The best way to secure future happiness is to be as happy as is rightfully possible today
Wednesday, November 25, 2009
Jangan Terliur
Tuesday, November 24, 2009
Pemeriksaan Kali Pertama
Setelah bebepa kali melakukan ujian demi ujian tersebut, doktor menasihati aku supaya melakukan scanning sahaja bagi memastikan sama ada aku benar2 pregnant atau tidak. Doktor kat situ dah takut nak kasi confirmation kat aku, sbb kan kes tahun lepas tu lah. Ia2 jer kata positif tapi bila gi refer rupa2nya negatif. Yelah aku paham, doktor tu pun tak nak kasi kecewa cam dulu. Apa taknya, korang tau, masa kes dulu tuh, baru jer doktor confirmkan aku positif, boleh laki aku terus gitau mak bapak dia. Sudahnya mereka pun eksaited. Sampai kata nak tumbang lembu lah apa lah...tu bapak mertua aku melawak lah... Tapi at last masing2 kecewa. Tulah aku dah pesan dah ngan laki aku, sabar dulu, tunggu dulu. Ni tak main redah jer.. taulah excited pun kan...
Tu pasal yg kali nie kami masing2 dok diam2 jer sampailah pada satu hari tu aku di refer ker gynae. Tak salah aku first check up aku time tu adalah pada 31 Oktober 2009. Masa tu doktor tanya aku nak doktor / hospital mana.. aku tak tau nak wat pilihan, jadinya doktor tu just refer aku kat dia nyer cawangan dia gaklah iaitu Hospital Bersalin Pusrawi kat Kota Damansara tuh. Pada aku takpelah, ni baru first check up jer.. just nakkan confirmation whether pregnant or not pregnant. Esok2 aku decide lah nak bersalin kat mana pun. Nak tanya kat kawan2 dulu, hospital mana yg ok. Padahal sakit nak bersalin tu sama jer walaupun kat spital mana pun.
Lepas tu tunggulah kat luar sampai nama aku dipanggil tuk berjumpa dengan doktor pakar. Masa menunggu tu saspen lah jugak kan.. sbb masing2 yg datang kat hospital tu sumernya mak2 buyung belaka, sumernya dah nampak perut, sumernya dah sarat2. Aku ni takde rupa org peknen pun.
Masuk2 jer kat bilik doktor, doktor pun mula lah tanya itu dan ini kat aku. Pastu dia suh aku baring sbb nak scan. Time tu memang saspen lah. Ada ker tak ker? Tuhan jelah yg tahu.
Jadi apakah maknanya itu? Yea.. its confirmed a little baby is inside my tummy. Tak tau nak nak gambarkan perasaan pada ketika itu. Husband apatah lagi. Sekadar ucapan kesyukuran saje yg mampu kami katakan ketika itu.
Masa check up hari tu, doktor kata kandungan aku berusia 7 minggu 3 hari. Ni bermakna aku dah preggy since bulan poser hari tu ker? Ooo time tu memang aku tak perasan pun. Dahlah time nak raya tu kemain aku panjat sana, panjat sini masa nak kemas rmh hari tuh.
Yang paling tak boleh tahan tau laki aku nie, korang jgn gelakkan dia tau..sian dia.. maklumlah first time... camnie balik dari hospital tu masa kat dalam kete. Laki aku tiba2 jer bersuara..
"lar lupa lah nak tanya kat doktor tu tadi"
Baru berapa kali jer aku minum susu nie. Tu pun laki aku tolong bancuhkan. Kalau tak, tak minumlah aku. Malas giler aku nie. Aku lebih prefer minum susu kotak perasa cokelat tu jer. Tu aku rajin minum. Boleh tak gantikan ngan susu tu?
InsyaAllah esok little baby in my tummy berusia 11 weeks. This weekend akan pergi jumpa doktor for the 2nd check-up.
p/s: Terima kasih kat korang2 sumer yg ucap tahniah dan kasi macam2 tips semasa mengandung dan nasihat2 berguna. I really appreciate it :) Lebih2 lagi pasal air coke tu, lps baca sumer komen, aku minum lah jgk air tu. Tapi tak lah aku minum sumer.. alah setakat seteguk dua tiga empat teguk jer...
Nikmatnya Kurasakan
Mengidam ke apa, aku pun tak taulah.. tapi sejak 2 menjak tgk iklan Mc D kat dalam TV buat aku terpanggil2 nak makan Mc D.
