Thursday, January 21, 2010

Semoga Semuanya Dipermudahkan

Kalau dapat mungkin boleh lah dikatakan rezeki baby. Kalau tak dapat mungkin ini yg terbaik buat masa ini.

All the best.

Kesian Dia

Tadi my husband called.

Husband: Tadi tengahari tadi Shah makan nasi. Shah amik lauk ikan masak asam pedas.

Wife: Ermm.. sedap..

Husband: Tengah makan sedap2 Shah nampak ulat menjalar2 kat tepi pinggan. Shah kopek kat kepala ikan tu tengok byk ulat. Eeii.. terus terbantut selera nak makan.

Wife: Pastu? Tak gi marah ker kat tukang jual tu?

Husband: Takdelah marah, tapi Shah tunjuklah makanan tu kat org kedai tu. Dia mintak maaf lah dan dia kata ikan yg dia masak tu ikan baru. Pastu dia suruh amik makanan lain. Tapi Shah dah tak lalu dah.

Wife: Abih tu kena bayar gak tak nasi berulat tu?

Husband: Tak. Bayar duit air jer. Tapi masalahnya Shah dah makan dekat separuh dah nasi tu. Eeeii gelinya.

Kesian lakiku tak pasal2 dalam makanan ada ulat. Harap2 dia tak termakan lah ulat2 tu. Eeei kembang tekak aku.

Para peniaga ni pun satu, nak berniaga, berniaga lah betul2. Tak baik aniaya pelanggan mcm tu sekali. Macam manalah bisnes nak berkat.

Wednesday, January 20, 2010

Check-Up Kali Ketiga

Ni bulan lepas punya check-up utk 4 bulan punya. Date check-up hari tu ialah 26 Dec 2009. 2 Hari selepas birthday aku.

Aku sampai sekarang ni belum lagi putuskan nak bersalin kat mana nanti. Tapi sepanjang buat pemeriksaan kat Pusrawi tgk mcm ok jer. Doktor pun mcm ok jer. Tapi tak tau lagi lah, masih sedang survey-menyurvey lagi. Mungkin jugak nak ke Damansara Specialist. Tapi kalau dah kat sini ok, wat pe nak susah2 lagi kan. Tgklah mcm mana nanti.

Alhamdulillah check-up hari tu sumer ok. Baby pun semakin membesar. Time tu panjang baby lebih kurang 9cm.

Selesai scan

Boboy or gigirl?

Belum tau lagi jantinanya. Mungkin next check-up dah boleh tau kot. Next check-up tak lama jer lagi minggu dpn sahaja. Patutnya hari Sabtu nie, tapi sbb mummy ngan daddy dia ada hal weekend ni maka check-up ditunda ke minggu dpn.

Diam tak diam dah nak masuk 5 bulan. Kadang2 rasa cepat. Kadang2 rasa lambat. Apa2lah.. yg penting kedua2 mummy dan baby berada dalam keadaan sihat.

Masa hari tu cek urine, takde kencing manis. Tekanan darah pun ok. Harap next check-up pun oklah lagi. Tiap2 kali nak buat check-up perasaan berdebar2 dan gembira. Berdebar2 sbb takut doktor detect itu atau ini. Gembira sbb dapat tgk baby melalui scanning machine.

Doktor jugak ada amik darah masa hari tu utk bacaan hemoglobin (eh ntah lah aku tak berapa sure lah utk apa). Keputusannya akan dapat pada next check up.

cucuk jangan tak cucuk

Next check-up jgk doktor kata nak kasi injection titanus utk baby. Tapi bukan baby lah yg kena enjet haruslah mak dia yg kena kan.

Aktiviti-Aktiviti Di sana

Seperti yg sedia maklum, takde apa lah sgt aktiviti yg boleh dilakukan kat Fraser Hill tuh. Tempat dia pun bukan lah besar mana pun, tak mcm Cameron Highland, byk tempat boleh pergi. Tapi boleh lah jugak kalau nak beristirehat sahaja. Aku pun sajer jer nak pergi, sbb tak pernah pergi langsung pun ke sana. At least menjejak lah jugak kaki kat atas Bukit Fraser tuh.


Gate utk ke puncak Fraser Hill


Bila sampai kat gate nie hanya satu laluan sahaja yg akan dibuka. Sejam tuk naik, sejam tuk turun. Aku ingat2 lupa lah.. waktu genap utk turun kot, waktu ganjil utk naik. Tetapi selepas pukul 7 mlm, laluan dibuka tuk 2 hala.

