesti org ingat dah darjah tiga. Padahal tahun depan baru nak masuk darjah 1. Memang syoklah trip kali ni sbb ramai budak2. Marissa pun suka lah sbb ada kawan. So, kurang sikitlah kerja mak bapak dia nak melayan.
Iqlil yg rajin melayan Marissa
Marissa dibabysit oleh kakak Iqlil. Senang hati aku nak makan. Boleh lah makan dengan penuh konsentrasi.
Kuetiau dah siap
Pada pandangan aku yg penggemar kuetiau, aku rasa boleh tahan lah jugak kuetiau doli nie. Sedap. Rasanya lebih kurang dengan kuetiau yg dijual di food court sogo. Apa ke nama gerai dia.. Penang Cuisine kot.. lupa pulak. So korang2 yg tak dapat makan kuetiau doli gi makan kuetiau kat sogo sana yer.
Bergambaran di dpn kedai
Lepas makan kami di bawa ke sini.
dapat baca tak?
Tempat ini adalah salah satu tarikan yg terdapat di Taiping.
Taman Tasik Taiping
Tasik yg amat cantik. Kalau datang siang tentu lagi menikmati keindahan di sana. Kat sana pokok2 adalah unik sekali, tgk macam nak tumbang tapi bukan tumbang sebenarnya. Pokok2 yg berusia ratusan tahun masih dikekalkan.
Walaupun dah nak tgh malam, org masih ramai di sana. Yang berkeluarga pun ramai, yg bercintan-cintun pun ramai. Oppssie..
just lepak2 kat sini sahaja
Kat tempat kiterang lepak tu kan, sebenarnya gelap tau, tu nampak terang sbb flash dari kamera, tu pun pakai flash biasa ajer, speed light memang tak bawak sbb masalah bateri. Ok aku bukan nak citer pasal kamera, aku nak citer pasal gelap. Sbbkan gelap tak berapa nampak lah org2 yg ada kat sana.
Dalam samar2 tu nampaklah ada org kat hujung sana. Mula2 kiterang ingatkan ada sorang jer, rupanya berdua u ols. Tgh melakukan adegan yg tidak sepatutnya. Yang mengejutkan kami kedua2 org itu adalah lelaki u ols... oh ohhh... not gud not gud.
tgh curi2 pandang
Berhampiran dengan mereka adalah satu papan tanda, tak taulah apa isi kandungan papan tanda tu, sbb gelap kan. Yang bagusnya si Am ni telah mengsepoilkan mood kedua2 org itu dengan berdiri di hadapan papan tanda itu sambil membaca isi kandungan papan tanda itu. Aku tak tau lah camne dia baca dalam gelap gituh. Wahahaha...
Kiterang lepak tak lama pun kat situ, sbb bawak budak2 kan, pastu hari pun dah malam tak elok nak kuar lama2. Maka kami pun bergerak pulang ke rmh cikgu wan & cikgu nul yg tidak jauh dari situ.
jom balik
dia ingat aku tak berani nak letak gambar dia yg ini... suka wat muka sengal
Maka tamatlah kisah hari pertama. Akan sambung lagi...