Thursday, February 2, 2012

Jenjalan Sempena CNY

Ni citer weekend lepas. Masa tu asben kerja, so aku berdua jer ngan Marissa kat rmh. Nak masak memang payah sikitlah kalau berduaan dengan dia, kang terjerit sana, ternangis sini... tak khusyuk aku nak memasak kat dapur tu kang. Kalau ada ayah dia oklah lah, leh tolong tengok2kan and main2 ngan dia. Kalau tak masak, camne nak makan kan... so, terus dapat idea nak keluar. Takdelah nak keluar berduaan ngan Marissa jer, harus aku ajak nenek ngan acik dia sekali. Ok dorang sumer roger jer. Tup2 bukan takat nenek ngan acik jer, mak ngah, ain dan adam pun join sekali.... oklah tuh... bertambah2 hepi lah si kecik tuh.

Aku pun hepi gak, sbb bila ada budak dua orang ni, maka senang lah sikit kerja aku, sbb budak 2 org ni rajin jer nak menjaga Marissa ni, siap gaduh2 nak tolak stroller tuh. Ok.. senang aku nak cuci2 mata...Marissa pun kalau ngan dorang ok jer perangai, cer ngan aku, mula lah cari pasal sesaja. Oh kalau ke Jusco apa lagi, pakai stroller percuma tu jelah, takyah susah2 nak bawak stroller sendiri...

mem besar ko yer

 
diam jer dia kat situ

ain yg rajin nak menolak stroller adam pulak bershuffle ke sorang2 kat atas tu?

Budak yg lebih dengar kata kakak ain, berbanding mama dia


Sementelah budak2 ni wat hal sendiri kat situ, we ols2 ni sibuklah berwindow dan berdoor shopping.... tengok tu, try ni, beli tu, beli ni.... tapi aku tak beli apa pun.. sbb hari sebelumnya tu kan dah shopping kat Sogo + Jalan Tar. So, kawal jer lah nafsu dari nak membeli apa pun....Alhamdulillah memang terkawal pun...
mak tengah try2 kasut


Eh dah sampai sana lupa pulak tujuan asal adalah nak pergi makan, biasalah kan pompuan leh lupa lapar sekejap kalau kat shopping mall kan... pastu dah siap beli sumer, baru terasa lapar kan... so ke the chicken rice lah kita.

 
budak2 nie

makanan dan sampai - kerabu mangga favorite my mum

honey bbq chicken - feberet aku

 
apa lagi makan lah kan....

Budak kecik sebelah aku tuh, eksyen je lebih, org pegang sudu, dia pun nak jugak, tapi tahlah... lebih nasi jatuh ke lantai dari masuk ke mulut dia... nak suap dia tak nak. Pastu main suka campak sudu ke bawah. Tapi ko buat lah camne pun, mama ko makan tetap makan gak, habis sepinggan setengah nasi. burppp Alhamdulillah.

Lepas makan sambung shopping2 lagi. Aku tak. Mak aku ngan akak ngan adik aku jer. Budak2 plak dah memboring sibuk ajak aku ke tempat main game. Layan jelah budak2 ni. Aku kasi duit, korang pandai2 gi beli token sendiri.

Marissa ngah drive kerete

 
tak padan ngan kecik kan... so terpaksalah membongkok sikit nak pegan stering kete tuh

 
yo yo jer budak kecik ni tau

Si Adam time ni ntah ke mana tah... main game lawan2 katanya... tapi yg aku tau, abis jer token dia, baru sibuk cari aku "ayang nak duit lagi". Aku bagi. Tapi wah makin syok pulak dia kan... asal dah habis main, mintak aku duit... mau habis duit aku... "dah dah .. amboi korang.. jom balik dah"

Sbbkan mak dorang ada belanja kat  Jusco, so dapat lah dorang main kat tempat ni for free. Tak salah kalau nak masuk dalam ni kena tunjuk resit Jusco utk purchase at least RM50. Pastu budak2 3 tahun ke atas jer boleh masuk.
aik camne budak setahun jagung ni pun leh lepas sekali nie?