Jalan tuk naik ke atas tu takdelah besar mana pun. Boleh lah muat2 sebijik kete. Tapi aku terfikir kalau after 7 dia bukak 2 hala, muat ke tuk 2 bijik kete jalan sekali. Tentulah tak muat, sbb jalan sempit, so para pengguna kena bertolak ansur lah kasi laluan mana perlu dulu. Lagipun after 7 tak ramai pengguna sgt dah.


kete ni kat dpn kiterang masa nak naik ke atas

Tak taulah sape punya kereta. Punyalah perlahan tahap siput babi. Pastu terbrek-brek. Punyalah berderet kereta belakang kereta kiterang. Mungkin dia kali pertama naik ke atas tu kot. Dia takut ada kete kat depan turun lalu bertembung ngan keretanya kot, tu pasal lah dia asyik terbrek2. Mungkin dia tak tau yg waktu tu takde kereta yg akan turun time tuh.

Aku adalah tamak, membooking 2 tempat dalam satu masa iaitu apartment kat Pine Resort dan sebuah banglo utk percutian yg singkat itu. Tapi kami mengambil keputusan utk menetap sahaja di banglo yg besar dan terpencil di atas bukit itu. Ini kerana pintu di apartment Pine Resort tu susah sgt nak dibukak. Mungkin kuncinya sudah rosak.

Bila dah sampai ke tempat penginapan, rasa malas pulak nak keluar2 cari makan. Dengan cuaca petang yg semakin mendingin. Jadi kami, mengambil keputusan tuk masak2 sahaja di sana. Mujur bekalan bhn mentah dibawa siap2. Apa yg kami masak?



Telur dadar


Sardine



Semasa sardine ini dimasak kami belum lagi mendapat email yg mengatakan sardine dalam tin cam ayam tu adalah bercampur dengan daging katak. Eeeeeiii yuuucksss.. Tapi jangan bimbang yer, pihak pengurusan sardine cap ayam tu telah mengeluarkan kenyataan dalam surat khabar yg sardine yg dikeluarkan adalah halal dan tidak pernah dicampurkan dengan daging2 yg tidak sepatutnya. Eh, off topic pulak..takpe for info jer..




Menu makan malam yg simple tapi lazat; ada juga sambal kentang & ayam goreng ayamas


Selepas makan, kami duduk bergelimpangan di hadapan kaca televisyen, sambil merehat2kan diri dan menghilangkan sakit2 kepala, maklumlah jalan nak ke Fraser Hill tu kan berlingkar2. Mujur aku tak muntah.


Hall yg luas

Kalau nak duk di sini gi ramai2 syok lah.. kalau gi berduaan tak sanggup aku.. yelah rmh dah lah besar, bilik byk pulak, issyy seram kalau gi berdua. Tapi kalau gi ramai2 tak seram, tapi meriah.

Pagi keesokannya, kami bangkit awal dan amik udara pagi yg nyaman. Akak aku gi bawak anak2 dia berjogging.


Aku pulak just amik angin jer

Kat sana memang takde ke manalah. Just stay kat sana jer. Sambil melakukan aktiviti2 riadah & bergambar2.


Main ping pong

Si Adam ni, apa sajer yg org nak main, sumer dia nak nyibuk. Tak aman tau kiterang nak main. Shah main ping pong, dia nak jugak, aku main congkak dia nak nyibuk gak, aku main chess dia nak nyibuk gak.. adoi ai..

mcm teror main chess, padahal nak susun tu pun tak reti



Ain ngan mak aku main congkak


Time main congkak nie memang kelakar tau. Dah lah mak aku pakai kain batik tu wat kelubung kat kepala, sbb mak aku lupa nak bawak tudung sarung dia tuh (tudung segera tu), pastu anak tudung pulak tah hilang ke mana, pastu nak cpt mak aku sauk jelah kain batik tu wat tutup kepala. Boleh aku ngan adik pompuan aku wat lawak. Kiterang duk citer pasal citer "Congkak", kan maknya si Adlin tu berlakon main congkak siap pakai kain batik bagai kan.. Bongok betul kiterang selamba jer melawak tak kira tempat. Dah lah tempat tinggal kiterang tu dah mcm ala2 dalam filem congkak tuh, jauh daripada org sekeliling... Tapi kiterang selamba jer sebab petang tu nak check out dah.. kalau tidak mau malam2 dengar org main congkak.. hahahaha mulut celupar..