Mula2 sebenarnya aku rasa nak makan double cheese burger ngan twister fries ngan shake cokelat jer.. tapi alih2 bila sampai kat Mc D tgk ramai org order prosperity, tetiba rasa nak prosperity burger pulak. Sepanjang que tadi aku terfikir2 nak double cheese ker nak prosperity ker...
Alih2 sampai kat kaunter tanpa fikir panjang aku terus aku mintak dua2 sekali. Boleh?
Tapi lepas makan prosperity burger ngan twister fries ditambah pulak dengan shake ni aku rasa kekenyangan lah pulak.
Double cheese burger ni aku simpan tuk petang karang lah pulak.
Lagi satu, aku mintak shake cokelat sbb aku nak gantikan dengan coke, tapi air coke pun aku dapat gak. Jadinya, sekarang ni aku cam terliur je nak minum coke nie.. boleh ke hah aku minum? sikit jer...
p/s: Salahkan laki aku tau, dia kata kalau nak makan apa, makan jer jgn tahan2. Tak yah diet2. Aku dengar cakap dia lah ni.
Makan Malam
Takde apa nak diceritakan, takde apa yg nak dikomenkan kerana sesungguhnya kami bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada warga kerja di sini.
Apapun pengacara majlis pada malam itu, iaitu Sarimah adalah sgt menghiburkan dan tersangat spontan. Corporate video yg ditayangkan juga sgt terkesan di hati.
Macam biasa, kami tidak bertuah utk memenangi sebarang hadiah cabutan bertuah. Sepanjang 7 thn di sini, aku tak pernah langsung lagi dapat lucky draw masa dinner. Tapi masa family day selalu je dapat. Tapi tahun ni takde family day ker? Takde khabar berita pun...
Tapi apa pun, selain door gift berupakan frame pewter dari Royal Selangor, kami juga dapat imbuhan tambahan satu bulan bonus di samping bonus prestasi seperti yg diumumkan. Itu sudah memadai bagi kami.
Happy 50th anniversary to you :)
Monday, November 23, 2009
Kesalahan Bahasa Lagi
Baru2 ni dia balik sekolah dia tanya kat ibu dia.. "Ibu, sakit sempit tu apa? Kawan Ain dia tak dtg sekolah sebab dia sakit sempit".
*sepatutnya semput... tapi dia tercakap sempit... boleh????
Friday, November 20, 2009
Tipu Tertipah
Tidak bercakap benar?
Cakap jelah terus terang kan.
Tak yahlah nak kasi alasan itu dan ini.
Wednesday, November 18, 2009
Test Yang Paling Banyak
Apa yg aku merepek nie? Aku bukan nak citer pasal test JPJ. Nak citer pasal test lain. Test apakah?
UPT. Apakah itu UPT? Kalau tak tau sila lah google yer..
Sebab apa byk kali aku buat test ini? Ini adalah kerana tiap2 kali buat kat klinik, hasilnya asyik samar2 ajer. Tapi bila aku buat sendiri kat rmh elok lah pulak dia pekat.
Sbb yg lain, aku sebelum ini (around end of last year) pun pernah gak positif dan doktor biasa dah confirmkan. Tapi alih2 bila jumpa gynae & wat scanning sumer, keputusannya adalah negatif.
That's why kali ni walaupun aku dah cek doktor, cek sendiri sumer positive but i just keep it to myself because tak nak over excited ke apa.. becoz benda camnie dah pernah berlaku sebelum nie kan...
But now, selepas berjumpa dengan pakar.. keputusannya yg rasmi telah pun diterima....Nanti aku sambung lagi yer...
Tentang Kami
Ini sedutan dari blog dia dulu utk mengetag aku:
Deyna - Frennn.. ko baik buat yer.. aku tau lar ko dah lama berblogging.. kalau let say ko dah penah buat tag nie.. ko copy and paste pun tak per.. sbb rasanyer aku dah khatam dah ko nye blog.. tapi cam tak penah lagi jumpa story sort of like this... OK... buat yerr.. klau tak aku majuk nanti.. heheheeh...
Tag mengenai apa yer? Tag ini adalah cerita about you & your partner.. kisah apa2 je lah.. janji related about u and husband... apa yg dia suka.. apa yg dia tak suka.. apa yg u suka pasal dia dan begitu juga sebaliknya...
How to start eh?
Sebab tag ni takde soalan secara langsung. Kalau ada soalan senang jer jawab jer terus. Ni kena mereka karangan lah konsepnya ni. Ok takpe.. kita cuba eh....
Spt yg sedia maklum, status aku ni adalah seorang isteri kepada Shahrizal Ikhmar bin Jamil sejak dari 7 Julai 2007.