Sbb Marissa main mata dengan org yg jaga tu, terus Marissa dapat masuk sekali.  hehe tak caye? Tapi make sure ada lah ibu bapa yg memantau.

ala2 main salji lah nie.. padahal butir2 gabus tu jer.. apeke nama dia

 

lor yg duk menyangkung dari tadi kat situ tu wat pe nak oiii?


Marissa ni memang jenis yg penggeli sikit kot... tu pasal dia tercegat jer kat situ, dia tak biasa kot kaki dia geli2 pijak benda tuh, ingat lagi masa kat Langkawi hari tuh, kat Pantai Cenang aku bukak selipar dia suh jalan kat pantai, boleh dia keras jer kat situ, tak nak pijak pasir. 

Lepas tu kami pun balik. Sian ayah Marissa dah tunggu kat rmh.



Wednesday, February 1, 2012

Lunch Kah Minum Petang Kah?

Baru lps lunch. Lewat tul. Maklumlah cuti kan. Sumernya pun lewat. Dalam pada malas2 nak masak tu, siap jgklah menu yg simple ini.

Ini saja juadah utk hari ini. Sambal sotong, telur dadar dan sup bayam. Ditambah pulak dgn fresh mango buatan sendiri yg lazat.




Tuesday, January 31, 2012

Petang2 Kalau Tak ke Playground, Main kat Depan Rumah je Cukup..

Kat rumah nenek Marissa ada macam2 jenis pokok bunga. Berwarna-warni. Kalau kat rmh nenek, waktu petang2 Marissa suka lah bermain2 kat luar rmh, sambil memetik pokok bunga nenek.
Marissa dan sekuntum bunga

 
ke mana saje nak dibawanya bunga itu

meh kita selitkan di telinga

payah nau nak amik gambar budak ini asiknya nak bergerak ajer

 
Marissa dan Adam

 
nak jugak sambil bergambar sambil bertepuk tangan

Syok sangat bila balik kerja nampak anak tengah berkejar-kejaran kat luar rmh. Pastu nampak kita terus terhenti sekejap dan excited bila nampak kita dah balik.... rasa nak terkam ajer.....


p/s: mama-shira-irfan ko ingat tak baju fefel Marissa nie?

Renovate Rumah???

Banyaklah ko punya renovate kan... takat nak tambah bumbung apeke renovetnya pun?? Hehe sajer jer wat gempak  Rumah kami tu, pemaju ni kedekut lah wat porch bumbung tutup sebelah jer, yg sebelah tu dia biar kosong jer, so kalau bawak masuk dua kereta ke porch, satu tak kena hujan, satu lagi haruslah kebasahan. Tapi kira oklah jugak dia tak bubuh tiang kat tengah2 porch tu, kalau tidak satu kete jer yg muat masuk.

Memandangkan jiran kat sebelah kanan hari tu, adalah wat sikit renovation kat rmh dia, so dorang pun adalah nak naikkan bumbung yg kat sebelah tuh, pastu nampak tukang rmh tu pun wat keje pun ok jer kemas, so kami pun join lah sekali wat bumbung tuh. So, kalau dua rmh kami disambungkan bumbung tu sekali nampak oklah sikit. Kalau wat asing2 nanti nampak cam janggal pulak. Aku nak explain pun tak pandai ni, tapi korang paham2 jelah yer. 

Seperti yg diminta oleh pentukang, dia mintak kiterang beli barang2 sendiri, list sumer dia sediakan, asben gilah hardware membeli barang2 yg diperlukan. Tapi kan ok gak kalau kita just bayar upah jer tau, leh jimat byk, kalau kita serah sumernya kat kontraktor/tukang memang dorang tekan lah.

nampak lori tu? dorang hantar barang2 yg diorder

Abaikan lalang pokok padi kat depan rmh tuh. Kiterang memang petani yg berjaya. Huahahaha. Apa nak buat akibat kekangan masa, tak sempat menuai pokok2 padi tuh. Hehe. Cepat betul panjang lah pokok lalang ni, hari tu dah mesin dah, memang nak kena cabut jugak nie.

