Since Paed yg merawat Marissa suruh kami ingat bila Marissa kena chicken pox sampai bila2. Maka aku pun wat lah entry ni. Paed kata lagi nanti Marissa tak yah kena kena jab utk chicken pox bila 15 bulan nanti. Katanya tubuh dah immune.
Bermula 14 Nov. Marissa macam dedar. Pastu ada satu biji merah kat dahi. Kami fikir itu adalah kesan gigit nyamuk. Tapi since suhu cam tinggi sikit just letak je cool fever kat dahi kasi turun sikit suhu.
Ayah pun gedik nak tepek kat dahi gak

Menjelang petang tu, biji2 semakin bertambah kat muka Marissa.
masa ni dah saspek dah mesti chicken pox15hb baru bawak Marissa jumpa paed. Masa tu hari Isnin. Siang tu aku kerja. Malam baru gi klinik. Doktor mengesahkan itu adalah chicken pox. Doktor kata biji2 merah akan bertambah byk keluar by end of week. Maka aku pun standby amik cuti siap tuk menjaga anak.
Makin kelihatan16 Nov - mula tumbuh kat badan. Tapi yg paling byk tumbuh kat muka dan kepala. Hari tu jugak nanny Marissa datang rmh bawak daun semambu. Atuk marissa yg suruh nanny hantar daun tu pagi2 tu jugak. Siap atuk suruh sorang India carikan daun Semambu itu. Daun tu buat lapik tido Marissa. Air rebusan dia pulak buat mandi Marissa. "Thank u to atuk & nanny".
kat leher pun mula nak tumbuh17 Nov - Makin berleluasa biji merah. Kat badan, kat kaki sumer kuar. Masa ni hari raya Haji. Tak beraya mana pun. Kesian tgk Marissa. Takut dia gatal ke apa.

18 Nov - Biji2 merah semakin mengelembung. Time ni sumer org takut nak pegang Marissa. Takut biji2 tu pecah. Tapi bila dah jadi mak ni sumer pun jadi berani. Cuba ni anak sedara aku yg kena mesti aku sakit2 bontot tengok. Tapi tulah.. bila anak yg kena kita pun jadi strong. Kalau bukan kita nak jaga, sapa lagi kan..
Walaupun begitu Marissa tetap cam biasa sajer. Biasalah baby kan mana tau sakit sumer kan. Syukurlah Marissa ni jenis tak byk ragam. Mama bersyukur sgt. Makan ubat pun mudah. Syok agaknya sbb dapat merasa sesuatu yg lain dari susu ibu dia kot.
ceria cam biasaTapi walaupun begitu, bila cek2 suhu Marissa, rupanya tinggi. Memang kami sentiasa monitor supaya suhu dia tidak terus tinggi.
cian dia
Malam tu pun Marissa demam. Setiap setengah jam ayah Marissa tukar tuala kat dahi Marissa. Merengek-rengek tu adalah. Mungkin baru dia rasa tak selesa. Tapi mujur Marissa still menyusu seperti biasa. Tu yg buat dia kuat agaknya.
cian diaTak tau nak citer apa lagi, kita tgk jelah perkembangan Marissa hingga ke hari ni ye.