Hari tu kan ada game Malaysia lawan Syria kan. So, masing2 lah semangat balik rmh cpt2 nak tonton bola, tambahan pulak sebelum tu Malaysia telah mengalahkan Indonesia dalam Sukan Sea. Termasuklah jugak asben.
Disebabkan itu, kiterang plan nak tapau jelah makan malam. Malas nak masak2, kang tak konsentret lak nak tgk bola. Bukan aku yg nak kena konsentret, aku tak heran pun nak tgk. Tapi asbenlah, dia takut nanti time aku masak, dia kena tgk2 kan Marissa. Yelah Marissa bukan boleh org buat dek je ngan dia. Dia nak org main2 ngan dia.
So, balik kerja tu singgahlah kedai makan berhampiran dengan rmh kami. Ingat nak tapau jelah nasi dengan tomyam ker apa ker. Tapi org ramai pulak yg sedang menunggu, pastu nasi pulak kehabisan. Nak tak nak terpaksalah pulang kehampaan. Bila balik rmh, ngan baju keje tak bukak, terus masuk dapur terus start masak. Cemerlang. Tak sampai berapa minit semuanya pun siap. Tara... makan malam yg terpaling simple..
kobis goreng, ikan goreng dan sambal telur
Seb baik Marissa pun memberikan kerjasama yg baik, dia tak ganggu ayah dia sgt. Pandai pulak dia main sorang2. Aku pun kagum jugak sbb dalam 15 min camtu, semuanya dah terhidang di atas meja makan. Apa taknya dua-dua dapur aku guna sekali. Adalah amat jarang aku nak masak dua dapur sekali, kan aku kata aku ni tak reti sgt nak bermultitasking semasa memasak. Haibat. Ekeleh itu pun hebat ke pung??
Kemudian, kami anak beranak pun makan malam lah dengan juadah yg amat sederhana. Walaupun lauk ala2 ajer, si suami tetap makan dengan jayanya. Ayat si suami "nasib baik tak beli tomyam, kalau tidak tak dapat makan sesedap ini". Sajelah tu kan nak kasi bini semangat nak memasak lah tuh..
4 comments:
shah saja je nak bini masak selalu tp aku agreed beb..masakan sempoi ni la laju je kat tekak..sedappp...
wa...hebatlah deqna....mcm2 leh masak dlm 15 minit
paling bets bila asben puji....lepas ni silalah maska lagi yer...hehehee
tang ayat last tu x leh tahan..
yg simple tu lah lauk yg paling gorjes!! aku sukerr lauk2 yg ko masak tu.. superb! :D
Post a Comment