Sunday, June 14, 2009

Tengah Rajin

Sekang ni aku tgh free & rajin tuk mengupdate blog. Aku akan siap2 buat beberapa entry auto publish. Mcm2 ada, citer pasal kete, citer pasal kawen dll. Ini adalah kerana aku bimbang aku tak sempat nak update semasa weekdays. Kerana keadaan aku yg semakin sibuk. Pastu bila malam pulak aku akan letih dan mengantuk. Bila letih dan mengantuk aku lebih rela tido sajer dari berblog. Tapi tgk keadaan lah, kalau keadaan kat ofis tenang nye maka aku pun akan tenanglah pada malamnya. Bila malam tak penat aku akan boleh berblogging dan berym bersama-sama teman2 tersayang.

Tapi jangan bimbang blog korang tetap aku lawati. Cumanya kengkadang aku drop komen kengkadang tak. Alah korang pun sama kan? Adalah antara korang yg betul2 setia ngan aku. Setiap entry aku mesti tinggal komen. Appreciate it so much. Tapi sori kengkadang aku lambat sikit nak reply yer.

Ada juga yg masuk senyap2 sajer. Takpe2 selagi korang masuk cara baik dan keluar cara baik aku tak kesah pun. Ada juga yg memperkenalkan diri. Aku hargainya.

Akhir kata majulah blog demi nuffnang...hehehe aku lawak jer... setakat blogger picisan cam aku nie baper sen lah sangat nuffnang tu. Takpe aku menulis eh tak... aku menaip hanya kerana suka2 dan minat.. bkn kerna RM. Tapi dalam pada suka2 pun tak lama lagi leh gak aku cashkan cek. Wah nak jugak gitau kan :P

Oklah aku nak tgk Mentor jap.. Tunjuk ajarku Sifu... Hah lupa nak citer hari tu dah lama gak lar masa tu mentor baru start lar.. time tgk tu aku tgh makan mushroom soup, aku wat sendiri.. eleh nak gak gitau tuh padahal instant punya sajer. Tgh makan adik lelaki aku tanya aku

"apa tu?".
Aku ingatkan dia tanya citer apa tuh? Aku jawablah "Mentor".
"Hah? Apa?"
"Mentor"
"Apa?"
"Mentorlah! Mentor! takkan tak reti2 lagi?!" dah mula angin dah
"Ek eleh.. aku tau lah"
"Abih tu dah ko tanya"
"Aku tanya ko makan apa tuh"?
?????


p/s: sekiranya tak menjadi hal, sesapa antara korang yg selalu masuk sini tapi aku tak link kan blog korang, aku mintak korang tinggalkan nama blog korang kat sini yer.. senang aku nak update. Yelah sungguh tak aci korang link blog aku tapi aku tak link blog korang kan. Sharing is caring bukan?

Dah Lama Tak Breakfast Kat Mamak

Bukan setakat mamak jer, memang lately ni pun memang dah jarang breakfast kat luar. Kalau dulu asal weekend jer harus breakfast kat luar. Cuma sekang ni jer yg kurang sikit sbb asyik bangkit lewat jer, pastu nak mandi, siap sumer dah tengahari, so apa kejadahnya nak breakfast kat luar kan. Baik lunch jer terus.

Tapi hari nie aku bangkit awal. Yelah malam tak kuar. Cuba kalau kuar malam, takdelah nak bangkit awal2 nie.

So, bila dah bangkit awal asben ajak gi breakfast kat luar. Yea... I like..


Seronok dapat breakfast kat luar

(alamak gambar ter large lah pulak, belasah jelah, malas nak ubah2 dahlah nak add image ni pun makan taun)

Kalau makan kat mamak, aku mesti pekena mee goreng mamak or maggie goreng. Tapi hari ni aku tingin nak makan kuewtiau goreng mamak. Fuh memang sedap. Tak sia2 aku order. Minum pulak cam biasa milo ais. Wah semenjak tekak dah semakin baik nie, manjang ais jer aku nie yer.
Asben pulak makan nasi goreng telur mata & teh tarik. Tapi gambar makanan aku tak amik. Yg sempat aku amik hanyalah gambar ini sajer:-


Cili potong. Barulah ada ummpph

Bila ada cili baru sedap sikit nak makan. Nyam nyam. Tu yg membuatkan kuewtiau tu aku rasa cam tak cukup jer. Tapi memang pun portion dia sikit jer. Patutlah tak kenyang. Ke tak baca doa makan?

