Hai lama pulak tinggalkan blog. Tak sempatlah nak update. Bizi sokmo. Ok cuma nak gitau start semalam Marissa dan Inara dah start duduk dengan babysitter baru. Babysitter lama nak resign sbb tak lama lagi nak masuk Ramadhan, pastu anak dia yg selalu bantu dia tolong jagakan anak2 aku pulak dah masuk asrama (matrikulasi).
Minggu lepas memang sadis. Hari Khamis tu aku hntr anak2 ke rmh babysitter cam biasa. Masa hantar tu akak tu hint2 lah kat aku yg dia dah tak dpt nak jaga anak2 aku. As a mum, bila dengar camtu terus fikiran berkecamuk. Manalah aku nak hantar anak2 aku ni nanti. Lps hntr anak terus bawak kereta ke stesyen komuter. Bila nak turun kereta baru aku perasan yg aku telah tertinggal beg baju anak2 aku kat dalam kereta. Derr.... Ok terus capai hp nak call husband nak gitau kena patah balik rmh. Korek2 beg tengok hp takde dlm beg, baru teringat hp tertinggal kat pagar rmh. Boleh?? Aku letak kat tiang pagar tu masa nak kunci pagar pastu terus terlupa nak amik balik. Berganda2 pulak masalah aku pagi tu.
Terus patah balik rmh. Sampai rmh tengok hp elok jer terletak kat atas tu. Alhamdulillah.
Nway, thanks to my neighbour yg tolong aku dapatkan new babysitter. Yer Kakcik memang byk tolong org. Semoga segala urusan beliau dipermudahkan olehNya. Patutnya aku start hntr ke babysitter baru ni start next month, sbb babysitter lama ni masih boleh jaga sampai cukup bulan. Tapi sbb anak2 macam suka jer dgn babysitter baru ni, maka aku turutkan ajer. Yang terbaik buatmu anak.
No comments:
Post a Comment