Wednesday, July 17, 2013

Baru Sekali Je Lah Dapat Masak Juadah Berbuka

Org sibuk citer pasal masakan, ko pun nak sibuk jugak kan..padahal masakan ntahapeapeajer.. feduliks.. nak gak up.. mood tengah merajin update ni jgn dilengahkan.. kalau tak kang bersawang.

Lakiku ini ntahlah tak muak2 ngan tempoyak, asiknya lah manjang nak makan tempoyak. Kalau balik rmh parents dia, mesti dia request mama buat sambal tempoyak. Tapi memang takleh nafikan lah sambal tempoyak mama memang terbaik. Hari tu sebelum puasa mak mertua adalah kasi sebalang tempoyak, dapatlah aku masakkan sambal tempoyak tuk asben sempena utk berbuka puasa hari yang ke-5. Hah ko hari kelima baru leh masak. Dah tu hari2 sebelum tu asik buka kat rmh mak jer kan.

 sambal tempoyak cili api dengan ikan bilis dan belimbing buluh

Belimbing buluh tu asben beli kat pasar malam. Dia pantang nampak kalau org jual belimbing buluh nie, dia mesti beli punya. Feberet dia lah tu.

sambal sotong kering beli kat Sabah. Cerita Sabahnya belum gak diupdate

First time masak sotong kering, selalu masak sotong segar jer. Sedap gak sambal sotong kering nie. Tapi kena rendam lama sikit lah supaya dia tak liat.

 Ikan kembung bakar

Asben beli ikan kembung 4 ekor hari tuh, besar2 kemain ikannya. Dua ekor aku bakar. Tapi tinggal seekor jer tuk kami. Sbb lagi seekor aku eksport ke rmh mak aku. Lauk2 lain tu pun aku eksport gak ker rmh mak. Kebetulan akak aku singgah rmh aku petang tuh, so aku kirimkan jelah lauk2 ni sumer. Tu yg nampak cam sikit jer lauk2 aku tu sbb aku dah bagi dua. Nampak cam sikitlah tapi bertahan gaklah sampai ke sahur. Ala takat dua org jer pun nak makan, apa sgt lah pun.

masak lemak pucuk manis yg dibeli

Ok tu time weekend dapatlah aku memasak sikit, time weekdays memang tak lah kot. Beli kat ofis jer set berbuka dari Che Dan's caterer senang. Setiap hari menu berbeza. Sedap pun sedap, tapi siap duitlah jerlah satu pakej harga RM15. Lengkap hingga ke dessert.  Hingga ke hari ini jugak aku belum lagi menjejak kaki ke bazar Ramadhan. Syabas! Tak yah nak syabas sgt, walaupun tak ke bazar tapi aku main kirim2 jer kat adik aku gi beli kat bazar.

Sampul Paket Duit Raya

Yea yea.. ada org kasi kita angpau lar...first angpau lah kiranya nie..hehe.. bukan sekeping tapi berkeping-keping. Angpau kosong boleh lah berkeping-keping. Hehe. Ada 6 kotak and bos mintak tolong distributekan. Haruslah aku sambar satu dulu kan.

Aku rasa ni lah first time dapat samput paket yg agak menariklah dari Maybank. Kertas dia pun tebal. Ada kualiti lah kiranya. Takdelah cam tahun bila punya tah yg kaler kuning, pastu boleh guna tuk pelbagai perayaan tuh, memang tak guna langsung.

 bahagian depan sampul


bahagian belakang sampul

Eh ntahlah aku pun tak taulah yg mana yg bahagian depan or belakang. Belasah jer, janji korang paham sudeh. Sampul kaler hijau. Warna syurga org kata. Nice. Diisikan pulak dalam kotak cenggini. Setiap kotak ada 20 keping sampul.

Kotak plak kaler hijau kuning

Lai lai lai.. saper nak?? eh tak boleh... dah ada org punya dah. Amanahkan, org suh kita distribute, kita distributekan lah.