Sepanjang 2 tahun lebih perkahwinan kami ni macam2 perkara lah yg telah kami lalui bersama2 dan sedikit sebanyak dah taulah tentang segala perangai pasangan masing2.
Apa yg aku suka tentang suami aku nie adalah:-
- Seorang yg sangat bersopan santun dan berbudi bahasa kepada sesiapa sajelah. Terutamanya kepada org yg lebih tua. Sifat hormat yg dia ada itu membuatkan aku lebih menghormati dia. Ingat lagi masa first time dia datang ke rmh aku bertemu ngan mak aku. Kemain protokol giler dia. Siap mintak ampun maaf bagai sbb bawak aku keluar after office dan balik lewat. Padahal mak aku takdelah kisah pun aku nak keluar pun.
- Seorang yg family type. Aku suka cara dia. Walaupun dia dah kawen ngan aku & stay ngan aku, dia tetap tak pernah lupakan mak, ayah dia. Kalau org lain mungkin seminggu sekali pun agak payah nak call parent dia, tapi asben aku tak. Kadang2 tgk cam tiap2 hari pulak dia call mama atau ayah dia. Ayat biasa dia bila call parent dia (walaupun almost everyday call) "apa khabar?", "buat apa?", "dah makan?" dll. Lagi satu, nenek dia pun, dia tak pernah lupa. Kalau ada kelapangan dia akan melawat nenek dia tuh.
- Seorang yg cool, dia tak cpt marah, tak mudah melenting. Sepanjang kawen ni tak pernah lagi lah kami ni bergaduh2 atau bercakaran. Kalau gaduh2 pun sebab benda2 remeh temeh jelah.. contoh dia suka kalau bukak suar pastu biarkan suar tu bergulung camtu jer kat atas lantai. Time aku mood baik aku akan angkat lah seluar tu masuk bakul ke gantung ker. Cuba mood aku tak baik, daripada punca seluar tu leh jadi sampai aku ungkit sbb tak cuci kereta lah apa lah dll yg boleh aku cari pasal lah. Yang ni aku ngan laki aku memang bertentangan sikit. Aku memang suka bebel2, tapi dia takkan menjawab. Tapi bila dia tak jawab aku lagi naik angin. Tapi percayalah kalau gaduh pun paling lama pun tak sampai setengah jam. Pastu masing2 hegeh2 mintak maaf.
- Laki aku ni boleh diklasifikasikan sebagai seorang yg rajin. Rajin kemas bilik, rajin cuci kain, rajin sidai kain. Bab cuci kain tu kengkadang tu oklah aku suka, tapi bila dia cuci baju aku yg tak sepatutnya dicuci mesin, aku menjadi marah. Kesian, tak pasal2 org dah rajin2 kena marah pulak. Tapi sekang dia dah paham, baju aku kadang2 dia asingkan. Tapi jgn korang ingat hari2 dia wat kerja2 ni sumer.. taklah.. agak2lah kan.. tu kan tugas seorang isteri.. Aku takdelah nak dera laki aku wat tu sumer. Tak sesuai, dia kan lelaki. Tapi bab2 kemas mengemas tu memang most of the time dia lah buat. Aku kan sensitip ngan abuk. Daripada dia stress dengar aku bersin dari pagi sampai malam, lebih baiklah dia wat kerja2 tu sumer.
- Yang paling penting, i love my husband because he loves me so much. Begitu mengambil berat dan memanjakan bini. I loike....Nak citer detail about this aku malas lah.. sbb korang pun ada laki gak kan... kang aku citer lebih2 ada pulak org ckp.. cam dia sorang jer ada laki.. kan.. So, lu fikirlah sendiri..
Kalau nak ikutkan byk lagi perkara2 yg aku suka, tapi rasanya cukuplah takat tu jer... kang tak kembang bontot laki aku, korang pulak yg termuntah dengan citer2 angkat bakul ni kan. Ok kita citer yg buruk2 pulak pasal dia, citer pasal dia yg aku tak suker.. Aik takkan nak suka je semua kan.. mana boleh.. kalau semua suka jer takde lah warna warni hidup berumahtangga kan...
- Laki aku ni kuat makan. Tapi tak kisahlah, takkan lah aku nak halang2 dia makan pulak kan. At least adalah org yg berselera makan masakan aku kan. Lagipun laki aku rajin exercise.. cumanya masalahnya sekarang, lepas makan mesti nak tido.... isy very not good.. tapi takpe aku dah leter dah kat dia.
