Friday, June 26, 2009

Membuat Rawatan Mata

Kalau nak ikutkan mata aku yg teruk sikit dia nyer eyebag. Tapi mengapakah ini pulak yg terjadi?



Ini bukan mata aku. Pesal lak nak letak mask kat mata laki aku pulak kan?

Tapi apa nak buat dah nama laki kan, kalau dia suh kita buat, kita buat jerlah. Laki aku ni suka jer ikut apa yg aku buat. Aku pun just layankan ajer.
Tak cukup tu siap suh aku wat facial lagi kat muka dia tuh. Takpe kita kita wat jer...



tompok2 aku letakkan night cream kat muka dia

Aku pun memang takde hal nak layan dia.. aku pun buatlah facial lagi kat muka dia.. tapi takdelah aku cuci muka dia, sbb dia dah siap2 cuci masa mandi sebelum tu.

Aku just sapukan tonner pastu letakkan night cream.

Selepas krim telah diratakan. Pastu suh dia rilex for a few mins.. kasi mask tu menyerap dan kering

memang rilex jelah dia..lelap lah jugak kejap

After a few mins dia pun terjaga suh aku tanggalkan eye mask dia tuh. Ngada tau.. padahal boleh jer tarik sendiri..

"ok dah tanggalkan mask ni, pls"

si isteri pun tanggalkan lah ia secara perlahan-lahan

Hampir selesai
So, ginilah hasilnya.......

berseri-seri tak? hahaha yg nyata mata tetap sepet bila bergambar..

Akhir kata kalau bukan kita yg nak 'cantikkan' laki kita sapa lagi yang buat kan? Tapi jgn esok dah cantik2 gi cari pompuan lain pulak yer! eh cantik ker? tak sesuai.....

Apa yg Dibeli?

Sebenarnya takde apalah sgt nak dibeli pun, cumanya ingat nak cari2 baju. Tapi lain yg dicari, lain yg dibeli. Beginilah yg akan terjadi sekiranya keluar shopping tanpa membawa list2 yg perlu dibeli.

Tu pun mujur time shopping nya singkat, katanya lepas kerja kan, pastu balik pun nak kena cpt2 sbb esoknya kan nak kerja. Kalau kuar shopping weekend lagi lar masak.. yelah mau dari tengahari sampai malam kot.. so, lebih bagus shopping ketika weekdays berbanding weekend kerana sedikit sebanyak boleh mengawal perbelanjaan.


Tak byk pun barang yg dibeli. Cuma plastik jer yg besar lebih


Ok jom kita tgk apakah benda2 di dalam plastik2 itu?


2 Biji bantal

Memang empuk bantal nie. Sedap betul tido kat atas bantal. Tapi sesedap mana pun bantal tu tetap aku takkan lupakan bantal bucuk aku tuh..hihi


crystal vase. Vase ke nie? ke bowl?

Yang ni bukan tuk aku tapi nak diberikan hadiah kepada org yg nak kawen.


Mekap2. Ni memang tuk aku lar.. takkan tuk laki aku pulak kan


Yg dalam botol tu aku tak tau nak panggil apa tah.. mist apa tah namanya.. aku baru first time beli semburan nie. Neena yg recommend aku pakai, dia kata kalau pakai ni nanti mekap pun tahan lama & muka nampak segar-bugar. Aku pun sajelah nak try.


Bedak NW30 & lipstick Pink Nouveau

Lipstick tu aku dapat free jer tau. Sbb aku telah meredeemkan 6 bekas compact powder yg telah habis. Bagus Mac ni recycle balik. So, sebagai ganjaran derang tukarkan ngan sebatang lipstick. Warna atas pilihan sendiri. Korang pilih jerlah nak yg mana just for free. Oh ya, harga lipstick tu adalah RM68 tak salah aku.

Nak tgk hasilnya tak bila dah pakai benda2 seperti di atas tu?


with flash

without flash

Kesimpulannya, aku dapati eyebag aku semakin lama semakin teruk. Harus lakukan sesuatu nie!

Sesungguhnya ia satu penutup yg tidak relevan sekali dengan tajuk entry.

Tadi Kami Pergi Shopping

Org gi shopping hujung2 minggu. Kami shopping tgh2 minggu. Tak kisahlah yg penting hujung bulan kan.

Bukan apa, nak gi weekend mungkin tak dapat lah kot.. sbb hujung minggu ada macam2 hal lain yg nak dibuat. So, balik kerja tadi terus berdesup ke Sogo. Mana lagi kan...

Nanti aku sambung citer lagi yer.. penat lah pulak. Lagipun tak sabar nak tido ngan bantal baru nie..

