Showing posts with label School. Show all posts
Showing posts with label School. Show all posts

Thursday, February 26, 2015

Kerja Sekolah

Ok sebelum beranak ni meh lah kita upate sikit blog nie.

Sekarang tiap2 malam kena check buku2 Marissa. Kalau ada homework biasanya teacher dia akan cop kan muka surat yg kena buat as a homework. Tapi tak yah cek pun takpe sbb biasanya Marissa akan ingat buku mana yg ada homework. Aku tadika dulu takde pun buku sebanyak itu dan takde lah pulak homework rasanya.  Ye lah dulu lain, sekarang lain. Mana boleh nak samakan.

Marissa ni kira kategori rajin lah nak menyiapkan homework dia. Rajin sbb takut teacher sebenarnya kot. Cuba kalau kerja yg kita suh buat, takdelah dia nak siapkan.

Tiap kali buat homework dia mesti nak aku atau ayah dia duduk sama2 ngan dia. Kengkadang tu tention lah jugak... contoh kalau kerja colouring, sikit2 kang tanya kita..."baju dia nak kaler warna apa?, kasut dia nak kaler warna apa?" sikit2 tanya... "kaler lah ikut suka hati Marissa" biasa aku jawab cam tuh, terus nanti mood dia ke laut... pastu terus stop buat kata letih lah, pastu mintak susu. Memang lah aku ni tak layak jadi cikgu tadika kot... cpt sangat rasa nak marah..hahaha..

ni tgh mood berkobar2 menyiapkan homework

Buat satu muka jer pastu mintak rehat. Dia kata nanti dia sambung lagi. Ok ikut suka lah.

sambung balik buat kerja


Nak teman dia buat kerja coloring nie memang kena sabar sikit... sbb si Marissa kalau bab kaler2 dia tak berapa suka sebenarnya sbb mewarna ni satu benda yg memenatkan pada dia. Tambah lagi kalau nak kena warna gambar yg besar2. Kang dengarlah " adoiii, lenguhlah tangan ica nie" Manalah tak lenguh dia kalau mewarna memang pekat dan habis ditekannya kaler pensil tu kuat2. Kejap jer dah pendek2 dah pensil warna dia.

nampak tak muka dah stress dah tu

siap half way.. oklah menyala buah tembikai tu dia kaler

Buat masa ni aku takdelah stresskan sgt kat dia cara mewarna yg betul, kena wat gitu ke wat gini ker.. sbb aku nak dia enjoy jer, takyah nak skema sgt, janji warnanya terang dah cukup ok lah.

Tapi tiap kali buat homework, tiap kali tu jgk lah si adik akan datang mengganggu. Nak jugak amik pensil kakak, nak jugak amik pensil warna kakak, nak jugak buku sekolah kakak. Padahal untuk dia sumer dah ada, tapi dah nama konsep nya nak kacau kakak kan...dia tak heran dah yg dia punya. Pastu kang kalau kena marah cengginilah jadinya...


nangiss... wat muka kesian

Maka terpaksalah memujuk beliau dengan memberikan buku yg konon2 tu buku sekolah si kakak, kasi alat tulis kakak segala. Baru puas hati.  Buku sekolah kakak semuanya dibalut dengan pembalut plastik, maka buku ni pun ayah dia balut jugak konon2 ni buku kakak. Padahal ni memang buku adik pun.

hepilah kemahuan dipenuhi

Kemain tekun lah dua beradik ni kan

siap pun 



Aku tau cikgu memang kasi byk kerja2 menulis dan mewarna untuk melatih budak2 melembutkan jari dan tangan. Yelah, nak belajar menulis dan membaca kenalah byk2 prektis kan.  After lebih kurang 2 bulan sekolah nampak lah sedikit sebanyak perubahan Marissa. Keep it up nak!  

Thursday, January 29, 2015

Demam, MC, Buku dan Homework

 Marissa balik sekolah hari kedua mengadu dia tak sihat. Dia suruh aku call teacher dia kata dia tak sihat dan tak larat nak gi school. Aku ingat dia saje lah create alasan takmo gi school.  Aku abaikan jer lah apa dia cakap tuh. Sekali malam tu memang badan dia panas sampai ke pagi. Oh betul2 demam anakku ini, demam terkejut kot. Hehehe.

