Apa citer sana, sini, sinun ni? Gini citernya.....
Masa kiterang on the way nak ke Lumut hari tuh, asben sajelah calling2 si Am. Husbandnya my fren, Watie. Sajelah call dorang kot2 dorang tgh free ker, takde program ke apa, so ingat nak lah ngajak dorang sekali. Kiterang memang takde plan2 punya.
Kebetulan, masa asben called dorang laki bini pun dalam kete gak, rupa2nya dorang pun tgh on the way ke satu destinasi percutian anniversary mereka yg ke 5 kali. Anniversary dorang memang sama bulan ngan kami.
"Korang kat ne nie"
"tgh menuju ke arah utara"
"Ke mana?"
"kiterang ingat nak ke Cameron Highland ni"
"oooo nak hanimun yer, kebetulan pulak... kiterang pun nak gi coti2 gak nie... ingat naklah ajak korang ke apa"
"korang nak ke mana"
"Kiterang nak ke Damai Laut, tapi kiterang ikut jalan lama nie"
"Korang duk mana? dah booking hotel ke?"
"Cadangannya nak stay kat Swiss Garden tapi tak booking apa pun. Ni pun planning mengejut je ni, korang lak duk mana?"
"kiterang pun main terjah je ni, tak book pape pun"
"ermm... kalau camtuh jomlah kita sama cuti kat Damai je.... eh tapi kalau korang nak tempat sojuk2 korang proceed lah..... yelah kata nak hanimun kan..."
"eh kiterang pun takde hala tuju yg sebenarnya pun... tapi kalau kiterang join sekali tak mengganggu ke?"
"Mengganggu mendenya.... bilik kan lain2"
Maka setelah beberapa kali berbalas2 panggilan, akhirnya bertemu jua kami di Lumut. Yup... sekali lagi kami bercuti bersama2. Dua tahun lepas pun kiterang sama2 celebrate anniversarry kat Sabah. Ada kat entry ni, ni, ni, ni, ni, dan ini. Memang best waktu tuh, yg paling aku suka yelah trip ke tip of borneo tuh. Byk2 negeri kat Malaysia ni, aku paling suka Sabah, tu pasal pergi byk kali pun aku tak muak, sbb memang byk tempat yg menarik tuk dilawati. Tapi tawun ni atas sbb2 tertentu tak dapek lah nak pergi. Tapi takpe, tak dapat ke sana ke Lumut je pun dah ok dah....ok sambung balik citer..
Akhirnya setelah membuat kata sepakat
akhirnya berkonvoi juga kami
Actually, kiterang memang plan nak berkonvoi, tapi tulah planning bagai nak rak, tapi gak proceed2. Akhirnya benda yg tak diplan ni pulak yg menjadik. Oklah tu kan.
Singgah makan kat Restoran Nasi Kandar
Aku ni bukan lah suka sgt nak makan nasi kandar, tapi disebabkan terpengaruh dengan rancangan 360 beberapa hari sebelum tuh, nampak tulisan nasi kandar terus rasa nak coba.
erm.. biasa2 ajer..
Am & Watie
Ni lah pasangan yg sanggup wat pusingan dari Tapah turun ke Lumut. Cayalah korang. Harap2 korang tak nyesal lah yer tukar program di saat akhir.
Ok sambung di entry lain yo. Eh jap2... takde lak gambar laki aku kat entry ni, ok aku up satu gambar lagi yer.. kang sentap lak laki ai gambar dia takde.. abis nak wat camne..dah dia tukang ngambik gambar, haruslah gambarnya kurang.
ok puas ati
Sekian, ini adalah entry yg didraft pada 30 Julai dan dipublishkan pada hari ini. Ada lagi a few posts ada duk dalam draft. Ikut mood lah yer...
4 comments:
Satu family berpurple..so sweet..
tingat zaman jalan2 ngan alieyah..
dok pakai sedondon....bertiga
skrang berempat kadang sedondon gak..cuma...dah tak jalan2..sob sob
sweetnyaa.. ;)
ooo ke lumut....kwn deqna tu mcm muka deqna lah..ada iras2....
comeynya marissa ni...
Post a Comment