- Suka buang angin merata2. Lagi dia bangga kalau dapat kuarkan bunyi yg panjang. Pastu bila tengok respon aku cam nak marah, dia gelak2. Sabar jelah aku. Boleh katanya "kentut membawa bahagia". (Ni kalau dia baca ni mampus aku).
- Yang ni benda yg paling kerap dan paling aku nak marah sekali. Aku paling tak suka kalau pagi2 nak kuar gi kerja dia tanya aku "kunci kete mana, Na?" Padahal dah 80 kali aku cakap segala mak nenek kunci sila letak kat tempat yg disediakan. Ni tak, dia kalau masuk rmh tempat pertama mana yg dia stop, kat situlah dia park segala kunci. Manalah aku nak tau kan. Tu satu hal, pernah satu hari, kiterang punyalah mencari kunci kete bagai nak rak, tapi tak jumpa2, sampai terlambat nak ke ofis. Alih2 boleh kunci kete tu elok jer kat dalam kereta tak bercabut dari petang semalam. Nasib tak kena curik kete tuh.
Klah cukup lah tu jer perkara2 yg aku kurang suka. Kurang suka tidak bermaksud aku tak leh terima langsung. Kadang2 perkara2 yg kita tak suka ni pun yg menghiburkan pun. Kan?
Apapun secara kesimpulannya, kami suami isteri cuba utk terus memahami antara satu sama lain. Apa2 masalah semuanya dibawa berbincang bersama2. Apa saja yg tak puas hati harus dikeluarkan tidak dipendam2 dan disimpan. Yang paling penting ucapan syg dan rindu haruslah diucapkan setiap saat dan waktu. Barulah terasa diri ini disayangi dan dihargai. I love u syg.
For my fren, hope u satisfy yer.. sorilah kalau boleh aku nak wat sepanjang mungkin dan letak gambar segala. Tapi u know lah kan... am very the lazy.. eh silap very the busy... hehehe
Tuesday, November 17, 2009
Kesalahan Bahasa
So, mak aku ajaklah mereka sumer makan malam kat rmh.
Sbb dah ramai2 tak muat lah meja makan, jadinya makan kat atas lantai je lah. Senang sikit hidangan sumer di depan mata.
Tengah2 syok makan si Ain bersuara.
"Ayang, amikkan tempeyek tu" sambil menunjuk ke arah sambal tempoyak yg mak aku buat.
Hahahaha budak ni memang suka2 jer nak alih2 bahasa... tempoyak jadi tempeyek.. lagi satu hari tu dia nak sebut pacat tapi dia sebut pucat...
suka2 hati jer makcik sorang tuh....
Monday, November 16, 2009
Banyaknya Nak Tanya2 Org Nie..
Rasanya penyakit malas aku dah berlalu pergi kot... Sekarang saya sudah kembali rajin.. Tak tau lah rajin sampai bila pun...
1.Bekas kekasih saya adalah :
Aku pun tak pasti sama ada aku pernah ada kekasih lain selain daripada asben aku. Bukan asben aku ke kekasih awal dan akhir aku..hehehe.
Tapi kan bekas kekasih saya (eh tetiba lak pulak ada bekas kekasih ni) sudah menjadi bekas yg tidak berbekas lagi di hati saya ini. Pedulikan saje dengan bekas itu, kerana saya sudah memiliki bekas yg baru yg berjenama Tupperware. Tahan lama dan tahan lasak. Apa yg ko merepek ni labu???
2.Saya sedang mendengar :
gossip2 hangat mengenai diri saya. Wah ko ingat ko artis ker?? Tak sangka kengkadang diri ini menjadi bahan bualan org2 sekeliling. Ingat.. tak baik mengumpat tau...kalau nak citer pasal yg baik2 jer tau...
3. Mungkin saya patut :
Berterus-terang bahawa sekarang ini saya sedang dalam proses utk menjadi seorang ibu sekiranya diizinkan Allah s.w.t.
4. Saya suka:
Bila org lain pun suka. Saya tak suka kalau suka sorang2. Biar apa yg saya suka tu, org lain pun suka jugak. Tapi jgn ko suka ngan laki aku pulak sudahlah.
5.Sahabat-sahabat baik saya:
Mereka yg bergembira dan bersedih bersama-sama. Mereka yg tidak mempunyai sedikit perasaan lebih atau kurang dari diri ini. Mereka yg benar2 ikhlas. Mereka yg memahami. Tidak pernah mengatakan sesuatu yg buruk di belakangku.
