Monday, September 28, 2009

Tetamu Tak Diundang

Citer ni agak geli2 dan seram sikit. Budak2 bawah 18 thn dilarang membaca.

Sepanjang cuti raya ni, dua kali rmh aku dimasuki tetamu tak diundang. Yang mula2 tu, ok lagi lah sbb adik aku perasan tetamu tak diundang tu menyelinap masuk. Nasib baiklah kecik jer so agak mudah lah nak dihalau keluar. Nasib baik adik aku perasan kalau tidak tak taulah mana merayapnya.

Mesti korang kata isy tak baiklah nak halau2 tetamu ni lebih2 lagi time raya nie. Yelah aku tau memang tak baik, tapi tetamu ni memang betul2 tak diundang. Nak tau citer lanjut teruskan membaca yer.

Pastu semalam pulak. Memang tak disangka dan diduga betul. Sebenarnya dah dua malam adik aku mendengar bunyi yg agak mencurigakan dalam almari dalam bilik dia tuh. Tapi dia ignorekan ajer dia menyangka tu hanyalah bunyi semburan air freshener yg tiap beberapa minit berbunyi tu. Tapi dia pelik gak sbb dalam bilik dia mana ada air freshener yg automatik tu.

Hinggalah semalam dia nak cari baju kat dalam almari dia tuh, duk raba2 je lah dalam almari tu, tetiba dia dengar bunyi tu semakin kuat dan ganas. Terus terlompat adik aku keterkejutan. Dia dah saspek sesuatu. Korang rasa2 tau tak apa dia? Aku malas nak sebut sbb aku sgt fobia & geli dengan 'benda' tu.


Di dalam bilik ini



Di dalam almari cokelat itu



Aku pulak masa tu sebenarnya dah bersiap2 nak gi ke wedding kawan aku, memang dah nak kuar rmh dah. Pastu mak aku cakap dia saspek ada sesuatu dalam dalam almari dalam bilik adik aku. Pastu asben aku amiklah torch light dan suluh ke dalam almari.

Fuh memang ternyata betul. Apa yg asben aku nampak tu memang tak disangka2 betul. Kami terpaksa menelefon 999 kerana yakin kami tidak dapat berbuat apa2 berdasarkan kelibat 'dia' yg agak besar dan berkilat itu.
Tak lama lepas tu Unit Pertahanan Awam pun sampailah ke rmh aku. Sumer aku aku call, bomba pun aku call gak, tapi bomba sampai lambat, Unit Pertahanan Awam yg sampai dulu.

tgh menyediakan perkakasan utk menangkap


Operasi bermula


abis kain baju sumer dihumban keluar

Akhirnya segala persoalan terjawab juga apabila mereka menemui seekor ***r t****g (aku tak nak sebut binatang tu) di dalam almari kain itu. Tu pun dia dah menyorok2 kat belakang kain baju.


Besar tak besar?


Memang pelik tapi benar? Bagaimanakah ia masuk? Bilakah ia masuk? Seriau tak seriau. Yang paling fobia adik akulah. Maknanya dah dua malam dia tidur bertemankan dot dot dot. Nauzubillah. Syukur takde apa2 berlaku.

Memang speechless. Tak tau nak cakap apa. Apapun kami bersyukur sgt. Syukur ke hadrat Allah yg memelihara kami. Bersyukur gak asben aku tergerak hati nak menyuluh dalam almari tu. Cuba kalau kami berdua keluar jer. Disebabkan hal tu jugak program kami pada petang itu terpaksa dibatalkan.

Lepas sumer selesai, kami menjamu lah petugas dari Pertahanan Awam itu. Yelah namapun raya lagi kan. Takkan lah tak hidang air lansung kan. Dahlah org penat2 tolong kita. Haruslah balas balik kan.

jamu mereka mihun jelah. Kebetulan tu jer yg ada kat rmh time tu

asben yg sungguh busy di hari kejadian

Org lain dah panik2 dia sibuk gak nak mengambik gambar. Betul aku time tu siap sampai rasa nak terberak2 sbb saspen sgt.

Terima kasih atas jasa yg diberikan



Persoalan masih tak terjawab camne lah dia boleh masuk dalam rmh nie? Apapun dia juga makhluk Allah juga, cumanya tak tau sama ada ia benar2 dot dot dot ataupun jelmaan jin. Wallahualam. Hanya Dia yg mengetahui.