Ok tu sampul dari commercial bank. Sampul dari bapak bank camane pulak? Ok yg tu aku tak terima lagi.. tapi rupa bentuknya adalah seperti di bawah.



gold kaler


Cantik tak?? saya suka sgt. Rasanya the design is embossed. Tu yg lagi menarik tuh.  Tapi korang jangan lah nak mintak2 sgt sampul nie yer.  Sampul nie bukanlah free yer, kami kena beli. Walaupun staff pun. So, sgt2 ekslusif lah...

Ok dah alang2 citer pasal sampul raya ni, kita citer sekali pasal duit raya lah plak yer. Biasanya kalau time raya ni kita sibuk lah nak tukar duit baru kan tuk dijadikan duit raya. Korang tau tak yg sekarang nie BNM dah going green, takde dah duit2 baru dah.. guna jer yg kitar semula. Tak yahlah korang nak beratur panjang2 kat bank nak tukar duit baru, takde maknanya tetap dapat duit lama. Tak caya bacalah kenyataan di bawah ini.
**************************************


"Going Green" dengan Wang Kertas Yang Sesuai untuk Edaran Semula Semasa Hari Raya Aidilfitri

Dalam usaha menyokong agenda nasional "Going Green", Bank Negara Malaysia akan mengedar semula wang kertas denominasi RM1 dan RM5 yang sesuai untuk Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. Inisiatif ini merupakan usaha yang membabitkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Persatuan Bank-bank dalam Malaysia (ABM), Malaysian Environmental NGOs (MENGO) dan Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA) untuk menggalakkan kelestarian sumber negara dan pemuliharaan alam sekitar.

Substrat polimer diperkenalkan pada tahun 2004 untuk RM5 bagi meningkatkan ketahanan wang kertas dan mengurangkan kos dan permintaan yang tinggi terhadap sumber yang digunakan dalam pengeluaran mata wang. Penggunaan substrat polimer diperluas untuk merangkumi RM1 pada tahun 2012 apabila wang kertas polimer RM5 mencapai rekod penggunaan yang positif. Wang kertas polimer dapat bertahan 2 hingga 3 kali lebih lama berbanding dengan wang kertas biasa. Dicetak menggunakan substrat yang sangat tahan lama, wang kertas RM1 dan RM5 dapat kekal dalam edaran lebih lama dan lebih berupaya untuk mengekalkan kualiti keselamatan dan estetika sepanjang hayat penggunaannya. Memandangkan hanya wang kertas yang berkualiti tinggi akan diedar semula, orang ramai adalah digalakkan untuk menggunakan wang kertas yang sesuai ini sebagai "duit raya".

Setiap tahun Bank Negara Malaysia mengeluarkan lebih kurang 750 juta keping wang kertas RM1 dan RM5 bagi memenuhi permintaan bermusim untuk Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina. Walau bagaimanapun, lebih kurang 70% daripada wang kertas yang dikeluarkan tidak diperlukan untuk urus niaga pembayaran biasa. Wang kertas tersebut dipulangkan sebagai deposit sejurus selepas musim perayaan dan menyebabkan lebihan pengumpulan wang kertas RM1 dan RM5 di Bank Negara Malaysia. Cetakan tambahan 500 juta keping wang kertas untuk memenuhi permintaan perayaan menyebabkan kos dan permintaan yang tinggi terhadap sumber negara. Pengeluarannya menggunakan lebih daripada 80 ton dakwat dan 2 juta kWh elektrik yang cukup bagi kegunaan 7,500 rumah di Malaysia untuk sebulan.

Bagi musim perayaan ini, orang ramai diberikan jaminan bahawa terdapat wang kertas yang mencukupi dalam semua denominasi. ABM dan AIBIM akan bersama-sama mengambil bahagian dalam usaha ini untuk membantu aktiviti kitar semula wang kertas yang sesuai dengan mengeluarkannya melalui cawangan bank dan mesin ATM. Orang ramai digalakkan untuk menyokong usaha nasional "Going Green" dan menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dengan semangat mengurangkan pembaziran dengan menyokong penggunaan wang kertas edaran semula.







Berkat Rezeki Kerana Sedekah

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allahberfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.