Yg laki aku ni pulak sibuk ngan hp nyer.. kejap call kejap sms. Kalau aku time makan takdelah aku nak layan. Rupa2nya dia sibuk kasi sms kat kawan dia yg kawen hari nie kat Ipoh.


see.. licin aku makan kecuali tinggal cucur rojak tu jer.. biasalah kalau mee / kuetiau mamak harus letak benda tu kan..

tak abis2.. sampai aku pegang kamera pun dia tak pasan

Nampaknya takde org nak melayan aku.. jadinya kita snappy2 sajelah..


terzoom pulak.. ooh no... adakah aku semakin tem?

errr..mana ada tembam? sikit jer tuh...

Utk 2 org makan, kami telah dikenakan sebanyak RM10.20. Wah sudah mahal yer ko mamak. Padahal dulu2 tak sampai sepuloh hengget pun..



Saturday, June 13, 2009

Fedap

Geram tul aku ngan line internet sekang nie. Asyik problem jer. Tu yang membuatkan aku kureng update sikit.

Bila aku ada mood nak mengupdate internet problem pulak.

Korang pengguna celcom broadband ada hadapi masalah yg sama tak?

ker aku jer yg kena? Sia2 ok aku beli package RM98 sebulan nie.

Tapi kalau time ok, ok jer laju dia. Mungkin sbb sekarang ni musim jerebu kot..

Friday, June 12, 2009

Panas

Napelah tetiba takde letrik di tgh2 malam nie? Panas poluh2 nie. Tak leh nak tido nie. Asben ajak keluar suh aku tido dalam kete.

Arggghh tension... dah kat kul 3 nie... mau sangap sok pagi..

Thursday, June 11, 2009

Salah Diri Sendiri Pastu Nak Salahkan Org Lain Pulak

Aku adalah agak sibuk hari nie. Bila tgh kerja plus busy aku tidak suka dengan gangguan contohnya panggilan telefon ataupun gangguan persekitaran. Tetapi walaubagaimanapun gangguan2 itu memang mustahil lah nak dielakkan. Sbb gangguan2 itu juga adalah sebahagian dari kerja juga. Abis kalau ko tak nak gangguan gi lah kerja kat dalam hutan. Hihi byk bunyik pulak aku nie.

Like just now, aku tgh konsentret to settle satu perkara. Masa tgh wat2 tu sumer asben aku dok call aku, adalah dalam 2 3 kali. Biasalah kami nie, walaupun duduk satu rmh, panggilan tipon & sms tetap mcm dulu2 gak. Tapi bukan bergayut.. Just for short2 one only..

Ok fine. Adalah dokumen yg aku photostatkan. Pastu aku letak atas meja. Pastu bila aku nak compile sumer aku tgk original nya sudah tidak ada. Jenuhlah aku cari di serata meja. Pelik bin ajaib, baru kejap tadi ada tiba2 dah hilang.

Aku amik nafas dalam2 fikir balik mana aku letak. Pastu aku terpandang kat dlm tong sampah. Rupa-rupa aku sudah tershred that thing together dgn kertas yg aku tak perlukan.

TOINGG!!!!! aku jadi biul sebentar.

Terus aku call asben aku...

tanpa salam, hello sumer..

"Ni sumer syg punya pasal, tulah asyik tipon org jer. Tengok sekarang org dah terbuat silap".

"Abis tu Shah wat silap lah nie?"

"Yelah kalau sayang tak tipon mesti tak jadi benda nie" terus letap hp. Sgt kurang ajar. Jgn tiru aksi ini yer anak2.

