Ini ialah si kakak
dan ini ialah si adik
Kedua2 Marissa Qaisara dan Marissa Inarah ni memilik karektor yg berbeza. Si kakak telah menunjukkan kecenderungan perangai mengada2 dan manja tak kena tempat. Manakala si adik menunjukkan sikap yg lagi matang dari kakak dan sentiasa cool jer. Adik memang tak byk karenah. Tapi Marissa dulu masa kecik pun tak byk perangai jugak, cuma semenjak makin besar ni makin menjadi2 lak dia. Suka nak cari perhatian lebih.
si pembuli
Marissa ni memang sayang kat adik dia dan adik dia pun syg sgt kakak dia. Adik suka sgt kalau dapat bermain-main ngan kakak. Dia akan ketawa walaupun setakat tengok kakak dia berlari-lari or lompat2. Kakak pulak jenis tak leh nak control perasaan. Kengkadang dia rasa geram kat adik dia, tetiba kang dia pukul adik. Kalau dengan tangan tu ampun lah jgk ni kengkadang dia pukul adik ngan kaki. Aku yg tengok pun leh sentap. Terus rasa nak lepuk jer kakak time2 tu jugak. Tapi masalah si kakak ni byk sgt drama. Belum aku nak start marah atau baru jer buat muka cam nie...
muka marah lah nie
Dia dah meraung macamkan dia pulak yg kena pukul. Padahal dia yg pukul adik. Yang si adik rilex jer cam takde perasaan.
adik yg super cool
Inara budak baik
Kalau nak ikutkan yg paling byk menangis antara kakak dengan adik dah tentu2 lah kakak yg paling byk menangis. Ratu air mata sgt. Dia buat org, dia yg nangis.. drama sgt.. dia ingat dia dah nangis tu kita tak delah nak marah dia.. sori yer.. dah salah tetap kena marah, tetap kena hukum jugak. Aku memang ajar dua beradik ni tuk sayang antara satu sama lain. Kalau buat salah si kakak kena mintak maaf kat adik. Hari2 kakak kena ungkapkan kata2 ni kat adik "kakak minta maaf", "kakak sayang kat adik", pastu hari2 aku akan make sure kakak kena cium adik dgn penuh kasih sayang.
kakak sayang adik
adik pun sayang kakak jugak
Actually Marissa ni bukanlah nakal pun, cuma dia fikir dengan cara tu dia dapat lah perhatian yg lebih, aku syak dia ni tak puas lagi nak jadi baby. Setiap hari lepas mandi dia mesti nak berlakon jadi baby. Apapun syukur Alhamdulillah di atas kurniaan kedua2 permata hati ni. Rasa terhibur dengan keletah masing2.








3 comments:
dua2 sgt comel :)
Memang caractor anak sulong mcm tu la didna..sebab anak sulong akk pun sama... bila ada adik.. lagi menjadi2 perangainya
Nak kan perhatian lebih tu
alamak... deqna tengok double marrisa ni tetiba teringin nak ada double zulaikha jugak... hahah
Post a Comment