Saturday, July 18, 2009

Pre Holiday

Alhamdulillah kami selamat sampai ke destinasi lebih kurang pukul 11mlm tadi. Agak lewat sikit sbb gerak dari rmh tadi pun dah lewat.

Untuk vacation kali ini bukan hanya aku berdua dgn husband dan bukan juga bersama dengan rakan2 tetapi bersama-sama dengan ibubapa mertua aku. Memang tujuan nak bawak mereka pun.

Master bedroom tuk FIL & MIL beradu


Bilik beradu tenaga kami. Beradu = tido. Tenaga tu aku saje tokok tambah ajer. Takde maksud tersirat yer,

Suamiku bersama ibu mertuaku

Ruangan makan yg penuh dengan makanan yg tidak dikemas lagi

Bila tgk gambar2 ni korang leh teka tak aku di mana? Clue-nya aku & asben baru2 ni pernah juga ke sini.

Percubaannya utk membuat moncong

Aku lah takkan tak kenal lagi.
Tak reti nak buh caption apa.


Close-up. husband aku suka amik gambar dekat2. Maka nampaklah kesan jerawat di hidung.

Kami.
Pun tak reti nak buh caption apa lagi dah.


Sampai-sampai jer dia terus landing atas katil

Aku pulak sibuk amik gambar

Ok cukuplah mukadimah utk vacation kali ini. Esok kalau aku takde apa nak buat akan aku update blog je lah kerja. Serius tak tau nak wat apa kat sini pun, sbb bukan ada apa pun kat sini. Sekadar tuk merelax-relaxkan diri sahaja.

Friday, July 17, 2009

Dah Bersiap Sedia...

Yihaa... nak gi jenjalan lagi... sonoknya......walaupun tempat yg sama tapi tetap gembira.

Nak ke mana lah pulak ni?

Beg Lappy yg Baru



Aku telah membeli sebuah beg lappy yg baru bagi menggantikan beg lama. Beg yg lama memang sudah koyak rabak akibat si suami yg suka mengisi barang2 yg lebih muatan pada beg tersebut. Kali ni aku pilih beg galas sajer kerana mudah utk digalas ke sana dan ke sini. Mudah utk travelling juga.

Beg ini dibeli dengan harga RM59 sahaja. Best buy. Byk compartment beg ini. Boleh letak macam2. Tapi aku dah warning husband aku supaya tidak meletakkan segala harta benda dia dalam beg tersebut bagi menjamin jangka hayat beg itu panjang. Aku tak nak beg ini juga mengalami nasib yg sama dengan beg2 yg terdahulu.

Beginilah kisah sebuah beg.

*****************************************************************************

Eh korang ingat tak dulu2 masa sekolah menengah kan kita kena wat karangan. Salah satu bentuk karangan yg biasa kita buat ialah... alar aku lupa pulak apa nama dia.. tapi biasanya karangan tu tajuk dia mesti cenggini.."Aku sebuah beg", "Kisah aku sebatang pen", "Nasib Sebiji Bola"dan macam2 lagi lah..Aku dulu suka betul karangan yg bentuk macam nie, sbb aku boleh berimaginasi dengan lebih tinggi lagi dan lebih merapu. Tapi selalunya mesti dapat A. Tu belum lagi kalau karangan buat surat tak rasmi, fuh lagi seronok aku bercerita. Elok2 dia nak 120 patah perkataan aku up lagi sampai 160 patah kata.

Dahlah tetiba ke laut pulak....

Tak Payah Bacapun Takpe.. Takde Update Apapun

Best tak korang masuk sini tapi aku tak update?

Sorry lah yer kawan2 sekalian, buat masa sekarang ni aku dilanda masalah kurang rajin sikit ar atau dalam erti kata lainnya ialah MALAS. Kalau dtg time rajin aku, idea mencurah2 maka akan aku updatekan blog ini dengan kadar segera.