Tapi serius memang seronok lah kat sana. Takdelah apa2 kejadian yg tidak diingini berlaku. Yelah sebelum ni ada gak lah dengar org kata Fraser Hill tu keras lah, tempat jin bertendang lah, apalah, yelah tempat yg kurang dikunjungi org. Tapi pada kami ok jer tempat tuh. Sesuai tuk menenangkan jiwa dan raga.



Kami stay satu malam jer kat sana. Pergi hari Sabtu dan check-out hari Ahad. Sbbnya hari Isninnya itu aku kena kerja.

Ke kanan atau ke kiri?
Sebelum pulang pusing2 dulu kat sekitar Bukit Fraser sambil membeli souvenir. Alah takat fridge magnet sebagai penambah collection jer.



Dipaksa bergambar




Mak, aku, adik aku, akak aku, adik aku


sape yg gumuk?


Kalau ke Fraser Hill, tak sah kalau tak amik gambar di sini



Bersama hasil shoppingan cenderamata, dapat percuma beg


mcm sejuk sgt - tapi sejuk lah jugak

Sementara nak menunggu gate dibuka utk perjalanan turun kami lepak2 dulu kat dataran kat depan kelab golf.



Tak sangka pulak tengah menunggu tu ternampak pulak Malika (kenal sape itu Malika? ala.. yg berlakon cucu betong tu, yg byk kena komen tu). Tak kenal gak? Sheila Rusli lah. Jinggo pun ada gak. Mereka pun lepak2 gak kat situ, sementara nak menunggu gate dibuka.

yang tudung biru tu lah 'Malika", yg lain2 tu family member dia

Lebih kurang pukul 6 ptg, gate pun dibuka. Kami pun memulakan perjalanan pulang. Kereta kami betul2 kat belakang kereta Sheila Rusli, Harrier yg berkaler hitam. Kete ni rupanya byk kali dorang gunakan tuk berlakon.

Sekian, entry aku yg agak panjang selepas mood malas melanda. Tak taulah pasni terus rajin ke malas.

Tuesday, January 19, 2010

Miss Me?

Boring pulak blog ni, dah lama takde gambar2. Ok hari ni aku rajin sikit aku update bergambar sekali.. hoye...tepuk tgn utk diri sendiri...

Ni gambar nak kata latest tu taklah latest sgt, sbb ni sumer gambar masa hujung tahun lepas, masa vacation bersama keluarga tersayang kat Little London. Wah London lah sangat padahal kat Fraser Hill sajer. Actually, percutian yg tak dirancang tuk pergi bersama family, sbb plan asal nak gi sama2 ngan member2, tapi sbb ramai yg cannot make it, jadinya daripada nak cancel resort sumer, aku pun ajaklah family aku sumer dan mereka sumer pun ok saja. So, proceed saje lah.


kami



aku


kami lagi


dan kami lagi

hahaha serius tak tau nak buh caption apa... nanti aku sambung lagi pasal cuti2 ni yer.... sebelum tu aku tinggalkan dengan muka2 sengal kami yg tak mandi pagi... fuh sejuk giler kat atas tuh...











Sama Tapi Tak Serupa



Amboi.. amboi.. amboi.. tah sapelah yg ajar mereka ni bercium nie.. takkan kucing tu kot.. ni mesti kerja "cik cah" nya nie...

Thursday, January 14, 2010

Jangan Benci-Benci

Org kata time2 mengandung nie tak baik kalau kita benci2 ngan org. Nanti anak kita jadi cam rupa dia. So, kalau nak benci, bencilah org yg cantik2 macam Maya Karin ker, Nur Fazura ker, Arthur ke (anak raja dlm citer Merlin tu). Tapi apa kejadahnya nak benci mereka dengan tetiba, mereka takde salah ngan aku.

Masalah aku sekarang nie, aku takleh nak berhadapan ngan seseorang nie. Aku bukan tak suka dia, tapi aku tak senang dengan cara dia. Aku cuba lah tuk jauhkan rasa benci2 atau tak suka, tapi lagi buat camtu, lagi cam sakit hati pulak. Macam memendam rasa pulak. Yang nyatanya aku betul2 tak leh terima cara dia. Caranya itu, kadang2 membuatkan aku rasa geram sgt2 dan kadang2 rasa tak tahan.

p/s: Aku harap baby ikut rupa daddy dia. Daddy dia kalau tido cute jer. So, takkan aku nak benci ngan laki sendiri kot?????

Contact Number

Eh lupa nak cakap. Sekarang ni, aku dah dapat balik no hp aku yg hilang hari tuh. Laki aku pun baik hati memberikan aku sebuah hp sempena harijadi yg lepas. Walaupun sebelum ni dia gitau aku, yg dia takkan kasi aku hp memandangkan tahap kecuaian aku yg terhapa tuh.