1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.

2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.

3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal

4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat
kepada orang miskin dan anak yatim.

5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak
yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.

6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya(Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.

7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat)
perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92

9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat -bukan dunia untuk dunia)

10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.

11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi
menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)' Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api. Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi. Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan.

Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.


Sekian, wallahualam.

Source: Forwarded E-mail

Monday, July 15, 2013

Inara Lapan Bulan

Hari ni genap Inara berusia 8 bulan. Wah, lagi 4 bulan dah nak masuk setahun rupanya. Ok memang kurang update perkembangan dia month by month. Tapi akan cuba update gak sedikit sebanyak kat blog.


Inara budak berwajah redup

Lapan bulan membesarkan Inara, lapan bulan menyusukan Inara, lapan bulan bersama dengannya, Alhamdulillah dari dalam perut hingga ke saat ini aku tak rasa kepayahan dalam membesarkan dia. She's such a good baby. Takde nak merempan tak tentu pasal, takde nak ngamuk2, dia memang cool jer all the time. Bawaklah ke mana pun, takde hal. Tak byk songeh.


cool sentiasa


Inara sekarang nie, belum lagi merangkak, tapi sgt laju berguling2. Kalau dia nak bergerak ke mana-mana dia just guling2kan jer badan dia. Dia tak macam Marissa, Marissa dulu terlampau manja nak meniarap pun takmo. Inara sgt berdikari, kalau dia nak capai/ambil sesuatu tu dia akan usahakan sampai dapat. Gigih sgt. Pastu takde nak nangis2 sgt. Kalau sakit pun aku notis dia tahan jer. Mandi air sejuk pun tahan jer. Buntut ada taik pun rilex jer. Takde nak melalak-lalak. Cool jer. Jatuh katil pun cool. Astaghfirullah. Benda yg kita nak elak2, pun jadi gak. Inara pernah jatuh katil ok. Satu malam tu, aku letih giler, cam biasa aku menyusukan lah dia, biasanya lepas menyusu mesti dia tido. Aku pun tak perasanlah, yg tak tido2 lps menyusu, yg aku tau, aku letak jer kepala kat bantal terus hanyut. Pastu tetiba... kedepek... tengok sebelah Inara dah takde. Sebelah Inara, kakak dia rilex jer layan upin ipin kat tab. Ko tau taim tu kul berapa.. kul 1 tak salah aku. Marissa memang dia akan hadap tab sampai lah dia mengantuk. Punyalah buat penghalang bantal kiri kanan taknak kasi dia jatuh, tup2 jatuh dari belah bawah pulak. Tengok2 dia elok jer tertiap kat atas lantai. Nangis lah jugak sikit. Aku amik dia tepuk2 dia, pastu dia rilex jer cam takde apa berlaku. Check satu badan seb baik takde benjol or lebam2. Pastu tanya Marissa, tak perasan ker adik jatuh.. boleh dia kata "mana ica tau, ica tengok upin ipin". Aku pesan ngan dia, len kali kalau nampak adik golek2 sampai hujung katil cpt2 panggil mama. Memang sekarang pantang adik guling2 kat katil dia jerit aku.. "mama adik nak jatuh" padahal adik kat tengah katil jer pun.


mandi sejuk pun takde hal

Inara jugak tak memilih makan, apa aku sediakan dia makan jer. Tiap kali amik dia dari babysitter aku tanya, Inara makan tak .. babysitter jawab.. makan habis dia makan.. Alhamdulillah.. tu yg aku tak kisah bangun awal pagi pun utk sediakan makanan dia. Bulan puasa ngan tak puasa pun sama jer, tetap bgn awal.


tido tak perlu dibuai

Berat Inara terkini aku tak sure lah berapa. Last timbang masa jumpa paed tuk injection dia 6 bulan hari tuh. Time tu berat dia 7.5kg. La ni aku tak tau lah berapa. Timbang pakai scale kat rmh cam tak accurate jer bacaannya. Tapi kalau dukung lelama memang lenguh gaklah tangan. Tapi seb baik sekarang dah ada baby carrier. Ok lah jugak. Oh ya rasanya ada satu lagi nak belikan tuk Inara, cadang cam nak belikan walker utk Inara. Takde lah dia bosan sgt asik nak terbaring golek2 jer..


