Thursday, July 9, 2009

Sape Kata Blogging nie Tak Berfaedah?

Aku rasa blog ni membantu lah jugak dalam penulisan aku. Bukanlah kata penulisan aku ni bagus mana pun, aku tau banyaknya pun merapu-rapu jer. Takdelah berilimiah pun blog aku ni.

Maksud aku adalah dengan menulis ni pemikiran kita ni akan jadi lebih luas dan lebih kreatif. Ok ok aku tau aku ni takdelah kreatif. Tapi at least bila jari menaip kat key board jer otak pun laju jer berfikir apa yg nak ditaip. Serius apa, ada org langsung tak reti menulis, bukan maksud tak reti menulis ngan pen or pensil tapi menulislah....err.. paham tak? Ada org yg bercakap memang pandai, tapi when it comes to writing derang failed. Idea terus takde.

Sebab apa aku cakap cam ni. Ok ni satu contoh jelah yer daripada byk contoh2 yg lain. Pagi tadi, kat ofis, ada visitor bos aku ni tertinggal hp dalam cab yg dia naik. Visitor ni dari oversea. Dia sudah tertinggal hp nya di dalam cab tersebut. Amat bertuah sekali yg driver teksi ini telah pun memulangkan hp tersebut. Driver teksi ini juga telah meminta aku mengambil hp tersebut (bagi pihak) dan meminta aku membuat satu surat di mana aku telah menerima hp tersebut.

Driver teksi ni pulak nak cepat. Nak dan dan tu jugak. Org kalau nak buat surat harus amik masa nak draft lah, nak vet lah, nak touh-up lah. Tapi aku buat surat tu hanya dalam tempoh tak sampai 5 minit pun. Idea aku pun cam mencurah-curah jer..hehe.. walaupun sekadar buat surat tidak rasmi itu. Wah perasan sendiri. Bukan sahaja aku katakan yg aku telah menerima hp tersebut malah aku juga telah memberikan ucapan penghargaan kepada pemandu teksi tersebut melalui company teksi tersebut. Dengan harapan pemandu tersebut akan mendapat kredit yg lebih daripada company tempat dia bekerja itu. Mana tau sebab kejujuran tersebut driver teksi tersebut akan mendapat bonus yg lebih. Eh, derang ada bonus jugak ker? Tak kisah ar..

Apa yg nak aku relatekan di sini, contohlah kalau aku ni jenis bukan suka menulis, bukan jenis suka berkarya (wah berkarya katanya) harus aku akan amik masa utk menghasilkan sekeping surat seperti itu. So, tidak dinafikan blogging memainkan peranan dalam mengembangkan fikiran dan idea. Tu belum lagi bila kita membaca daripada blog2 org lain2 pulak. Macam2 info yg kita perolehi kan?

Tiba-tiba pulak dengan buat surat tersebut aku dapat idea tuk wat post nie. See, blogging memang buat anda menjadi lebih kreatif.

p/s: tapi harus diingat, bahasa dalam blog ni memanglah bahasa pasar jer. Byk kesalahan tatabahasa. Tapi bila bab2 official tu takdelah guna bahasa2 camnie. Tak sesuai ok.

11 comments:

siti said...

ye...kalo x sbb entry yg akak wat tu..xde la sy nk p mkn kat Mali's Corner tu walopon lalu kat c2 berkali2 hik2

p/s: entry yg berpengaruh

NeenaAnuar said...

aku sokong! memang banyak faedahnyer! aku paling suka sbb leh tukar2 info!

Anonymous said...

ye kita pun sokong! dapat meluahkan segala yg terperap kat dalam hati.. & minda..

Deqna said...

siti - eh ye ke? bagus jugak yer.. dapat mempengaruh org.. lebih2 lagi bab2 tempat makan nie kan..

NeenaAnuar - setuju! setuju! byk info & pengalaman yg diperolehi.. kwn pun jadi ramain kan..

Awien Ghazi - betul tu Awien, kalau nak lagi berkesan kita kena makan kismis kan..hahaha

nasaoji said...

ya benar itu...otk kt pun, pusing2 kerja..aktif namanya..;p

tp kan, kt kan, duk bnyk draf lam otak jer..nak kuarkan lam n3, aduhai, lupo lak, cam no tu?..

KiKiHanakO said...

ya ya... sekali juga boleh dapat uwang nya.. dari nuffnang gitu.. =)

TiNiE said...

good job fren...
keep it up!!

Irfa said...

BETUL CAKAP DEQNA.AKAK PUN SETUJU SESANGAT.SATU LAGI,BERBLOG JUGA MEMUPUK MINAT MEMBACA.CTHNYA AKAK.
DULU SUKA BELI NOVEL,TP LAMA2 RASA RUGI SBB BACA SEKALI JE PASTU SIMPAN..BAIK BACA BLOG,MCM2 ADA..
BOSAN BOLEH LOMPAT DR BLOG KE BLOG.
TAK PAYAH KUAR DUIT PUN..
hehe

Anonymous said...

Setujuuuuu..minda kita akn brkembang bla dpt byk info dr blog kwn2 yg lain kan..

Deqna said...

nasoji - alah.. taip jer ikut rasa hati.. tak perlu nak ingat2 sangat.. sbb kalau kita ingat pastu terlupa, nanti kita stress..hehehe

Ladykiki - ya.. saya setuju itu.. memang leh dapat side income lar.. tapi kena sedikit rajin di situ..

Tinie - tq fren.. seolah2 bos memberi kata peragsang kepada anak buahnya..

Deqna said...

Happyirfa - wah. tapi novel citer sedap.. baca blog boleh sama ngan blog ker kak? kalau dapat blog merapu cam saya nie. camne? hehehe

mamaqaseh - selain dapat byk info, experience, kita leh juga dapat kawan baru dan juga terjumpa dengan kawan2 lama kan.. erat silaturrahim gituh..