Buat masa sekarang ini silalah jalan2 dulu ke blog2 kawan2 yg lain yer.

Entry ini adalah sekadar melepaskan batok di tangga sahaja.

Nak upate tapi malas. Nak update tapi ngantuk. Nak update tapi takde mende nak citer. Nak update tapi ZZZZzzzzzzzzzzzzz

Wednesday, July 15, 2009

Virus B1N1

Sekarang ni heboh diperkatakan dengan virus H1N1 kan. Baru2 ni aku telah dimaklumkan terdapat virus baru pula yg telah menyerang.

Kita saksikan rakaman perbualan suami isteri ini sewaktu di dalam kereta. Rakaman lah sgt kan?

Suami: Yang, sekarang ni dah ada virus baru tau. Bukan H1N1 jer.
Isteri: Ia ker? Virus apa pulak?
Suami: Virus B1N1.
Isteri: Betul ker? Tak pernah dengar pulak.
Suami: Ia.. dah byk kali masuk paper dah. Tapi virus ni ditakuti oleh para lelaki lah.
Isteri: Apesal pulak? (adakah mengakibatkan mati pucuk? bisik isteri di dalam hati)
Suami: Yelah sekarang ni kan ramai yg lelaki yg takut B.1.N.1.
Isteri: Nape pulak? (si isteri ni memang bendul sedikit)
Suami: Ialah B.1.N,1, tak ker bini jadinya tuh?
Isteri: Ooooo... Laki sekarang ni takut bini ke yang?
Suami: Org lain lar.. tapi Shah tak.. (eh tersebut nama pulak)
Isteri: Tapi betul ker yang ada virus B1N1 nie. si isteri masih lagi lurus bendul

Sekian. itu sahajalah rakaman yg sempat dirakamkan.

Tuesday, July 14, 2009

Ada Orang Nak Berkenalan?

Sedang melayan blog dan YM tiba2 hp husband berbunyi. SMS rupanya.
Isi kandungan sms tersebut adalah seperti berikut:-

"Salam hye cmt mlm.. sy lin dri kluang, td chat in jap, sje je kcu2. pepown sory kcu ye B-) slam pknalan lin 20 thn" (ni aku copy bulat2)

Mujur hp laki aku takde kredit kalau ada mau aku membalasnya. Bkn nak serang balas ke apa. Cuma nak cakap "awak ni salah nombor ker?"

Sesungguhnya aku percaya kepada suamiku. Ceh. So far, takde apa yg mencurigakan. Lagipun agak2 lah kan gaya sms kat atas tu sesuai tuk budak muda remaja jer. Ngan short form yg sukar difahami tu. Tu pun laki aku suh aku gak yg bacakan sms tuh. Dia kan mat skema.

Lu Pikirlah Sendiri

Ramai je yg nak tau apa yg Neena kasi masa malam kejadian hari tu. Ok lah.. ok lah aku share gak lah ngan korang. Tapi aku tak letak secara nyata dan terang lah. Kata eksotik kan.. so mana leh tunjuk betul2.. Aku pun tak mintak korang teka2 tau.. Dah tgk jer pastu dendiam sudah.





Ok puas hati? Apakah ia? Lu fikirlah sendiri. Hehe. Ingat ni bukan peraduan teka-teki yer.

Ramah Mesra

Malam yg aku pergi Satay Station tu, sebelum tu aku sempatlah menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Suai Kenal kawasan perumahan aku tuh.

Datang tunjuk muka jelah malam tuh. Yang lain2 kebanyakannya siang2 lagi dah bergotong-royong memasak tuk acara malam tuh. Tapi kiterang tak dapat datang pun, sbb siangnya itu husband aku kerja.

Since kami pun tak berpindah lagi kat sana, so tak berapa kenal lah jiran2 yg berada di sana. At least bila ada majlis mcm ni boleh lah berkenal2 lan dengan jiran2 semua.

