Tuesday, September 8, 2009

Bersengkang Mata Sampai ke Pagi

Asal hujung minggu jer, malam mesti keluar melepakkan diri. Cam biasa lepas buka, lepas solat terawih sumer, rehat2 jap. Pastu terlelap. Dalam kul 11 lebih cam tuh baru keluar. Yelah nak kuar siang2 penat, jadinya kuarlah malam2.

Tujuan utama member aku nak pekena char kuew tiau, tapi masa kuar tu perut masing2 masing kenyang lagi, jadi kami ke Uptown Danau Kota dahulu.


Belek2 je. Belinya tak pun


Sotong salai


memang lah ramai umat


Walaupun dah tengah malam buta pun org ramai bersesak2 sampai jammed lah jugak. Ingat kat jalan raya jer leh jammed, kat pasar malam pun sama. Jalan pun slow2 jer, mcm berbaris. Tak sanggup aku.

di depan gerai jual sepentot


Kami ni lebih mencuci mata jer. Takde apa pun nak beli. Tapi dalam pada takde apa nak beli tu, terbeli lah jugak satu benda ni hah. Terbekenan pulak dengan kalernya yg sweet itu.

Set comforter

Murah jer comforter nie baru RM50 jer. Aku ngan member aku sama2 beli. Jadinya nanti bilik tido kami sepesen lah gamaknya.

Isi barang dlm kete


Lepas tu kami terus ke Mali's Corner pulak utk pekena Char Kuew Tiau.


Menunggu kuew tiau sampai juling



Konsep dia - nak order gi beratur pastu ko tunggu lah dia masak kat depan2 ko jgk.


Memang ramailah org tgh beratur. Kena sabar sikit lah menunggu. Yang bagusnya derang ni bukan masak byk2 sekali. Mereka hanya masak tuk satu portion jer, tak salah akulah, pastu masak lagi, dan masak lagi. Tak taulah berapa ratus kali org tu memasak dalam satu malam.

Masa malam tu, adalah segerombolan geng kete yg nak melepak di sana juga. Sumernya geng BMW. Dah lah cam ala2 eksen pulak tuh. Yelah mentang ko masing2 bawak BMW, ada aku kesah? Sbb, aku pun ada BMW gak. Wah..wah.. perasan.

Bukan lah aku menjeles ke apa, tak cam meluat pulak dengan geng2 tu sumer. Dah lah datang ramai2 kat tempat yg penuh sesak tuh. Selamba jer parking kat jalan sampai penuh satu lorong. Pastu datang2 tempat haruslah penuh kan, derang nak duduk segeng pulak. Pastu derang pun mintaklah budak2 gerai tu open table tuk mereka sumer. Ok fine. Pastukan yg lemak manis pulak, derang sedap jer nak main panggil2 org amik order.

Tak tau ker konsep kat situ, ko nak order makan ke minum ker ko kena beratur. Takdelah nak beratur sumer org, at least gi lah hantar rep tuk buat order. Ni tak derang duk lah panggil2 org tuk amik order. Sape nak layan kan?

Pastu boleh tak lama pastu derang just blah camtu jer.. bengang lah tu kot, sbb takde org nak layan. Yelah dah konsep camtu.. takkan semata korang bawak BM nak dapat special treatment bagai. Sakit jer hati aku tgk derang blah camtu jer.. penat jelah budak2 yg tadi tu arrangekan kerusi dan meja utk dorang.

Lantak deranglah. Yang penting we really enjoyed the char kuew tiau itu. Padan muka derang tak dapat makan. Hehehe.

Lepas makan, kami tak terus balik sbb Am husband si Watie nak singgah kat Uptown Danau Kota kata pula. Nak singgah kat gerai member dia jap.


Gerai Nike Original

Kat gerai tu memang jual pakaian Nike yg original. Memang sama cam kat butik lah, cuma harga dia murah sikit sbb mungkin ada reject2 sikitlah. Tapi tgk pun takde apa cacat cela pun.

Orange T-shirt


Amboi boleh lagi aku nak bergambar lagi tuh. Walaupun time sebenarnya dah kul 3 pagi dah rasanya. Memang dah berat dah mata sebenarnya. Tapi kalau nak jadi peneman berjaya laki masing2 haruslah pasrah. Kira oklah tu kan, dari laki buang masa ngan kawan2 kan.

Kat sana takde apa jua barang yg dibeli. Memang jalan2 cari penatlah. Tapi takpe. Jauh perjalanan luas lubang hidung.

Ingatkan bolehlah terus balik ke rmh pastu. Tapi boleh pastu si suami2 ni nak singgah mamak pulak. Hah time tu memang aku dah tak koser dah nak meneman. Mata memang dah mcm kena gam. Aku ngan Watie just stay kat kereta jer tido.

Korang tau aku sampai rmh pagi tu? Dekat pukul 5 pagi ok. Memang dah masuk bersahur dah. Balik2 aku panaskan nasi, jerang air pastu aku tido. Tak lama pastu mak aku pun bangkit. Aku memang dah tak sahur dah pagi tuh. Tak larat. Sgt tak larat.

8 comments:

Pepel BoNda AmaNi said...

hheheheheh kta pegi sana hari sabtu hari tue..lepas balik dari jj wangsa maju..pegi makan char kew tiau ..

nasaoji said...

nak jugak p sana, dis week kot, tp, tentu penuh ngn org2, ek..

ala, kt suker mamam chat kue tiow!..

Norlida said...

ida plan nk pi danau kota next week.. tp nk tinggal anak2 la.. tgk crowded nya..

TiNiE said...

waaa...aku suka jer na jenjalan gitu...
sgt adventure..tahniah tahniah

Suki Cida said...

erm sampai sahur... nasib tak tunggu buke terus... hahaha...

Beautiful Disaster said...

patot pagi tadi akak kembang sikit. sebab luas dah lubang idung. hehe.

Mya said...

orang meramai gilo kat uptown danau kota ni kan. lemasss..

Deqna said...

Purplelicious love - kita gi hari jumaat malam... kalau tak leh jumpa kan...

nasaoji - isy memang penuh giler.... hati2 lah yer..awak kan pregnant.. pakai mask tempat ramai2 org ni tau..

Lidasyah - haah kalau nak pergi baik tak yah bawak budak2 sian derang nanti kena himpit...

Tinie - aku tau ko memang suka jenjalan kan...

Suki Cida - kalau terus sampai buka memang melampau giler lah..hehehe

Beautiful Disaster - hahaha saborjelah tau budak nie..

Mya - haah memang melemas.. giler sesak.. tak sanggup.. penat berjalan je.. tapi takpe cuci2 mata jer..