Daaaaaa.....

Thursday, June 25, 2009

Asal Main Jer Ada yg Injured

Hari tu aku ikutlah laki aku gi lepak kat padang belakang rmh nak tgk satu perlawanan bola. Perlawanan antara kawasan lah kiranya utk Piala Menteri Besar.

Tapi standardlah asal main bola jer mesti ada yg injured.

Tgh syok2 tengok derang tgh bermain, salah seorang pemain telah tercedera di serang pihak lawan. Ingatkan injured sikit2 jer. Tapi tgk lama gak dia terlentang kat tgh padang tu. Rupanya kecedaraan agak serius.


Mangsa yg menahan kesakitan.

Aku pun tak taulah apa yg terjadi kat mamat tu. Org nak hantar klinik tapi tak mo. Nasib bukan laki aku yg cedera tu, kalau tak mesti aku dah melalak kat tepi padang. Aku memang over. Nak dijadikan cerita org menyerang dia tuh adalah baru kawen pada tengaharinya itu. Boleh ko baru kawen ko gi main bola.

Yelah mana tau ko main2 bola pastu tetiba ko tercedera patah kaki, lutut lari ker. kan tak pasal2.. ko tu pengantin baru.. darah pun masih manis lagi.. Adakah bola yg lebih penting? Musykil tul aku ngan lelaki nie fanatik betul ngan bola. Seb baiklah yg cederanya bukan si pengantin tu. Kalau pengantin yg cedera? Sian pengantin pompuan.. hehe

Yg lelaki ni pun agak2lah pun.. kot yer ko nak ngelat cuci periuk ke apapun....ingatlah bini kat rmh tu pun...

Tapi kami ni memanglah isteri2 yg sentiasa memberikan sokongan kepada suami2 masing. Walaupun mereka tidak bermain pada hari kejadian, tapi sangguplah jugak memberi sokongan sambil duduk di tepi longkang.


Watie, aku, Yantie & anak dia



kemain anak yantie tgk aku gitu sekali yer


dari belum kawen sampai dah beranak pinak memang ikut jer laki masing2 ke padang



Kepada kaum lelaki sila sayangi diri anda. Bersukan itu bagus. Tapi janganlah asyik cedera sini, cedera sana. Sape yg susah bini gak yg susah nanti.

Membuat Sambal Tempoyak

Sekarang ni kan mcm musim durian jer. Kat tepi jalan byk jer org jual durian. Tak ketinggalan jugak ngan tempoyak. Balik kerja tadi berhenti kat tepi jalan beli lah 2 bungkus tempoyak, asben teringin nak makan sambal tempoyak.

Balik2 rmh gigih aku menumbuk cili dengan lesung batu. Bukan senang ok aku nak menumbuk cili. Kalau dulu sebelum kawen jangan haraplah aku nak tumbuk cili sbb asal aku tumbuk jer mesti tangan aku rasa cam hangat jer. Tapi sekarang ni ok jer, takde pulak rasa hangat2 tu.

Senang jer nak buat sambal colek nie, tumbuk2 cili pastu letak garam sikit pastu gaul lah dengan tempoyak itu. Maka jadilah ia seperti ini.

Lagi sedap kalau cicah ngan ulam-ulaman

Hari ni aku memang jadi bini misali lah. Lepas siap makan aku lipat kain pulak. Ala setakat lipat kain pun nak kecoh yer? Mana tak kecoh, aku lipat kain tuk minggu lepas punya sekali ok. Gila menggunung tinggi kain2 yg tak dilipat. Selama ni kain2 tu humban jer kat bilik adik lelaki tu, yelah dia kan takde kat sini. Tapi sebelum mak aku bising baik aku lipat siap2 kain2 baju tu sumer. Terima kasih jugaklah kat laki aku yg sudi menolong.

Lepas siap kerja sumer, sekarang ni barulah masa utk aku berblogging and ber-online. Tapi tgk sumer org sunyi sepi pulak malam nie.

Wednesday, June 24, 2009

Main Bola Pulak

Masa beli barang2 kat supermarket tu adalah promosi Tiger. Bukan harimau yer. Tapi promosi kek Tiger, ala yg macam kek Apollo ngan swiss london tu lar.

Aku pun terjebaklah beli 2 kotak. Satu kotak baru RM1.99 tak salah aku. Aku beli perasa cokelat ngan perasa pandan.

Kebetulan ada satu amoi dtg kat aku dia kata kalau beli 2 kotak nanti boleh cuba game yg menjanjikan hadiah misteri.