Cea konon puas hatilah bila dah buat camtuh. Sajer jer nak wat kecoh padahal benda tu takde apa pun. Takdelah serius mana pun, masih boleh diselesaikan. Tapi sebenarnya lepas call tu memang lah puas kejap, pastu biasalah tak lama pastu mesti menyesal balik. Pastu baru lah hegeh2 mintak maaf.

Korang pernah terfikir tak? Kadang2 kita ni selalu take for granted terhadap org yg kita sayangi, contohnya cam perkara di atas lar. Bak my asben tanya tadi, let say yg call aku time aku tgh bz tadi bukan dia yakni org lain, adakah aku akan marah org tu jugak sama seperti dia? Dah tentulah tidak bukan?

Pertanyaan asben aku tu wat aku terfikir, sometimes we never realised that we hurt people that we love but we never dare to hurt the strangers...ini tidak adil...

Itu yg pernah aku terbaca kita selalu memohon maaf & jaga tatatertib kita kat org asing, tapi kat org yg tersayang selalu kita tak pedulikan. Yea we always take for granted.

Dengan ini aku nak mohon maaf secara terbuka kepada suamiku yg disayangi.. "Deqna mintak maaf sayang, Deqna tak sepatutnya buat begitu. That's my fault. Will never do it again. I love u so much".

So, moral of the story kalau dah buat silap tu, janganlah nak salahkan org lain pulak kan. Sesungguhnya manusia ini memang tak lepas daripada melakukan kesilapan.

Pasal benda yg aku shred tu, takde apa pun sebenarnya bukanlah serius sgt pun halnya, sumernya udah selesai.

Wednesday, June 10, 2009

Akhirnya...

Memang gigih betul aku nak wat booking nie...
At last berjaya jugak.... yihaaaa....




Nanti aku story pasal ni yer..

p/s: sonoklah org tu...

Tak Boleh Start Lagi

Semalam petang after office asben tolong tgkkan kete aku. Dia pinjam jumper daripada worskhop dekat rmh aku tu. Asben tarik bateri dari kete dia. Alhamdulillah kete ok boleh start.

Oh ya, pagi ni aku tidak terbabas lagi. Alarm hp elok jer bunyi kat telinga aku. Selain alarm aku gak dah warn asben tuk kejutkan aku. Ok takde masalah di situ. Sebagai langkah keselamatan jugak aku dah siap2 iron baju sebelum tido, in case kalau terlajak lagi takde lah aku kelam kabut nak iron baju.

Bangkit jer tido, asben terus keluar, nak try start engine kete aku. Tapi malangnya, kete still tak leh hidup lagi. Confirm bateri memang dah out giler.

Jadinya hari ni asben anta aku sampai stesyen komuter. Awal aku kuar rmh harini. Sampai ofis pun awal sgt. I like it. Aku sukalah aku awal, tapi sian asben aku dia pulak yg terlambat sikit. Takpelah nama sayang bini kan. Dia adalah risau kalau aku lewat.

Tgk ar petang kang kena anta kete ker workshop gak. Susahlah kete rosak2 nie.

Selamat Hari Lahir Buat Ibuku

Happy Birthday to my beloved mother
10 June 2009


the one and only



a kiss for her

Tiada kata yang boleh aku luahkan selain daripada ucapan sayang kepadanya. Walaupun adalah amat payah utk diluahkan tapi akan aku pamirkan dalam segala perbuatanku terhadapnya.

Selamat Hari jadi mak. Semoga mak sihat sejahtera dan bahagia selalu. Walau apapun Deqna tetap sayang kepada mak dan sentiasa berdoa yg terbaik buat mak. I love u so much.... mmmuaaahhhh..

gmbr aku ngan mak yg paling aku suka

Tuesday, June 9, 2009

Menguji Kesabaran

Hari ni memang menduga kesabaran aku betul. Mula2 memang rasa nak marah. Tapi nak marah pada siapa, patutnya marah diri sendir lar.. tapi tetap nak marahkan org lain.