ceria selalu

Inara sgt attached ngan kakak dia. Cuma kakak dia jer yg jual mahal sikit. Eleh kakak sebenarnya ada jeles sikit ngan adik. Sayang tetap sayang kat adik, tapi kengkadang bila dia takleh control mood dia, dia selamba jer buat adik dia. Walaupun begitu, Marissa pandai pujuk adik. Kalau adik menangis, dia nyanyi sikit lagu air pasang malam surut pukul 5, terus adik dia diam dan sengih. Adik sengih sebab kakak dia pelat kot. Suka2 jer tukar lirik.


sayang kakak

Budak2 berdua ni kalau tido memang aku jarakkan sikit sbb Marissa ni kengkadang lasak, tapi si Inara ni dia akan tuju gak kat kakak dia. Cam gambar kat atas nie. Dia akan peganglah tangan kakak. Takpun dia main2 rambut kakak. Pastu kang kakak naik angin "isy kacau jerlah adik nie.. gi sana". Adik plak sengih jer ingat kakak dia suka.

Apapun selamat menyambut hari lahir yg ke-8 bulan anakku Marissa Inarah. Mama doakan Inara membesar dengan sihat dan pandai. Semoga Allah S.A.W sentiasa memelihara zuriat keturunanku dari segala bala bencana dan ditetapkan Iman dalam diri, dan berbahagia dunia dan akhirat.

Saturday, July 13, 2013

Lawak Lah Plak

Macam ni pun ada? Kah kah kah..


Friday, July 12, 2013

Blog, Susu, Puasa, Kena Dera dan Apa-Apalah

Mula2 nak citer pasal blog dulu. Pesal blog ni cam lain macam sikit kalau nak update. Tak taulah kot blog aku jer ker camni. Dulu boleh jer taip kat compose. Sekarang ni ni update kena pergi kat HTML. Cam semak sikitlah. Pastu payah sikitlah nak bercoding bagai. Korang camtu gak ker? ker aku jer... aku yg masih ketinggalan di belakang. Almaklumlah update sekali sekala katakan.

Ok pastu nak citer pasal puasa pulak. Eh bukan, nak citer pasal susu. Tapi kena mengena puasa gak lah. Alhamdulillah Inara masih lagi fully breasfeed. Kalau nak ikutkan ni pengalaman kedua menyusu anak semasa bulan Ramadhan. Alhamdulillah rezeki tetap ada. Ada org kata kalau puasa nanti susu kuranglah apalah, tapi rasanya lebih kurang jer kot. Ok ni adalah hasil sekali pam. Aku biasanya pam 2 kali sehari. Tapi hasil pada waktu petang agak kurang sikit berbanding hasil yg waktu pagi.


Alhamdulillah


Aku plak takdelah amik suplement like shakle ke apa, memang takde, cuma aku make sure aku minum air kosong byk2. Kalau sebelum puasa aku target at least habiskan 2 liter air, tapi time puasa ni payah kot, tapi aku try gak. Lepas buka puasa tiap kali minum aku make sure aku habiskan 1 mug air kosong. Utk tak lupa tuk minum air putih aku target setiap satu jam kena minum air. Yelah kalau nak tunggu haus memang tak lahkan. Pastu time sahur bangkit2 pagi aku terus teguk air kosong dulu bergelas2. Pastu sahur cam biasalah, nasi ngan lauk sikit. Pastu minum air milo secawan. Pastu makan kurma seketul. Pastu repeat balik minum air kosong. Memang lepas tu asik nak terkench jelah.. sbbkan tak tahan nak membuang gak ar semalam nyaris terlepas train sbb terpaksa singgah kat toilet which aku memang payah ar nak gunakan public toilet. Tapi dah terpaksa. Takkan nak tahan gak kot.