Tetapi apalah maknanya kalau dah ada hp, tapi phonebook aku adalah kosong. Dengan ini kepada kawan2 yg sebelum ni pernah mengontact aku, pernah ada nombor telefon aku, sudilah kiranya meninggalkan nombor telefon korang kat sini. Yang tak pernah contact aku pun, tapi kalau korang rasa korang kawan aku (tak kiralah kawan blog ke, kawan sekolah ke, kawan kerja ke), sudi2lah meninggalkan contact no korang yer. Dun worry aku tak publish komen yg ada nombor tipon korang tuh.

Kerjasama anda didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Dalam Seminggu Mesti Kena Sekali

Ni bukanlah nak komplen ke apa. Ni sebagai rujukan aku di masa depan jer.

Aku notis sejak dari hujung thn lepas, dalam seminggu tu mesti aku kena sekali. Kena apa?

Kena serang sakit kepala yg berdenyut2. Semalam aku kena sekali lagi. Memang dari pagi tu rasa cam tak sedap badan. Tapi gigihkan gak lah diri wat cam biasa. Gi klinik kat ofis dapat ubat, tapi tak dapat MC (ngengadakan awal2 tahun sudah mau MC) tapi bagus gak tak dapat MC pun, bukan tak larat langsung, cuma kepala ni jer yg berdenyut2. Pening dia on and off. So, lunch time semalam aku pun belilah lunch cam biasa. Syukur, selera makan tu masih ada. Tak lupa jugak air sirap bandung (sekarang ni minat betul nak minum sirap bandung ajer). Masa makan tu, memang dah terdetik dah, ni mesti keluar balik nanti nie (muntah). Berdasarkan pengalaman2 minggu2 sudah, kalau aku pening2 siang tu malam mesti aku muntah.

Tidak syak lagi. Petang semalam sampai rmh, terus mandi. Cam biasa time kat bilik air tu mulalah aku start uwek2. Seksa memang lah seksa gak bila isi perut tu nak kuar balik kan. Dengan kepala yg berdenyut2 tuh, aku pun pasrahlah tuk memuntahkan sumer hasil makanan pada hari tuh. Cam biasa lepas muntah kepala rasa ringan sikit dan badan rasa lega. Tapi tulah tuk mendapat kelegaan tu terpaksa menempuhi kesiksaan masa muntah tuh.

Korang ada petua tak camne nak hilangkan rasa pening2 dan muntah2 nie? Aku harap tempoh ni hanya sementara lah buat aku, tapi ada org kata mungkin akan berterusan sehingga hari bersalin nanti.

Demimu suami dan baby, akan ku tanggung sumer ini. Wah tetiba lak syahdu.

Tuesday, January 12, 2010

Permulaan Buat 2010

Tak tau nak mula tang mana. Dah lama benar rasanya tak menulis di blog. Nak update pasal apa eh. Byk citer yg aku tak citerkan lagi, citer tahun lepas pun melambak. May be akan skip je lah citer2 tahun lepas. Tapi tgk lah kalau ada kerajinan aku citer lah.

Oh ya sebelum tu, masih belum terlambat lagi tuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada sumer. Walaupun blog ini tidak diupdate dari tahun lepas tapi aku tgk hari2 ada jer visitor yg masuk ke sini. Rasa bersalah pulak, bila tak update lama2. Rasa cam kejam jer. Yelah baca blog org je reti, tapi blog sendiri tak berupdate2. Sungguh tidak adil.

Last update pasal birthday aku kan. Ini kira continuation daripada citer birthday aku tu lah. Masa birthday tu aku keje cam biasalah. Takde gi celebrate mana2 pun, abis kerja balik rmh. Balik2 rmh tgk anak2 buah aku si Ain ngan Adam tu setia menanti aku pulang dari kerja. Jangan tak tau ada surprise dari mereka tau.

Masuk2 jer rmh budak berdua tu suh aku masuk bilik aku cpt2. Rupa2nya dorang dok deco bilik aku ngan belon2. Dah cam bilik pengantin pulak. Ops bilik pengantin ada belon ker? Tak2.. ini perumpamaan jer.

Tak cukup ngan tu.. kat atas katil ada pulak sekeping kad harijadi buatan tangan (hand made) si Ain. Cute sekali kadnya. Kreatif gak anak buah aku tuh. Siap ada gambar2 lagi, gambar ayang (aku), Ain & Adam. Pastu siap ada rama2 yg kalerful lagi dengan kata ucapan selamat hari jadi. Sonok gak diraikan oleh mereka2 nie.