Abih tu nak wat camne, dua2 laki bini bekerja, kalau cuti pun selalu saje ada hal kat luar, so bila masanya nak bergotong royong nak kemas2 laman segala kan. Tapi takpelah biar kat luar semak, jangan kat dalam rmh pun semak sudah kan. Tapi lagi baguslah kalau luar dalam pun tak semak kan.

Kerja2 pemasangan bumbung adalah masih dalam progress. Belum siap sepenuhnya lagi..
 
dari dalam rmh

 
cer selak sikit langsir tu


Sekarang ni bumbung sumer dah siap pasang dah, cuma syiling jelah yg tak pakai lagi... amik masa sikit sbb org yg buat ni dia sorang2 jer, so takde assistant tambahan pulak dia nak siapkan rmh yg sebelah tu lagi.. takpe lah biar lambat asal siap.. nanti dah siap aku tunjuk, bukan menunjuk eh..kot lah korang nak cari tukang rmh ker kan... boleh aku pomot, abg ni dia memang tukang buat rmh kat Kelantan sana, rmh banglo, rmh papan sumer dia buat, tapi sbb since bulan lepas musim hujang kat Kelantan so dia takleh nak bertukang kat sana, jadi dia outstation lah ke sini. Lagipun sedara mara jiran aku gak lah.

Breakfast Pagi Ini

Assalamualaikum.. selamat pagi kengkawan sumer... sudah makan ka belum? Jangan lupa breakfast dulu yer. Kalau tak tau nak bfast apa, meh tgk ni kot boleh dijadikan inspirasi.

cukup lah 3 ketul ni jer

Cam tak best jer kalau letak satu gambar jer.. so up lagi satu yer... tapi ada gegar sikit...takpe memang saje pun.. so, leh cover pipi yg tembam itu...hehe

happy working u ols... 

Pagi tadi hujan kan, rasa cam malas jer nak gi kerja, tapi sbb fikir ala kerja sehari jer, esok cuti dah... so mood kembali semula....



p/s: Aishah - Akak pakai lipstick mac pink nouveau A21+ mac lipgloss lovechild A98 (semoga menjawab pertanyaan anda. tq)

Monday, January 30, 2012

Lunch Semalam Sampai Licin Periuk

Semalam adalah super rajin tuk memasak lunch. Semangat duk kat dapur  kelentang kelentung. Bunyi kelentang-kelentung tu adalah effect menumbuk sambal belacan. Semenjak kat rmh ada batu lesung ni kemain sakan lagi aku wat sambal belacan. Kengkadang tu balik kerja dah sampai rmh malam pun sempat lagi nak menumbuk cili.

Ini adalah juadah lunch semalam. Suami makan sampai tambah berkali-kali. Aku pun boleh tahan gak bertambah. Sbbkan semalam sudah byk makan, tadi lunch aku tak makan. Diet katanya. Sbbkan tak lunch tadi, now aku dah melapar.... tgk gambar ni meleleh balik air liur nie....


tempoyak masak asam, kangkung masak belacan, sambal kentang, sambal ikan, ikan goreng (tuk Marissa), ulam-ulaman dan sambal  belacan


Aku bab2 presentation, memang fail ok, pinggan mangkuk, sudu sumer aku main sebat jer...takde nak lawa2.. nak menghias apatah lagi....dah memasak ni dah cukup baik dah kan... takpe nanti kita kasi gilap lagi presentation skill tu yo.

Hasil-Hasil Daripada Dua Jam Itu

Nak tau apa yg aku dapat dalam tempoh 2 jam itu? Aku sebenarnya kalau ikutkan jenis yg jarang2 sgt kalau keluar time lunch. Tapi kalau dah keluar tuh, tak hagak2 pulak jadinya. Aku pun tak caya aku sorang2 sampai ke Jalan TAR sana. Selalunya mesti nak berfren-fren.