Aku tak tau lah apa masalah aku nie, sejak dari Jumaat lepas, asyiknya overslept jer. Walaupun aku dah set alarm, tapi aku tetap terbabas. Selalunya aku ni senang jer nak bangkit dari tido, dengar jer alarm pasti terjaga. Tapi sejak dua menjak nie, aku boleh tak dgr langsung bunyi alarm. Time alarm tu berbunyi pasti aku masih melayani mimpi2, pastu aku akan terjaga dengan terkejutnya bila jam dah menunjukkan pukul 6 lebih. Sepatutnya aku bangkit kul 5.30pagi. Sbb nak iron baju sumer lar. Kalau baju dah siap iron sebelum tido takde masalah lah, tapi cuba kalau dah lah terlajak baju pulak tak di iron lagi. Memang meroyan lah aku pagi2 buta tuh.

Cam pagi tadi, sumpah aku tak dengar bunyi alarm aku. Yang asben aku pun satu, dia selagi aku tak bangkit dia pun tak bangkit lah kaedahnya walaupun alarm dia dah bunyi, bkn reti nak kejutkan aku. Dia pun pakat sambung tido lah.

Sedar2 sudah pukul 6.14am. Melompat aku dari katil. Mula dah nak emo2. Betul aku memang tak suka suasana pagi yg kelam kabut. Aku ni bila dah kelam kabut mula lah terlanggar katil lah, pintu lah, tersangkut ini dan itulah. woh sungguh stress. Dah lah baju pun tak iron lagi. Aku pun iron lah baju dengan secara koboinya, nasib lah baju pun bukanlah jenis yg komot sgt. Masa aku iron baju, asben mandi.

Masing2 memang melaju lah bersiap sumer. Oh ya kami pergi kerja berasingan sekarang nie. Biasanya dia kuar awal setengah jam dari aku.

Walaupun aku terlewat sikit bangkit hari ni, tapi aku managed gak siap seperti biasa. Normally by 6.50am aku akan kuar rmh utk ke stesyen komuter berhampiran. Lega aku dapat siap secara laju.

Tet.. tet... bunyi alarm kereta. Aku pun bukak pintu kereta nak startkan engine. Tapi tah nape berulang kali aku start kereta still lah tak mo idup2 gak.. arr sudah. stress aku. Tak pernah2 dia wat hal ok. Ni baru pestaim kete tak leh hidup. Tak tau nape, bateri dah kong kot.

Terpaksalah aku tumpang kereta adik aku. Masalahnya adik aku ni kuar lewat sikit. Tapi takpelah, janji aku sampai ke stesyen komuter.

Oklah, walaupun lambat sikit aku sampai gak lah stesyen. Takdelah lambat sangat pun, still sempat lagi nak sampai ofis sebelum waktu, kalau train datang on time.

Tapi dah memang nasib aku hari nie.. train pulak buat pasal. Boleh dia pulak delay. Hampeh betul. Pantang aku datang ofis lambat.

Dengan ini aku harap cukuplah, ujian2 getir yg aku hadapi utk ke tempat kerja. Aku harap takde org yg buat aku naik angin hari nie, kalau tak memang cari nahaslah. Aku memang takde mood nie :(

Masakan Simple2 sajer..

Hari Ahad tu pun aku terjaga pun dah agak lewat. Dah tu tido pun dah lewat kan. Alang2 bangkit pun dah tengahari takdelahh aku nak wat sarapan, lebih baik aku masak tuk lunch sajer. Bukak peti ais, memang mcm2 dah adalah, ayam, ikan, sumer ada. Tapi cam biasa tak de idea nak masak apa bahan2 tu sumer.

Alih2 ni jelah...



Kacang botol masak tiram

Sambal telur


Udang goreng tepung
Laki aku memang tak cerewet bab makan nie, apa aku masak dia telan jer. Memang tak memilih.

Korang kalau ada idea apa lauk2 menarik yg harus aku cuba, gi tau lah yer...