Mujur asben ada hari tuh, so dia bawak Marissa jumpa doktor favourite kat Klinik Perdana. Doktor sahkan Marissa memang demam, tekak pun bengkak dan merah.

 Masa kat klinik

Dengan itu doktor telah memberikan cuti sakit selama 2 hari kepada Marissa. Baru dua hari sekolah dah kena cuti 2 pulak. But, betterlah daripada nanti berjangkit pulak kat bebudak lain, lebih baik Marissa berehat kat rmh sampai betul2 sihat.

MC pertama Marissa Qaisara

Balik dari klinik ayahnya bawak gi bfast kat Mamak katanya Marissa request nak makan roti canai.

 Tapi bukan dimakannya roti canai tu, ditenung je lah... takde selera barangkali

Sebagai ayah yg bertanggungjawab, ayah Marissa telah pergi menemui teacher untuk memberitahu bahawa anaknya tidak sihat dan bercuti sakit selama 2 hari.  Teacher jugak telah memberikan buku2 teks dan buku latihan utk dibalut dan ditulis nama.


Byknya buku Marissa

Ada 21 buah buku kesemuanya tak salah aku. Kita dulu2 tadika takde lah pulak byk cenggini buku2nya.

Selepas 2 hari berehat di rmh Marissa pergi sekolah seperti biasa. Balik sekolah hari tu, kemain semangat nak buat homework katanya.  Padahal teacher tak suruh buat pun lagi. Biasanya kalau ada homework teacher akan copkan kat buku/page mana yg kena buat. Ni aku cek takde satu cop pun. Tapi Marissa berkeras nak buat jgk. Dia takut kena marah. So, layankan ajer.


 si adik pun sama nak menyibuk


Nampaknya sekarang Marissa lebih mendengar kata2 cikgu dari mama dia. Biasalah budak kalau dah gi sekolah, semuanya cikgu nya yg betul.. kan...takpe murid2 memang kena patuh kata cikgu.

Baru2 ni adik Inara pulak demam. So, malam tu kena bawak Inara gi klinik, Si kakak sudah risau, sbb ada homework yg perlu disiapkan. Maka dibawanya beg sekolah dan buku2 ke klinik.  Sementara tunggu turn adik berjumpa doktor, Marissa siapkan homework.

 kemain lah tekunnya



 tekun mewarna

Katanya teacher suruh warnakan gambar kartun yg teacher lukiskan. Sebelum ni tak pernah Marissa habiskan mewarna satu2 gambar, buat kerja mesti separuh jalan, buat sikit dah penat, tapi kali ni walaupun penat dia tetap habiskan mewarna. Itulah dia kuasa Cikgu.


Ni pun actually dia dah mengadu penat dah, bila aku suruh stop sambung lain kali dia takmo. Gigih gaklah dia siapkan semua. Bangga sgt bila dia dapat siapkan. Tapi nak menyiapkan ni pun stress gak aku... bila kaler comot sikit dia mengamuk..marah2 kita pulak, padahal dia yg buat...kita nak tolong dia tak kasi, usik pun tak boleh....

Next day, dengan bangganya dia tunjuk hasilnya kerja dapat 'star' and 'well done'.

Wednesday, January 28, 2015

Kisah Hari Pertama Persekolahan

Tak sangka Marissa dah masuk sekolah dah. Tadika lah. Tahun ni Marissa masuk 5 tahun, baru mama dia hantar gi school. Sebelum ni cam tak berapa yakin nak hantar dia tadika 4 tahun. Dia kan very the manja. Tak macam Inara, independent dan selamba jer. Aku yakin, Inara kalau aku start hantar dia gi sekolah next year pun dia tak kisah. Alangkan sekarang ni pun dia beria nak gi sekolah.