Ok ni aku punya. Semuanya adalah aku punya. Bunyi cam tamak jer.

kain pasang, tudung, inner

Aku ni kalau beli kain mesti tak lari konsep aku. Mesti kaler2 dan design ala2 camtuh. Kadang2 nak tukar lain gak, tapi mata ni asik tertacap yg macam itu jugak. Sekarang ni banyak sgt jemputan kahwin, so kena spare baju kurung/kurung moden lebih sikit lah. Kebaya2 memang lama dah tak pakai. Mungkin nak try abaya pulak pasni.

Ini pulak hasil sopingan kat Sogo, khas utk anakanda tercinta. Mula2 nak beli sehelai jer, pastu nampak yg ni pun cantik, pastu nampak yg tu pun cantik, pastu dah tak tau nak pilih mana satu, takmo pening2 kita amik jelah sumer. Tamak lagi kan?
Bertambah lagi gaun Marissa

Tapi tak semua baju tu adalah hak milik Marissa, sbb salah satu baju itu aku dah niatkan utk diberikan kepada seseorang sempena her 2nd birthday. Dah siap pack dah pun. Taraaaa....


card birthday tu handmade tau...

Aku ni jenis kalau ada baru, mesti kalau balik rmh tak sabar nak try2, sama camtu jugaklah aku wat kat Marissa, asal ada baju baru jer, mesti aku suh dia try cpt2. Seb baik mood Marissa bagus hari tuh, dia tak kisah pun aku tukar2kan baju dia hari tuh, siap cakap "tek... tek..." (read = cantik) pastu siap buat pusing2 ala2 model.. pastu dress dia pun mengembang sekali... feeling sgt minah tu kan..

Rindulah Pulak...

Hari-hari pun rindu sebenarnya. Padahal kalau depan mata kengkadang asik bercakaran sahaja. Memang betul pun, aku ni asiklah jadi mangsa cakaran beliau. Sekali kena cakar otamatik tangan dia aku lepuk. Pedih ok. Nasib baik kesan2 lama dah semakin hilang. Kalau tidak memang beranginlah mak dia ni, yelah mamanya ia2 jer maleburkan duit utk skin care, mekap segala, tapi muka cam org gangster, calar sana, calar sini.

Tapi walau apa pun yg dilakukan oleh anak ini, mama tetap sayang bangat sama kamu. Pagi ni rasa rindu menebal sgt kat budak kecik sorang nie, ditambah pulak membaca entry2 di archive, membaca entry2 tatkala mengandungkan dia, membaca entry2 melahirkan dia, rasa sungguh lain benar perasaan ini. Rasa rindu dengan detik2 manis itu semua. Pantas sungguh masa berlalu, dah besar dah rupanya anak mama nie. Kelmarin, 28 Jan, Marissa genap berusia 20 bulan = setahun lapan bulan.

Marissa on her 20 months birthday - gaya buat peace lah kononnya tu

Dah memang boleh sgt jadi kawan dah budak ni. Dah boleh borak2 dah dengan dia, walaupun perkataan dia masih lagi terhad lah, tapi dia boleh paham kita seratus peratus. Takat nak suruh itu, suruh ini ditambah pulak dengan puji-pujian memang laju jelah dia buat apa yg kita suruh.

Tapi apa yg selalu membuat mak dia naik hantu ialah apabila kita dah penat2 masak, dan tak sabar2 nak kasi dia makan, dia nganga memang nganga, tapi kalau time dia memang taknak makan, dia akan luahkan semula.... taim tuh, sama ada dia atau aku yg akan menangis...penat memasak tak habis, ditambah pulak kerja nak menyapu/mengvakum/mengemas.