Citer pasal susu ni jugak, ada baca kat fb yg kat Cina ada seorang ibu yg menikam babynya berkali2 sbb baby dia menggigit semasa menyusu. Gilo ke apo? Sampai nak tikam2 bagai. Ni mesti mental nie. Aku pun sekarang ni memang selalu lah kena gigit oleh Inara time menyusu, lagi kita oucchh ouchhh lagi kuat dia gigit. Dia ingat sonok benda tu kot. Sakit memang lah sakit, tapi takdelah sampai nak tikam2, sekadar tepuk2 manja punggung dia sikit adalah. Takpun aku picit pipi dia. Yelah budak tengah gatal gusi nak tumbuh gigi kot, tu yg kerja asik nak gigit jer. 

mangsa..siannya budak bambam nie

Yang ni bukan mangsa yer.. yang ni adalah budak bulat yg suka makan. Dah semakin bulat budak ini. Pipi bulat, kepala bulat. Kakak dia ada gaklah lekuk2 kat kepala, yg ni memang bulat betul. Maklumlah kakaknya dulu kan kena vakum.

Sanggup ko nak cucuk2 budak nie?
 

ibu kepada budak di atas, bukan budak yg kena cucuk2 tuh

Oklah nak fikir apa nak buka puasa hari nie. Padahal sumernya pun dah siap beli pun.. hehe.. Time hari bekerja aku rasa payah sikit nak masak utk berbuka, tak sempat kot, tapi tuk sahur InsyaAllah takde masalah. Ni weekend plan nak masak tuk berbuka lah. Macam nak buat ikan bakar. Kalau jadi buat aku eksenkan kat blog. Okbai.

Thursday, July 11, 2013

Sudah Enam Tahun. Syukur Alhamdulillah.

7 Julai lepas merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yg ke-6 tahun. Alhamdulillah masih bersama dan bahagia hingga saat ini bersama dengan kehadiran dua org cahayamata.




Gambar adalah diambil oleh anak kami Marissa Qaisara ketika percutian keluarga baru2 ini. Ok nanti kalau ada masa dan rajin, aku citer lah sikit pasal percutian kami. Percutian adalah my surprise to asben. Without checking his schedule, aku main selamba jer book flight ticket. Tapi nasib baiklah asben boleh cuti. Kalau tak dapat cuti memang naya lah, harus aku claim balik duit tiket. Haha. Ala takat surprise purhased flight tiket jer lah, pastu hotel sumer asben gak yg uruskan.

Tempat percutian adalah tempat yg sama kami berhanimun 6 thn yg lalu. First anniversary pun disambut di sana. Dulu berdua sekarang berempat. InsyaAllah akan ke sana tiap2 kali anniversary.


Tak disangka juga, aku dapat kejutan from asben, masa malam anniversary kami di sana. Seronok sgt dapat anniversary card plus the gift. Kata2 yg ditulis di dalam kad oleh asben sgt menyentuh hati saya. Rasa dah agak lama tak jiwang2. I love everything written in the card. I love the gift too. Thanks husband. Thanks for loving me. And of course i love u too. Happy 6th wedding anniversary dan semoga kebahagiaan ini kekal hingga ke Jannah. Amin.

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Datang Ramadhan Al Mubarak 1434H

1) Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, “Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Ertinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. (HR. Ahmad dan Tabrani)

Para salafush-soleh selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia bulan Ramadhan dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, “Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Ertinya, ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang Engkau cintai dan redhai.

2) Bersyukurlah dan pujian kepada Allah atas kurnia Ramadhan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, “Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadhan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.

3) Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. selalu memberikan kabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadhan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).

Salafush-soleh sangat memperhatikan bulan Ramadhan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadhan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

4) Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat. Kerana itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.

5) Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangsiapa Jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahkannya melaksanakan perkara-perkara kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Q.S. Muhamad (47): 21]

6) Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadhan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah di Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.

7) Sambut Ramadhan dengan tekad meninggalkan dosa dan tabiat buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadhan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]

8) Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadhan.

9) Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan membuat catatan kecil untuk kultum tarawih serta ba’da sholat subuh dan zhuhur, memberikan buku saku atau lebaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.

