Aku jelah yg menjakun, org lain tak. Hari Jumaat lepas aku follow my ofismet ker GM Wholesale. Selalu dok dengar org citer pasal GM nie, aku tak tau lah apa yg ada kat GM nie. Tak salah aku GM yg terbesar adalah kat Klang sana. Tapi yg kiterang gi hari tu GM yg kat Chow Kit tu, kat jalan apa ntah aku tak ingat.
Mula2 sampai kat bangunan dia tuh, nampaklah cam ada 3 tempat parking kat situ, hah cantiklah datang2 ada parking kosong...aku ingatkan itu adalah tempat parking.. tapi rupanya bukan. Tu adalah tempat tuk menunggu lift. What? kereta nak naik lift? wah terasa kat oversea pulak.. macamkan pernah ke oversea kan.. eh pernah lah jugak, tapi ke Arab Saudi je lah. Hehe Ok mengarut sudah. Sgt teruja, pintu lift terbukak pastu kereta pun masuk ke dalam lift. Tinggi gak lah kalau nak tempat parking dia, tak salah aku mau sampai ke tingkat 15. Sampai tingkat 15, baru pintu lift terbukak, pastu kuar lift, barulah cari parking. Kalau takde lift aku rasa jenuh gak lah kereta ni nak pusing2 nak naik ke atas, org kat dalam kete pun boleh pening dibuatnya.
Tapi kan aku rasa nak tunggu lift kereta ni takdelah kena tunggu lama sgt. Tapi nak tunggu lift biasa dia, adoi leh tahan lah azab nak menunggu. Slow nak mampuih.
pintu lift start terbuka
Kita tak yah nak tekan apa2, tak yah nak kuar kete bagai, letak kete kat situ, pastu tunggu turn kejap, pastu lift pun terbukak.
kete dah masuk, lift pun tertutup
bahagian belakang
Tak sampai berapa saat, maka sampailah ke tingkat 15. Maka pintu lift pun terbukak. Sampailah ke kawasan parking. Kuar lift pastu ko carilah parking sendiri.
keluar cari parking space
Apa ada kat GM nie? Macam2 ado. Aku rasa peniaga selalu lah shopping lah kat sini, sbb kat sini memang dorang jual dgn harga borong. Takat beli seketul2 dorang jual normal price, so kalau nak murah beli byk2. Sekali tengok cam kat GuangZhou pulak.. eh macamkan pernah gi sana pulak aku nie.. yelah sebab barang2 yg dijual kat situ pun memang byk dari china pun.. sumernya dijual borong dan murah2 belaka. Tiba2 rasa cam berniaga pulak.
pembetulan: sampai tingkat 8 jer kot lift utk kete tuh... serius aku tak ingat .
pembetulan: sampai tingkat 8 jer kot lift utk kete tuh... serius aku tak ingat .















