Friday, June 7, 2013

Tak Habis2 Lah Kisah Sambut Birthday Minah Sorang Nie

Ok kalau hari tu kita citer pasal sambutan birthday Marissa dengan sepotong kek, kali ni kita citer pasal sambutan birthday dia dengan idola dia pulak. Sbb apa idola? Sbb kali ni ada kek gambar Marissa bersama upin dan ipin. Giler tak teruja tengok muka sendiri diapit oleh upin dan ipin.

alololo kemain lagi teruja dengan kek birthday dia

Birthday Marissa disambut kecil-kecilan jer bersama keluarga terdekat. Buat kat rmh nenek Marissa je pun. Senang sumer adik-badik, anak2 buah berkumpul sumer. Tak sempat pun nak wat party nak jemput ramai2. Ni pun buat Jumaat lepas. Balik kerja terus terkocoh2 cari benda2 lain utk jamuan makan. Memang tak sempat nak masak2 pun. Dahlah hujan melebat petang Jumaat lepas. Nasib baik kek selamat tak basah.


tak sabar2 suruh letak kek dia kat atas meja

choc moist cake from http://annaalisya78.blogspot.com/

Ok sebelum tu meh kita amik gambar ngan family dulu yer
Marissa dengan ayah dan adik

adik macam ada toncet kat kepala hehe


kakak nampak noti, adik nampak baik

adik ngan kakak baju sama. mama ngan anak2 sama kaler, ayah jer lain..hehe

 
Marissa with cousins Ain, Adam & Tihani.. eh Amni (the new cousin) takde dalam nie


Ok ok cukuplah bergambar moh lah kita nyalakan lilin dan potong kek.

lilin telah dinyalakan

Jenuh nak cari lighter kat rmh. Nasib baiklah jugak ada. Kalau tak kang kena amik api dari dapur gas.


Marissa excited bila lilin dah menyala

Suka nampak dia happy sgt. Tapi mood dia tu tetiba boleh turned down pulak, bila kiterang ramai2 nyanyi lagu birthday kat dia.

tetiba jer nangis beria

Tulah dia anak dara aku sorang nie. Jiwa lembut betul. Hati sgt tisu. Sgt sentimental. Mungkin dia terharu kot. Macam mama dia jugaklah.. Dah sudah.. nangis tak henti2 pulak... lilin makin mencair dah.. dia tak nak tiup pulak kek tuh... eh eh budak ini, tadi kemain excited tetiba mood bertukar pulak... ok ok marilah mama pujuk.
kena pujuk2 dulu.. baru mood ok kembali.. tu pun dapat tiup satu lilin jer.. sbb yg lain2 adam dah tiupkan

Sila lah potong kek itu

Mula2 potong kat bahagian tepi tu jer.. cam tak sampai hati jer nak potong muka sendiri. Memang sampai ke sudah pun aku tak sampai hati nak potong muka anak sendiri, sudahnya muka upin ipin jer aku potong yg ada image Marissa aku simpan layer tu kat dalam peti ais. Haha

kerja si ayah comotkan Marissa

light refreshment - satay & nasi goreng kampung sajer

Ni jelah kisah birthday Marissa yg ke tiga tahun. Walaupun simple InsyaAllah akan ada gak sambutan tuk anak2. Just to make them happy.  Walaupun begitu, Marissa dapat byk gak hadiah. Terima kasih kat sumer yg kasi birthday presents kat Marissa :)

For anakku Marissa, ingat pesan mama, ingat pesan ayah... jadi insan yg baik dan berguna. Semoga bahagia dan berjaya dunia dan akhirat wahai anakku.

Ok nak update skt pasal Marissa, masuk umur tiga tahun ni bertambah keletah lagi perangai dia.. suka sgt layan bercakap dengan dia... aku memang suka layan dia berbual... dah boleh anggap dia sebagai kawan.. paling suka bila panggil nama dia nanti dia jawab.. "apa dia mama?"  Pastu kalau dulu kalau dia wat salah dia ckp sori jer.. sekarang dia tambah sikit.."Ica mintak maaf, ica tak buat salah lagi....." padahal sentiasa jer menguji kesabaran mama dia. Kenakalan terlatest yg dia buat adalah gigit pipi adik dia kuat2 sampai meninggalkan kesan mulut kat pipi Inara. Memanglah pipi adik tu bulat dan sedap tuk digigit tapi agak2lah nak gigit.

Apapun once again.. happy birthday sayang...






Pic collage courtesy from Mak Long Marissa. Rajin mak long wat ni sumer...hehe

3 comments:

Ibu Dhia Danial said...

mmg kite sebagai parents akan sedaye upaya buat anak anak happy kan kak..

anw marissa so tacing.. kalo dhia kan, xde makne tu smua.. die kan ganas, garang dan sewaktu dengannye..

Su Hamid said...

banyak betul gambar...smg membesar menjadi anak yg solehah ye...

mama-syira said...

Hahhaa Kelakanye Marissa. Sensitip terharu orang nyanyikan birthday song kat dia. Soooo cute.

Happy Birthday dear... semoga jadi anak solehah kebanggaan agama dan ibubapa.