Dah boleh harap dah anak dara ni, leh tolong kita cuci kain, sidai kain dan macam2 lagi.. cam semalam aku nak cuci kain baju dia, adalah sebakul penuh, tu baju dia sahaja.. baju dia memang hover, so sebelum aku masuk mesin aku akan asing2kan mengikut kaler baju. Aku longgok2 kan dulu kat lantai, selonggor baju kaler puti, selonggok baju kaler pink dan selonggok lagi warna macam2... aku memang biasa wat camni, pastu aku akan masukkan ke dalam laundry net. Tapi semalam belum sempat aku masukkan ke dalam net tu, dia dah siap masukkan semua kainbaju tu ke dalam bakul semula. Tak sampai hati aku nak halang tengok usaha gigih dia tuh. Sebutir-sebutir dia bawak masuk ke dalam bakul. Tak boleh sikit pun bahagian baju yg terkeluar dari bakul, cam tali dress dia, terjuntai ke luar, dia masukkan rapi2. Pastu bakul cam nak dekat penuh, dia tekan2 kain tu ke bawah. Cute giler aku tengok, kecik2 dah menunjukkan ciri2 kebibikan...hehehe. Membantu sgt kann???

Pastu kan malam tadi tgk AJL, selalu dia suka jer dengar lagu Cinta Muka Buku tuh, tapi malam tadi sibuk pulak sibuk nak main ngan tab aku. Aku nak bermuka buku pun tak boleh....:(

tengah iklan

sudah terperasan aku mengambik gambarnya

terus bangun ko... nak rampas tab dari aku

Aku tak dapat tgk abis pun AJL malam tadi, lepas lagu Sungai Lui kot aku rasa aku dah terlelap. Sedar sedar tgk dah umumkan dia punya juara.... Tapi rasanya sumer yg memang tu layak tuk memang lah...

Oklah aku pun tak tau apa aku nak citer ni, kejap pasal rindu, kejap pasal anak, tup2 pasal AJL pulak.

Friday, January 27, 2012

Dalam Tempoh Dua Jam RM RM Berterbangan. Pitam!!!!

Cam biasa lah Jumaat kan break panjang sikit. So, plan mau ke Sogo, kononnya nak cari baju Marissa, baju dia sumer aku dah lenjan wat pakai harian so, bila ada majlis sikit aku dah tak tau nak pakaikan baju apa lagi, padahal boleh jer pakai yg ada tuh, tapi tahlah mungkin ni alasan tuk beli baju baru kot...

Hari ni aku jalan sorang2 jer, best gak jalan sorang2 ni, ikut suka hati kaki jer nak jalan ke mana, dan byk tempat boleh pergi. Kalau ngan member pun best jugak, ada teman berborak dan kita boleh tanya dia ni ok tak? yg ni ok tak? ni lawa tak? ni gi sengsorang sendiri tanya, sendiri jawab lah.

Dah sampai Sogo, hati berbisik nak ke Jalan TAR pulak, rasanya lama giler dah jalan ke sana, saje nak cari tudung2 murah. Ai pakai tudung murah jer u olsss bukan Ariani aptah lagi Fareeda. Aku suka pakai tudung shawl compared to pakai tudung2 yg ada awning nie. Sbbnya aku adalah pemalas lipas. Eh bukan pakai tudung awning lagi mudah ker dari pakai tudung nak belit2 nie. Yer tang tu betul lah tu, tudung awning, ko sarung jer dah siap. Bukan itu masalahnya. Masalahnya aku malas nak handwash2 bagai, yelah kang kalau masuk mesin kang, kemek2 pulak awning ko ni kan... pastu kang nak hang pun kena hanger betul2.. payah pulak nak menjaganya... tambah lagi kalau beli yg mahal2 tu lagi extra ordinary dia punya penjagaan..so pakai murah2 pun sudehhh.. rosak beli lain....

Dah dapat cari tudung, ingat nak gi Gulatis pulak, nak cari kain pulak, tapi terlalu pulak dekat depan Nagoya, so tersinggah pulak. Wah tersinggah kata ko yer.... dah tersinggah tu terbeli pulak... so dah beli kat sana tak jadi lah nak ke Gulatis, sbb aku nak ke Sogo pula.

Kat Sogo terus ke tempat Kids n baby, tak leh singgah kat tempat lah dah, kang ada pulak benda lain yg terbeli.. no no no..

