Monday, July 13, 2009

Ada Orang Belanja Makan

Ada org bermurah hati nak belanja aku & asben. Mungkin kerana org tu nak belanja sempena dapat bonus baru2 nie. Maka setelah sebulat suara kami pun bersetuju untuk berjumpa pada malam minggu yg lalu bertempat di Satay Station.

Nak decide tempat pun problem gak mula2 sbb tak tau nak lepak kat mana. Kejap kat Sunway, kejap Bora Ombak, kejap kat sana, kejap kat sini, tapi alih2 Satay Station menjadi pilihan as my asben pun teringin nak makan satay.

Ingatkan jumpa saje2 lah, rupa2 ada sedikit surprise yg dilakukan oleh member aku ni sempena anniversary kami yg baru lepas.

Org yang diraikan

Org yg meraikan

Kami sampai sana lebih kurang pukul 11.30 malam. Lewat sikit. Sbb sebelum tu kami masing2 ada agenda sendiri. Sampai2 sana org dah tak berapa ramai, sbb kedai tu tutup dalam kul 12 tgh malam. Walaupun kami lewat, tapi kami takdelah dihalau malah dilayan mesra oleh pekerja di situ. Tapi yg malangnya kuah sate telah kehabisan. Tapi kami pun tak kisahlah, janji sate nya ada. Kalau tinggal kuah jer rasanya terpaksalah kiterang cari port lain.


Aku yg menikmati mee rebus, manakalah asben tgh menikmati sate tanpa kuah

Walaupun tak berkuah, tapi sate tersebut tetap sedap sbb ia telah diperap dengan ramuan2 dan rempah ratus dengan secukupnya. Memang terasalah satenya, takde lah tawar hambar jer.

Mereka juga menimati sate tanpa kuah itu


Air minuman yg dihidangkan di situ juga sedap2 juga, walaupun sekadar air limau, tapi memang sedap. Order sampai 2 gelas.


Me buddy


Lepas makan, tak sangka pulak member aku nie ada kejutan buat kami suami isteri. Ingatkan dia nak belanja makan sajer. Rupa2nya dia ada surprise tuk kami.

From wifey to wifey

From hubyy to hubby


Pemberian kad ucapan kepada laki bini yg baru menyambut anniversary yg ke-2

Antara kata2 yg terdapat dari kad tersebut:- "Sila gunakan token ini sebaik-baiknya yer!!!"
Aku ingat kan apa 'tokennya' itu. Ia jer aku belek kad itu. Tapi setelah membuka hadiah baru ku paham maksud ayat tersebut.


Kami yg agak terkejut dengan isi kandungan pressie tersebut

Malang sekali aku tak boleh nak sharekan korang sumer apakah hadiah yg diberikan oleh Neena & Nuar kepada kami, kerana hadiah tersebut begitu 'eksotik' sekali. Awww.. patutlah beria dia nak pass that thing before kami punya vacation.

Beginilah reaksi kami ketika membaca kad ucapan dari mereka.



Thank you very much from both of us


cenderahati dari mereka.


Tak cukup tu, boleh member aku ni membisikkan kat aku kata2 sempena pemberian tersebut. "siot ko Neena". Tapi takpe we love it so much. Thank you dear.

Bisik2 kayu api. Lama2 nak berlaki. Eh memang dah berlaki apa. Hehe


pose manja dari wifey

Selalunya kiterang yg bergambar mesra, peluk2 kan. Tapi kali ni para hubby juga tidak ketinggalan. Secara spontan mereka berdakapan antara satu sama lain. Biarkan mereka, mereka pun teringin juga nak bermanja kan.

wah mesra nampak?

Sebelum pulang aku sempat mendendangkan satu lagu daripada piano yg ada di situ. Lagu nyer ialah lagu tah apa2 ntah, sbb aku main tekan ikut sedap rasa.



Kan aku cakap Satay Station tu tutup dalam kul 12 tgh malam gituh kan, tapi percaya tak kiterang lepak kat sana sampai pukul 1.30 pagi rasanya. Kami tak kena halau pun. Kamilah pengunjung yg paling last sekali keluar dari sana. Bila nak balik tu sempat lagi kami berposing di dalam dan di luar 'rumah' satay station tu. Sbb apa rmh? sbb dia memang cam rumah pun. Tapi bateri kamera aku dah abis takat aku main piano tu. So, takdelah gambar rmh itu.

Yang bestnya org2 kat sana memang layan kami dengan baik sekali. Siap tolong amik gambar kami lagi.

Tapi kat kamera Neena byklah. Kalau dia update kat blog dia or facebook dia leh lah tgk persekitaran kat Satay Station itu.

Apapun aku and asben happy sangat pada malam tersebut. Thanks guys for the treat. Semoga bertambah lagi rezeki korang. Tak lupa jugak terima kasih di atas hadiah yg eksotik itu.

10 comments:

NeenaAnuar said...

You're most welcome fren!

Jgn lupa bawak "token" itu pergi bercuti nanti yerrr.... harus tawww!! huhuhuhu...

aku memang saja tunggu ko hupdate dulu.. sbb ko org yg diraikan kannn.. keh, lepas nie aku akan hupdate lak yerr... :)

Beautiful Disaster said...

share le. tp buat protected entry. jemput org yg da kawin jer leh bce. hahahaha.

nasaoji said...

wahwahwah...

besshhh nyo....

rezki dehhh tuk ann. kalian...

**ya benar komen beautiful disaster itu...jengjengjeng...

Deqna said...

NeenaAnuar - of coz akan ku bawa ke sana.. mana tau berkat "token" tersebut terus dot dot dot..

lar kalau ko nak update dulu pun aku takde hal lah.. so, cpt update yer :)

Beautiful Disaster - rasanya tak perlu lah kot nak protected2 entry ni.. tak sesuai..hahaha

nasoji - wah adalah pulak yg menyokong tuh.. takpe biarlah ia rahsia..hehe

[z@ck] said...

hadiah eksotik??
hahaha

Anonymous said...

Apakah yg Eksotik tue yea..hehe
Apapn hope ianya berhasil nnti hehe

Pepel BoNda AmaNi said...

wah bestnyer dapat makan..hehehehe sukerrrrrrrrr

Deqna said...

zack - hehehe..tak sesuai tuk tatapan masyarakat bawah 18 thn..

Mamaqaseh - adakah ia mampu membuahkan hasil? hahaha kita tunggu dan lihat saja..

purplelicious love - org belanja memang syok ar... kan?

KiKiHanakO said...

=)) best nye korang..i pun berlaki jugak lah..hahahahh

Deqna said...

ladykiki - hehe kalau dah ada calon yg sesuai apa lagi Kiki.. jangan tunggu lama2, nanti kiki dikebas org.. org lawo lah katakan:)