Jadinya lepas membayar, gigihlah aku ke tempat promosi tu balik, dengan harapan nakkan hadiah misteri itu. Apa ko ingat ko leh dapat tv ke pun setakat pembelian tak sampai 4 hengget tu?

Tapi sebelum dapat hadiah misteri tu kena main satu pemenan dulu. Kena tendang bola masukkan ke dalam gol. Kiterang apa lagi bila dah masuk bab bola2 ni apalagi kami pun paksa lah laki2 kami ni utk menjaringkan gol. Apa guna laki2 masing2 kan pemain bola.

Mula2 derang cam tak nak ar.. ala2 malu lah nak main game bebudak tu.. apa orang kata tak macho lar.. tapi atas desakan isteri2 tercinta mereka main gak lar.


Ingat senang ker nak masukkan ke dalam lubang yg kecik tu?

Masa time kiterang beli kek tu, takdelah ramai sgt org kat area tu. Tapi bila laki2 kami masing2 mengambil tempat tuk menendang bola, tgk org ramai berkerumun tgk. Takpe, kami ni memang muka bawak rezeki.

Tapi dapatlah jugak menjaringkan beberapa gol

Korang ingat laki2 kiterang tu suka2 jelah nak main game bdk2 tu kat situ?? Jangan haraplah kalau takde amoi2 promoter yg comel2 nie.. Bukan tak tau org lelaki nie. Pantang.

Am pun sama tak ketinggalan mencuba


Keputusan jaringan, laki aku aku mendapat tajaan produk tiger selama 2 thn free.. eh tak.. aku tipu, dia dapat satu beg kecik tiger ngan sebatang pen tiger. Manakala Am pula mendapat pen tiger sebatang.

Buat Facial Pastu Jumpa Amy Mastura

Watie ngan Am datang rmh aku hari tu. Ajak keluar. Plan nak gi mandi-manda lah, nak tgk wayang lar, mcm-mcm lah janji keluar tak duk kat rmh. Tapi alih2 kami tak ke mana pun. Lepak kat rmh ajer borak2 sampai ke tengahari. Sambil melepak-lepak tu sempatlah kami nie mengfacial muka laki masing2. Ntah sejak bila pulak rmh aku jadi pusat kecantikan. Tapi belasah lah, kami ni memang sengal, dari dulu sampai sekarang macam2 aku buat ngan kawan aku si Watie tu. Katanya kawan dari kecik kan. Yg bagusnya laki masing2 pun redha jer tadah muka kat bini masing2.

Pastu, bila dah tengahari baru tergerak nak keluar. Tapi nak keluar makan jelah. Plan mandi2, tgk wayang sumer dah ke laut. Sudahnya sekadar pergi The Store dekat rmh jelah. Tak kesahlah janji keluar kan.

Sesampai jer kat sana, tgk ada artis undangan pulak. Apa lagi tumpang jelah sekaki tgk si Amy yg comel, slim melim beraksi kat atas pentas tu.

Amy yg comey


Sambil tu promo album "Happy" dia tu.. tu pasal pakai baju smile tu



Tak patut.... bini2 pulak yg kena bawak laki..

para suami yg malas. dua2 duk belakang

Amacam berseri tak muka lakiku, setelah disental oleh aku?

Lepas tgk Amy nyanyi, kiterang pun pergilah makan. Pastu gi beli2 barang sikit kat Supermarket.

Pilih-Pilih Gambar

Kan dulu aku ada gantung frame gambar kat dinding. Tapi kiterang just gantung jer frame tu without gambar kami, yg ada cumalah gambar budak2 yg memang sedia ada di situ.

So, aku amik kesempatanlah masa balik rmh kejap hari tu, aku pilih2 gambar tuk diletakkan kat frame tuh

Sebelum..

Album kawen & hanimun


Dulu2 aku takde blog. Pastu tgk blog org byk gambar makanan. Aku pun, taim hanimun amiklah segala makanan yg aku makan. Nak abadikan dalam blog time tu takde. Aku abadikan dalam album jer. Tapi sanggup ko print gambar2 tu sumer. Padahal sekarang nie, gambar sekeping pun haram nak hantar print.


Cop, aku takdelah pilih gambar makanan2 tu tuk diletakkan kat dalam frame tu. Baik aku letak gambar aku kan.

Bila tgk album hanimun terasa pulak cam nak pergi lagi.. ni tak sabar nak pergi lagi nie..


Ni album kawen pulak. Sonoknya kawen. Wah.


Album banyak tak diangkut lagi. Masih lagi kat rmh mak. So, hanya 3 album saja yg ada di sana. So, aku pilih jelah mana yg ada. Lagipun yg nak dipilihnya cuma 4 keping sajer pun.

