Tuesday, November 15, 2011

Berjumpa-Jumpaan Setelah Lama Tidak Berjumpa

Ni citer masa cuti Raya Haji tuh, tapi bukan entry raya yo. Citer raya memang takdelah... raya puasa hari tu punya citer pun dah tergendala di tengah jalan, ini pulak citer raya haji. Member sekolah aku Cikgu Wan yg duk menetap kat Taiping sana ada balik cuti ke rmh mak dia.  Dah alang2 cuti tu dia pun berniat lah nak jumpa dengan kawan lama. Yelah memang dah lama sgt tak berjumpa. Asalkan member duk dekat2 pun payah nak jumpa inikan pulak yg dah tentu2 duk jauh. Maka kami pun roger2 lah.

Mula2 plan nak jumpa malam raya haji pertama, tapi sbb malam tu aku pun berada di rmh in law, dan masing2 pun cam ada hal maka postpon ke esoknya.  Mula plan nak breakfast sesama. Breakfast kat rmh aku. Tapi sbb takut terlambat sbb aku pun dari rmh in law.. kang gedebak gedebuk nak masak sumer mau sampai ke tengahari.. maka acara ditukar kepada majlis makan tengahari bersama.

Ok kita citer sambil tgk gambar lah yer.

time ni dah start makan dah

Cikgu Wan sampai rmh aku sikitlah punya awal, aku pesan datang kul 1 ni pukul 12:30 dah terpacak kat depan rmh. Maka kelam-kabut lah aku kat dapur. Tekanan ok tetamu dah sampai makanan tak siap lagi.  Dah lah kat kedai bahan2 mentah byk yg takde, yelah raya kan katanya pasar borong pun tutup.. kat rmh stok bahan basah memang takde dah.. maka aku pun masak jelah berdasarkan apa jer bahan yg ada kat kedai tu. Nak singgah econsave ke apa memang tak sempat dah.


 nak duk kat meja boleh, kat bawah pun boleh

Nasib baiklah Watie ngan Am datang lewat sikit, kalau dia pun sama datang awal, lagi berganda kelam kabut aku.
sila2 tambah yer... jgn malu2

wan menyuap anak2nya, manakala Marissa duk sorang2 di situ.. tengah tunggu nasi dia nak suap sendiri

Citer pasal makan2, dah tu makanannya mana? Ada... ni hah tapi takde lah gambar close-up setiap makanan.. yang aku sempat masak hari tu ialah sambal udang, bawal masak kari, kailan ikan masin dan ayam goreng. Kalau ikutkan macam2 aku nak masak, tapi kat kedai takde benda yg aku nak.

 antara juadah


suap sendiri jer

aku nak suapkan Marissa ni, tapi dia taknak

ok sumer pandang kamera, pls

tuang air yg dibancuh sendiri

wah wah hingga menutup wajah


hah ni dia gambar kari ikan aku


nak jugak nyelit thumb up dia








ni borak2 sambil tunjuk gaya marissa amik gambar






ni pesal masing2 tutup hidung nie?

marissa so cheeky bila suh join bergambar


my fren since zaman kanak2




asben dok punggah album2 lama

maka jadi bahanlah bila tgk gambar2 lama

sedap jer si suami2 gelakkan bini memasing

Memang pun bila kita tgk gambar2 lama cam lawak jer.. tambah2 lagi gambar2 di zaman persekolahan. Pastu selamba jer gambar skandal2 pun ada gak kat dalam album, memang mengenang nostalgia lah.

Actually gathering kali ni bukan setakat lunch saje.. tetapi ianya membawa ke malam. Borak punya borak tgk hari pun dah petang, bila dah petang apa lagi minum petang sama2 lah pulak.. pergi dapur masak apa yg ada.. maka cucur bawang + bilis lah menu minum ptg. Pastu, dah alang2 petang terus lajakkan sampai ke malam. Memang sampai dinner lah... Kalau keesokannya tak bekerja, memang aku rasa  bersambung sampai ke pagi esoknya.... tapi apapun memang terbaik lah gathering kali ini. Yelah masing kalau nak jumpa2 sebelum ni memang agak payah, tapi bila dah jumpa memang lama lah...

5 comments:

NeenaAnuar said...

memang kalau dah lama tak berjumpa.. gitu lah gayanya kan.. seharian lepaking bersama-sama pun tak pe.. hehehe..

kite nie bile lah gamaknye nak jumpa.. umah jauh gitu lah kekdahnya kan... raya puasa dulu dah hampir2 ade chance nak jumpa.. end up tak de rezeki jugak kite nampak nye.. uhuhu...

attyfir said...

pandai makan sendiri dah marissa ye..kan main lagi.

Pepel BoNda AmaNi said...

wah marissa gud gurl pandai makan nasi sendiri..klu amani...xda maknanya....nak makan sendiri..eh..ke bonda dia yang rasa anak dia xpandai nak makan sendiri..kekekekekke

Mimy Hamid said...

marissa nya aksi aku dh tgk agak nakal...hehehe..ada je benda dia buat...

sue zainun said...

wah seronoknya jumpa kawan lama..mesti banyak benda yang dibualkan..

marissa memang pandai berdikari..nak mamam sendiri tu..banyak masuk mulut ke banyak berterabur?