Tuesday, July 24, 2012

Ukur Mengukur

Ini kisah 2 minggu sebelum puasa. Masa tu kiterang laki bini tengah berbincang pasal kenduri yg kiterang nak buat seminggu sebelum puasa, tup2 tetiba terplan pulak nak pasang tile kat porch rmh kami.

Rmh kami ni dah 4 tahun rasanya, tapi tak kesempatan lagi nak pasang tile kat porch, sbb sebelum ni rasa cam tak berapa perlu sgt. Tapi sbb terfikir nak wat kenduri rasanya lebih selesa kalau porch tu ditilekan, lagipun kan dah nak raya ni, apa salahnya mekap rmh sikit2 kan..tapi yg sebenarnya bukan sbb tu pun sgt, tapi sbb my bespren si Watie tu baru dapat kunci rmh baru dorang, so sekarang ni dorang tengah membuat macam2 lah dengan rmh dorang, so kami pun teringatlah masa saat dapat kunci rmh dulu, rasa syok sgt... so sbb rmh kami pun dah 4 tahun gituh, so, nak gaklah feeling2 dapat rmh baru kan... kebetulan pulak asben si watie ni ada kenal dengan sorang kontraktor yg boleh tolong pasangkan tile lepas tu yg paling bagus dorang boleh buat immediately.. maknanya by 2 3 hari boleh lah siap, maknanya before kenduri boleh lah siap sumer.. tapi dengan syarat tile kiterang beli sendiri...

Apalagi sebelum ke kedai jubin kami asben pun ukur lah keluasan lantai porch. Tapi sbb tak tau nak baca bacaan yg mana satu kat tape ni maka asben just snap2 jer lah. Senang nanti sampai kedai tunjuk jer gambar panjang dan lebarnya.


 aku pun tak pandai nak baca.. ikut meter ker ikut kaki ker...

 ukur lebar

 rmhku syurgaku

Ingat tak dalam beberapa bulan lepas aku ada citer yg aku kami tambah bumbung kat porch kami? Ada kat entri ini . Kalau sebelum ni kawasan yg belah kiri tu kosong, takde bumbung so kalau letak dua kereta kat dalam, confirm satu kereta kena hujan. Memandangkan time tu jiran sebelah nak pasang bumbung kat porch dia maka kami pun join lah sekali so dapatlah sekata jer bumbung kami tuh.. Nampak cam memang originally dari pemaju kan.. seb baiklah dapat atap yg lebih kurang patern dan kalernya.. eh terciter bumbung lah pulak.. takde lagipun hari tu aku pernah janji kalau dah siap nanti aku show tapi terus kelupaan...

 budak tecik yg sentiasa sibuk jer

asben yg takde rupa jadi kontraktor


Kawasan yg tak bersimen tempat asben berdiri tu kan, kalau sebelum ni kemain lah panjang lalang di situ, ni pun clear sbb sebelum tu mak aku tolong cabut2 kan... mak aku memang kalau bab laman memang dia takleh duk diam...tu pokok daun pandan tu pun import dari rmh mak. Org tanam pokok bunga kami tanam pokok pandan.. oklah berguna gak time aku wat nasi lemak ngan bubur jagung hari tuh.... ada satu pokok lagi yg kami tanam iaitu pokok limau kasturi... tu jelah 2 pokok yg ada kat rmh kami.


Sbbkan kami laki bini ni bukanlah rajin sgt nak menguruskan rumput segala, maka kami decide tuk menutup sahaja bahagian tu dengan simen dan tile. Longkang tu pun akan ditutup dengan meletakkan palung kat dalam tu, so that nanti bila dah siap porch kami akan bertambah lapang dan luas.

Ok nanti sambung lagi dengan proses seterusnya...

2 comments:

KakNi said...

Deqna, kalau kontraktor tu bagus, boleh lah promote kat sini, mana tahu ada yang nak buat tiles jugak. Rumah yang saya sewa ni pun tiles pecah, dah panggil orang untuk tengok + bincang harga tapi tak datang pulak orang tu... hampeh tul...

SURIA AMANDA said...

sama la ngan kat umah along tuh..tanah langsung takde..celah mana nak tanam..nak beli pasu bunga pun x pi beli lagi..takde masa...