10) Sambutlah Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nashuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, istri,anak, dan kaum kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain. Source: Forwarded email

Wednesday, July 3, 2013

Rasa Macam Nak Sepak Jer!!!

This is really not me. Emo2 kat blog sendiri.

Ok I am not in a mood today.

Ko ingat ko punya sentap jer.. aku punya sentap???


~smile~

Tuesday, July 2, 2013

Ergobaby Carrier Sudah Pun Selamat Sampai

Finally, barang yg diidamkan telah pun berada di tangan. Aku purchased on line hari Khamis. Hari Sabtu dah selamat sampai kat rmh mak. Petang Sabtu tu ada birthday celebration anak akak aku kat rmh dia, mak pulak boleh terlupa pulak nak bawak parcel aku tuh, so malam2 tu jugak aku hangkut budak2 gi rmh mak, sbb aku tak sabar sgt nak cuba baby carrier nie.

 apa dalam kotak?

 siap ada buku manual bagai

Serius aku memang tak reti langsung pasal baby carrier2 nie.. kebetulan tengok kat fb, gambar member dok ngendok anak ngan carrier, rasa cam tertarik pulak, pastu member tu lah yg citer sedikit sebanyak pasal baby carrier nie.  Aku pun start lah menggoogle. Rupa2nya ada macam2 jenis dan brand. Pasal brand pulak memang haram lah aku nak tau brand mana yg bagus ke apa. Just based on feedback from yg dah pernah pakai lah. Dan yg aku baru tau gak, baby carrier harganya boleh tahan mahal lah jugak, depends on brand and type gak lah.

Pening gak paler aku nak pilih yg mana. Sampai lah aku ternampak carrier warna purple tuh. Terus ahkak jatuh cinta.

Ok for info Ergobaby Carrier ada berapa jenis iaitu;
  1. original collection
  2. organic collection
  3. performance collection
  4. travel collection
  5. designer collection
Setiap collection tu ada lah fungsi2 dia yg tertentu dan carrier yg aku beli ni adalah jenis orginal collection. Aku main gamble jer beli, takut gak kot nanti Inara tak nak duk dalam tu ker, ialah dia mana pernah duk dalam carrier sejak lahir, tup tup umur dah 7 bulan baru nak letakkan dia dalam tuh, kalau dia tak nak camne? benda bukan puluh2 ringgit. Tapi aku tekad gak nak beli, sbb nanti kalau nak travel senang, nak gi shopping senang, serba-serbi senang lah, even kat rmh pun boleh je guna. Bukan apa anak boleh tahan gak bambam dia, kalau nak dukung gitu sajer, memang lenguhlah tangan kalau kena dukung dalam tempoh masa yg panjang. So, bila ada carrier mudah sikit kot.

Punyalah aku ni tak menyabar dapat2 jer terus aku test pakaikan kat Inara. Manual book pun aku tak khatam baca pun, just baca sekali imbas jer. Aku tak sabar nak tengok reaction Inara, dia ok ke tak duk dalam tuh. 

Fuh... sgt2 lega bila anak dara ni kemain lah sonoknya dia duk dalam tuh... muka teruja abis dan eksen giler.

 Inara dalam carrier


Pandangan dari belakang

Aku nak bagi review lebih2 pun tak leh gak sbb aku baru try pakai kan dia kejap, belum try lagi outdoor. Tapi malam tadi utk membiasakan dia, kat rmh pun aku pakai carrier nie... lama gaklah, siap menyusu sekali, oh ya carrier ni jugak dicipta utk baby boleh terus menyusu dari ibu dengan selesanya, siap ada pelindung lagi. Memang seronok sgt Inara sambil dikendong sambil menyusu. Sedar2 tengok dia dah ketiduran dah. Nanti aku review lagi pasal this product yer..

Tapi aku rasa aku rasa, aku sgt berpuas hati dengan carrier ni lah.. worth to buy lah kiranya... Kat mana aku beli? Beli di littlewhiz.com.

Happy babywearing!