Ya Allah kau lindungilah keluargaku dari sebarang perkara yg tidak baik. Amin.

Ok, habis citer nie. Nanti aku sambung balik ngan citer2 raya. Byk ni citer2 raya yg bakal menyusul.

13 comments:

Suki Cida said...

menakutkan... nasib baik tak ada apa-apa... dan nasib baik cepat perasan... kalau tak... ya Allah... ku geli geleman sekarang ni... adehhhhhh

Hasra_Razali said...

Eish..menakutkan..
Syukur takde apa2...tp eishh seriau nyer...tiba2 cm rasa takut nk buka almari bajuku..errrr...

Mak Izz said...

apa? u*** t*****. argh... seramnye! nsb baik deqna sekeluarga ok, isk isk. bahaya sungguh. pasni cuba cari alternatif utk elak 'dia' masuk lg ke rumah. mgkn tabur belerang keliling rumah ke.. atau serbuk sulfur kaler kuning tu.. atau benda2 lain (mgkn blh rujuk pd yg expert).

moga kita semua terpelihara dari sebarang bahaya. insyaAllah!

Queen said...

masyaAllah..

menakutkan..nasib baik takde pape berlaku....

ingatkan tadi nak cerita lipan ke...yang kecik2..sekali 'benda' tu...huhu...

takutnya...

Anonymous said...

Syukur tkda apa2kan nsb baik cpt bertindak..
Blh tahan besau ular tue kan..
Tp...cmane laa dia leh msuk n duk menumpang dlm almari cekelat tue..

Mya said...

adoiii na oii.. meremang bulu roma aku weyyy..

syukur korang sefamily selamat semuanya... isk..

Iera said...

alhamdulillah..mujur deqna sekeluarga x ada apa2..

[z@ck] said...

aiyooooh..
besau kemain...
geliiii

NeenaAnuar said...

uishh.. giler panjang "si dia" tuu... sib baik lar korang tak kuar umah lagi semalam kannn... tak per lar... kite hanya merancangkann.. sesungguhnyer tuhan menentukann....

so lepas nie korang berhati2 lar yer kalu nak main sorok sorok dlm almari... kan ker si shah suka main sorok2 dlm almari kann... kang tak pasal2 dia ngan "si dia" tu dok menyorok together2 dlm almari... hihihihi...

Anyway... syukur ke hadrat Allah S.W.T. sbb family ko dilindungi dari sebarang perkara yg tak diingini...

Ako Retna said...

ya allah utg awak ada laki.. iskk klu kat umah kita mau nya pengsan kita dbuatnya... ngeriii!! adehhh.... minta dijauhkan dari perkara2 yg x diingini... AMIN...

Deqna said...

suki cida - yea.. really2 scary time tuh... tak disangka2... mujur perasan kalau tidak.. isy..

hasrarazali - alhamdulillah takde pape berlaku.. memang seriau..saya pun nak amik kain baju pun takut2 dari almari..

Mak Izz - haah tidak syak lagi... memang bahaya. tapi syukurlah kami sumer tak pape...asben ada gak tabur2 belerang tapi mungkin dah hilang bila dah kena hujan.. tabur garam pun ada gak...

Amin... InsyaAllah..

queen - memang takut gak ar.. tulah kalau lipan tu takdelah nak kena panggil bomba segala.. mujur kami tak pape..

Deqna said...

Mamaqaseh - memang besar gak ar menatang tuh.. sampai sekang masih pelik camne dia masuk, dan dah berapa lama dia kat situ.. fuh seriau betul..

Mya - itulah.. masa hari kejadian lagilah smpi kecut2 perut tau... isy... seriau tul..

Alhamdulillah kami sumer selamat..

Iera - syukur alhamdulillah.. peringatan buat kami supaya lebih berhati2..

zack - memang menggelikan... tak sangka..

Neenaanuar - hahahaha aku yakin pas kejadian ni laki aku tak berani dah nak main sorok2 lagi dah....

tapi tulah sori yer sumer program kita hari tu aku tak dapat datang...

Ako - er.. nasiblah dia berani, kalau dia penakut sama.. serupa gak cam takde laki..hehehe

Unknown said...

ya allah deqna, seram bulu tengkok saya, meremang semua bulu rasa rambut2 saya nih, eeii saya pon fobia dengan mendealah nih, ikshh, mujo adik awak xde apa2, cmna mak awak buleh perasan ye? mujor le dia rasa2 mcm ade bende ek.. iskhh