Ok kisah hari pertama persekolahan Marissa pada 12 January 2015 hari tu. Haruslah mama dan ayah dia amik cuti. First time nak hantar anak gi school lah katakan. Sebelum start persekolahan aku setiap pagi memang hari2 berzikir kat telinga Marissa yg start tahun baru (2015) yg dia kena bangun awal pagi, kena mandi, kena siap dan kena gi sekolah. Hinggalah tiba hari yg sebenar. So, takdelah nanti dia terkejut ke apa kan. Tapi yg bagusnya si adik yg over excited yg macamkan dia yg nak gi sekolah, pagi2 lagi dia yg bangun dulu, suruh dia tido balik dia cam gelisah jer... aku tanya adik nak mandi ke... dia angguk, so aku pun siapkan lah si kecik tu dulu. Aku pakaikan dia dress yg ala2 uniform tadika. Nampak keterujaan adik. Siap ngan beg sekolah dia bagai. Aku memang hari tu siap2 belikan sorang satu beg sekolah, kalau beli satu alamat berebut lah dua beradik tuh. 

Dah siap adik, kejutkan si kakak pulak. Alhamdulillah Marissa takdelah liat sangat nak bangun tido, tapi dia ni jenis yg suka merengek2. Mama dia pekakkan jer telinga. Layan jer apa yg dia nak. Dia nak mandi air panas. Kat rmh memang takde pasang water heater, aku pun tak suka mandi pakai heater rasa tak puas. Tapi takpe demi anak, aku hangkut satu jug kettle bawak naik atas dan siapkan satu baldi air. Tiap kali nak mandi aku masak air dulu. Kettle tu memang khas utk panaskan air mandi dia je lah. Lepas mandi mood Marissa bertambah ok. 

Siapkan Marissa pakai school uniform yg kaler purple. Sikat rambut dia dan sepitkan rambut. Nak bawak dia potong rambut kasi pendek dia takmo. Nak ikat rambut lah dia taknak. So, kena lah sepit rambut tu kalau tak nanti abis tercucuk2 mata tu ngan rambut, cam ne nak belajar nanti ye tak... Nasib baiklah Marissa disiplin, walaupun dia bukan jenis suka pakai sepit2 rambut segala, tapi time pagi sampai habis sekolah, sepit dia tak bukak. Tapi bila balik rmh jer terus cabut sepit.

Ok ni gambar2 masa hari pertama persekolahan hari tuh. #throwback.


I am ready to school

Mama also ready and excited

adiklah lagi lah excited

nampak cam tinggi keyakinan dia nak melangkah ke alam persekolahan


Maklumlah hari pertama kan, sebelum keluar tu kemain lah amik gambar sana sini.


nampak cam tak sabar dah tu

nampak sgt teruja

OK anak2 moh naik kereta cepat. Kang lambat pulak sampai ke sekolah nanti. Ala sekolah tak jauh pun. Kat dalam taman perumahan kami jugak.

adik minum susu, kakak cam tak selera nak minum susu pagi tu

tak abis2 peace memanjang


lets selfie in car




proud ayah nak hantar anak bersekolah

sebelum masuk kelas

dalam kelas

mak pun nak sibuk gak

Nampak cam Marissa ok jer. Cam boleh bawak diri. Time tu ada a few budak yg menangis kat dalam kelas. Aku dalam hati siap cakap, nasib baik anak aku tak nangis. Ceh konon, aku yakin Marissa boleh bawak diri dan happy.

Kelas pun bermula. Tapi mak bapak masih ada gak yg dudul kat dalam kelas. Hari pertama kot, so ada kelonggaran lagi lah nak teman anak.

Marissa dah nampak ciri2 keboringan kot

mula lah tak senang duduk

org lain main, dia buat dek dia jer...

Ok lah tak nak ganggu teacher mengajar, lets keluar dari kelas, biarlah anak belajar sendirian dengan tenangnya.

selfie ibu mengandung

Saya bukan gemuk tapi memang gemuk pun. Hehehehe.

adik pun sama sibuk

Eh lupa nak citer, masa mula2 sampai school tu, kalau nak tau, adiklah yg mula2 melangkah masuk ke dalam kelas dengan penuh yakin. Sumer org ingat yg dia pun salah seorang pelajar tadika. Sorry yer dik, awak tu baru 2 tahun 2 bulan. Belum layak lagi nak masuk sekolah. Kat tadika ni, budak 4 tahun ke atas jer yg dorang amik.