Derang ni sayang sgt kat ayang derang nie.. hehe aku perasan. Tapi memang betul pun. Akak aku citer malam sebelum birthday aku tu, akak aku gitau kat budak2 tu yg esoknya birthday aku, terus lintang pukang derang kuar kertas, kaler sumer & berhempas pulas nak menyiapkan kad tuk aku.

Tu belum lagi budak2 ni call Ucu dia (adik aku) suh beli belon sumer. Siap kena paksa kena tiup belon lagi tuk aku. Lawak betul budak2 nie.

Akak aku yg sulung pulak belikan aku lagi sebijik kek SR. Si Ain pandai2 lah pulak suh akak aku beli kek berbentuk love. Mana lah ada kat SR tu kek bentuk love. Tapi apapun derang yg eksaited ngan kek ngan lilin tu sumer. Apa taknya dah tentu derang gak yg sibuk nak meniup lilin tu sumer. Dah tu konsep mereka harijadi org adalah harijadi mereka sekali. So layan....

Ok, kalau ikutkan perancangan, ingat nak buatlah birthday party, i mean buat makan2 ngan member2 sumer dalam minggu akhir December tuh, tapi keadaan tak berapa mengizinkan pulak. Maka takdelah birthday party. Sob sob sob. Keadaan aku sekang nie susah sikit nak jangka. Kejap ok. Kejap pening. Kejap malas. Kejap tak larat. So, aku amik keputusan duk rmh je lah sepanjang minggu akhir Dec tu. Dahlah aku cuti dari Christmas sampai New Year. So berehat jelah kat rmh jawabnya.

Update pasal diri aku plak. Aku dah 18 minggu ataupun 4 bulan 2 minggu camtulah kot. Last check-up 26 Dec hari tuh. Alhamdulillah sumernya ok. Berat aku time tu 56.5kg. Oklah naik sekilo dari second check-up. Ok ni summary berat aku dari mula2 aku disahkan preggy.

First Check-up (31/10/09) : 53 kg (masa ni aku lebih kurang dah 7 minggu)
2nd Check-up (28/11/09): 55.5 kg (naik 2 kilo ko..terus aku control mkn balik, takmo mkn ikut perasaan)
3rd Check-up (26/12/09): 56.5 kg (nasib naik sekilo jer)

Amacam berat tak aku sekarang nie? oklah tu kot dgn ketinggian 170cm. Masih ideal lagi kot.

Apa nak buat time tu selera memang susah nak dikawal, pantang terlintas di hati, mesti nak makan jugak. Tapi sekarang dah ok dah, boleh tahan nafsu dah. Lagipun doktor kata, makan byk2 pun bukan pergi ke baby pun, pergi ke mummy dia dulu.

Ok biasa ibu2 mengandung 1st 3 months itu adalah satu tempoh yg agak seksa sikit, i mean pening2 dan loya2 sumer kan. Tapi aku Alhamduillah 1st terimester aku berlalu tanpa aku mengalami gejala2 tu sumer. Sampai doktor kata "baguslah takde alahan2 ni sumer, senang nak beranak byk2". Amboi doktor.. yg ni pun tak kuar lagi dah nak suh aku beranak lagi.. hehehe

Tapi bila dah masuk 2nd terimester ni, barulah aku mengalami gejala2 tu sumer. So far, adalah 3, 4 kali gak lah aku muntah2. Sesekali tu sakit kepala pun datang menyerang. Tapi masih bersyukur sbb gejala ni menyerang aku pada waktu malam kebanyakannya, so takdelah menganggu hari2 aku bekerja.

Rutin harian aku pulak sekarang ni adalah dipaksa tuk minum susu oleh sape lagi.. my husband lah. Mula2 dulu minum susu EnfaMama (gift daripada hospital) tapi lama2 cam boring pulak asik minum susu perasa vanilla tu, terus tukar ke Anmum perisa cekelat. Hah baru best sikit. Tapi kalau takde laki aku yg bancuh susu tuh, takdelah aku minum susu. Bukanlah malas nak bancuh sendiri, tapi bila bancuh sendiri rasa cam tak sedap pulak. Hehehe alasan. Tapi bukan aku suh pun laki aku bancuh kan pun, kalau dia tak buat lagi bagus, takyah aku minum susu. Tapi takde maknanyalah dia nak skip buat susu tuk aku. Dah nampak cam buat susu anak pulak. Takpe biarkan dia prektik.

Lagi.. nak update pasal apa yer.. nantilah aku sambung lain kali..