Wednesday, July 17, 2013

Sampul Paket Duit Raya

Yea yea.. ada org kasi kita angpau lar...first angpau lah kiranya nie..hehe.. bukan sekeping tapi berkeping-keping. Angpau kosong boleh lah berkeping-keping. Hehe. Ada 6 kotak and bos mintak tolong distributekan. Haruslah aku sambar satu dulu kan.

Aku rasa ni lah first time dapat samput paket yg agak menariklah dari Maybank. Kertas dia pun tebal. Ada kualiti lah kiranya. Takdelah cam tahun bila punya tah yg kaler kuning, pastu boleh guna tuk pelbagai perayaan tuh, memang tak guna langsung.

 bahagian depan sampul


bahagian belakang sampul

Eh ntahlah aku pun tak taulah yg mana yg bahagian depan or belakang. Belasah jer, janji korang paham sudeh. Sampul kaler hijau. Warna syurga org kata. Nice. Diisikan pulak dalam kotak cenggini. Setiap kotak ada 20 keping sampul.

Kotak plak kaler hijau kuning

Lai lai lai.. saper nak?? eh tak boleh... dah ada org punya dah. Amanahkan, org suh kita distribute, kita distributekan lah.

Ok tu sampul dari commercial bank. Sampul dari bapak bank camane pulak? Ok yg tu aku tak terima lagi.. tapi rupa bentuknya adalah seperti di bawah.



gold kaler


Cantik tak?? saya suka sgt. Rasanya the design is embossed. Tu yg lagi menarik tuh.  Tapi korang jangan lah nak mintak2 sgt sampul nie yer.  Sampul nie bukanlah free yer, kami kena beli. Walaupun staff pun. So, sgt2 ekslusif lah...

Ok dah alang2 citer pasal sampul raya ni, kita citer sekali pasal duit raya lah plak yer. Biasanya kalau time raya ni kita sibuk lah nak tukar duit baru kan tuk dijadikan duit raya. Korang tau tak yg sekarang nie BNM dah going green, takde dah duit2 baru dah.. guna jer yg kitar semula. Tak yahlah korang nak beratur panjang2 kat bank nak tukar duit baru, takde maknanya tetap dapat duit lama. Tak caya bacalah kenyataan di bawah ini.
**************************************


"Going Green" dengan Wang Kertas Yang Sesuai untuk Edaran Semula Semasa Hari Raya Aidilfitri

Dalam usaha menyokong agenda nasional "Going Green", Bank Negara Malaysia akan mengedar semula wang kertas denominasi RM1 dan RM5 yang sesuai untuk Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. Inisiatif ini merupakan usaha yang membabitkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Persatuan Bank-bank dalam Malaysia (ABM), Malaysian Environmental NGOs (MENGO) dan Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA) untuk menggalakkan kelestarian sumber negara dan pemuliharaan alam sekitar.

Substrat polimer diperkenalkan pada tahun 2004 untuk RM5 bagi meningkatkan ketahanan wang kertas dan mengurangkan kos dan permintaan yang tinggi terhadap sumber yang digunakan dalam pengeluaran mata wang. Penggunaan substrat polimer diperluas untuk merangkumi RM1 pada tahun 2012 apabila wang kertas polimer RM5 mencapai rekod penggunaan yang positif. Wang kertas polimer dapat bertahan 2 hingga 3 kali lebih lama berbanding dengan wang kertas biasa. Dicetak menggunakan substrat yang sangat tahan lama, wang kertas RM1 dan RM5 dapat kekal dalam edaran lebih lama dan lebih berupaya untuk mengekalkan kualiti keselamatan dan estetika sepanjang hayat penggunaannya. Memandangkan hanya wang kertas yang berkualiti tinggi akan diedar semula, orang ramai adalah digalakkan untuk menggunakan wang kertas yang sesuai ini sebagai "duit raya".

Setiap tahun Bank Negara Malaysia mengeluarkan lebih kurang 750 juta keping wang kertas RM1 dan RM5 bagi memenuhi permintaan bermusim untuk Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina. Walau bagaimanapun, lebih kurang 70% daripada wang kertas yang dikeluarkan tidak diperlukan untuk urus niaga pembayaran biasa. Wang kertas tersebut dipulangkan sebagai deposit sejurus selepas musim perayaan dan menyebabkan lebihan pengumpulan wang kertas RM1 dan RM5 di Bank Negara Malaysia. Cetakan tambahan 500 juta keping wang kertas untuk memenuhi permintaan perayaan menyebabkan kos dan permintaan yang tinggi terhadap sumber negara. Pengeluarannya menggunakan lebih daripada 80 ton dakwat dan 2 juta kWh elektrik yang cukup bagi kegunaan 7,500 rumah di Malaysia untuk sebulan.

Bagi musim perayaan ini, orang ramai diberikan jaminan bahawa terdapat wang kertas yang mencukupi dalam semua denominasi. ABM dan AIBIM akan bersama-sama mengambil bahagian dalam usaha ini untuk membantu aktiviti kitar semula wang kertas yang sesuai dengan mengeluarkannya melalui cawangan bank dan mesin ATM. Orang ramai digalakkan untuk menyokong usaha nasional "Going Green" dan menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dengan semangat mengurangkan pembaziran dengan menyokong penggunaan wang kertas edaran semula.







2 comments:

Ibu Dhia Danial said...

alaa ye ke kak? da xde duit baru?

Su Hamid said...

cantik sampul raya tu..isi pun kene cantik juge..fufufu ^_^