Friday, November 18, 2011

Makan Malam Dengan Temanya Pesona Tradisional Kontemporari

Rasanya semenjak bekerja dari tahun 2002 tiap2 tahun aku belum pernah missed annual dinner. Ingat lagi tahun lepas punya dinner just right after aku habis berpantang.  Diam tak diam dah nak 10 tahun aku bekerja di sini. Alhamdulillah syukur nikmat

our table - no 69

Dinner kali ni bertempat di Sunway Convention Centre. Rasanya byk tahun pun wat kat sana, kalau tak kat sana venue adalah 1 world Hotel, Mandarin Oriental ataupun KL Convention Centre. Yelah mana nak cari ballroom yg besar yang nak muatkan lebih kurang 3000 org staff. Dengan spouses lagi. Ni pun dinner kena buat 2 malam. Kalau satu malam, memang langsung lah tak muat.

Kualiti gambar adalah tidak berapa best sbb pakai direct flash sahaja, kerana speed light asben telah kong baterinya. Tapi tak kisahlah janji ado gambar sudah. Tapi nampak muka agak gomak lah jugak. Eh salahkan kamera pulak.

saya dah dia

Memandangkan tema adalah berkonsepkan tradisional adalah tidak perlu tuk susah2 nak cari baju vogidavas utk ke dinner. Bukak jer lemari cari je lah baju kurung or baju melayu yg ada. Yang sebenarnya memang tak sempat pun nak kuar2 shopping cari baju. Masing2 pun bz tup2 eh nak dinner dah.. maka pakai je lah apa yg ada.

Kiterang pilih chinese food tuk dinner kali ini. eh bukan tiap tahun ke pun pilih chinese food. Actually staff leh lah pilih sama ada nak chinese or malay food. Those yg vegetarian pun ada gak menu khas tuk mereka. Cam biasa chinese food ni byklah dia punya course. Ni antara yg aku sempat snap lah. Yelah dia serve satu2, kadang2 terus makan langsung terlupa nak amik gambar.

sup bibir ikan - bila ditranslatekan ke bahasa

tak tau apa ke namanya.. tapi cam ala kerabu .. sedap gak

ikan apa ntah masak stim

butter prawn eh ke goreng biasa jer tah

Cam biasa sambil makan sambil dihiburkan oleh artis. Artis undangan adalah Faizal Tahir. Cam biasa nak gitau gak FT ni dulu satu sekolah menengah ngan aku. Senior aku lah.  So, macam tak berapa nak heranlah, tapi suka jer dengan lagu2 dia.  Pengacara pulak ialah si boboi i.e. Afdlin Shauki. Ada gak staff kiterang yg performed hari tuh. Dah mcm artis pun mereka2 tuh. Hehe.

tgh melihat mereka membuat persembahan

stage agak jauh, maka tgk kat big screen jelah

Faizal tahir dah keluar

Afdlin menjadi penari latar... lawak jer

cam michael jackson pun ada

oklah  mantopss lah suaranya... menyanyi boleh.. tapi entertain tu cam kureng sikit lah

Oh ya persembahan mask change adalah sgt memukau. Mula2 tgk cam takde pape. Tapi bila tgk topeng org tu tiba2 jer bertukar cam terpegun pulak. Byk tul topengnya, tapi tak nampak pun dia tanggal2 ke apa, tau2 jer topeng dah bertukar, cam megik pun ye. Gambar persembahan mask change adalah tiada. Sbb dah terpegun sgt kan, terus kelupaan.
sukalah dapat makan free kan
Tahun ni takde luck lah tuk kami to win any lucky draw. Takpelah tahun lepas dah dapat, tahun ni kasi kat org lain lah pulak kan. Tapi tahun ni punya prizes best2 wo.. ada pakej percutian, i-phone, i-pad, net book dan mcm lah.  Tahniah pada siapa yg berjaya, memang rezeki korang.

Kali ni abis jer dinner, terus balik, takde nak stay kejap huha huha amik2 gambar sumer, harus teringat anak yg ditinggalkan.

maka amik gambar dalam kete pun jadilah

syok sendiri


Masa nak kuar dari parking tu agak jammed sikit, tu yg aku dok snap2 tuh. Sampai2 rmh tgk Marissa dah tido. Sian dia kena tinggal.

4 comments:

AdanyaKauUntukku said...

akak pun tak de luck
pastu nombot akak yang luck tahun2 lepas sume naik balik

so leps ni kekdahnya kena bg tahu HR akak nak nombor tu je lah ye..ha ha ha

Mimy Hamid said...

10 Tahun dah ko keje kan..compliment tau dengan diri sendiri..bukan senang nak masuk BNM tu..tahniah beb....tudung ko tu lawa lak buat sendiri ke memang ada jual gitu

Softtouch [Hanim] said...

lama tu awk keje situ deqna...baguslah..setia gitu...awat lah xanta je marissa umah sy, leh sy tlg jagakan..hehehehehe

Deqna said...

Mimy - ala tudung tu aku beli siap jer.. tak koser aku nak jahit2 sendiri..hehehe