Tuesday, September 8, 2009

Apa Istimewanya Di Situ?

Maka setelah dijanjikan, berjumpalah aku ngan Neena & hubby kat tempat yg dijanjikan. Since, mereka pun tak berapa familiar ngan kawasan situ, aku suh derang tunggu kat Petronas jer.

Kami berbuka puasa di Laman Kasih. Apa istimewanya di situ?

Ok begini, Laman Kasih ni diilhamkan oleh seorang wanita yg bersara yg tinggal di sebuah bungalow yg terletak di atas tanah yg luas terbentang. Ok aku panggil aunty jelah yer. Kat kawasan rmh untie ni memang cantik. Sekeliling rmh dia dipenuhi pokok2 buahan dan landskap2 yg menarik. Memandangkan kawasan pun luas, aunty mengambil keputusan tuk bukak tempat istirehat but more to makan2 place lah. Kalau musim buah2 han, org ramai berpeluang menikmati buah2 han tempatan segar dari ladang (eh cam ayat cida jer).

Macam2 buah2han ada. Ada durian, rambutan, nangka, manggis, pulasan dan mcm2 lagi lah. Time kiterang datang ni, buah2han sumer ada lah tapi belum masak lagi lah. Rambutan pun masih menhijau lagi.. Tapi tgk buah durian yg rendang2 tu memang geramlah.

Nak citer cam susah jer.. ok jom tgk gambar. Sambil tgk gambar aku citer2 sikit yer.



Menu hari itu adalah Nasi tomato with ayam masak merah / daging masak hitam.

Makanan2 kat situ memang resipi asli aunty dan rasanya adalah sedap hingga menjilat jari. Setiap hari menu yg disediakan utk berbuka puasa adalah berbeza-beza. Sori, menu hari lain aku tak pastilah. Tapi selain nasi tomato, ada gak nasi putih & sup tulang, kuih-muih, bubur dll. Kalau nak datang supper pun boleh, boleh try dia punya kopi istimewa sambil menikmati roti bakar.

Memang open konsep. kiranya sambil menikmati hidangan sambil menikmati suasana segar dan nyaman.

Dua org sahabat baik sekang nie. Dulu pun baik gak. Tapi sekang lagi baik. Semenjak mempunyai hobi yg sama nie


Time berjumpa tu macam2 lah idea yg dikongsikan bersama. Tentang apa lagi. Tentang DSLR masing2 lah kan.


Kami hanya duduk sahaja

Ye ker? Boleh caya ker kami duduk sahaja? Haruslah tidak. Bila masing2 sibuk ngan kameranya haruslah ada model nya pulak kan, tuk dijadikan objek. Jadi, sementara menunggu waktu berbuka puasa kami bereempat buat taman/kebun itu seperti kami yg punya. Hehehe. Eh tapi tuan rmh tak marah tau, lagi dia suruh amik gambar adalah. Tak caya? Tunggu next entry. Tapi ni entry ni panjang lagi nie, belum nak abis lagi.

Di pagar utama Laman Kasih



Kami yg menyuntik dagu masing2 supaya runcing

Eh tak tak.. itu semula jadi. Kami flexible kejap boleh jadi runcing, kejap boleh jadi bulat. Hahaha.

Merak kayangan

Kayangan lah sangat. Aku saja buh kayangan kasi sedap sikit bunyinya tuh. Yer, selain dari pokok2 tuan rmh juga suka dengan haiwan. Antara haiwan yg ada kat sana ialah burung merak dan ayam. Tak tau lah ada haiwan lain ke tak, tapi yg aku jumpa dua je lah.

spesis ayam tak salah aku

Apa yg kami tunjuk tu? Bukan cucuk langit yer

tapi tunjuk raja buah ni

Memang geram lah tgk durian2 kat situ. Sbb apa?

eeeii banyaknya buah

Memang geram sebab buahnya rendang2 sahaja. Siap boleh pegang2 lagi durian tu. Boleh main capai2 jer. Betul.

pokok durian
Sape yg tak pernah tgk pokok durian, memang elok lah datang ke sini. Tapi adakah org tak pernah tgk pokok durian?

tercapai dek aku

Selamat datang ke Laman Kasih


Sila lah berkunjung ke sini

Bila malam lagi best kat sini. Sejuk jer. Siang pun sejuk gak. Malam lagi lah sejuk. Aunty tu kata kadang2 siap kena pakai sweater lagi. Malam suasana kat situ lagi menarik. Penuh dengan lampu2. Kalau tgk dari luar cam ada garden wedding jer. Tapi aunty tu memang pernah pun buat majlis kawen anak dia berkonsepkan garden. Phew.. memang kellass ko..

buah rambutan yg baru berputik


pavillion yg sungguh menarik

Berada di sana seolah-olah berada di sebuah resort. Oh ya, aunty tu jugak ada memasukkan elemen Bali dalam seni hias bungalow tersebut. Kat pavillion tu jgk disediakan ruang tuk menunaikan solat utk kemudahan pelanggan.

Oh ya menu kat sana bermula dari harga RM8.90. Tapi takde buffetlah. Hah ada BBQ juga. Hari tu kami try gak set Chicken BBQ nya.. fuh memang sedap. Baru RM13 sahaja.

So kawan2, kalau berminat bolehlah berkunjung ke Laman Kasih yg terletak di Sg. Buloh. Nak senang call saja nombor yg tertera di banner salah satu gambar2 yg ada dalam blog ini.
Update: Nak bagi senang kat pembaca sekalian aku letak jer lah nombor telefon di sini.
017-6214669
012-3218186

8 comments:

TiNiE said...

menariksss...
sgt sgt..na, buah doyan tu ko boleh la capai2, kalau aku dgn reen???
tetiba nama reen naik..huahuahua

Pepel BoNda AmaNi said...

wah bestnyer...napa xajak..heheheheh...

Marlia said...

kat mane ni.. menariknya! ni yang suka baca blog deqna & neena... banyak tempat makan baru!!!

Norlida said...

wah mmg best ni.. harus ku pergi minggu ini...

salzahari said...

TQ for promoting this place..boleh bg map tak? dah buat reservation by calling the no.dlm gambar u ni jer..

NeenaAnuar said...

uihh.. aku lupa lar nak melawat si merak tuu... adoii.. dok sibuk ngan dusun buah-buahan lar niee..

Anonymous said...

Wuii bestnya Yang..
Menikmati mknanan smbil menghirup udara segar d ctu kan..
Best..best

Deqna said...

Tinie - haha tetiba nama reen lak naik....tapi level korang pun leh jer capai doyan tuh.

purplelicious love - alamak lupa pulak.. next time lah yer..

Liea - Kat sungai buloh je liea.. trylah cuba..

lidasyah - dah gi belum ida?

salzahari - sori lambat reply pulak... sori gak kita takde maplah... tapi takpe nak ke sana tak susah pun.. senang jer..kuar tol sungai buloh, terus ke bukit rahmat putra. pastu dari situ tak jauh dah.. call tuan kedai tu, dia akan kasi direction yg senang..

Mamaqaseh - betul2.. memang jauh dari kesesakan yg merimaskan