Dari luar curi2 dengar dan pandang lah apa yg budak2 ni belajar. Aku tengok cam oklah, boleh tinggalkan Marissa sendirian. So, sebelum balik tu aku jenguk lah sekali kat tingkap, dia ternampak jer muka aku terus cebik2. Aku buak dek jer and blah. Kalau dilayan karang, mau panjang cerita.

Dan aku tak taulah yg si ayahnya pulak, bila tengok anak dia cebik2, boleh ayahnya masuk semula kat dalam kelas tu. Konon2 nak pujuk2 lah tuh. Kalau aku tau, harus aku menghalangnya dari berbuat demikian...

Tiba2 aku dengar ada seorang budak menangis kuat dari dalam.

"Huarrghhhhhh.... nak ayah... nak peluk ayah..."

"Eh dengar macam suara anak aku jer nie" bisik hati aku.

Aku pun jenguklah ke dalam.  Confirm anak aku yg menangis, menjerit dan berdrama itu....huahahahahahaha...

Marissa kalau dah start berdrama, jgn buat pasal... kang mcm2 lah kuar dari mulut dia....

"ica nak ayah.... nak peluk ayah.... rindu ayah...!!!!"

Hai lah anak.

Hai lah ayah.

Yang si ayah pun satu kenapa lah masuk kat dalam kelas tu balik, kan dah start dah....so terpaksalah laku kan pula acara memujuk rayu terhadap si anak. Aku duk luar jer, buat jer hati keras, kang dia nampak aku jer kang, lagi bertambah2 drama swasta dia. Aku kenal sgt Marissa ni. Biar ayah handle dia sorang2.

Yang si ayah nya pun, tau lah sayang kat anak tuh, tapi boleh dia pun duduk bertapa lama2 kat dalam kelas tu, aku kat luar dah naik letih dan lapar kot. Aku call asben yg setia menemai anaknya kat dalam kelas. Aku ajak balik, suruh asben tinggalkan Marissa slow2, lets the teacher lakukan apa yg sepatutnya.  Yelah kalau parent ada kat dalam tuh, aku rasa teacher pun mesti rasa tak selesa kan nak mengajar.

Ok kami pun beredar dari sekolah dan gi bfast sekejap.

Lepas breakfast kami balik semula ke sekolah. Sbb hari pertama dan kedua persekolahan hari tu, waktu sekolah sekejap jer dari pukul 8 pagi sampai pukul 10 jer.  Lepas tu start lah normal session 8-12.

Masa nak balik all parents kena tunggu kat luar pagar. Teacher akan lepaskan murid2 sorang2 kat penjaga masing2. Yelah zaman sekarang ni kan macam2 kes kan.


Anak2 dah bersedia utk pulang

Yeaa... Marissa pun nak balik dah...

Masa jemput Marissa balik sekolah tu, nampak dia ok jer, happy jer, mcm tade apa yg berlaku sebelum tuh... sabar jelah maknya.

Tapi aku tak leh tanya lebih2 kat dia, kang dia sentap... so, kalau mood dia ok bercerita, aku layankan ajer....jgn paksa2 dia cerita, kalau paksa kang, langsung sumer benda dia ckp tak tau....

Balik tu terus singgah rmh nenek Marissa kejap. Nenek pun teruja tengok Marissa pakai baju sekolah. Tak sangka yg cucunya ni dah bersekolah. Yelah Marissa pun sebelum ni pun dibesarkan kejap oleh nenek dia kan. 

Yang penting, balik2 tuh, Marissa terus mintak susu. Rindu botol susu lah tewww....

Lepas minum susu terus jadi camnie...


tido keletihan

Baju pun tak sempat nak tukar, letih betul nampak gayanya. Gitulah kisah hari pertama persekolahan Marissa Qaisara.

Apapun mama doakan Marissa menjadi anak yg bijak, yakin diri dan boleh bawak diri semasa di sekolah. Jangan manja sgt, Marissa kena independent dan confident. InsyaAllah mama yakin, Marissa akan berjaya. Luv u doter!