Thursday, July 9, 2009

Setiaku Di Tepi Padang

Sekarang ni husband aku telah mengaktifkan diri bermain bola sepak semula. Lama jugak dia stop dulu sbb kaki dia pernah injured. Mungkin sekarang dia rasa kaki dia dah ok kot.

Lupa aku nak cerita nie, hari tu lepas abis wedding aku ngan husband terus pergi ke Padang bola Sekolah Kebangasan Yaacob Latif . Padang tu kat belakang Jusco Bukit Maluri tu. Dia ada game persahabatan kat sana.

Walaupun aku takde geng, aku ikut jer lah husband aku tu. Maka duduklah aku sorang2 di tepi padang sambil menahan mata dari tertido. Memang letih betul hari tu. Tapi kerana suami ku turutkan jua.


Hanya kamera peneman diri

Aku lupa pulak laki aku no. berapa hari tu. No 10 rasanya.

Ingatkan dia dah tak leh main dah. Rupanya masih mantap. Dapat menjaringkan satu gol yg cantik. Mungkin kerana semangat bila bini berada di situ. Ceh.

My new red crocs and red handbag. I love it


Masih setia menanti

Aku akan galakkan lakiku terus bersukan. Taknak dia stop2. Kalau stop nanti badan dia naik mendadak.

8 comments:

Unknown said...

betul3...

x badan yg naik..perut yg naik kan..

NeenaAnuar said...

wahhh sudah ade crocs kah?? I likeee.. welcome to da club! :)

Deqna said...

E.L.L.Y.N - lelaki yg aktif sport pastu berhenti memanglah.. cpt jer naik badan tu kan..

NeenaAnuar - hehehehe...

nasaoji said...

ya benar...asben den bru nak stap game la pulok...peyut dah jenuh kedepan tuh...

nak kasut ngn anbeg merah gak..nampak yakin gitu....

Deqna said...

nasaoji - senang hati lah tu. tu perut ke dpn tuh..

pakai merah boleh nampak yakin yer? wah.. best

Suki Cida said...

cantiknya model tu... heheheh... yang lain tak terpikat ke? heheheh

Suki Cida said...

cantiknya model tu... heheheh... yang lain tak terpikat ke? heheheh

Deqna said...

Suki Cida - takde sape pun terpikat kecuali en. suami sajer..hahaha