Hasilnya, ini sajelah yg sempat dipilih. Aku pun malas sebenarnya. Asal dan jer aku pilih, lagipun asben aku yg mendesak aku pilih2 padahal aku sedap jer ngah landing time tuh.

utk frame kali ni aku cuma abadikan saat manis kami berdua bergelar suami isteri



Tuesday, June 23, 2009

Rindu Kat Rumah Kami

Dah lama tak jenguk rmh kami. Al-maklumlah weekend2 kami asyik penuh dengan aktiviti sajer. Tapi last Saturday sempat lah kejap jenguk rmh kami tu. Rindu jer nak lepak2 dan bermalas-malasan di sana.



sorang di atas



Sorang di bawah. Motif tangan di atas pusat adalah utk menutup aurat kaedahnya.


Bila dah lama tak datang jenguk haruslah berhabuk lantai segala. Tapi niat ke sana hanya sekadar utk menjenguk dan bersantai maka tiadalah operasi mengemas yg dijalankan. Tunggu lain harilah, baru aku ngan asben akan bekerjasama membersih dan mengemop.



Rindu dengan cermin ini sebenarnya. Semenjak digantungkan baru 2 kali aku balik sana.

Mana sempat nak mengemas lagipun kami ke sana pun tidaklah lama. Oh ya, aku diberitahu yg kawasan perumahan kami akan menganjurkan sesi ramah mesra pada 4 Julai nie. Baguslah boleh kenal dgn lebih rapat lagi dengan jiran2 tetangga sumer.



ba..bai.. nak balik sudah..


Bila nak pindah nie?? Org lain dapat kunci jer terus pindah...

Tah Mana Belajar Ntah?

Aku ni kalau weekend or cuti akan on jer laptop kat kat atas katil dalam bilik. Anak2 buah aku pulak suka jer melepak kat dalam bilik aku. Pantang pintu terbukak. Menyusup jer lah derang masuk.

Aku kat dapur masa tu. Tengah masak ikan masak asam pedas. Aku memang jarang buat asam pedas, sbb asyik tak jadi jer, bukanlah tak jadi, tapi cam kurang kick. Baru2 ni baca dlm blog peej, dia ada kasi resipi wat asam pedas. Tgk cara, bhn2 memang cam senang jer. Pastu tgk gambar lauk dia tu pun cam sedap dan lazat jer aku pun nak cubalah try.

Eh, aku bukan nak citer pasal lauk sebenarnya nie. Aku nak citer pasal budak 2 org nie. Di kala aku sedang memasak di dapur, akak aku duk terpekik2 lah cari diorang. Rupa2nya sedang melepak dalam bilik aku.
Nak tau apa yg derang buat?

khusyuk 2 beradik nie tak buat apa tah

Si adik sudah terperasan 'Ayang' nya.. manakala si kakak tidak endahkan keadaan sekeliling


Tgh layan game rupanya

Sebenarnya selama aku guna laptop ni, tidaklah pernah aku tau kewujudan game ini dalam laptop aku. Lagipun aku ni memang tak layan pun game ni sumer. PS pun haram aku nak sentuh.
Tak pernah pulak aku ajar pun derang camne nak main sumer, sbb aku pun tak retilah sgt.

jari-jemari halus yg mengontrol pergerakan kereta

Ntahlah budak2 sekarang kalau bab2 ni memang cpt jer tangkap. Cuba time zaman aku dulu, dah sekolah menengah pun nak pegang komputer pun takut2.

Lagi satu jangan tak tau, si Ain telah mengrequest PSP dari ibunya sekiranya dia dapat periksa no 1 dalam kelas tadikanya itu. Boleh? Tak padan ngan tadikanya. Dia ingat PSP tujuh posen agaknya:P

Baru2 nie si Ain tunjukkan aku kertas exam dia, BM ngan BI, dua2 dapat 100%, dengan muka riaknya dia hulur paper tu kat aku. Sambil senyum sumbing. Alar aku tau niat hati dia sebenarnya nak claim hadiah dari 'Ayang' dia lah tu. Dari kecik sampai besar memang lah budak tu suka kena sogok ngan hadiah. Adoi.

Apapun kedua-dua mereka ini memanglah aku syg sangat.

Adam si lesung pipit

Ain si kurus

Kesimpulannya, asam pedas yg aku masak tu, jadilah jugak, tapi tak sepekat cam peeja punya. Camne nak kasi pekat yer? Aku tau aku pun bengong yg aku bubuh air satu periuk tu sape suruh?

No gambar for the asam pedas.