Urusetia pada malam itu

Masa ni tak ramai org lagi. Nasib masa aku sampai Durra jiran sebelah rmh aku pun baru sampai. So adalah geng sikit.



YB pun turun gak hari tu. Sempatlah dia menyumbangkan RM22k utk membuat sedikit facility di situ

Berdasarkan buku laporan yg dicetak, nampak gayanya tempat ni memang aktif dengan persatuan dan aktiviti2nya. Mcm2 game dianjurkan, futsal, badminton, netball semua ada.

Tapi tulah kiterang kat sana tak lama pun, sbb dah ada janji nak jumpa org kan. Ingat nak tunggulah jugak jamuan makan tu, tapi sampai ke sudah ucapan tak berhenti2, tu belum masuk lagi sesi soal jawab, maka kami pun cabutlah awal. Tak sempat nak beramah-mesra pun.

Monday, July 13, 2009

Ada Orang Belanja Makan

Ada org bermurah hati nak belanja aku & asben. Mungkin kerana org tu nak belanja sempena dapat bonus baru2 nie. Maka setelah sebulat suara kami pun bersetuju untuk berjumpa pada malam minggu yg lalu bertempat di Satay Station.

Nak decide tempat pun problem gak mula2 sbb tak tau nak lepak kat mana. Kejap kat Sunway, kejap Bora Ombak, kejap kat sana, kejap kat sini, tapi alih2 Satay Station menjadi pilihan as my asben pun teringin nak makan satay.

Ingatkan jumpa saje2 lah, rupa2 ada sedikit surprise yg dilakukan oleh member aku ni sempena anniversary kami yg baru lepas.

Org yang diraikan

Org yg meraikan

Kami sampai sana lebih kurang pukul 11.30 malam. Lewat sikit. Sbb sebelum tu kami masing2 ada agenda sendiri. Sampai2 sana org dah tak berapa ramai, sbb kedai tu tutup dalam kul 12 tgh malam. Walaupun kami lewat, tapi kami takdelah dihalau malah dilayan mesra oleh pekerja di situ. Tapi yg malangnya kuah sate telah kehabisan. Tapi kami pun tak kisahlah, janji sate nya ada. Kalau tinggal kuah jer rasanya terpaksalah kiterang cari port lain.


Aku yg menikmati mee rebus, manakalah asben tgh menikmati sate tanpa kuah

Walaupun tak berkuah, tapi sate tersebut tetap sedap sbb ia telah diperap dengan ramuan2 dan rempah ratus dengan secukupnya. Memang terasalah satenya, takde lah tawar hambar jer.

Mereka juga menimati sate tanpa kuah itu


Air minuman yg dihidangkan di situ juga sedap2 juga, walaupun sekadar air limau, tapi memang sedap. Order sampai 2 gelas.


Me buddy


Lepas makan, tak sangka pulak member aku nie ada kejutan buat kami suami isteri. Ingatkan dia nak belanja makan sajer. Rupa2nya dia ada surprise tuk kami.

From wifey to wifey

From hubyy to hubby


Pemberian kad ucapan kepada laki bini yg baru menyambut anniversary yg ke-2

Antara kata2 yg terdapat dari kad tersebut:- "Sila gunakan token ini sebaik-baiknya yer!!!"
Aku ingat kan apa 'tokennya' itu. Ia jer aku belek kad itu. Tapi setelah membuka hadiah baru ku paham maksud ayat tersebut.


Kami yg agak terkejut dengan isi kandungan pressie tersebut

Malang sekali aku tak boleh nak sharekan korang sumer apakah hadiah yg diberikan oleh Neena & Nuar kepada kami, kerana hadiah tersebut begitu 'eksotik' sekali. Awww.. patutlah beria dia nak pass that thing before kami punya vacation.

Beginilah reaksi kami ketika membaca kad ucapan dari mereka.



Thank you very much from both of us


cenderahati dari mereka.


