Thursday, September 17, 2009

Rezeki

Org kata setiap rezeki yg kita perolehi terdapat hak insan2 lain di dalamnya.

I dunno whether i should share this or not. Sbb I really takut if penceritaan ni menjatuhkan riak atau perasaan yg tidak sepatutnya. But, my niat is just to share with all u guys keindahan yg diaturkan oleh Allah s.w.t.

This morning, aku ada buat maybank to u ke satu akaun yg tidak perlu aku beritahukan. Cukup sekadar aku bagitau tanggungjawab kita sebagai umat Islamlah. Memang aku dah niat sebelum raya ni aku mesti lakukan sesuatu demi mendapat keberkatan atas rezeki yg diperolehi dariNya. Lepas selesai wat transaction tu, I feel like really2 happy & so relieved.

Tak lama lepas tu, ada sorang akak ni dia nak deliver kuih raya yg aku order hari tu. Actually, kuih ni aku dapat semalam, tapi ditakdirkan pulak semalam ada sorang ibu mengandung teringinkan kuih yg aku order tu, maka akak tu pun kasi kuih aku tu kat ibu mengandung itu & dia janji akan bawakkan kuih tuk aku hari ni.

So, tadi dia pun deliver lah kuih yg aku order tu. Aku order 2 jenis dari dia. Tapi dia minta maaf sbb 1 kuih yg aku order sudah kehabisan stok, sebagai ganti dia kasi aku sebalang kecik kuih yg sama for free lah. Pastu yg lagi 1 jenis tu adalah stok. Harga tuk sejenis kuih tu RM18 jer. Aku takde duit ngam2, aku kasi akak tu RM20 dengan niat baki RM2 tu aku halalkan lagipun dah lah aku dapat kuih extra kan (yg dalam balang kecik tu). Tapi tahlah, elok aku nak bayar lebih dia mintak kurang pulak dari aku. Boleh dia pulangkan balik RM10 tu kat aku. Maknanya aku bayar cuma RM10 jelah. Terima kasih lah akak yer.. moga murah rezeki.

Tak lama lepas tu pulak. My ex-boss called. Dia datang nak collect GL dari aku. Oklah aku turun bawah & passed the GL to her. Sambil2 tu dia wish Selamat Hari Raya kat aku lah. Pastu boleh dia hulurkan sesuatu kat aku. Dia kata "For u & Ah Boy". Hah Ah Boy nama manja yg ex-boss aku bagi kat asben aku. Thank u for your thought boss.

Ok, apa yg aku nak sampaikan sekang ni yelah.. konsep org memberi kita merasa, org berbudi kita berbahasa.... lagi satu yg paling penting kita tak perlu terlalu bakhil kerana takut susutnya harta kita, kerana lagi byk kita memberi InsyaAllah lagi byk kita menerima. Renung2kan lah.

Anda Buat. Anda Dapat <<<<<< tag line Ustazah Nur Bahyah setiap hari tazkirah sebelum Buletin Utama.

11 comments:

Suki Cida said...

satu pintu rezeki org kata kita hulur, akan terbuke pintu rezeki yang lain... makin ringan kita bersedekah, makin senang Allah turunkan rezeki tuk kita...

mama-syira said...

betul derna. sama macam david teo yang si chinese pun pandai.. lebih byk memberi, lebih banyak kita dapat.

Irfa said...

salam deqna..
mmg selalu macam tu.what u give u get back..hehe,so moral of the story jgnlah kedekut nak bersedekah kerana dlm harta kita tu ada rezki org lain juga

nasaoji said...

janji Dia, bila kt kongsi rezki kt dgn yg lain, pasti kt pun akan dpt kembali rezki itu, malahan, lebih lg.. :)

Pepel BoNda AmaNi said...

alhamdullilah..rezeki..tuhan tu maha adil..AMIN..murah rezeki deqna lagi nanti..:)

Mak Izz said...

btl tu deqna, kalo niat kita 100% ikhlas mmg Allah balas cash time2 tu jgk.

nk share sket ksh sy. baru2 ni sy g melawat ofismet br bsalin. ms tu mmg sengkek sgt2 (dlm wallet cuma ada RM20) tp time ziarah tu, hulur jgk RM10 niat sedekah.

tak sangka ms otw blk keje, sy kebek2 handbag terjumpa RM10. mgkn sy lupa nk simpan dlm wallet terus msk handbag saje.

akhirnya RM10 sy sedekah tu sy dpt semula. alhamdulillah...

dan alhamdulillah gak bila sy as staf gomen dpt RM250 baru2 ni.

so, jgn lokek utk bersedekah ok! (wlupn dlm tgn cukup2 mkn saje)

slmt hr ry deqna & family!

NeenaAnuar said...

yup... agreed!!

Teringat kata2 dlm Al-Quran..
"Allah telah memberi jaminan bahawa seseorang itu tidak akan jatuh fakir sekiranyer dia menunaikan zakat & bersedekah"

Anonymous said...

Alhamdulillah rezeki tue Yang..
D bulan Ramadhan nie kalau Deqna perasan laa kan..Kalau ada smthng kita brniat sedekah utk org lain dgn ikhlas tk lma lepas tue msti kita akn d bbls rezeki yg lain..
Sya pun dh perasan tau Yang..
Sejak seminggu nie pn rezeki sya dpt kuih raya n coklat free dr kwn ofis..
Tk sngka kan..wlau nilainya kecil tp bila org bg besar yg kita rasa..
Mdah2an ya Yang..amalan memberi sesama kita nie memg bagus..

attyfir said...

dua tiga kucing berlari,
berebutkan si ikan patin,
selamat hari raya aidilfiri,
maaf zahir dan batin.

Deqna said...

sukicida - betul tu ustazah Cida :)

mamasyira - oo david teo pun pandai yer... bagus2...

happyirfa - yea.. what u give u get back.... yg penting kita mesti ikhlas kan...

nasaoji - InsyaAllah kan.. memang Allah tu Maha kaya lagi Maha pemurah..

purplelicious love - Alhamdulillah.... sama2lah kita beroleh rezeki dariNya..

Mak Izz - Kan.... memang Allah kasi cash kan.. takde tunggu lama2.. itulah janji dia kan...

apapun kita kena mensyukuri segala nikmat yg diberikan...

NeenaAnuar - betul tu ustazah neena :)

MamaQaseh - tulah masing telah ditetapkan rezeki masing2... tangan yg memberi lebih baik dari tangan yg menerima...
>>>wlau nilainya kecil tp bila org bg besar yg kita rasa..betul tu i agreed..

atty- alamak tak reti nak balas pantun lah kty...tapi balas gak ar..
Makan roti ngan kaya
selamat Hari Raya...

:))

Beautiful Disaster said...

yer saya setuju.