Showing posts with label Tudung. Show all posts
Showing posts with label Tudung. Show all posts

Thursday, September 12, 2013

Dapat Hadiah

Dapat hadiah lah sangat. Padahal sendiri beli, sendiri bayar. Itulah dia kelebihan shopping on-line. Ko shopping pakai duit sendiri tapi bila dapat barang tu feeling dia cam ada org bagi kat ko jer. Tambah lagi bila anak sendiri tanya "sape bagi ni mama?"


parcel yg ditunggu selepas duit terbang di talian

Ok ni barang yg terlatest aku terima hari tuh. Tengok sekali cam berkenan jer baju tuh. Padahal aku ni jenis kalau nak beli baju kalau kat mall tu kemain lah cerewet mesti nak terai2 dulu, tapi bila shopping on-line ni aku cam tak kisah jer.. tengok model pakai lawa.. terus sebat.


lawa giler packaging dia

See.. mana aku tak feeling2 dapat hadiah, dengan wrapping paper nya, siap bereben bagai. Nak bukak pun terasa sayang. Tapi bukak jugak lah sbb tak menyabar pun nak try baju tuh. Ok puas hati. Dah selamat pakai pun baju tuh, tapi takde amik gambar pulak baju yg aku beli tuh. Beil kat mana? Kat Pretty Chase. Memang pretty2 baju kat situ. Sila lah cuci mata yer.


antara baju hasil sopingan atas talian


Ok tu baju menyusu atau bahasa atau bahasa saintifiknya nursing wear. Senang ada baju menyusu ni, nak menyusu anak kat mana2 pun boleh..so far dah ada byk pasang dah.. kebanyakkan beli online jer... yg baju kat atas ni aku beli kat fabulous mom ke autumz.. autumz kot.. lupa plak tetiba..bukan kata baju jer, nursing bra pun beli on-line jer... sgt2 mudahlah..tak yah penat2 nak kuar.. tau2 barang sampai kat rmh dan tau2 duit dalam akaun susut jer ataupun bil kredit kad meningkat jer..hahaha


ni yg terlatest punya soping

Ok dah bawak2 lah bertenang...sambung bulan dpn pulak kalau nak mengorder-order on line lagi. Shopping on-line ni memang bahaya sbb memang tak terasa duit keluar sbb purse memang takkan kempis2. 

Friday, June 28, 2013

Aktiviti Lunchtime Hari Jumaat

Sepuluh helai kain tudung. Mampu??? Mampu kalau beli kat Jalan TAR, tapi kalau nak beli kat butik online byk ni pitam kot. Hari tu beli 2 helai jer dah tujuh puluh lebih.. ni beli byk2 ni korang rasa berapa total damagenya? Ala tak sampai  60 ringgit kot..



~shawls~

Boleh lah buat basahan dan belasahan ke ofis. Warna memang cam lebih kurang jer dengan apa yg aku ada sekarang nie, tambah lagi warna purple tuh, tah berapa puluh jenis purple yg aku ada, takpe nampak jer cam sama tapi lain sebenarnya. Serius aku ni tak taulah nape, asalkan ada warna purple benda yg aku rasa tak berapa nak perlu pun aku nak beli gak. Tapi ergobaby purple mystic tuh aku memang perlukan sgt, bukan saje2. Dah beli dah pun, tunggu nak sampai kat rmh jer. Kbai.