Tak cukup tu, boleh member aku ni membisikkan kat aku kata2 sempena pemberian tersebut. "siot ko Neena". Tapi takpe we love it so much. Thank you dear.

Bisik2 kayu api. Lama2 nak berlaki. Eh memang dah berlaki apa. Hehe


pose manja dari wifey

Selalunya kiterang yg bergambar mesra, peluk2 kan. Tapi kali ni para hubby juga tidak ketinggalan. Secara spontan mereka berdakapan antara satu sama lain. Biarkan mereka, mereka pun teringin juga nak bermanja kan.

wah mesra nampak?

Sebelum pulang aku sempat mendendangkan satu lagu daripada piano yg ada di situ. Lagu nyer ialah lagu tah apa2 ntah, sbb aku main tekan ikut sedap rasa.



Kan aku cakap Satay Station tu tutup dalam kul 12 tgh malam gituh kan, tapi percaya tak kiterang lepak kat sana sampai pukul 1.30 pagi rasanya. Kami tak kena halau pun. Kamilah pengunjung yg paling last sekali keluar dari sana. Bila nak balik tu sempat lagi kami berposing di dalam dan di luar 'rumah' satay station tu. Sbb apa rmh? sbb dia memang cam rumah pun. Tapi bateri kamera aku dah abis takat aku main piano tu. So, takdelah gambar rmh itu.

Yang bestnya org2 kat sana memang layan kami dengan baik sekali. Siap tolong amik gambar kami lagi.

Tapi kat kamera Neena byklah. Kalau dia update kat blog dia or facebook dia leh lah tgk persekitaran kat Satay Station itu.

Apapun aku and asben happy sangat pada malam tersebut. Thanks guys for the treat. Semoga bertambah lagi rezeki korang. Tak lupa jugak terima kasih di atas hadiah yg eksotik itu.

Satay Station

Malam minggu lepas kami pekena satay di Satay Station. First time kami ke sana. Satay Station ini terletak di Kg. Pandan. Menjejaki kaki di sana terus terpaku dengan keindahan rumah kampung yg telah diubahsuai menjadi ruang makan. Manakala halamannya juga di hiasi indah.

Pengunjung boleh memilih sama ada ingin duduk di luar ataupun di dalam. Wah dah macam cerita Jalan2 Cari Makan lah pulak. Ah belasah je lah yer.


Satay yg lazat secantik rupa bentuknya

Selain sate, menu utama di Satay Station ini ialah Mee Rebus Bonda. Rasanya memang sedap dengan kuahnya yg pekat.


Rupa paras mee rebus tersebut. Menggiurkan?

Satay Station ini dibina dengan menggunakan kayu jati dan kayu cengal. Memang nampak kukuh dan halus hasil seninya.


Salah satu ruang makan tertutup


Dekorasi Dalaman


Setelah berkunjung ke Satay Station, saya berpuas hati dengan layanan, makanan, dan suasana di sana maka saya dengan bangganya anugerahkan plak Jalan-jalan Cari Makan kepada Satay Station.


Plaque Jalan-Jalan Cari Makan yg telah digantungkan


Eish cam sekema pulak post aku kali ni kan? Entry ini adalah intro2 sahaja. Pelik pulak satu pun takde gambar aku kan? Ada. Jangan bimbang. Byk gambar gedik di sana. Dengan Sape? Buat apa? Adalah..... Tu aku simpan tuk next post.


By the way, masa kat sana, adalah satu album yg diletakkan kat situ.. aku telah ternampak seseorang dlm album tersebut...



Oooppps sori kak, saya mempublish tanpa kebenaran. Takpe.. gambar blur tuh, org tak nampak sgt.. hehe.

Utk pengetahuan korang tempat ni jugak boleh dijadikan tempat utk membuat majlis perkahwinan. Kalau rasa2 nak kawen cara kampung. Tapi kena tempah lah dulu kot..