Thursday, July 23, 2009

Konpius Doktor


Gambarajah apa pulak kat atas ni yer? Aku tau aku tak kreatif, tapi sekurang-kurangnya gambarajah ini dapat membantu penceritaan aku ni.

Selama ni kalau aku demam atau jumpa doktor asben aku mesti temankan aku ke klinik. Dia jugak akan teman aku masuk ke dalam bilik doktor. Tak pernah lah dia suh aku masuk2 sorang2 pulak. Biasanya kalau dia masuk dia akan terus duduk kat tempat yang berwarna hijau itu (sila refer gambarajah di atas), manakala aku akan duduk kat tempat yg berwarna kuning. Dan biasanya jugak belum sempat aku duduk dia dah siap2 duduk dah kat tempat kaler hijau tuh.

Baru2 ni dia tak sihat. Selsema ngan batuk2. Aku suh gi jumpa doktor. Yelah takut melarat, kang mengganggu pulak rancangan yg telah diaturkan tuk minggu nie. Apa rancangannya? Adalah....ok itu tak penting.

So, kami pun pergilah ke klinik. Adalah 2 3 patients yg sedang menunggu turn. Kami pun tunggu jelah. Sampailah turn nama laki aku dipanggil. Kiterang pun masuk kat dalam bilik doktor. Laju jer laki aku masuk. Masuk2 terus duduk. Aku tak duduk lagi masih berdiri. Laki aku pulak teruslah mengadu apa sakitnya kat doktor. Tak nyempat2.

Tapi doktor cam konpius pulak. Aku pulak dah tergelak-gelak kat situ. Sebab apa? Boleh laki aku tanpa rasa bersalah duduk kat tempat hijau tuh. Hahaha. Dahtu tempat kuning tuk saper? takkan aku lak nak duk situ kan? Pastu baru dia bangun tukar tempat.

Itulah Akibatnya selalu menemankan aku ke klinik, so, dia dah jadi rutin lah akan terus duk kat tempat hijau tuh tanpa disuruh.

Mungkin tak lawak pada korang, tapi aku yg ada kat situ rasa lawak, pastu bila tingat jer aku rasa nak gelak. Kah kah kah.

12 comments:

NeenaAnuar said...

HAHAHAHAHAHA.. SGTTTTTT LAWAKKKKK OK!

Sakit2 peroott dah aku tergelak sorang2 kat opiss nie hah! adoiii laaaa.... cartoon tol lar korang nih! but memang best!! nie lar kenangan2 yg sempoi lagi menarik tuk korang nanti kannnnnnn... hehehehe..

nasaoji said...

klu kt pulak, sure terenyeh2 kat situ....;p

Norlida said...

adoi.. member opis ida smpi kata ida giler la gelak sorang2 kat tpt ni.. aiseh deqna.. betul2 wat ida pecah perottt or baca ni....

Iera said...

sapa kata x lawak..iera gelak sorg2 kat dpn ldtop ni smpaikan member sebelah ushar pelik je...

Hasra_Razali said...

Hehe..lawak la korang berdua nih..:-))

Irfa said...

lawak..lawak..lawak..
akak pun gelak bila bygkan muka si shah tu.

suka kumpul fridge magnet ker?
kawan akak smpi penuh peti ais 3 pintu kumpul menda tu,akak x suka kalau yg jenis porselin tu,jatuh mesti pecah.baik beli yg plastic.
apa kes akak komen en3 lepas ni..
apa2lah labu

Beautiful Disaster said...

saya rasa lawak kak oiii! nasib dia dah siap-siap cakap dia sakit apa. buatnya dia masuk pastu duduk pastu tunggu doctor tu tanya dulu. tak ke doctor tu akan tanya kat akak? haaa. lagi parah.

attyfir said...

wakakakka..deqna..kty rasa lawak..sbb dpt bayang kan kejadian ituh ..wakakkaakaak

Anonymous said...

Kakakakaka kikikikiki..memg laa lawak Yang oiii..
Dh gelak sorang2 kt ofs nie..smp member tegur dh knapa kau ni ketawa sorang heheh..
Pepe pun..so sweeet laa

Deqna said...

hubby-lagi sekali kita pergi shah suruh doktor pulak duk kat tempat menunggu pesakit k..

Deqna said...

NeenaAnuar - hehehe.. tulah ko bukan tak tau si shah tu kan..

nasaoji - terenyeh2 tu apa yer? new word for me..

lidasyah - cover idah..cover...hehehe

Iera - eh lawak yer.. takpe2 memang suka tgk kawan2 sumer gelak..

HasraRazali - tulah pasal has.. ada jelah kami2 nie..

Deqna said...

Happyirfa - tulah memang selamba jer dia.. kelakar..

haah suka kumpul.. tiba2 jer datang minat tu.. bila ramai je org kasi.. terus jadikan ia sebagai collection..

Beautiful Disaster - haah nasib doktor tak tanya "sape yg sakit nie? dah tu nape duk sana pulak? hahaha

atty's - bgs daya imeginasi kty memang tinggi..:)

MamaQaseh - yea saya berjaya membuatkan rakan2 saya tertawa hari ni..

hubby - apalah syg nie... mana leh wat camtuh.. dah silap tu dahlah.. nak cover malu lah tu hehe