Monday, July 23, 2012

Ada Ke Patut Dia Paksanya Aku Makan

Tak nak ketinggalan gak nak citer pasal puasa. Harap2 dapat puasa penuhlah tahun nie....InsyaAllah...

Bagus gak permulaan kali ni jatuh pada hari Sabtu dan Ahad. Hari pertama puasa aku bangkit pukul 4:30 pagi tuk sediakan sahur. Menu sahur pertama setakat telur mata dengan sambal ikan bilis dan sup bayam. Makan berdua sahaja. Elok pulak Marissa tahun ni dia tak berjaga sahur sekali, tahun2 sebelum ni asal sahur jer mesti dia pun bangun gak.

Sup bayam tu aku simpan sikit tuk Marissa. Dia tu memang penggemar sayur. Siang tu, kasi dia makan, tapi fish ball ngan bayam jer yg abis dia kutip, nasi adalah jugak separuh dia abiskan.. rasa happy jer bila tgk dia selera makan, tapi dengan syarat dia kena suap sendiri lah.. sekarang ni memang dia takmo dah kita suapkan dia mkn, yelah dah besarlah katakan...

Puasa pertama hari tu memang aku tak masak pun juadah buka puasa, lagipun peti ais pun kosong, takde mende nak masak, tak sempat nak penuhkan peti ais sebelum tuh. Tapi takpelah jugak, sbb hari pertama buka puasa kami berbuka kat rmh mak. So, ptg tu singgah pasar ramadhan beli lauk2 dan kuih2 sikit buat tambah2. Takkan nak berlenggang pulak kan. Bila tiba waktu berbuka, tak tau nak makan yg mana satu.. byk sgt pilihan... Alhamdulillah semua sedap... Eh lupa pulak aku ada buat bubur jagung hari tuh, tu jelah bhn yg ada kat rmh aku yg boleh aku masak. First time buat... menjadi. Jagung tu pun sbb asben beli jagung rebus kat pasar malam sebelum tuh, tapi tak termkn2 elok jer duk dalam peti ais, daripada membazir aku jadikan lah ia bubur jagung. My feberet tuh.

Pastu ingat nak balik rmh lepas buka sbb asben dia nak terawih dekat surau rmh kami, tapi tak sempat kot, lalu terawih di masjid dekat rmh mak ajer. Lepas tu boleh terlayan pulak cerita cerekarama Perempuan Neraka. Asben yg tak berapa nak melayan drama2 ni, tah tetiba pulak dia melekat depan tv tgk citer nie...bagus gak citer tuh kan...

Habis cerekarama baru balik ke rmh kami. Masak nasi siap2, sbb aku nak buat nasi goreng pagi esoknya. Maka sahur kedua kami adalah nasi goreng resipi mak mertua. Mak mertua aku kalau wat nasi goreng ke mihun ker.. memang terbaiklah.. takyah nak letak bahan2 sgt, walaupun nasi goreng kosong tapi tetap mantop. Aku dah tau dah caranya, maka aku pun prektik kan lah...memang sedap.... ok hari ni citer tanpa bergambar lah yer... so no gambar2...nak gambar nanti, tunggu iman korang sumer kuat...hahaha

Siang tu aku berduaan jer ngan Marissa, asben kerja. Maka melayan lah budak kenit tuh, pagi2 dah mintak buah. Aku potongkan lah buah lai. Seb baik lah ada gak stok buah kat peti ais. Anak aku tu, nasi tak berapa sgt, tapi kalau buah memang lah tak yah suruh2...aku pun potongkanlah kecik2 kasi dia makan kat depan tv... pastu elok pulak dia nak suap aku sambil cakap "mama nah mamam!" sambil paksa2 aku bukak mulut... nasib baik aku ingat aku puasa, kalau tidak biasanya memang aku nganga je bila dia suap.... tapi bila aku cakap.. "mama takleh makan, mama puasa" dia mengamuk pulak maka terpaksalah pura2 buat2 makan.. hai lah anakku itu.

Tapi sekarang aku memang cair betul lah dengan si Marissa nie, pantang aku tarik muka sikit or termarah ker dia mesti cakap "sori mama". Pastu aku wat2 tak dengar, pastu dia ulang lagi "sori mama" memang aku tak leh nak jual mahal sgt ngan budak tuh... cair siot...

Semalam jugak, rasanya buat pertama kalinya juadah buka puasa kami tanpa ada sebarang juadah yg dibeli, sumernya dimasak sendiri.... rasa puas hati sgt...siap boleh share dengan jiran kiri kanan lagi.... syok sgt...aku just masak gulai sotong + kentang, terung goreng berlada, telur dadar. Pastu rasa nak memeriahkan lagi meja aku masak jugak kuetiau goreng... oklah tak leh citer sgt.. aku dah terbayang pulak keenakan menu semalam..

Ok korang, selamat berpuasa yer... aku up gak lah entry  ni, bila sumer org pun dok citer pasal puasa kan...

8 comments:

Irfa said...

akak belum lagi berbuka umah sendiri
day 1 berbuka kat kg dgn mak ayah
day 2 berbuka ngan mil kat cheras
petang ni la baru berbuka kat rumah.tp berdua ngan si bujang jelah sbb ayahnya keje ptg

anak dara akak tu pun x suka nasi.lebih suka makan buah je..tomato dan timun pun dia layan

kalau bagi apa2 kat dia comel je dia cakap 'acih.ama'(terima kasih dan sama-sama serentak tu)

rindu sama dia

attyfir said...

mesti cute je marissa cakap sori tu kan..

Unknown said...

deqna,
anak2 zaman sekarang bijak2 kan.. husband saya yg garang tu pun cepat cair dengan anak2..pandai je diorang nak ambik ati kan..

first ramadhan kami buka puasa kat rumah mak..semalam pulak balik dari kampung tak sempat masak..beli je juadahnya..hari ni ingat nak masak.. tp macam sakit kepala teruk dari pagi..haihh.. ruginya..

KakNi said...

Hahahah... macam tu lar ada anak kecik yg belum paham erti puasa. Bulan puasa ni nak masak pun penat kan? Saya ni sama cam deqna gak, posa pertama beli, posa ke2 masak tp rasa macam serik pun ada sbb penat tahap gaban wei...

Miss uCu said...

sedap tu...msk2 sendiri:) salam ramdhan

SURIA AMANDA said...

selamat berpuasa buat deqna and family, salam peluk cium buat Marissa...

AdanyaKauUntukku said...

selamat berpuasa juga......
tapi hebatlah ye....boleh masak......

nasaoji said...

Hehe..sufi pun skang kemain nak suap sndiri...
Hari ptama ngn kedua posa dia mnum susu je ngan mkn kurma,tny nak nasik x, xmoh.mayb dia tgk suma org xmkn.