Maka amik lah beberapa helai baju yg menawan hati... pastu pergi bayar... pastu masa nak balik masa nak turun eskalator, aku baru tingat yg sebenarnya tujuan aku nak ke Sogo itu adalah tuk menggunakan voucher yg aku dapat hari tu... DEMMMM   ada balance 80 ringgit lagi... kalau aku pakai voucher tu, takdelah aku kena bayar dekat 300 tadi... RUGIIIIIIIIIII.... sob sob sob.. aku lupa giler time nak bayar tadi... bengong tul lah....

Bawa Marissa Bermain di Playground

Petang semalam sampai rmh adalah awal. Sonoknya kalau hari2 leh balik awal camni. Tak yah naik komuter. Ada org jemput. Jalan tak jammed. Masuk2 kereta semalam, sedih tgk pakaian anak. Tu lah dia kalau bapak dia yg siapkan. Semalam kan seharian Marissa bersama yayahnya di rmh nanny.  Punyalah aku spare 2 helai gaun, sehelai t-shirt dan mini skirt dan sepasang baju tido.

"Marissa dah mandi petang ke?"
"belum"
"dah tu pakai seluar tido je nie?"
"dari tengah hari tadi dia pakai baju ni"

Ok fine aku tau lah dia nak protect kaki anak dia, aku tak kisahlah dia matchkan t-shirt tu dengan seluar tido instead of mini skirt tuh, tapi adalah kepelikan bila bahagian t-shirt yg sepatutnya di depan dipakai kebelakang. Senang kata terbalik lah.

"yang.... Marissa pakai baju terbalik  lah"
"oh yer ker... tak perasan pulak"

Ok ni lah dia budak yg pakai baju terbalik tuh. Aku pun satu biarkan jer tak betulkan, alih2 dah sampai playgroud dia terus nak bermain. Pergilah nak. Mula2 aku tunggu dalam kete jer. Tapi bila tengok dua beranak ni syok jer bermain, aku pun keluar lah jugak. Peduliklah tumit kasut terbenam kat tanah.

itulah ada peace versi Marissa

Ada sorang anak cino di situ - Marissa masih lagi dalam mode "peace"


main gelongsor

Aku rasa first time kot Marissa main gelongsor nie, sian Marissa playground kat belakang rmh jer, tapi aku jarang sgt2 bawak dia bermain kat sana. Yelah dulu kecik lagi kan, sekarang dah besar sikit dah boleh main dah. Ok nanti mama bawak ke taman yg lagi best yer.



Sikit pun tak gayat. Pastu taknak org pegang dia. Dia nak lepas sendiri. Kita bukan apa takut nanti kepala dia terhantuk ke apa. Yelah dia bukan pandai nak kontrol2 pun lagi.

suka dia wey

Dah puas main tu, nak panjat2 tangga pulak, apa tak puas lagi ke main tangga kat rmh? Kemain laju lagi dia naik tangga, kita pegang dia, ditepis2nya kita. Tu lah budak kan, selagi tak jatuh dia tak tau. Macam hari tuh, dia tejatuh dari kabinet tv yg dia suka sgt panjat tuh, sejak hari tu, langsung aku tak nampak dia panjat kabinet tu lagi. Aku suruh2 dia pun dia taknak. Lesson learnt di situ.

menuju puncak

 
ewah-ewah
panjat ni pulak

 
masuk terowong ni pulak

Seb baik lah bapaknya rajin nak melayan, aku tukang sibuk jer. tukang amik gambar jer. Hehe.

terserlah keterbalikan baju yg dipakai

Tak boleh nak salah kan suami, sbb baju tu depan belakang pun ada butang. Butang depan tu just hiasan saje pastu ada ropol2 sikit.  Yelah lelaki ni mana lah nak kisah ropol2 patut kat depan ke belakang ker.
oklah tak nak nampak terbalik sgt

 
partner Marissa - hepi nampak? ni mesti kecik2 tak puas nak main nie..hehe
 
time ni patutnya nak balik dah.. tapi sibuk ajak ayahnya nak main seround lagi

 
ikut jelah kata anakmu itu

Hari ni kalau sampai rmh matahari tak terbenam lagi, kita gi main lagi yer Marissa.