Tuesday, May 4, 2010

Menderma Dara

Mari kita saksikan ceritera bergambar mengisahkan kisah seorang anak yg duka nestapa kerana ibunya batoook..kasihan sungguh dia pergi mendapatkan obaaatt... eh tak tak.. sori merapu sebentar.

Ini adalah kisah menderma dara. Eh darah lah. Dara mana leh derma2 kan. Kih kih kih.

Abis dari check-up kat PMC tu kami ke Pasaraya The Store yg berhampiran. Kebetulan pulak hari tu ada kempen derma darah yg dianjurkan oleh St John Ambulance. Asben apa lagi, dia memang suka derma darah nie. Aku mula2 cam tak restu lah, giler kedekut darah aku nie, tak tak.. sebenarnya aku malas lah nak menunggu kat situ, sbb aku dah penat. Tah apa2 lah..tapi fikir balik pesal lak aku nak halang2 laki aku wat kerja2 murni ni kan...


Mula2 kena isi borang

Kat borang tu kena isi lah butir2 lanjut org yg nak menderma. Kena lah letak kot ko ada sakit apa2 ker kan.. Yelah memang lah niat murni nak menderma, tapi agak2 lah kan, kalau dah sakit kronik cam HIV ker apa ker.. tak yah lah derma. Kesian lak kat org lain nanti.


Lepas isi borang, kena check pulak darah jenis apa. A ker, B ker, O ker? Aku jenis darah A+. Laki aku pulak jenis darah O. Ada korang kesah? hehehe.


Kena timbang berat dulu

Cerita pasal berat nie.. sob sob sob.. pesal lak aku nak sedih2 pulak nie? takde.. selama ni laki aku adalah berat daripada aku. Tetapi kini tidak lagi :( aku telah mendahului 2, 3 kilo dari dia. Konpom dia dah takleh nak angkat aku lagi dah..

Kena cucuk kat hujung jari

Ala cucuk sikit jer, cuma nak pastikan betul ke tidak jenis darah seperti yg tertera kat dalam borang tuh.

Beraneka jenis darah? Beraneka?

Ingat dorang nak amik darah korang sewenang2 jer ker? Macam2 step kena wat dulu. Kena screening dulu.

Pastu kena check bp pulak oleh Doktor yg bertugas.

check bp

Bila sumer dah selesai, barulah proses2 mengambil darah dijalankan. Asben aku sukalah kan.. apa taknya misi2 yg bertugas comel lote kan. Gedik kan dia.

Start mencucuk

Mak aii.. sikit punya besar jarum dia tuh. Aku nak amik gambar ni pun gigil2 tau.

Mula menyedut darah


ceh kontrol lah tuh.. maklumlah misi2 kan ramai

Tak sampai 10 minit, proses menyedut pun selesai.


Dapatlah satu beg
Sebagai penghargaan, dapatlah sekeping sijil. Dan cam biasa lepas tu dapatlah dijamu dengan minuman dan makanan ringan utk mengembalikan sedikit tenaga.


"i feel good"


Byk lagi yg kosong

Ramailah jugak yg menderma darah pada hari tuh. Baguslah masing2 perihatin di atas keperluan org2 yg memerlukan.
Cik Misi yg bertugas

Cop gambar misi ni bukan aku yg amik. Aku tak reti nak amik gambar org yg tidak dikenali. Kang kena marah tak pasal2 pulak kan.. Nak mintak izin pun aku tak reti. Gambar ni asben yg amik. Katanya kena kasi gak penghargaan kat misi2 yg bertugas, padahal cam lah aku tak tau.. dia nak gak menggediks kan..
Eh tak tak.. asben aku baik, aku jer tuduh2 dia.

03-6277 2911 / 03-3371 5005

In case of emergency boleh lah contact St John ambulance seperti nombor yg tertera di atas. Ni org St John lah yg suruh.

Akhir kata, jangan takut jarum. Menderma darah tidaklah sesakit seperti yg dibayangkan. Ceh anggap jelah cam aku pernah derma darah yer. Padahal belum pernah lagi lah.

5 comments:

NeenaAnuar said...

aiyokkkk!!! tak sanggupppp tengok jarum di cucukkk ke dalammm!! itu pasal aku tutup mata waktu nurse cucuk aku hari tu! hahahaa...

afiq said...

ngeeeeeeeeeeeeeeeeee takut*

Pepel BoNda AmaNi said...

adoiiiiiiiiiiiiiiii kita memang xleh tengok darah2 nie..baru tengok kat sini dah rasa nak pitam..huhuhuhu cam na la nanti kan...adoi...
en shukri pun suka sangat derma dara eh cilap derma darah...

Yaniez said...

waaaaaaa lama giler tak menderma darahhhh... rindddduuuu llaaaaaaa...

dulu menderma darah time belajar.. dah keje ni sekali jek dpt g, tu pun bila ada kempen kat tesco... bila agaknya dpt menderma darah lagi nih...

tahun lepas dah menderma kat nyamuk.. huhu.. tak best, sakit ada la..huhu

Deqna said...

NeenaAnuar - "saya takut jarum" bak kata iklan..hahahaha aku pun sama, kalau kene enjet takdelah aku nak tgk jarum tu, aku pandang ke tempat lain jer..

afiq - eh awak pun takut? hehehehe

purplelicious love - tulah.. bila tgk darah cam nak pitam kan.. padahal nanti nak bersalin berapa byk lah darah kita yg kuar nanti kan..

Yaniez - baguslah yanie salah seorang penderma darah.. mesti buku merah tu dah penuh kan... teruskan kerja murni tu ye