6.Saya tak faham :
kenapa soalan kat tag ni panjang sgt.. sampai 30 soalan kau...kengkadang aku pun tak faham apa lagi yg nak aku rapukan..
7.Saya kehilangan :
Beg guess saya yg kaler hitam itu. Tak tau mana laki dah pergi bungkus dan campak itu beg.
Ok tu kehilangan yg tak berapa berharga lah..
Tapi kehilangan yg tidak mungkin dijumpai semula dan tiada galang gantinya adalah kehilangan ayah tercinta pada usia aku 8 thn.
8.Ramai yang berkata :
"Murah rezeki korang". ..
Alhamdulillah.
9.Makna nama saya :
tak pastilah pulak.. tapi kalau 'N' itu ditukar kepada 'M' ia membawa maksud seseorang yg suka menderma...
10.Cinta itu adalah :
Perasaan yg datang dari hati dan tidak dibuat2.
11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
tido dengan lenanya tanpa gangguan oleh isteri beliau.
12.Saya akan cuba :
menjadi seorang anak yg diredhai ibunya, menjadi seorang isteri yg diredhai suaminya dan menjadi seorang ibu yg baik yg dapat membimbing anaknya ke jalan yg benar.
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Bukan sekejap...
14.Telefon bimbit saya :
Malu lah nak cakap.. sbb hp budak sekolah lagi canggih pada hp aku. Tapi ada aku kesah.. sbb aku pun tak heran nak pakai hp2 canggih walaupun aku mampu.. wah.. Ok berpijak pada bumi yg nyata hp aku hanyalah sekadar Nokia 3500 classic. Adalah gak niat nak pakai blackberry, tapi aku rasa kalau takat aku nak beli sendiri tak mo lah.. tapi kalau ada org nak hadiahkan ... kecik tapak tangan... tapak kaki aku tadahkan.. eh birthday aku pun tak lamo je laie...
15.Bila saya terjaga dari tidur :
Akan ku belai insan yg berada di sebelah ku itu dengan penuh kasih syg... sampai dia terjaga dan tertido semula...
16.Saya paling meluat apabila :
Org cam tunjuk bagus jer.. tapi takdelah bagus mana pun sebenarnya..
17.Pesta/Parti adalah :
Malam pesta muda-mudi. Bertemasya dan menari. Suka ria dalam hati (mengikut lagu allahyarhamah Saloma)
18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Buyeen.. kucing kesayangan asben aku yg dah kena colek... pastu tak dapat dikesan kemana hilangnya..
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
Dari dulu sampai sekarang saya rasa seronok. Sentiasa berasa diri ini berumur 19 thn.
20.Hari ini :
Adik aku yg kerja offshore tu balik. Semalam dia kata dia beli mcm2 buah tangan nak bawak balik. Dia kata cokelat jer dah sampai beratus dia shopping.. tu baru cokelat... tak taulah apa lagi yg dia beli.. ni tak sabar nak balik nie..
21.Malam ini saya akan :
Mengepau adik saya yg baru balik itu. Saya bakal mendapat sejumlah wang daripadanya. Jgn jeles yer... Takde maknanya aku nak pau duit dia.. aku nak mintak balik duit bil hp dia yg aku bayarkan hari tuh....
22.Esok pula saya akan :
Pergi bekerja cam biasa seperti hari ini. Tapi esok kena gi ngan komuter lah...tapi balik asben jemput aku di ofis.
23.Saya betul-betul inginkan :
Berkat dan rahmat Nya di dunia dan akhirat
24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Nape jerawat ni tak susut2 gak nie? Hilang satu, tumbuh satu.. bak kata pepatatah.. patah tumbuh hilang berganti..
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Haruslah tempat membeli-belah.... di situlah tempat terapi minda yg berkesan.
26.Makanan Barat atau Jepun:
Tak reti aku nak makan makanan Jepun.. sumernya nak mentah2... uwek... tapi western ok lagi lah...
27.Bilik yang terang atau gelap :
Ermmmm aku suka gelap... tapi laki aku suka terang...terpaksa lah aku tutup mata aku ngan bantal busuk.. tak retilah nak tido lampu terang. Silau.
28.Makanan segera adalah :
KFC atau pun Mc D.
29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Ok Thanks.
Ada lagi soalan last suh aku cari mangsa tag seterusnya.. tapi aku dah terdelete. Pastu aku tak nak taip balik. Jadinya korang2 sumer terselamat dari menjadi mangsa tag yg panjang giler nie.... tapi kalau anda nak tag diri sendiri.. dipersilakan...